SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

31 May 2009

Apa PKR nak banggakan dengan Penanti...

Bolehkah Calon PKR, Dr. Mansor Othman merasa bangga apabila memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan mendakwa mendapat majoriti sebesar 5,558 undi?

Beliau memperolehi 6,052 undi hasil 46.15% pengundi yang keluar mengundi berbanding sejumlah 12,467 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Penanti.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56) menjadikan jumlah pengundi yang turun untuk memilih menolak PKR adalah seramai 1,048 orang.

Ini bermakna majoriti daripada pengundi Penanti tidak memilih PKR.

Lebih menarik adalah undi yang diterima calon bebas, Aminah adalah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Di samping penyokong-penyokong UMNO memboikot pilihanraya kecil ini sehingga menjadikan peratusan mengundi paling rendah dalam sejarah, Aminah masih mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu yang lain.. mereka juga sama-sama menolak calon PKR.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Jadi, bolehkah Anwar Ibrahim dan PKR berbangga dengan kemenangan ini?
.

30 May 2009

Kontena UMNO bakal bertugas di Manek Urai


Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima sumbangan dua buah lori kontena berlogo UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi kegunaan logistik parti itu dari Kumpulan Bintang di perkarangan Menara Dato Onn sebelum mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bintang Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie memberitahu Agendadaily sebuah lori kontena 40 kaki dan 20 kaki itu merupakan kenderaan pengangkutan bagi kegunaan logistik parti terutama bagi menghadapi pilihan raya disamping tujuan lain.

“Ianya dijangka akan digunakan untuk pertama kalinya di pilihanraya kecil Manik Urai, Kelantan Julai depan.

Lori tersebut disediakan lengkap dengan pemandu dan segala penyelenggaraannya akan ditanggung oleh pihak syarikat, boleh digunakan pada bila-bila masa,” tambahnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Taiping berkata, “kenderaan itu akan membantu parti melaksanakan projek-projek kemasyarakatan dan lebih efisyen dalam gerak kerjanya.”

Turut sama di majlis penyerahan ringkas itu Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja Datuk Rauf Yusoff, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan anggota Majlis Tertinggi UMNO.

.

29 May 2009

Mustapa dilantik pengarah pilihan raya Manek Urai

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, yang akan diadakan Julai ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri berkata:

"Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.

- Bernama
.

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai

DUN : N41 Manek Urai (di bawah Parlimen Kuala Krai)
Keluasan DUN : 550 km persegi
Jumlah kampung : 44 buah
Pekerjaan penduduk : petani

Tarikh Penamaan Calon : 6 Julai 2009 (Isnin)
Tempat Penamaan Calon : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Tarikh Pengundian : 14 Julai 2009 (Selasa)
Daerah dan Tempat Pengundian;
  1. Temalir - SK Temalir
  2. Sungai Perial - SK Perial
  3. Manek Urai Lama - SK Manek Urai
  4. Manek Urai Baru - SK Manek Urai baru
  5. Sungai Sok - SK Sungai Sok
  6. Chuchoh Puteri - SK Chuchoh Puteri
  7. Lata Rek - SK Lata Rek
  8. Manjor - SK Kg Karangan
  9. Laloh - SK Laloh
Jumlah Pemilih : 12,293 (termasuk 25 pemilih pos)
Melayu 99%, Cina 0.38%, India 0.14%

Tempat Penjumlahan Undi : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Daftar pemilih mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my, selain di lima kaunter yang akan dikenal pasti.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 Jun ini.

Pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan pejabat SPR Kelantan di talian 09-748 25 10.
.

27 May 2009

Husam tidak hadir Hujah @ TV9 berdepan Ezam..

Malam tadi jam 9.30 malam program Hujah @ TV9 sepatutnya menjadi medan mengukur kebenaran antara Husam Musa dan Ezam Mohd Noor, rupanya bertukar menjadi penanda aras kepada keberanian untuk memperjuangkan kebenaran.
.
Hasrat untuk melihat perdebatan hangat antara 2 orang tokoh ini sebagaimana dijadualkan awal tidak menjadi kenyataan kerana Husam Musa tidak muncul-muncul di studio TV9. Saya percaya beribu-ribu pemerhati politik tanahair merasa kecewa kerana hasrat menemukan dua tokoh yang rapat dengan Anwar Ibrahim ini tidak menjadi kenyataan.

Tidak dapat dipastikan mengapa Husam yang telah mengesahkan kehadiran gagal hadir berhadapan dengan Ezam. Ini disebut sendiri oleh Ezam yang nyata kurang selesa dengan 'keengganan' Husam hadir.
.
Tajuk 'Memerangi Rasuah' yang sepatutnya menjadi topik perdebatan hangat Ezam dan Husam rupanya menakutkan Husam. Fakta-fakta yang dimiliki Ezam barangkali dianggap Husam akan menjerut lehernya.
.
Menurut Ezam beliau menyediakan berpuluh kes dalam bentuk fakta persoalan berkaitan yang dibawanya untuk diajukan kepada Husam dan Husam tidak harus mengelak.
.
Apakah yang menyebabkan Husam takut untuk berdepan dengan Ezam? Apakah ianya ada sangkut paut dengan tuduhan beliau ke atas Ezam di Kuala Terengganu dulu yang kemudian disambut oleh Ezam kemudian tidak terjawab oleh Husam?
.
Atau adakah akan ada rahsia-rahsia baru Anwar yang akan terbongkar lagi apabila berlaku perdebatan ini? Jadi untuk mengelakkan ia berlaku, eloklah Husam pura-pura adal lain yang tak boleh dielakkan.

Nanti lepas ni kita akan dengar macam-macam alasan Husam, tapi yang pasti mesti Husam kata dia tidak hadir sebab lawan asalnya Dato' Zahid Hamidi tidak dapat hadir dan digantikan dengan Ezam.
.

