SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

26 March 2009

Keputusan penuh Wanita, Pemuda & Puteri

Berikut senarai lengkap pemegang jawatan utama tiga pergerakan UMNO bersama jumlah undi yang diperolehi masing-masing seperti diumumkan malam ini.


WANITA
Pengerusi tetap ~ Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)
Timbalan pengerusi tetap ~ Datuk Sharifah Aminahbi Syed Mohd (306 undi)

Ketua ~ Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil (507 undi)
Naib Ketua ~ Datuk Kamilia Ibrahim (tanpa bertanding)

Ahli jawatankuasa ~
1. Hasnah Salam (520 undi)
2. Datuk Maznah Abdul Hamid (509 undi)
3. Datuk Rosni Zahari (480 undi)
4. Datuk Armani Mahiruddin (463 undi)
5. Datin Paduka Norhayati Onn (463 undi)
6. Datuk Norhayati Omar (432 undi)
7. Datuk Rusnah Kassim (430 undi)
8. Marlia Abd Latiff (416 undi)
9. Noriah Mahat (412 undi)
10. Ros Suryati Alang (405 undi)
11. Jamelah A Bakar (400 undi)
12. Suraya Yaacob (388 undi)
13. Azihani Ali (385 undi)
14. Norliza Abdul Rahim (377 undi)
15. Sharifah Azizah Syed Zain (375 undi)
16. Datuk Maznah Mazlan (374 undi)
17. Datuk Azizah Mohd Dun (371 undi)
18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367 undi)
19. Norliza Hj Ahmad (347 undi)
20. Wan Hazani Wan Mohd Nor (344 undi)

PEMUDA
Pengerusi tetap ~ Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)
Timbalan pengerusi tetap ~ Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua ~ Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)
Naib Ketua ~ Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)
11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi (419)
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (410 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

PUTERI
Pengerusi tetap ~ Azlieza Azizan (445 undi)
Timbalan pengerusi tetap ~ Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua ~ Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)
Naib ketua ~ Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa
1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)
2. Hasrunizah Hassan (514 undi)
3. Azlinda Zubir (510 undi)
4. Zahida Zarik Khan (501 undi)
5. Asmaiza Aahmad (498 undi)
6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)
7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)
8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)
9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)
10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)
11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)
12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)
13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)
14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)
15. Seriwani Sabtu (395 undi)
16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)
17. Idamoerni Zakaria (384 undi)
18. Anita Murad (379 undi)
19. Zauyah Zainuddin (377 undi)
20. Rina Mohd Harun (375 undi)
.

Khairy...Shahrizat...Rosnah menang bergaya...

Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Khairy Jamaluddin Abu Bakar muncul sebagai pemenang pertandingan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo 254 dan Datuk Muhkriz Mahathir 232.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pula, Datuk Razali Ibrahim diisytihar sebagai pemenang dengan memperolehi 417 undi menewaskan pencabarnya Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sejurus diumum menang di lokasi mesyuarat Pemuda UMNO, Khairy terus memeluk Mukhriz yang hadir sama semasa pengumuman dibuat. Dr Khir tidak ada kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung waktu itu di tingkat 39 Menara Dato Onn, PWTC.

Ketua Wanita pula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil diumum sebagai ketua yang baru menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Abdul Aziz dengan majoriti 227 undi. Shahrizat memperolehi 507 undi manakala Rafidah 280 undi. Rafidah juga tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar.

Sementara itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid diumum sebagai Ketua Puteri UMNO yang baru apabila memperolehi 245 undi menewaskan lima calon yang lain.

Rosnah sebelum ini adalah Naib Ketua Puteri UMNO. Shahanim Yusof pula muncul Naib Ketua Puteri dengan 355 undi tewaskan tiga calon lain
.

25 March 2009

Pemuda riuh kempen saat akhir

Suasana berkempen di saat-saat akhir untuk pemilihan tiga sayap Umno – Pemuda, Wanita dan Puteri – memanaskan suasana bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) hari ini.

Sejak awal pagi, penyokong calon masing-masing kelihatan beredar sekitar bangunan itu, terutamanya sekitar ruang legar utama, berdekatan dengan skrin besar yang memaparkan suasana seputar perhimpunan itu.

Bagaimanapun kempen merebut jawatan ketua Pemuda antara Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir kelihatan lebih rancak berbanding dua lagi pergerakan.

Penyokong tegar ketiga-tiga calon itu berkumpul di Dewan Tun Hussein Onn - tempat Pemuda Umno berhimpun sebelum mengundi 11 pagi ini - sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" dan "Allah Selamatkan Kamu" beramai-ramai.

Mereka juga sahut-menyahut melaungkan nama calon masing-masing – KJ (Khairy), Khir Toyo dan Mukriz. Bagaimanapun poster Dr Mohamad Khir bertulisan "Pemuda Berani" kelihatan mendominasi kawasan tersebut.

Penyokong tiga calon itu memakai kemeja T dengan nombor calon, gambar dan nama pemimpin pilihan masing-masing.

Sementara itu, penyokong calon-calon Wanita dan Puteri kelihatan lebih selesa dengan "kempen senyap". Mereka mengedarkan kad bertulis nama dan nombor calon mereka kepada orang ramai, termasuk kepada perwakilan dan media.

Ketiga-tiga ketua pergerakan itu telah selesai menyampaikan ucapan masing-masing pagi ini dan kini sedang menjalankanpengundian untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
,

Berubah atau rebah...

YAB Dato' Seri Mohd najib Tun Razak merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka PWTC, malam tadi.

- Najib mahu Umno perbetul visi, hala tuju
- Ubah sistem kuota, beri akar umbi hak memilih


24 March 2009

Najib: Pemilihan 2009 penentu survival Umno

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden berucap merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Merdeka, PWTC sebentar tadi.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak hari ini menegaskan, pemilihan Umno kali ini yang meliputi semua peringkat bakal menentukan masa depan dan survival parti itu untuk terus mencipta sejarah ataupun sebaliknya.

Ketika menyampaikan ucapannya yang bertemakan Menakhoda Zaman, Timbalan Presiden Umno ini berkata, tugas para perwakilan tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno.

"Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan.

"Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri.

"Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," kata beliau.

Beliau yang Timbalan Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap merasmikan serentak Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC.
.

Nizar calon PAS di Bukit Gantang..

Bekas Menteri Besar Perak yang diminta meletak jawatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dari PAS, malam ini diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Ia diumumkan di padang Taman Kota Jaya di Simpang di sini kira-kira 10.50 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya memegang amanah jawatankuasa yang memutuskan nama beliau (Nizar)," kata beliau.


PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat di sini petang tadi untuk memilih calon pihaknya. Empat nama dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun pemilihan Nizar dikatakan tidak mendapat restu Mursyidul PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.


Kini Nizar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang.

Nizar kehilangan jawatan Menteri Besar apabila kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga ADUN keluar dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas tapi menyokong Barisan Nasional awal bulan lalu.


Beberapa hari kemudian kerusi Bukit Gantang menjadi kosong.

Pengumuman calon Pakatan Rakyat ini dibuat kira-kira 10 hari selepas BN mengumumkan calonnya, Ismail Saffian.


komen cekati tembaga...