Bekas Mufti Perlis juga tolak mogok lapar

oleh mstar.com

MOGOK lapar selama 72 jam yang bermula semalam, menurut bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, bertujuan menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak (mengundi) dikembalikan kepada rakyat.

Dr. Mohd Asri ketika ditanya apakah hukumnya bagi seorang muslim yang menyertai mogok lapar menjawab:

"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.

"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.

"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.

"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.

"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.

"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya Dr. Mohd Asri yang kini berada di Lampeter, United Kingdom menerusi emel.
.

26 May 2009

Mogok Lapar @ "Puasa Sunat" Edisi Pas.. pandangan tokoh

Hari ini adalah hari Nizar and the gang memulakan mogok lapar atau dalam istilah Pas Liberal dikenali sebagai "Puasa Sunat" selama 3 hari sehingga Khamis.

Beliau memulakan "puasa sunat" tersebut dengan ditemani oleh teman karibnya, V. Sivakumar yang turut sama melaksanakan "ibadah" tersebut dengan niat untuk mendesak DYMM Sultan perak membubarkan DUN.

Mungkin niat "puasa sunat" berkenaan seperti berikut;

"Sahaja kami berpuasa sunat 3 hari di bulan Jamadil Akhir sebagai melaksanakan kewajipan mogok lapar, kerana menuntut pembubaran DUN Perak Darul Ridzuan".

Tidaklah dapat dipastikan "puasa sunat" yang bermula jam 11 pagi itu, waktu bersahurnya jam berapa dan waktu berbukanya jam berapa pada Khamis nanti. Juga tidak diketahui berapa banyak ganjaran "pahala" yang akan diperolehi Nizar dan kawan-kawannya.

Mari kita sorot pandangan beberapa orang tokoh tanahair dan antarabangsa.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.

Kata beliau, jika seseorang penganut Islam itu meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.

"Justeru saya ingatkan para penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbeza dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut," tegasnya.

Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.

"Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.

"Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang," katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin pula menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.

Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.

"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.

"Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan," katanya.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata : ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali berkata, tiga hari singkat sangat. Sebaliknya mencadangkan agar buat sampai mati. Baru nampak hebat katanya.

“Kita mengalu-alukan tindakan mereka. Tetapi jika mereka mahu buat mogok lapar, pastikan mereka buat sampai mati. Nanti kita akan tabur bunga kepada mereka sebagai pahlawan demokrasi,” jelasnya.

Siap nak taburkan bunga yang tak tahan nak dengar tu. Agak-agak bunga apa yang sesuai untuk "pahlawan demokrasi" tersebut?

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain.

Jelasnya, sebarang perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada nyawa, akal, minda, harta dan keluarga adalah haram di sisi Islam.

"Andai kata seseorang yang mogok lapar itu meninggal dunia, maka ia seolah-olah membunuh diri sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Datuk Husam Musa pula berkata, tindakan berkenaan boleh dibuat dengan syarat individu yang terlibat tidak melakukannya sehingga mati.

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyatakan perbuatan itu menyamai agama lain termasuk Hindu kerana mogok lapar tiada dalam agama terbabit sebaliknya yang ada hanyalah amalan berpuasa.

''Mogok lapar adalah satu trend untuk menyatakan protes, yang diterima oleh semua budaya di seluruh dunia dan seperti amalan berpuasa ia tidak boleh dilakukan secara terus menerus sampai mati.

Sementara itu Syeikh Athiyyah Saqr Mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar, berkata tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negative yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.

Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan

"Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain".

Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud : "Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).

Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesipa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam"
.

Haron Din syor PAS ubah sistem pemilihan elak ditembusi "musuh"

PAS yang melihat kedudukannya semkin bertapak dalam arena politik negara ini disaran agar mengubah sistem pemilihan bagi mengelak situasi "memenangkan musuh Islam."

Antara cadangan yang diutarakan ialah menerapkan kaedah pemilihan kepimpinan PAS berdasarkan pelantikan kepimpinan sebagaimana kitab feqah.

Ia antara syor dikemukakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dalam satu kertas kerja dibentangkan pada seminar sempena sambutan 25 tahun kepimpinan ulama PAS dekat sini Sabtu lalu.

Kertas kerja itu bertajuk Memperkukuh Kepimpinan Ulama". Seminar itu diadakan secara tertutup.

Dalam kertas kerja itu yang diperoleh kemudian, beliau menekankan "pemimpin tertinggi mestilah daripada kalangan ulama."

"Dalam konteks ini perlu difikirkan manakah portfolio penting yang mesti dipegang oleh ulama," katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, pengesahan atau kelulusan jawatan pemimpin juga harus dilakukan oleh ulama.

"Ini jelas melalui perbincangan syarat Ahlul Halli Wal Aqdi dan syarat Ahlul-Ikhtiar," katanya lagi.

PAS mengadakan pemilihan hujung minggu depan dan baru-baru ini wujud polemik peranan dan kedudukan pemimpin kalangan ulama dalam PAS.

Dalam konteks PAS, jelas beliau, perlu dibuat pembaharuan berhubung aspek calon-calon pemilihan PAS dan pengesahan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS yang dilantik dalam muktamar.

"Calon-calon pemilihan ini perlu disemak kelayakannya oleh Majlis Syura sebagaimana semakan calon pilihan raya.

"Calon-calon yang dilantik dalam muktamar hanya sah secara rasmi selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Majlis Syura," jelas beliau.

Beliau menambah, perlu diletakkan syarat mereka yang bertanding dalam pemilihan PAS berpandukan pada portfolio ditandingi.