AKHIRNYA DENGAN TAKDIR ALLAH RAKYAT PERAK ATAU LEBIH TEPAT LAGI PENGUNDI BUKIT GANTANG BERPELUANG UNTUK MENYATAKAN SECARA CLEAR KEPADA NIZAR BETAPA SAKITNYA HATI MEREKA APABILA SULTAN MEREKA DIPERSENDA. RAKYAT PERAK AKAN MEMBERIKAN ISYARAT JELAS KEPADA NIZAR DAN PAKATAN PEMBANGKANG BETAPA TERGURISNYA HATI MELIHAT MARUAH TONGGAK PAYUNG NEGERI DIPERLEKEH OLEH GOLONGAN YANG TAMAK KUASA ITU.

KALAU SEBELUM INI RAKYAT HANYA DAPAT MEMENDAM RASA MARAH EKORAN PENDERHAKAAN TERBUKA SEBILANGAN GOLONGAN MASYARAKAT TAMAK KUASA INI TETAPI DENGAN PENGUMUMAN PRESIDEN PAS MENAMAKAN NIZAR SEBAGAI CALON, MELALUI PETI-PETI UNDI RAKYAT BERPELUANG MENYATAKAN KEPADA NIZAR "KAMI TIDAK RELA SULTAN KAMI DIHINA".

DIJANGKA PENGUNDIAN DI BUKIT GANTANG AKAN MENCATAT PERATUSAN TERTINGGI KELUAR MENGUNDI KERANA RASA MELUAT RAKYAT KEPADA NIZAR DAN KONCO-KONCONYA AKAN MENDORONG PENGUNDI KELUAR BERAMAI-RAMAI MEMASTIKAN NIZAR DIAJAR DALAM "GELANGGANG BUKIT GANTANG".

KEPADA PENGUNDI BUKIT GANTANG MARILAH BERSAMA-SAMA KITA HUMBAN GOLONGAN PENDERHAKA KE LEMBAH KEHINAAN.. DENGAN KEKALAHAN BESAR.. DENGAN MAJORITI BERGANDA, SEMOGA DENGAN KEKALAHAN ITU KELAK AKAN MENYEDARKAN MEREKA KESILAPAN DIRI, DAN BERPELUANG KEMBALI KE JALAN YANG BENAR.

.

23 March 2009

Murid Tadika Sekali Lagi Menjadi Mangsa Politik Pas

Pada 22 Mac 2009, 32 orang murid-murid tadika Taman Rakyat Mergong terpaksa belajar beralaskan tikar getah setelah tadika mereka ditutup oleh Badan Amal Surau Taman Rakyat Mergong. Selepas seminggu bercuti, semua kerusi, meja dan alat bantuan mengajar yang digunakan oleh murid-murid ini turut hilang entah ke mana. Selepas 13 tahun tadika tersebut beroperasi, akhirnya ianya ditutup oleh Badan Amal Surau.

Usaha untuk menutup sekolah tadika terbabit bermula sejak setahun lepas, apabila PAS berjaya memerintah Kedah. Namun ianya ditangguhkan oleh Ustaz Azizan (MB Kedah). Apakah Badan Amal sudah mengenepikan arahan daripada kerajaan PAS di Kedah?

Jika ada ahli-ahli PAS yang terlibat dalam usaha menutup sekolah tadika tersebut, sewajarnya pihak kepimpinan PAS di Kedah mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas mereka. Jangan biarkan mereka menganiaya kanak-kanak kecil untuk belajar.

Tadika dan surau bukan tempat untuk berpolitik.

Ada lagi 14 Tadika Kemas yang beroperasi di kawasan Alor Setar. Jika boleh jangan tutup sekolah tadika terbabit demi masa depan anak-anak kecil ini. Mereka masih lagi kecil, belum faham lagi erti politik. Mereka tidak sewajarnya menjadi mangsa kebencian politik.
.

Jangan bersikap apologetik dalam membela nasib Melayu…

agendadaily.com

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak takut ditahan di bawah ISA sekali lagi demi memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

"Walaupun dah masuk ISA dua kali, saya tak takut masuk kali ketiga atau keempat. Tetapi sungguhpun begitu, saya tak pernah menuntut ISA dihapuskan," katanya ketika berucap di Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara, di Kuala Lumpur Ahad.

"Saya bukan macam sesetengah orang, apabila kena ISA, dia salahkan orang lain. Sikit-sikit kata konspirasi. Kami sedar siapa sebenarnya dalang yang merosakkan bangsa, agama dan negara," katanya.

Dalam ucapannya, Ibrahim turut mendesak kerajaan supaya berhenti bersikap apologetik dalam membela nasib pribumi dan Melayu dan meminta kaum lain di negara ini supaya tidak lagi mempersoalkan isu kesamarataan kerana keadilan yang sebenar-benarnya masih belum memihak kepada pribumi.

"Semua pihak mesti sedar dan insaf bahawa kewujudan keistimewaan pribumi Malaysia masih jauh ketinggalan, terutama di segi pencapaian ekonomi. Tahap pendidikan dan kesejahteraaan Pribumi juga masih mundur dan kurang selesa dibandingkan dengan bukan Pribumi.

"Setelah merdeka selama 52 tahun, adalah ironik apabila soal pribumi, khususnya soal Islam dan orang Melayu masih dijadikan kontroversi oleh segolongan rakyat Malaysia sehingga kitasemua berasa tercabar dan hilang sabar. Tetapi kita tetap memilih langkah perjuangan yang bermaruah, berhemah dan berdisiplin. Setakat ini kita tidak memilih untuk bertindak berjuang di luar skop adat budaya, susila dan undang-undang.

"Semua pihak mesti menerima, menghormati dan jangan mempertikaikan hak pribumi dan Orang Melayu lagi kerana golongan yang enggan menerima hakikat ini hanya akan menggugat keharmonian, kesejahteraaan, keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia. Status pribumi termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kaum lain tidak seharusnya melupakan atau menafikan hakikat sejarah.," katanya.

"Kaum pribumi, khususnya orang Melayu boleh bertolak ansur, baik hati dan tidak buruk sangka, tetapi apabila maruahnya diinjak-injak, keitismewaannya dipertikai, Rajanya dihina dan agama Islam dipermainkan, mereka tidak akan bersabar lagi.

"Perkasa tidak mahu bergalas dengan NGO bukan Melayu yang lain. Kami juga tidak akan menyokong NGO yang menggelar dirinya Pribumi Malaysia kononnya yang mendukung aliran perjuangan Malaysian-Malaysia.

"Perkasa diwujudkan untuk memperkasakan hak dan kedudukan pribumi menerusi jalan yang tidak berkonfrontasi. Kami tidak mahu menentang NGO bukan Melayu yang lain, tetapi kalau NGO itu sopan, kita lagi sopan. Kalau mereka kritik, kita lagi kritis dan kalau mereka kurang ajar, kita sedikit kurang ajar," tegasnya.
.

22 March 2009

Samy Vellu kekal Presiden MIC tanpa bertanding

Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC buat penggal kesebelas tanpa cabaran.