"Kelayakan ini bukan direka oleh ulama atau Majlis Syura tetapi ia mestilah diadaptasikan daripada syarat kelayakan digariskan dalam kitab feqah supaya syarat kelayakan ini tidak dituduh bias kepada mana-mana pihak," katanya lagi.

Mengenai asas kepada pandangan itu, beliau berkata, sesiapa sahaja di kalangan ahli PAS layak bertanding di peringkat tertinggi sebagaimana digariskan oleh Perlembagaan.

"Ini menjadikan musuh dalam yang dirancang oleh musuh luaran berpeluang menduduki tampuk kepimpinan tertinggi parti.

"Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri.

"Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam organisasi Islam di peringkat dunia," katanya lagi.
.

Tengku Muhammad Faris dilantik Pemangku Raja

Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja mulai semalam sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra sembuh daripada gering.

Pelantikan itu bagi membolehkan Tengku Muhammad Faris menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias mengumumkan perkara tersebut pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelantikan putera sulung baginda itu berkuat kuasa serta-merta semalam sehingga Tuanku Ismail sembuh.

Ia diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri yang bermesyuarat petang semalam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darulnaim.

‘‘Majlis Perajaan bersetuju melantik Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja semasa Tuanku Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Kelantan gering sehingga tidak boleh menjalankan tugas,” katanya.

Biarpun stabil, Sultan Kelantan masih belum pulih sepenuhnya dan dihantar ke Hospital Mt. Elizabeth, Singapura untuk menerima rawatan lanjut bermula semalam.
.

Husam pilih No to UMNO, Yes yo Anwar! (yes to DAP also)..

oleh agendadaily

Pengumuman Datuk Husam Musa untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dengan mencabar penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa seolah-olah melengkapkan cerita ‘No to UMNO – Yes to Anwar’.

Ianya juga boleh disebut Pro UMNO tak boleh tetapi Pro Anwar boleh.

Jika sebelum ini Naib Presiden PAS itu kononnya lebih suka ‘puasa’ bercakap mengenai pertandingan itu tetapi dalam sidang media mengumumkan perkara itu pada Isnin, Husam akhirnya mendedahkan juga tujuannya menentang Nasharuddin pada muktamar parti itu minggu depan.

Walaupun cuba berbahasa basi, Husam memberi alasan "keperluan" semasa dan kononnya amanah akar umbi dan pemimpin parti yang lain apabila memutuskan untuk merebut jawatan tersebut.

Namun, benarkah Husam diberikan amanah peringkat akar umbi sedangkan ada ahli-ahli PAS kini sudah semakin muak dengan kumpulan Pro Anwar atau Erdogan yang cuba mengikis pengaruh pemimpin ulama dalam parti itu?

Selain ahli ada juga pemimpin PAS mempersoalkan tindakan Husam yang melihat Nasharuddin terlalu liberal kepada UMNO sedangkan beliau sendiri condong kepada Anwar.

Husam dianggap sudah dirasuk sindrom pembangkang ‘orang lain buat tak boleh, kita buat boleh’ dan cuba menghukum Nasharuddin yang dianggapkan terbabit dalam usaha membetuk kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Jika benar usaha Nasharuddin itu, apakah berdosa atau salah andainya beliau berusaha demi perpaduan orang Melayu dan Islam dalam kedua-dua parti daripada membiarkan PAS terus dinikahi secara haram oleh DAP dan PKR?

Tidak pelik jika Husam memberi pendapat bahawa tindakan Nasharuddin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sebaliknya kata beliau, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada UMNO atau menyelamatkan UMNO.

Bagaimanapun, sumber PAS mendedahkan, ramai pemimpin dan ahli parti itu mulai bimbang tiada siapa dapat menyelamatkan PAS jika kumpulan Erdogan menguasai parti itu selesai muktamar nanti.

Mereka kini berusaha memastikan kumpulan ulama terus kekal menerai PAS malah mahu memastikan Nasharuddin kekal bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Hadi Awang.

Penarikan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din juga dilihat sebagai usaha supaya Nasharudin kekal.

Ini untuk mengelak undi perwakilan pecah dan akhirnya memihak kepada Husam.

Walaupun Naib Presiden Mohamad Sabu memutuskan turut bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden, pertarungan sebenar adalah antara Husam dan Nasharudin.

Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu Isnin, Husam berkata gandingannya dengan Hadi boleh menolong memajukan lagi parti.

Peliknya beliau belum merujuk keputusannya itu dengan Hadi sebaliknya Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, memilih memaklumkannya terlebih dahulu kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Pertarungan Husam – Nasharuddin kini pasti diikuti dengan penuh debaran oleh ahli-ahli parti terutama mereka yang sudah sebati dengan perjuangan asal PAS.

Persoalannya kini apakah jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hebat percaturan politiknya apabila ditanya mengenai pertembungan kedua-dua tokoh PAS ini?

Jawapan yang sudah ada dan diberikan Husam sebelum ini ialah apabila beliau mengakui kawan rapat kepada Anwar walaupun tidak mengakui dirinya antara pemimpin kumpulan Erdogan.Kesimpulannya jika Anwar kata No pada UMNO maka Husam juga akan kata No pada UMNO.
.

24 May 2009

Manik Urai - kenyataan 2 pemimpin

Berikut adalah kenyataan 2 orang pemimpin politik utama di Kelantan pada hari 23 Mei 2009 (Sabtu) - iaitu sehari selepas kematian Allahyarham Pok Su Weil.. bandingkan siapa lebih berbudi pekerti dan siapa lebih pentingkan kerusi dan kuasa politik semata-mata...
.
Apa perasaan keluarga Allahyarham Poksu Weil, apabila tidak sampai sehari meninggal partinya terus bercakap soal nak bertanding pilihanraya. Air mata sanak saudara pun tak kering lagi, partinya dah heboh bersiap nak letak calon lain bertanding..


Hormatlah sikit perasaan keluarga Allahyarham..simpatilah...



dipetik daripada berita harian

Masih terlalu awal tentukan calon Manek Urai : Dato' Mustapa Mohamad

Umno Kelantan berpendapat masih terlalu awal untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Jumaat lalu.
/
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, berkata mesyuarat biro politik Umno negeri di sini, malam tadi hanya membincangkan situasi politik semasa di Manek Urai.
/
"Kita hanya mendengar taklimat mengenai keadaan di Manek Urai dari Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan langsung tidak membincangkan soal calon di DUN itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat biro itu di Bangunan Umno Negeri di sini.
/
Mustapa berkata, Umno Kelantan akan membuat keputusan mengenai calon pilihan raya kecil itu selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai DUN itu, Khamis ini.

"Sebaik mendapat isyarat daripada ibu pejabat barulah Umno Kelantan akan bertindak segera. Jika bertanding, kita akan berjuang habis-habisan di Manek Urai kerana kita yakin peluang BN di sana adalah baik.



............................................................

dipetik daripada mstar


DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak pernah ketandusan calon untuk diletakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

“Calon sudah ada, ramai, tua muda semuanya ada dan layak, PAS tidak pernah ketandusan calon terbaik.

"Insya-Allah, kita akan letakkan calon tempatan,” katanya selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di markas PAS Taman Melewar, Gombak dekat sini, hari ini.
.

1000 hadir Perasmian Kelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian Pasir Mas

Baru sebentar tadi berakhir Majlis Perasmian Kelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang disempurnakan oleh Dato' Mustapha Mohamad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan di Dewan Suria, Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas.

Walaupun ketibaan Dato' Pa pada jam 6.00 petang agak terlewat dari jadual asal jam 5.00 petang tetapi kesungguhan ahli-ahli UMNO Cawangan seluruh Parlimen Pasir Mas yang tetap setia menanti kehadiran beliau menjadikan dewan penuh sesak dengan hadirin.

Majlis dimulakan lebih awal dengan ucapan daripada wakil sayap Wanita, Pemuda dan Puteri disusuli oleh pidato Ketuanan Melayu oleh Che Johan Che Pa, Timbalan Ketua UMNO Pasir Mas. Che Johan dalam ucapannya menyeru orang Melayu mengenepikan perbezaan fahaman politik kepartian demi memelihara nasib orang Melayu terus terbela dan memastikan orang Melayu terus menjadi tuan di bumi bertuah ini.

1000 hadirin berdiri meraikan ketibaan Dato' Pa dan disusuli dengan tepukan gemuruh menggamatkan dewan. Majlis ini turut dihadiri oleh Sdr Ikmal Hisham Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Sdr Anuar Sapian Ketua Pemuda UMNO Kelantan, YB Dato' Abd Aziz Derashid ADUN Kuala Balah yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jeli dan Dr Azmi Setapa Setiausaha Politik kepada Dato' Pa.

Majlis diteruskan dengan ucapan Dato' Hj Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas yang baru malam tadi diumumkan sebagai Bendahari UMNO Kelantan. Antara lain Dato' Hanafi melahirkan rasa bangga dan terima kasih atas kehadiran Dato' Pa untuk bersama dengan pejuang-pejuang UMNO Pasir Mas. Beliau melahirkan keyakinan berdasarkan track record yang dimiliki, Dato' Pa akan berupaya membawa perubahan kepada UMNO Kelantan.

Dato' Hanafi melahirkan keyakinan dengan keupayaan yang dimiliki oleh Dato' Pa, UMNO Kelantan akan kembali merebut kepercayaan rakyat Kelantan.

Dato' Mustapa dalam ucapannya anatara lain menyentuh mengenai kenangan di SMK Sultan Ibrahim 1 ini yang menjadi tempat beliau menuntut ilmu selama 2 tahun pada 1967 dan 1968. Beliau melahirkan rasa terhutang budi kepada guru-guru yang telah menjadikan beliau seorang insan seperti sekarang.

Menyentuh mengenai UMNO Kelantan yang baru sebulan diketuai beliau, Dato' Pa menegaskan untuk menerajui UMNO Kelantan bukan menjadi keutamaannya tetapi apabila diberikan kepercayaan ini, beliau akan laksanakan sebaik mungkin.

Beliau melihat pilihanraya kecil DUN Manik Urai akan menjadi medan ujian pertama kepada barisan baru kepimpinan UMNO Kelantan. Beliau mahu setiap ahli UMNO di semua peringkat akan mengembelingkan usaha dan mengerah keringat untuk menawan kembali kerusi berkenaan.

Dato' Pa menolak usaha melabelkan Manik Urai sebagai kubu kuat Pas kerana UMNO pernah memenanginya pada tahun 2004 walaupun dengan majoriti yang kecil. Oleh itu beliau menyeru untuk sama-sama menjadikan hasrat memenangi kerusi DUN Manik Urai ini sebagai satu titik mula ke arah kebangkitan semula UMNO.

Majlis yang dipengerusikan oleh Tn Hj Zainuddin Mohd Noor, Timbalan Ketua Penerangan ini berjalan dengan meriah dan berakhir pada kira-kira jam 6.40 ptg.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Dato' Hj Hanafi Mamat atas kejayaan UMNO Bahagian Pasir Mas mengadakan program ini.
.

Hanafi Mamat Bendahari UMNO Kelantan

.
Tahniah kepada Dato' Hanafi Mamat yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dan Dali Hussin (Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa) yang menjadi dua muka baru dilantik memegang jawatan penting dalam Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata Hanafi dilantik sebagai Bendahari Umno manakala Dali, dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno negeri.