Kemenangan beliau itu berikutan beberapa pencalonan kepada saingannya bagi jawatan itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan telah ditolak atas beberapa sebab tertentu.

Difahamkan, kira-kira lapan pencalonan daripada 53 yang diterima oleh Muthupalaniappan ditolak sekaligus gagal memenuhi kuota 50 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Pencalonan bagi jawatan Presiden telah ditutup pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu, Muthupalaniappan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan yang beliau tidak layak bertanding jawatan itu.

Katanya, beliau difahamkan, kesemua pencalonan yang diterimanya telah ditolak.

"Saya difahamkan kesemua pencalonan saya telah ditolak. Saya sangat terkejut.

"Bukan dua tiga (yang ditolak)...semua ditolak," katanya.

Jawatankuasa pemandu pemilihan Presiden MIC dijangka akan mengisytiharkan kemenangan Samy Vellu sebentar lagi.

Samy Vellu, 73, menjadi Presiden MIC sejak tahun 1979 sekaligus merupakan yang paling lama menjawat jawatan itu.

Bekas Menteri Kerja Raya itu tewas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
.

Sekeping Gambar Penuh Makna

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman selepas Mohd. Ali menyampaikan ceramah bertajuk Mengukuhkan Perpaduan Dan Kesetiaan Benteng Kekuatan Negara : Bersatu Teguh Bercerai Roboh pada kursus Kepimpinan Kelab UMNO Luar Negara di PWTC semalam


Cekati Tembaga said...

MELIHAT AKAN KEAKRABAN 2 SAHABAT KARIB INI PARA PERWAKILAN TERUTAMA PENYOKONG DATO' SERI MOHD ALI RUSTAM BOLEH BERKIRA-KIRA MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH KEPADA TAN SRI MUHYIDDIN YASIN.
.
MUHYIDDIN YASIN DILIHAT PUNYAI SEGALA KEUPAYAAN DAN REKOD KERJA YANG CEMERLANG SAMA ADA DI JOHOR MENJADI MENTERI BESAR SELAMA 9 TAHUN MAHU PUN 23 TAHUN MENJADI MENTERI KABINET.
.
PERIBADI MUHYIDDIN YANG BERSIH DAN TIDAK PERNAH TERLIBAT DENGAN APA-APA SKANDAL, TIDAK PERNAH DISABITKAN ATAUPUN DIKENAKAN TUDUHAN DENGAN KESALAHAN UNDANG-UNDANG SAMA ADA DI DALAM ATAU LUAR NEGARA.
.
KELEBIHAN YANG DIMILIKI DITAMBAH DENGAN CIRI-CIRI YANG DIGARISKAN OLEH DATO' SRI NAJIB SEBAGAI PRA-SYARAT UNTUK MENJADI TIMBALAN BELIAU, MENJADIKAN MUHYIDDIN SEBAGAI 'SATU-SATUNYA' CALON YANG MENEPATI KEHENDAK DAN KEPERLUAN PARA PERWAKILAN UMNO KHASNYA DAN RAKYAT SELURUH NEGARA AMNYA.
.
TAN SRI MUHYIDDIN SENTIASA KOMITED DENGAN PERJUANGAN UMNO DAN TIDAK PERNAH MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN DIRI ATAU KELOMPOK.
.
BELIAU JUGA SENTIASA TERBUKA MENERIMA PERUBAHAN MALAH BELIAU ADALAH ORANG YANG MENYERU KEPADA PERUBAHAN BESAR-BESARAN DALAM UMNO.
.
BELIAU JUGA TELAH MENCERMINKAN NILAI KEPIMPINAN YANG BAIK SELAMA BERKHIDMAT DI JOHOR DAN KERAJAAN PUSAT.
.
BERSANDARKAN KEPADA SEMUA INI, PARA PERWAKILAN PERLU MEMILIH TAN SRI MUHYIDDIN YASIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO.
.

Pilih Barisan Kepimpinan Berwibawa - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan UMNO mahu pemimpin yang berwibawa, berkebolehan dan diterima rakyat membarisi set kepimpinannya.

Timbalan Perdana Menteri yakin ciri-ciri kepimpinan sedemikian mampu membantu beliau mengemudi perubahan dalam parti itu dan negara.

Ditanya apa akan berlaku seandainya pemilihan parti bermula 24 Mac ini tidak mencapai apa yang diinginkan, Najib berkata, beliau hanya boleh merayu kerana menyedari ia adalah kuasa perwakilan untuk membuat keputusan.

‘‘Sebab itu saya kata, mereka mesti mengundi berdasarkan hati nurani. Pilihlah pemimpin yang mempunyai ciri terbaik untuk meniti arus perubahan yang patut kita lakukan,’’ katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia dan Kumpulan NSTP menjelang Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Najib seterusnya memperincikan makna set kepimpinan dalam UMNO ialah mereka yang bersedia menghadapi cabaran baru, sedia untuk berubah, sedia untuk buat perubahan dan sedia untuk melakukan kebaikan.

Timbalan Presiden UMNO itu seterusnya menggariskan tiga ciri yang perlu ada pada pemimpin yang hendak dipilih.

Ciri-ciri tersebut kata Najib ialah:

- Pertama, komited dalam perjuangan UMNO lebih daripada diri atau kelompok;
- Kedua, mesti bersikap terbuka maknanya bersedia melakukan perubahan dan;
- Ketiga, mesti pemimpin yang mencerminkan apa yang baik di sisi rakyat.

‘‘Apa yang rakyat pandang baik yang harus ada pada pemimpin itu, maka pemimpin itu yang sebaik-baiknya dipilih bagi menduduki pelbagai jawatan dalam parti,’’ katanya.

Najib menegaskan, beliau memerlukan sebuah pasukan yang berwibawa memandangkan UMNO dan kerajaan berhadapan dengan keadaan yang begitu mencabar.

‘‘Saya tidak mungkin mampu menghadapi cabaran ini tanpa disokong dan didokong oleh kepimpinan tertinggi parti yang sehaluan, mempunyai fikiran yang sama dan iltizam serta kehendak politik yang sama.

‘‘Jadi inilah yang amat penting sekali. Jika saya bersama beberapa kerat sahaja yang mencerminkan sikap sedemikian, tidak mungkin kita dapat membawa perubahan sehingga mampu memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat,’’ katanya.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, beliau tidak perlu menyebut senarai barisan kepimpinan yang diinginkan kerana tidak semestinya ia akan dipatuhi.

‘‘Kita cuma boleh merayu sahaja kepada mereka (perwakilan) dari segi pertimbangan dan kesedaran serta keinsafan mereka, betapa pentingnya keadaan sekarang yang kritikal untuk masa depan UMNO.

‘‘Kita sudah sampai di persimpangan jalan di mana setelah lebih 50 tahun kita berkuasa, inilah ketikanya paling kritikal. Jadi ahli UMNO mesti sedar ini dan mesti mengundi memilih pemimpin berdasarkan kepada realiti situasi sekarang,’’ katanya.
.

21 March 2009

Mohd Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri, Exco


Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1 Mohd Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut.

Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Fairus meletak jawatan tersebut.

cekati tembaga...

BERITA INI TERNYATA MEMBUKTIKAN DESAS DESUS YANG TERSEBAR SEBELUM INI TENTANG PERTELINGKAHAN ANTARA LIM GUAN ENG DENGAN TIMBALANNYA INI. WALAUPUN DINAFIKAN TETAPI KEDUA-DUA PIHAK, KEMUNCAK KEPADA SENGKETA INI APABILA FAIRUS 'DIARAHKAN' BERCUTI OLEH ANWAR SENDIRI..

HARI INI TERBUKTI FAIRUS TIDAK MAMPU LAGI BERSABAR DENGAN KERENAH GUAN ENG MENGUASAI PENTADBIRAN NEGERI MELAKSANAKAN DASAR PEMERINTAHAN YANG TIDAK LANGSUNG MENGUNTUNGKAN ORANG MELAYU PULAU PINANG. FAIRUS TERNYATA SUDAH TIDAK DAPAT BERSABAR LAGI..

.

'Saya nakhoda Pas'- Nik Aziz


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) peringkat Kelantan di sini, hari ini, Nik Aziz mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada Muktamar Agung PAS di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).


"Saya Mursyidul Am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," katanya ketika ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan Presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti itu dalam menyelesaian isu mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.


Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.


"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAs) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya.

komen Cekati Tembaga

RUPA-RUPANYA DALAM PAS PRESIDEN TAK ADA NILAI, MURSYIDUL AM JUGA YANG BERKUASA MUTLAK. WALAUPUN ATAS KERTAS PRESIDEN ADALAH TONGGAK KUASA TAPI MURSYIDUL AM YANG BERSTATUS PENASIHAT ADALAH SEGALA-GALANYA.

NASIHAT MURSYIDUL AM SEPERTI NASIHAT RESIDEN BRITISH ZAMAN PENJAJAH DULU, SEMUA 'NASIHAT' WAJIB DIIKUTI.


WALAUPUN PRESIDEN BERSUARA ATAS KAPASITI KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI DAN DEMI KEPENTINGAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU, SELAGI MURSYIDUL AM TIDAK SEPENDAPAT, AIR LIUR PRESIDEN AKAN MEMBAZIR BEGITU SAJA.


BEGITULAH NASIB SEORANG PRESIDEN PAS DI ZAMAN MURSYIDUL AM NIK AZIZ..
.

20 March 2009

Tegas Pulih nama Umno : Najib

Datuk Seri Najib Razak semalam mahu ahli Umno membuat pendirian tegas sama ada mahu memulihkan nama baik parti atau terus membiarkan kegiatan tidak beretika setiap kali berlaku perebutan jawatan, berterusan.

Timbalan Presiden Umno itu menegaskan, jika ahli benar-benar ikhlas mahu melihat parti dibersihkan, mereka perlu memberi kepercayaan kepada Lembaga Disiplin dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

"Jadi kita kena buat pendirian tegas sama ada kita nak jaga nama baik Umno atau nak biarkan kegiatan apa saja dilakukan untuk merebut jawatan dalam Umno. Kita tak boleh berdolak-dalik, kalau kita nak bersihkan Umno.

"Jadi kita kena beri kepercayaan kepada Lembaga Disiplin. Saya percaya Lembaga Disiplin bukanlah satu kerja yang menyeronokkan. Ini satu beban yang mereka pikul dan mereka menghabiskan banyak masa untuk menjalankan tugas sebagai anggota lembaga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kalangan tertentu menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijadikan 'kambing hitam' apabila dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Lembaga Disiplin Selasa lalu kerana bersalah dalam politik wang.

"Tidak, tidak. Beliau bukan jadi kambing hitam. Ini bukan persoalannya. Kita sudah pilih mereka dan diberi amanah untuk menjalankan tugas sebagai anggota Lembaga Disiplin," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ia diwujudkan selepas Umno mengadakan persidangan khas serta meluluskan etika parti.

"Lembaga Disiplin membuat siasatan dan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima. Kalau kita rasa mereka buat kesalahan tapi tak ada maklumat, mereka tidak boleh mengambil tindakan.

"Tidak wajar untuk mempersoalkan sama ada lembaga itu mempunyai agenda tertentu kerana sekiranya parti mula mempersoalkan kewibawaan dan niat mereka, maka akan timbul banyak implikasi," katanya.

Ditanya mengapa Lembaga Disiplin mengambil tindakan berbeza terhadap ahli yang didapati bersalah, iaitu dilarang bertanding, digantung atau cuma diberi amaran, Najib berkata itu semua adalah pertimbangan lembaga berkenaan.

"Mereka adalah badan bebas. Sebarang keputusan berhubung urusan disiplin kena rujuk kepada lembaga. Kita tak campur tangan dalam urusan Lembaga Disiplin," katanya. Mengenai peranan Mohd Ali sebagai ketua jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Gantang, Najib berkata, buat masa ini Naib Presiden Umno itu akan terus meneruskan tugas berkenaan sehingga kepimpinan parti menyemak semula keputusan Lembaga Disiplin.

"Saya pun tak tahu apa keputusan itu... satu satu dulu. Marilah kita lalui pilihan raya kecil ini dan selepas itu kita tengok dari situ dan buat masa ini beliau masih menjalankan tugas di Bukit Gantang," katanya.

Mengenai persepsi terhadap Mohd Ali selepas didapati bersalah mengamalkan politik wang tetapi masih memegang jawatan Ketua Menteri, Najib berkata fakta yang membabitkan pemimpin itu adalah berlainan dan perbuatan politik wang itu dilakukan oleh orang tertentu.

"Sebab itu berdasarkan fakta, lembaga buat keputusan beliau boleh memegang jawatan Ketua Menteri," katanya. Mengulas desakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti tidak melayan rayuan mereka yang terbabit, Najib berkata: "Dalam apa-apa kes lain pun, ada rayuan. Kita tidak boleh menafikan hak untuk orang membuat rayuan dan sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, terpulang kepada Lembaga Rayuan untuk membuat keputusan."
.

Umno jemput saya ke perhimpunan : Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sudah menerima jemputan secara rasmi daripada Umno untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno, Selasa ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, bekas Presiden Umno itu bagaimanapun belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri perhimpunan itu atau tidak.

"Umno sudah jemput saya tapi bukan sebagai ahli, sebaliknya sebagai pemerhati.

"Saya belum buat keputusan lagi," katanya.

Rayuan kepada Agong datang dari orang tidak waras - Mahathir

Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar jangan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri datangnya daripada orang yang bukan betul-betul waras pemikirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.

"Dia berhak berkata. Dia (cuma) satu orang (sahaja). Sama ada Yang di-Pertuan Agong mendengar pendapat satu orang itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada media ketika diminta mengulas tentang rayuan itu yang dibuat oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim semalam.

Beliau ditemui di satu sidang akhbar berkaitan penganjuran Forum dan Pameran Pembunuhan di Gaza: Penyelesaian untuk Palestin di sini.