“Hanafi menggantikan Datuk Noorzahidi Omar yang kini dilantik sebagai Setiausaha Umno Kelantan manakala Dali menggantikan Datuk Md Alwi Che Ahmad yang kini Setiausaha Barisan Nasional negeri,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
.

23 May 2009

Selamat Berlapar Nizar and The Gang...

Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin pembangkang di negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapat simpati rakyat.
.
Ia dikatakan akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.
.
"Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya bekas Menteri Besar yang disahkan hilang sokongan majoriti DUN Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
.
Agak menarik idea terbaru Nizar ini lantaran keputusan Mahkamah Rayuan mengesahkan beliau tidak lagi layak menjadi Menteri Besar kerana tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.
.
Tetapi saya rasa mogok lapar 3 hari tak ke mana. Apa kata kalau kita cadangkan pada Nizar agar dia buat lebih advance lagi. Jangan tetapkan berapa hari tetapi teruskan mogok lapar sehingga dia dapat menjadi MB semula.
.
Kalau kena tunggu hingga pilihanraya umum, buatlah mogok lapar sehingga pilihanraya umum nanti. Kalau pilihanraya umum akan datang pun belum dapat jadi MB lagi, mogok laparlah sehingga pilihanraya umum seterusnya.. sampailah dapat jadi MB. Sebab bukankah itu matlamat dia, nak kembali menjadi MB.
.
Kalau setakat mogok lapar 3 hari sahaja belum nampak serius. Perut pun belum cukup lapar. Buat la lama-lama barulah orang kata Nizar ni hero, sanggup berlapar untuk rakyat.
.
Orang Pas pun tahu, mogok lapar ni bukan sebab urusan di Perak kerana dah memang sahih dia tak dapat sokongan majoriti, mana lah nak boleh MB lagi.
.
Tapi yang jelas dan amat clear adalah mogok lapar ni sebab nak pancing undi simpati perwakilan Pas untuk dia bertanding naib Presiden.. Sebab tu la mogok lapar ni 3 hari sahaja..
.
BERANI KE SI NIZAR NI MOGOK LAPAR SAMPAI PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI? AJAK LA BEKAS SPEAKER TU SEKALI.. SELAMAT BERLAPAR...

.

Pelantikan Menteri Besar Perak... Sultan ikut undang-undang

Gambar Menteri Besar dan bekas Menteri Besar

Keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam (Jumaat) mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, menunjukkan dengan jelas bahawa tindakan Sultan Perak melantik Datuk Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru adalah berasaskan undang-undang.

"Tindakan Sultan Perak memanggil 31 orang ADUN sebelum membuat keputusan sama ada untuk membubarkan dewan atau tidak, adalah tindakan yang betul. Maka apa sahaja kata-kata yang mendakwa perlantikan Zambry sebagai tidak sah sudah menjadi akademik dalam situasi ini.

"Dengan keputusan ini krisis di Perak boleh dianggap sudah berakhir. BN menganggap kejayaan ini sebagai satu mercu tanda kerana kini kedudukan di Malaysia sama dengan negara-negara Komonwel yang lain di mana hak untuk melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar adalah hak Raja atau Ratu," kata peguam UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Sehubungan itu beliau berharap suasana politik negeri Perak akan kembali tenang dan berjalan seperti biasa.

“Sekarang kita mempunyai seorang Menteri Besar yang sah, sejak 6 Februari lalu. Keputusan Mahkamah Rayuan adalah keputusan yang tidak boleh dipertikaikan. Jika Datuk Nizar mahu membuat rayuan, kami sudah pasti akan lawan," tambah Hafarizam yang dikerumi wartawan sebaik beliau keluar ke mahkamah.

Sementara menunggu keputusan, keadaan di luar mahkamah sesak dengan wartawan dan penyokong kedua-dua pihak. Berpuluh-puluh wartawan sudah berada di mahkamah sejak 1.30 petang dan terpaksa beratur untuk mendapatkan pas masuk. Bagaimanapun hanya 15 orang wartawan dibenarkan masuk dan selebihnya terpaksa menunggu di lobi bersama kira-kira 200 penyokong Zambry dan Nizar.
.

22 May 2009

DUN Manek Urai 2008 dan 2004

PILIHANRAYA UMUM 2008
P.31-KUALA KRAI / N.41 - MANEK URAI

MOHAMED ZULKEPLI BIN OMAR (BN) - 4,394
ISMAIL BIN YAACOB (PAS) - 5,746

JUMLAH PEMILIH : 12,292
KERTAS UNDI DITOLAK : 192
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 10,353
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 21

PERATUSAN PENGUNDIAN : 84.23%
MAJORITI : (PAS) - 1,352

..........................................................

KEPUTASAN PILIHANRAYA UMUM 2004
P.31-KUALA KRAI / N.41 - MANEK URAI

MOHD ZAMZURI BIN MAT LAZIM (PAS) - 4,309
MOHAMED ZULKEPLI BIN OMAR (BN) - 4,362

JUMLAH PEMILIH : 10,705
KERTAS UNDI DITOLAK : 105
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 8,788
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 12

PERATUSAN PENGUNDIAN : 82.09%
MAJORITI : (BN) - 53

ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob (lebih dikenali sebagai Paksu Su Weil) meninggal dunia kira-kira subuh (5.55 pagi) hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.


Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.


Allahyarham akan dikebumikan selepas jumaat hari ini. Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.


Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.


Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.
.

21 May 2009

Status MB Perak : Keputusan rayuan Zambry esok

dipetik daripada mstar.com.my

Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop menetapkan pukul 3.30 petang esok untuk memberikan keputusannya berhubung rayuan Dr Zambry daripada Barisan Nasional terhadap perintah Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas adalah Menteri Besar yang sah.

Panel tiga hakim itu hari ini mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Mohammad Nizar dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Mohammad Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Mohammad Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Ekoran keputusan itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang. Sehingga 5 petang, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.

Sementara itu, Abdul Gani berkata Mohammad Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Mohammad Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Mohammad Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Pada perbicaran sebelah petang, peguam Sulaiman Abdullah, yang mewakili Mohammad Nizar, dalam hujahnya berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan, tetapi berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

Oleh yang demikian, Mohammad Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Mohammad Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri, katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satusatunya cara bagi memecat Mohammad Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang tadi.

Ketika ditemui pemberita selepas perbicaraan itu, Mohammad Nizar berkata: "Tak kiralah apa keputusannya esok, tapi apa yang paling penting ialah sokongan rakyat Perak terhadap saya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
.

Haron Din tarik diri tanding Timbalan Presiden PAS

dipetik daripada Harakahdaily

Calon Timbalan Presiden PAS, Dato' Dr Haron Din hari ini mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan muktamar Jun ini.

Dr Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, beliau telah pun membuat keputusan itu sejak sebelum pencalonan bermula lagi, namun beliau tetap dicalonkan.

"Sebenarnya, daripada sebelum penamaaan calon lagi, saya sudah menarik diri.

"Pada saya, tidak ada keperluan untuk saya bertanding," katanya yang dipetik daripada laman akhbar online.

Justeru katanya, beliau tidak akan menghantar borang jawapan pengesahan bertanding pada 25 Mei ini.

Katanya, kesemua calon jawatan itu telah pun mengetahui pendirian beliau itu sejak awal lagi.

Keputusan Dr Haron sekaligus mengikut jejak langkah seorang lagi calon jawatan itu iaitu Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Seri Azizan Abd Razak yang mengumumkan untuk menarik diri Selasa lalu kerana mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Selain Dr Haron dan Azizan, tiga lagi yang dicalonkan untuk jawatan nombor dua itu adalah penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
.

20 May 2009

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

dipetik daripada utusan malaysia

Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.
.

19 May 2009

‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran’

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pertubuhan haram Hindraf mengugut akan menganjurkan protes jalanan bulan depan sekiranya larangan terhadap P. Uthayakumar untuk bertemu Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

‘‘Siapa dia (Hindraf) nak bagi-bagi amaran,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hindraf sudah berani bagi kata dua pada kerajaan…

Bunyinya memang sudah melampau. Pertubuhan haram Hindraf sudah berani bagi kata dua kepada kerajaan berbentuk ugutan.
.
Ketuanya yang lari tinggal di London P Waythamoorthy dipetik oleh Malaysiakini.com sebagai berkata para penyokong pertubuhan itu akan mengadakan demonstrasi jalanan di seluruh negara jika tidak batalkan arahan agar bekas tahanan ISA P Uthayakumar mengadap lembaga penasihat ISA.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang ditemui Agendadaily sebelum mesyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC petang Isnin untuk mengulas perkembangan ini menegaskan kerajaan tak makan ugutan Hindraf. Katanya jika Hindraf adakan demonstrasi jalanan tindakan tegas akan diambil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diminta mengulasnya dalam sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pula menegaskan tiada siapapun boleh memberi kata dua. Menurut beliau kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang secara berhemah sekiranya mereka menghormati undang-undang.

"Kita sudah membuktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa, bukanlah kerajan yang zalim atau yang nak menekan mana-mana pihak,”katanya. Uthayakumar yang dibebaskan dari ISA baru-baru ini juga berkeras tidak mahu tandatangani surat yang menetapkan syarat-syarat pembebasannya.

Dalam pada itu dia juga telah melanggar peraturan pembebasan bila berhenti berucap di beberapa tempat semasa diiringi oleh konvoi penyokongnya dari Kem Tahanan Kamunting. Waythamoorthy yang merupakan abang kepada Uthayakumar dipetik sebagai berkata Hindraf akan istihar ‘perang’ ke atas kerajaan pimpinan Datuk seri Najib Tun Razak jika arahan mengadap Lembaga Penasihat ISA itu tidak dibatalkan segera.

Beliau mendakwa arahan ke atas Uthayakumar itu tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang ditemui wartawan juga memberi amaran tindakan sewajaranya akan diambil jika Hindraf menganjurkan perhimpunan. Menurut beliau langkah sewajarnya juga akan diambil jika Uthayakumar enggan mengadap Lembaga Penasihat ISA
.

BN 'confirm' tak tanding di DUN Penanti

NAJIB pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Turut hadir Muhyiddin, Ong dan Dr Koh

Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara kerana Dewan Tertinggi BN berpendapat kekosongan kerusi DUN berkenaan bukan berasaskan peruntukan Perlembagaan, sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.

"Ia juga permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan Perlembagaan. Kita tidak mahu menari ikut rentak orang lain. "Oleh kerana BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan usaha memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kepentingan parti lebih utama, jadi kita putuskan untuk tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu," katanya selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam di sini.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ekoran dakwaan terbabit dalam rasuah.

Selain memberi alasan untuk melanjutkan pelajaran, Fairus berkata, beliau bertindak demikian untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan rasuah. Namun, akhir bulan lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 31 Mei.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sudah dinamakan sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Parti Rakyat Malaysia serta bekas Ketua Wanita Keadilan, Aminah Abdullah, menyuarakan hasrat untuk bertanding. Perdana Menteri berkata, walaupun tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu, BN memberi jaminan akan terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Penanti.

Beliau juga percaya pengundi kawasan berkenaan tidak akan kecewa, malah dapat menerima keputusan itu. Ditanya sama ada keputusan dibuat kerana BN takut menerima kekalahan, Najib berkata: "Tidak... perkara itu tidak timbul kerana akan tiba masanya kita tetap akan berdepan dengan rakyat apabila pilihan raya umum nanti."