"Orang yang membuat cadangan ini pun bukanlah orang yang disanjung tinggi (dan) dianggap orang yang betul-betul waras pemikiran dia."

"Saya fikir kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong saya tak mahu baca apapun pasal ini. Bodoh sangat. Siapa dia nak (jadi Perdana Menteri)?

"Dia (Zaid) tak terpilih untuk bertanding pun....orang macam ini dia lompat sehari 10 kali?macam katak aja. Tak kan (Yang di-Pertuan) Agong nak dengar cakap katak."

Ditanya sama ada beliau memberi sokongan penuh kepada Najib supaya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri itu berkata, "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya.

Beliau turut mengulas tentang persepsi umum yang mengatakan Najib adalah seorang yang korup.

"Saya bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya bukan bercakap tentang apa yang orang ramai percaya. Ramai orang percaya tentang sesuatu tapi tiada keputusan dari segi undang-undang sama ada Najib korup atau tidak.

Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang.. ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia.. jadi pilihan saya ialah (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

Perebutan jawatan itu meninggalkan Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berikutan penggantungan Datuk Seri Ali Rustam untuk bertanding kerana terlibat dalam rasuah politik.

Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Mohd Ali yang mengatakan beliau turut terlibat dalam keputusan Lembaga Disiplin baru-baru ini.

"Saya harap saya boleh tapi saya bukan anggota Umno. Jika saya terbabit, saya akan menghumban beliau keluar sejak awal lagi tapi saya tidak terlibat jadi.. minta maaf.

"Saya berasa berat hati untuk tunggu keputusan oleh lembaga itu dan saya tidak cukup gembira dengan keputusan," katanya.

Beliau berkata "layanan" yang sama perlu diberi kepada Mohd Ali sebagaimana yang diberi kepada bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, dahulu.

"Ada satu kes (di mana) Isa Samad, yang dikeluarkan kerana terbabit dalam politik wang tapi dia juga hilang kedudukannya sebagai menteri. Tapi di sini kita ada keputusan yang pelik.

"Dia didapati korup tapi dia kekal sebagai Ketua Menteri (Melaka). Sekarang kita ada seorang yang disahkan sebagai korup tapi parti menerima beliau sebagai Ketua Menteri.

"Jika anda buat keputusan, ia mesti konsisten. Dalam cara yang sama, ia perlu meliputi semua orang, dengan jumlah yang sama. Anda tak boleh berkata, baiklah, dia bunuh orang itu dia patut digantung. Dia bunuh orang lain tapi orang itu tidak penting, jadi lepaskan dia," katanya.

Antara lain, bekas Presiden UMNO itu turut tidak menolak kemungkinan berlakunya usul "undi percaya" di Parlimen bagi mengekalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

"Ia ada kemungkinan. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen tapi ia tidak sebut dari parti mana.

"Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dijadikan Perdana Menteri adalah seseorang yang akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar.

Dr Mahathir berkata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi perdana menteri.

"Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita," katanya.

Dr Mahathir berkata bahawa dari segi undang-undang, perdana menteri sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau mahu.

"Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia (Abdullah) punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi PM pembangkang," katanya.

Dr Mahathir berkata pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota Barisan Nasional, bagi mengundi Abdullah, "ketika itu dia akan menjadi PM".

- BERNAMA
.

Perhimpunan Agung Umno tamat awal, hadapi tiga pilihan raya kecil

Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini dijadualkan tamat lebih awal bagi membolehkan anggota parti membuat persiapan bagi penamaan calon tiga pilihan raya kecil keesokkan harinya.

Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim berkata perhimpunan agung yang kebiasaannya tamat pada sebelah petang akan tamat pada tengah hari 28 Mac bagi membolehkan anggota parti pergi ke kawasan pilihan raya kecil terbabit.

"Perhimpunan akan tamat selepas Presiden parti menggulung perbahasan. Kita jangka semuanya akan selesai sekitar pukul 1 tengah hari," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perjalanan perhimpunan parti itu pada 24 hingga 28 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Hari penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai, Sarawak ditetapkan serentak pada 29 Mac manakala pengundian pada 7 April.

Selain perhimpunan tamat lebih awal, Husainay berkata majlis Makan Malam Bersama Presiden yang kebiasaannya diadakan pada malam ketiga persidangan diganti dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang" pada 26 Mac.

"Majlis 'Jasamu Dikenang' ini bagi menghargai jasa dan sumbangan Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," kata Husainay merujuk kepada proses peralihan kuasa yang akan menyaksikan Abdullah menyerahkan tampuk pimpinan parti kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata perbahasan usul pada 27 Mac dijangka diteruskan hingga ke lewat malam dan majlis Jamuan Bersama Timbalan Presiden yang kebiasaannya dilangsungkan pada hari keempat persidangan tidak akan diadakan.

Menurut jurucakap Unit Media ibu pejabat Umno, Norazilah Abdul Munir Perhimpunan Agung Umno bermula dengan perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Dewan Merdeka pada 24 Mac.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu akan disempurnakan Najib.

Keesokannya, ketiga-tiga sayap Umno akan mengadakan perhimpunan dan pemilihan masingmasing di Dewan Tun Dr Ismail bagi Wanita Umno, Dewan Tun Hussein Onn (Pemuda Umno) dan Dewan Merdeka (Puteri Umno). Pada sebelah malamnya, berlangsung mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hari ketiga persidangan akan menyaksikan upacara menaikkan bendera Umno pada pukul 8 pagi, sebelum diikuti majlis perasmian Persidangan Agung Umno di Dewan Merdeka yang akan disempurnakan Presiden Umno pada pukul 9 pagi.

Majlis akan diteruskan dengan pemilihan jawatan tertinggi parti pada 11 pagi sebelum persidangan diteruskan dan disusuli dengan majlis makan malam "Jasamu Dikenang".

Pada 27 Mac, perbahasan usul oleh perwakilan akan diteruskan sehingga ke lewat malam, sebelum presiden parti menggulung perbahasan dan perhimpunan tamat keesokan harinya.

- BERNAMA
.

Tiada sabotaj…tiada kambing hitam

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemui para wartawan selepas satu majlis di Putrajaya pagi Khamis menolak cakap-cakap yang dakwa adanya usaha untuk sabotaj Datuk Seri Mohd Ali Rustam dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Katanya Ketua Menteri Melaka itu tidak dijadikan kambing hitam dalam siasatan Lembaga Disiplin UMNO mengenai politik wang. Najib juga menyatakan keyakinan penuh pada kewibawaan Lembaga Disiplin UMNO.

Datuk Seri Najib Razak, yang juga timbalan presiden Umno, berkata lembaga itu bertindak berdasarkan maklumat dan naib presiden itu tidak dijadikan kambing korban dalam usaha membanteras gejala rasuah dalam UMNO.

"Kita tidak boleh persoalkan nawaitu (niat) lembaga disiplin dan perlu memberi kepercayaan kepadanya sekiranya kita nak bersihkan Umno," katanya.
.

18 March 2009

Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

"Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

"Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

"Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah," katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

- BERNAMA

TERNYATA DENDAM NIK AZIZ PADA UMNO MELEBIHI SEGALA-GALANYA SEHINGGA MENGHILANGKAN KEWARASAN DAN KETOKOHANNYA SEBAGAI ILMUAN. PERKARA PENTING SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH PRESIDEN PAS DITOLAK MENTAH-MENTAH MALAH PRESIDEN ITU DIBIDAS KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN YANG DILIHAT KE ARAH PERPADUAN PAS DENGAN UMNO.

BUKAN NIK AZIZ TAK TAHU YANG BERBAIK DENGAN UMNO YANG SEBANGSA DAN SEAGAMA JAUH LEBIH BAIK BERBANDING BERSEKEDUDUKAN DENGAN DAP YANG TERANG-TERANG KAFIR YANG MENENTANG ISLAM.

NIK AZIZ JUGA TAHU PERJUANGAN PAS AKAN LEBIH BERKESAN SEKIRANYA MENYERTAI KERAJAAN BERSAMA UMNO. NIK AZIZ JUGA SANGAT TAHU SELAGI TIDAK MENJADI KERAJAAN PAS HANYA AKAN TINGGAL SLOGAN DAN RETORIK YANG TIDAK AKAN TERCAPAI. DAN NIK AZIZ SEDAR PAS TIDAK AKAN MENJADI KERAJAAN SAMA ADA SECARA SENDIRIAN ATAU MELALUI PAKATAN PEMBANGKANG.

OLEH ITU APA YANG MENGHALANG NIK AZIZ MERESTUI HASRAT PRESIDEN PAS MALAH HASRAT SEBAHAGIAN BESAR PENYOKONG PAS DAN ORANG MELAYU UNTUK MELIHAT KEDUA-DUA PARTI MELAYU ISLAM INI BERSATU? DENDAM.

YA DENDAM. DENDAM LAMA SEMASA PAS TERSINGKIR DARI BN. BEGITU SEKALI DENDAM NIK AZIZ KEPADA UMNO. TAPI SEDARKAH UMNO HARI INI DIPIMPIN OLEH ORANG YANG BERBEZA. WALAUPUN NAMANYA TETAP UMNO, TAPI PEMIMPINNYA BUKAN ORANG NIK AZIZ DENDAMI ITU.

APAKAH DENDAM PERIBADI LEBIH 30 TAHUN LEPAS AKAN MENGHALALKAN TINDAKAN NIK AZIZ MENGGUNAKAN KUASA VETO MENGHALANG UMAT ISLAM BERSATU DALAM SATU SAF PERJUANGAN?

APA JASA DAP KEPADA PERJUANGAN ISLAM SEHINGGA BERGABUNG DENGAN DAP LEBIH ISLAMIK DAN MERUPAKAN JALAN YANG LURUS MENURUT SERUAN AGAMA, BERBANDING BERGANDING BAHU BERSAMA UMNO MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM YANG KUKUH DIBUMI MALAYSIA INI?

MASYAALLAH..DUNIA AKHIR ZAMAN.

.

Ali Rustam terima keputusan, akan rayu hari ini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin Umno yang melucutkan kelayakannya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Beliau bagaimanapun tetap menafikan melakukan apa-apa kesalahan dan akan mengemukakan rayuan hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.

Mohd Ali juga memohon maaf dan berharap penyokong-penyokongnya bertenang dan bersatu untuk kepentingan parti.

Jelasnya lagi, walaupun dilarang daripada bertanding beliau tetap akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan akan terus bekerja untuk kebaikan Umno.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di kediaman rasminya, Seri Bendahara, Ayer Keroh pagi tadi. Bagaimanapun kedudukannya sebagai ahli dalam parti tidak terjejas dan beliau kekal sebagai Ketua Menteri dan Naib Presiden.

Juga didapati bersalah dalam tuduhan yang sama ialah Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.

Calon lain bagi jawatan itu ialah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga disiasat oleh lembaga itu kerana didakwa terlibat dengan politik wang namun didapati tidak bersalah.
.

17 March 2009

Terima Keputusan Lembaga Disiplin Dengan Tenang - Muhyiddin

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata anggota parti harus menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Beliau juga berharap para penyokong berkenaan tidak merasa kecewa dan mengambil tindakan yang boleh membawa kesan negatif kepada situasi politik dalam Umno atau negara.

"Saya bersimpati dengan apa yang dihadapi sahabat saya Datuk (Seri Mohd) Ali Rustam dan yang lain. Sebagaimana yang diketahui, soal disiplin terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin Umno.

"Tentulah mereka sudah membuat penyiasatan terhadap aduan-aduan yang sebelum ini dikatakan tidak diberikan perhatian," kata Muhyiddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berada di Dubai untuk perasmian Malaysia Services Exhibition 2009 di sini.

Lembaga itu mendapati Mohd Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, sebagaimana diumumkan hari ini oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Muhyiddin yang juga calon Timbalan Presiden berkata sekiranya keputusan telah dibuat, maka ia harus dihormati kerana sudah tentu ada asas yang digunakan untuk memutuskan bentuk tindakan yang sesuai untuk diambil.

"Apa yang saya harap ialah sahabat dan penyokong bertenang dalam menghadapi keadaan sebegini. Ini sesuatu yang memang kita tidak duga.

"Tetapi sebagai anggota parti yang bertanggungjawab, kita harus fikir soal kepentingan parti dan mengelak daripada perkara yang boleh membawa kesan negatif kepada senario politik dalam negara kita," katanya.

Muhyiddin berkata proses pemilihan parti akan berlangsung seperti biasa dan terserah kepada perwakilan untuk membuat pertimbangan berhubung siapa pemimpin yang hendak mereka pilih.

"Sepatutnya mereka mengambil kira soal masa depan negara dan Umno, dan berbuat sesuatu yang difikir boleh memberikan manfaat atau kebaikan dalam soal kepimpinan parti dan kerajaan," kata beliau.

Lembaga Disiplin turut mendapati Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang juga calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

Bagaimanapun, seorang lagi calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.

- BERNAMA
.

Ali Rustam Dilarang Bertanding Timbalan Presiden

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu hadapan setelah didapati bersalah melibatkan politik wang.

Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, demikian diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lembaga Disiplin itu juga mendapati Khairy Jamaluddin, calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.

Lembaga itu bagaimanapun mendapati Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak bersalah melanggar tataetika ahli parti.

-BERNAMA
.

Muhyiddin - Najib perlu Timbalan yang kuat

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengalaman luasnya di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa melayakkannya untuk mengisi jawatan nombor dua dalam Umno dan kerajaan.

Muhyiddin, 61, yang berdepan dengan dua pencabar - Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno - berpengalaman menjadi Menteri Besar Johor selama 13 tahun dan menganggotai kabinet selama hampir 14 tahun.

Lagi pula, Mohd Ali dan Muhd Taib bukan ahli Parlimen dan oleh itu tidak secara automatik layak untuk memegang jawatan timbalan perdana menteri, yang selama ini diisi oleh pemimpin nombor dua Umno.

Mereka berdua perlu dilantik sama ada sebagai senator atau bertanding dalam pilihanraya kecil - sesuatu yang ingin dielakkan kerana suasana politik yang tidak memihak kepada kerajaan sekarang.