Beliau berkata, keputusan BN untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu bukan yang pertama kerana sebelum ini keputusan sama pernah dibuat, tetapi ketika itu tidak ada permainan politik.
.

18 May 2009

Samanlah…Anifah tak akan tarik balik dakwaan ditawar TPM

dipetik daripada agendadaily

Isu Datuk Anifah Aman vs Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi makin panas. Ini bila mana Menteri Luar itu tetap berpegang pada dakwaannya bahawa Penasihat PKR itu pernah tawar jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya semasa gerakan 16 September untuk masuk Putrajaya menerusi pintu belakang.

Adik kepada Ketua Menteri Sabah itu yang pulang dari lawatan rasmi ke Amerika Syarikat pagi Ahad kata beliau sedia disaman oleh Anwar.

Sabtu Sankara Nair, peguam kepada Anwar menafikan Ketua Pembangkang itu ada buat tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anifah untuk lompat parti.

Katanya beliau dapat arahan supaya fail saman terhadap Menteri Luar itu jika dakwaan itu tidak ditarik balik dalam tempoh 24 jam. Anwar dilaporkan mengakui beliau ada sekali saja berhubung dengan Anifah menerusi telefon.

Beliau lalu memperlekehkan Anifah membuat dakwaan itu sebagai orang yang mungkin bermimpi nak jadi Timbalan Perdana Menteri.

Dalam sidang akhbar di KLIA Sepang itu Anifah juga mengesahkan Anwar ada telefon beliau sekali tahun lalu. Katanya beliau tidak ingat tarikhnya.

"Saya beritahu dia jangan buang masa, saya tidak sedia tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional", katanya.

Mengenai sama ada sedia hadapi saman Anwar beliau berkata, "ya, saya tak ada masalah. Sebagai Menteri Luar ada ada banyak perkara penting nak dibuat. Anwar tidak membimbangkan saya".
.

Gerakan besar-besaran mantapkan semangat juang ahli UMNO

UMNO akan melancarkan gerakan besar-besaran untuk memantapkan semangat juang dan gerak kerja ahli-ahlinya dengan menganjurkan kursus latihan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah berkenaan adalah antara perubahan penting bagi memperkukuhkan lagi UMNO untuk menghadapi sebarang cabaran dan sebagai persediaan menempuh pilihan raya umum akan datang.

"Perubahan besar-besaran ini membabitkan peringkat bahagian hingga ke cawangan dengan melibatkan setiap ahli dalam modulmodul latihan yang sesuai bagi menyusun jentera parti, gerak kerja, memulihkan semangat, meningkatkan kerjasama dan hubungan antara ahli dan juga di kalangan parti komponen," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.
.

Penanti - Menanti keputusan BN

Adakah Barisan Nasional (BN) akan bertanding, atau ia akan memutuskan untuk tidak terbabit dalam pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini?

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan jam 4.30 petang ini di ibu pejabat UMNO, PWTC.

Ia asalnya dijadualkan diadakan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Mesyuarat itu menarik perhatian ramai kerana ia antara lain akan putuskan sama ada BN bertanding atau tidak di pilihanraya kecil Penanti.

Kemungkinan BN tidak akan bertanding timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pilihan raya kecil yang tidak perlu adalah sesuatu yang membuang masa dan wang awam.
.

Nik Aziz tidak tolak kemungkinan berlaku sogokan dalam PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.
.
Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.
.
"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.

"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.

Sabtu lalu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.
"Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.

"Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang tok guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bila-bila pun saya sanggup," katanya.


-BERNAMA

NIK AZIZ WALAUPUN MENGAKUI KEMUNGKINAN WUJUD AMALAN RASUAH DALAM PEMILIHAN PAS KALI INI, BELIAU SAMA SEKALI TIDAK MENYERU PERWAKILAN PAS MENOLAK RASUAH.

SEBALIKNYA BELIAU SENDIRI MENYURUH PERWAKILAN MENGAMBIL RASUAH TERSEBUT, CUMA TIDAK MENGUNDI CALON YANG MEMBERI RASUAH BERKENAAN AGAR CALON ITU KALAH.

DI SINI BUKAN SOAL CALON MANA MENANG ATAU CALON MANA KALAH, POKOK PERSOALAN ADALAH APABILA PERWAKILAN MENGAMBIL RASUAH SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH NIK AZIZ, MAKNANYA IA SECARA LANGSUNG MENGGALAKKAN BERLAKUNYA AMALAN RASUAH.

RASUAH AKAN BERLAKU APABILA ADA YANG MEMBERI DAN ADA YANG SUDI MENERIMANYA. SOAL NAK UNDI ATAU TIDAK TU PERKARA LAIN.

INILAH SATU-SATUNYA TOK GURU YANG APABILA TAHU ANAK BUAH AMAL RASUAH, IA TIDAK MENCEGAH MALAH SEAKAN MENGGALAKKANNYA.

TAPI APA NAK DIHAIRANKAN.. DULU KAN KITA PERNAH DENGAR UNGKAPAN... BERI GULA KACAU, BERI KAIN PAKAI, BERI DUIT AMBIL... TAPI UNDI MESTI PANGKAH PAS..

ITULAH KUNCI KRJAYAAN PAS HARI INI

.

17 May 2009

Politik wang: Ketua Dewan Ulama PAS dipanggil menghadap

Dewan Harian PAS akan memanggil Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mohamed Daud Iraqi untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan beliau wujudnya gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dalam parti, esok.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Mohamed Daud akan dipanggil untuk memberikan penjelasan termasuk mengemukakan bukti terhadap dakwaannya itu, pada satu mesyuarat khas yang akan dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya beliau ada buktibukti, kami akan panjangkan dakwaan ini untuk tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap pihak yang terlibat tanpa mengira baik diperingkat cawangan mahupun peringkat tertinggi," katanya pada satu persidangan akhbar di sini semalam.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan Mohamed Daud sebagai berkata beliau difahamkan gejala politik kotor dalam usaha melobi jawatan dilihat sudah mulai wujud dalam parti itu.