Muhyiddin juga menolak hujah Muhd Taib bahawa tidak boleh ada "dua ekor singa menghuni bukit yang sama".

Muhammad (foto) yang sebelum ini menegaskan beliau tidak bercita-cita untuk menjadi perdana menteri, merujuk kepada kemungkinan timbalan yang kuat boleh mengancam kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa depan.

"Pada masa bilamana kita berdepan dengan masalah yang serius, seperti yang dihadapi Umno sekarang, maka apa yang diperlukan adalah satu pasukan kepimpinan yang kuat," kata Muhyiddin dalam wawancara selama 60 minit dengan Malaysiakini di pejabatnya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Jika anda berkata tidak (perlu timbalan yang kuat), maka ia bermakna anda berkata 'pilihlah pemimpin yang tidak begitu kuat' atau 'pilih seorang yang lemah'.

"Saya tidak fikir itu yang Umno mahu atau itu yang negara mahu. Negara, dalam keadaan seperti sekarang, memerlukan kepimpinan yang kuat," tegasnya.
.

Hina Sultan Perak - Karpal mengaku tidak bersalah

KARPAL Singh dibawa ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari lalu. Beliau didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menghasut.

Karpal dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dalam satu sidang media berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama di sini pada 6 Februari lepas.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1)B, Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Karpal bagaimanapun dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat di bawah seksyen berkenaan bersama transkrip sidang media Karpal pada 6 Februari lalu yang didapati mengandungi kenyataannya untuk mendakwa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Karpal mendakwa Sultan Perak bertindak di luar bidang kuasanya serta membenarkan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru.

Semasa prosiding hari ini, Timbalan Kanan Pendakwa Raya Datuk Kamaludin Mohd Said turut memohon kepada mahkamah untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi supaya mahkamah berkenaan menetapkan tarikh perbicaraannya.

Karpal bagaimanapun tidak membantah permohonan tersebut.

Hakim kemudiannya memutuskan kes itu disebut itu disebut sebutan semula kes serta tarikh perbicaraan akan ditetapkan di Mahkamah Tinggi.

Karpal yang juga seorang peguam mewakili dirinya sendiri pada prosiding hari ini.

Bagaimanapun turut bersama beliau ialah 12 lagi peguam pembantu termasuk empat orang anaknya iaitu Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh Deo, Ram Karpal Singh dan Sangeep Kaur. Peguam lain adalah RSN Rayer, Sakaran Nair, Malik Imtiaz, M. Kulasegaran, Ramesh Sivakumar, K A Ramu, Lim Lip Eng dan M. Manogaran.
.

Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM

Tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya, bekas Panel Pemikir JASA yang telah dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai hari ini.

Datuk Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.

Pelantikan ini sesuai dengan pengalaman luas beliau dalam bidang media dan penyiaran.

Beliau juga dikenali dalam dunia blogger sebagai Ibrahim Tiger, sebelum ini merupakan Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.
.
Tahniah Datuk.
.

Gobind Singh digantung 12 tahun

Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.

Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli-ahli parlimen membahaskan usul tersebut. Usul terhadap ahli parlimen Puchong kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Minggu lepas, anak lelaki Pengerusi DAP Karpal Singh itu digantung tugas sehari kerana kenyataannya tersebut.

Teks lengkap usul seperti berikut:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan : Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan. Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Kuasa Speaker

Sebelum itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berhujah bahawa walaupun ia boleh dibahaskan sebagai usul 'tergempar', tetapi notis selama tujuh hari diperlukan sebelum ia dibahaskan.

Sebaik sahaja usul itu dibaca, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafasirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.
.

Calon Timbalan Presiden akan digantung?

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar 'SMS alert' hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.

Tiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno - Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam - dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

"Kami meneruskan kempen seperti biasa," kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

"Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam," katanya.
.

.
Reaksi Mohd Ali dan Muhd Taib

Sementara itu, Mohd Ali enggan mengulas khabar angin yang mengatakan ada calon timbalan presiden Umno sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno. Ditanya kebenaran khabar angin tersebut, beliau hanya berkata: “Itu kena tanya Lembaga Disiplin (Umno).”

Ketika ditemui pemberita sebelum majlis memperkenalkan diri calon Majlis Tertinggi (MT) Umno di sebuah hotel di Shah Alam, Mohd Ali juga enggan mengulas sama ada dipanggil mengadap atau menerima sebarang surat dari jawatankuasa itu.
.
Ketika sama ada beliau bimbang dengan penyebaran khabar angin itu ketua menteri Melaka itu menjawab: “Kenapa saya perlu bimbang?” Menjawab soalan tentang tujuan pertemuannya dengan ketua bahagian Umno di Melaka esok, Mohd Ali berkata ia “untuk (persediaan) perhimpunan agung Umno”.

Katanya, perjumpaan itu tiada kaitan dengan sebarang pengumuman beliau hendak menarik diri daripada pertandingan.

Ditanya mengenai laporan akhbar arus perdana hari ini, ketua menteri Melaka itu berkata beliau tidak membaca akhbar mengenainya. Oleh itu, tambah Mohd Ali, beliau tidak boleh mengulasnya. Diminta memberikan reaksi sama ada khabar angin itu memberikan kesan negatif kepadanya, Mohd Ali berkata: “Sabarlah, kita tidak boleh campur hal Lembaga Disiplin”.

Sementara itu, Muhd Taib yang ditemui selepas majlis tersebut, menjawab ringkas: "Tak tahu... belum diumum secara rasmi."

Muhyiddin pula enggan mengulas mengenai perkara itu.
.

16 March 2009

Nik Aziz bantah kerjasama dengan BN

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Ini kerana, kata beliau, PAS pernah berada dalam kerajaan campuran BN sebelum mereka berpisah daripada kerajaan pakatan itu dan telah merasa sendiri pahit manis ketika bersama.

"Kami sudah cuba masuk dalam kerajaan campuran dulu tapi BN tidak hargai. Cubaan kami masuk dulu gagal, bukan gagal kerana kami, saya sudah perit (serik).

"Selagi saya tidak puas hati, saya rasa pahit untuk menerimanya (cadangan itu)," katanya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS ditemui pemberita di rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor, 18, yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Kampung Parang Punting, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya pandangan itu adalah pendapat peribadi beliau dan perkara itu akan diperhalusi pada Muktamar Tahunan PAS pada Jun nanti.

Susulan cadangan Abdul Hadi, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS mengemukakan butiran jelas mengenai cadangan menubuhkan kerajaan campuran antara BN dan pakatan pembangkang di negara ini.

Muhyiddin berkata PAS perlu mengemukakan secara terperinci tentang bagaimana kerajaan campuran itu mahu dibentuk sebelum apa-apa pertemuan dapat dibuat.

Semalam, Dewan Pemuda PAS menyuarakan sokongan terhadap cadangan itu dan menganggap ia dibuat pada masa yang tepat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut presiden PAS itu menerangkan maksud beliau kepada Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam gabungan parti pembangkang.

- BERNAMA

.

15 March 2009

Muhyiddin paling layak - Nazri Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz adalah salah seorang menteri kabinet yang membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini. Nazri konsisten menyatakan sokongannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

"Untuk bertanding Timbalan Presiden, saya terang-terangan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dia bersama saya sejak zaman Pemuda lagi. Pengalamannya cukup luas, sembilan tahun sebagai Menteri Besar dan 23 tahun sebagai ahli Jemaah Menteri. Pengalaman beliau jauh melebihi saya. Dari segi perwatakan dan pemikiran, dia seorang yang serius berbincang dan memikirkan tentang parti, bangsa, agama dan negara.

"Sebab itu, apabila dia kata hendak bertanding Timbalan Presiden saya menyokong kerana saya sayang parti dan saya tahu dalam keadaan sekarang, sewaktu kegawatan ekonomi kedudukan UMNO terdedah kepada bahaya.

"Kita memerlukan pemimpin yang boleh berfikir, berpengalaman, kurang berpolitik dan gigih bekerja mengembalikan keagungan parti kita seperti masa lalu. Saya percaya Muhyiddin dan Najib merupakan gandingan yang amat mantap, meyakinkan dan saya kira itulah yang hendak dilihat rakyat", ujarnya.
.

Najib Perlu Pastikan Kabinetnya Bebas Rasuah - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan barisan Kabinet yang beliau akan lantik apabila menjadi Perdana Menteri nanti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Bekas Perdana Menteri berkata ketika ini ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan senario politik negara terutama menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya pada wacana mengenai Demokrasi dan Kepimpinan Masa Depan Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata pelan peralihan kuasa yang dirancang setakat ini berjalan mengikut perlembagaan parti.

"Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah terdapat banyak politik wang yang berlaku dan jika ada peralihan (kuasa) tetapi kalau pemimpin yang dipilih terdiri daripada mereka yang mengamalkan rasuah, Umno tidak akan dapat meraih sokongan rakyat," katanya.

Beliau berkata penggunaan wang rasuah juga boleh menidakkan kebaikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, jadi perwakilan mesti bijak memberikan sokongan mereka kepada pemimpin yang bersih dan mampu memimpin negara.

"Adalah lebih baik kita musnahkan parti daripada menghidupkan pemimpin rasuah untuk memimpin parti," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata sokongan mereka yang berada di luar Umno juga penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan kumpulan ini sedang memerhatikan perlakuan pucuk pimpinan Umno menjelang pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

Mengenai pakej rangsangan mini berjumlah RM60 bilion yang diumumkan baru-baru ini, Dr Mahathir berkata apa yang penting ialah bagaimana peruntukan itu digunakan.

"Jika anda mengambil Amerika sebagai contoh, mereka seringkali menambah pakej rangsangan dan masih belum melihat hasilnya, jadi ini mungkin permulaan kepada pakej rangsangan kita kerana kita tidak tahu sejauh mana hasilnya.

"Tetapi cara ia akan digunakan adalah sangat penting, mereka mesti perlu berhati-hati dengan peruntukan dana daripada pakej rangsangan... perkara ini memerlukan kajian sewajarnya, anda perlu tahu semua butiran berhubung prestasi ekonomi," kata beliau.

Mengenai cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno, beliau berkata perkara seumpama itu pernah berlaku tetapi tidak berjaya disebabkan berlainan prinsip dan perjuangan.

Apa pun, kata Dr Mahathir BN telah memerintah Malaysia selama 50 tahun dan berjaya membawa kemakmuran serta kemajuan kepada rakyat negara ini.

- BERNAMA
.

Pilihan raya: BN umum calon tiga kawasan serentak

CALON-CALON BN.. bagi pilihan raya kecil tiga kawasan,Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai..Dari (kiri),bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian, bekas ADUN Lunas, Datuk S.Ganesan dan Malcolm Mussen anak Lamoh.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan calon bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan serentak pada 7 April ini. Bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, BN akan diwakili oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagiannya, Ismail Saffian.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Bagi DUN Batang Ai, Barisan Nasional akan meletakkan Malcolm Mussen anak Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak sebagai calon.

Bagaimanapun, pemilihan Malcolm sebagai calon telah diperakui oleh kepimpinan Barisan Nasional Sarawak.

Di Taiping, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Ismail sebagai calon BN Bukit Gantang pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata calon yang dipilih adalah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pemilihan calon dibuat daripada perbincangan dengan pimpinan bahagian dan negeri serta tinjauan yang mengambil kira segala aspek, katanya pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

"Kita pilih calon yang terbaik untuk BN... saya yakin beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen yang baik dan dapat bekerja sama penuh dengan semua," katanya.

Beliau berkata antara syarat penting juga ialah calon diterima oleh peringkat bahagian bagi mengelak berlaku pergeseran, termasuk prasyarat bahawa Ismail tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M.Morgan, dengan majoriti 1,566 undi.

Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lainlain pengundi 0.4 peratus.

Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang dan pada pilihan raya umum lepas BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat.

Di Sungai Petani, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S.Ganesan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, diumumkan Timbalan Perdana Menteri hari ini, beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ganesan, 49, tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Beliau yang dilahirkan di ladang Sungai Division di Sungai Petani merupakan lulusan Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di London.

Beliau yang kini merupakan seorang peguam mempunyai empat orang anak hasil perkongsian hidup dengan R.Vatsala, 42, yang juga merupakan seorang peguam. Ganesan menyertai MIC sejak 1983 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pergerakan itu.

"Saya berterima kasih kerana pucuk pimpinan memberi keyakinan dan saya akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan BN," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumumannya sebagai calon BN.

Sementara itu Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam satu kenyataan berkata Ganesan dipilih setelah tinjauan MIC mendapati beliau adalah calon kegemaran di kawasan Bukit Selambau.

"Saya sudah berada di Bukit Selambau dua tiga minggu lepas dan saya dapat maklum balas orang ramai tentang calon, saya yakin dia diterima oleh semua kaum," katanya.

Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal bulan lepas.

Di Kuching, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai telah dikenal pasti dan akan diumumkan minggu depan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Kami sebulat suara telah memperakui calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu di sini hari ini.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, enggan mendedahkan nama calon itu, menyatakan ia akan diserahkan kepada perdana menteri untuk kelulusan dan dijangka diumumkan pada Isnin.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing mengesahkan PRS telah mencalonkan Malcom Mussen Lamoh, 49, jurutera di Jabatan Pertanian, sebagai calon BN bagi Batang Ai.

Bapa kepada tiga cahaya mata, Mussen merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pembuatan Sistem Kejuruteraan dari Universiti Warwick dan Sarjana Muda Kejuruteraan (Pertanian) dari Univerisiti Putra Malaysia (UPM).

Kerusi Batang Ai kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lalu selepas berada dalam keadaan koma akibat serangan angin ahmar selama sembilan bulan.

Dalam pilihan raya negeri pada Mei 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 806 undi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 20 Mei, 2006, BN memenangi 62 daripada 71 kerusi. DAP menang enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua dan calon Bebas di satu kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi ketiga-tiga kawasan pada 29 Mac dan hari pengundian pada 7 April, jika ada pertandingan.
.