Sementara itu Presiden Jawatankuasa Pemilihan PAS yang juga Pengarah Pilihanraya Datuk Mustafa Ali pula berkata PAS pusat tidak menerima sebarang aduan mengenai gejala rasuah pada peringkat pemilihan kawasan parti.

"Tidak ada orang yang mengadu mengenai salah laku duit ini. Saya tidak risau, dan saya yakin ia tidak berlaku. Isu ini tidak berbangkit kerana saya tidak terima laporan, saya yakin kepada masing-masing (calon) yang bertanding, ikhlas dengan perjuangan," katanya.

- BERNAMA
.

Nik Aziz Tidak Setuju Bincang Dengan BN Isu Perak

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara kedua-dua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

- BERNAMA

* NAMPAKNYA WALAUPUN SELURUH MALAYSIA MAHUKAN PERBINCANGAN ISU PERAK, NIK AZIZ TETAP DENGAN STAIL LAMANYA.. TIDAK MAHU BERBINCANG KERANA IA MELIBATKAN UMNO.
.

Senarai Pencalonan Jawatan Tertinggi Pas Pusat

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
1. Nasharuddin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok)
2. Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah)
3. Dato' Dr Harun Din (Timbalan Mursyidul Am)
4. Datuk Husam Musa (Exco kerajaan Kelantan dan ADUN Kijang)
5. Mohamad Sabu

Naib Presiden
1. Nasharuddin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok)
2. Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah)
3. Dato' Dr Harun Din (Timbalan Mursyidul Am)
4. Dato' Husam Musa (Exco kerajaan Kelantan dan ADUN Kijang)
5. Mohamad Sabu
6. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak)
7. Datuk Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor, Exco kerajaan Selangor)
8. Idris Ahmad (Ahli jawatankuasa pusat PAS)
9. Datuk Kamaruddin Jaffar (Setiausaha Agung PAS)
10. Datuk Mahfuz Omar (Ketua Penerangan dan Ahli Parlimen Pokok Sena)
11. Nik Mohd Amar Nik Abdullah (Exco kerajaan negeri Kelantan)
12. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
13. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang)
14. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian)
15. Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling)
16. Datuk Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya Pas Pahang)

* SENARAI MUKTAMAD AKAN DIUMUMKAN PADA 26 MEI SETELAH TEMPOH MENGEMBALIKAN SURAT PERSETUJUAN TAMAT
.

Abdul Hadi kekal Presiden Pas

Oleh HERMAN HAMID


Kehadiran Haron Din mampu memantapkan lagi kepimpinan Pas yang diterajui oleh Abdul Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatan Presiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

Untuk jawatan Naib Presiden, 16 pemimpin berjaya melayakkan diri sementara bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, 86 nama disahkan layak bertanding.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengumumkan perkara tersebut turut mengakui jumlah yang layak bertanding pada pemilihan kali ini adalah paling ramai sepanjang sejarah parti itu setakat ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Hassan Shukri.

Mengikut perlembagaan Pas, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima nama yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din, Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu di samping penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon atas alasan bagi mengelakkan spekulasi berlebihan media.

Utusan Malaysia bagaimanapun dalam laporannya semalam memetik sumber yang mengatakan Nasharudin memperoleh sebanyak kira-kira 60 peratus pencalonan manakala Husam dan Mohamad Sabu masing-masing mendapat sebanyak kira-kira 20 peratus pencalonan.

Nasharudin dan Azizan turut dicalonkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang.

Sebelas yang lain ialah Datuk Harun Taib, Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali, Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Salahuddin Ayub, Taib Azamuddin Md. Taib dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Abdul Hadi disahkan mengekalkan jawatan yang disandang sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas Kawasan.

Keseluruhannya Pas mempunyai 176 Kawasan namun daripada jumlah itu hanya 137 kawasan yang selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.

Satu-satunya Pas Kawasan yang tidak mencalonkan Abdul Hadi ialah Bukit Bintang yang mencalonkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sementara itu pada sidang akhbar tersebut, Mustafa memaklumkan senarai akhir calon yang akan bertanding pada Muktamar Agung Pas pada 3 Jun ini hanya akan diumumkan pada 26 Mei ini.

Kata beliau, untuk jawatan di peringkat Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pula akan diumumkan Selasa ini kerana pencalonan peringkat sayap yang dibuat mengikut negeri masih belum ditutup.

''Mereka yang dicalonkan untuk jawatan parti perlu mengesahkan tawaran bertanding sebelum atau pada 25 Mei ini dan keesokannya kita akan umum senarai akhir. Kalau tak jawab surat tawaran dia akan dianggap tak minat bertanding.
.
''Sementara itu, jumlah keseluruhan perwakilan belum dimuktamadkan lagi tetapi dianggarkan kira-kira 1,100 perwakilan akan terlibat dalam pemilihan ini,'' katanya.

* KEHADIRAN DATO' DR HARON DIN SEBAGAI ANTARA CALON TIMBALAN PRESIDEN, PASTINYA AKAN MERIAHKAN LAGI PERTANDINGAN. DALAM SITUASI YANG LAIN, PENCALON HARON DIN YANG MERUPAKAN ULAMA TERKENAL MERUPAKAN SATU TAMPARAN KEPADA KEGHAIRAHAN KUMPULAN ENDORGAN MENGUASAI PARTI.
.