SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

07 July 2008

GANAS...

dipetik dari utusan.com.my

Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.

Persembahan itu adalah program selingan sebelum ucapan membantah kenaikan harga minyak oleh para pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
.

Protes Minyak Bertukar Jadi Protes Konsert

Oleh Mohd Sayuti Omar

MALAM tadi dengan berbekalkan kamera kecil saya ke stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya sekali lagi untuk melihat secara langsung Himpunan Sejuta Rakyat memprotes kenaikan harga minyak. Malam ada acara kemuncak pidato protes oleh ketua-ketua parti pembangkang, PKR, Pas dan DAP. Sebelah pagi saya sudah ke sana dan laporan telah pun dimasukkan ke dalam blog ini di sebelah petang.Apakah isi dan hujah pidato oleh ketua-ketua pembangkang. DAP diwakili oleh Lim Kit Siang, manakala Pas oleh Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Manakala PKR diwaikili oleh penasihat umumnya Anwar Ibrahim yang juga menjadi perasmi penutup himpunan berkenaan.

Saya yakin orang ramai bersedia berpusu ke sana bukan malam tadi bukan lagi untuk menjerit memprotes kenaikan harga minya dan memberi cadangan kepada kerajaan mengatasinya, tetapi lebih ingin mendengar apakah hujah balas dan huraian terbaru oleh Anwar berhubung kes yang melingkungi dirinya kini.Ada beberapa perkara yang orang ramai memerlukan penjelasan dan ketegasan daripada Anwar Ibrahim selain daripada mendengar cerita-cerita molok mengenai harapan untuk membentuk Malaysia Baru. Sampai separuh jalan ada mesej masuk dalam telefon mengatakan Pas tidak menghantar wakilnya untuk berucap malam ini. Kenapa?

Sebabnya, tentulah tidak lain dan tidak bukan kerana insiden pada petangnya, di mana berlaku sesuatu yang kurang manis dalam majlis yang disertai sama Pas. Khabarnya di sebelah petang telah berlaku konsert rock oleh sebuah kumpulan yang bernama Carburator Dung. Penampilan dan persembahan kumpulan berkenaan katanya tidak menyenangkan sesetengah anak muda Pas.
.
Ada tarian tungging punggung dan aksi tarik seluar dalam sambil melaung perkataan, jilat... jilat. Semasa kumpulan itu beraksi di pentas, protes bukan lagi kepada kenaikan harga minyak tetapi protes bertukar kepada persembahan rocker berkenaan.Orang ramai marah dengan aksi itu sampai berlaku baling botol dan kumpulan rock seramai empat orang itu terpaksa dilindungi dan dibawa turun dari pentas. Khabarnya ada yang jatuh terlentang!

Semasa meninjau ke stadium itu di sebelah pagi saya sudah nampak atas pentas bawah ada alat muzik. Ada orang sedang mencuba-cuba memetik gitar. Saya sudah rasakan bahawa ada nyanyian akan berlangsung. Dan melihat kepada beberapa muka yang bakal mengambil bahagian saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku kelak. Tentu persembahan mereka panas dan penuh emosi!
.
Ternyata apa yang diduga itu benar-benar berlaku.Gara-gara insiden itu menyebabkan himpunan yang mula berjalan secara teratur menjadi cacat sedikit. Pasukan keselamatan Unit Amal Pas dikatakan telah menarik diri daripada memberi khidmat kawalan lalu lintas dan keselamatan pada sepanjang himpunan berkenaan.Protes UnitAmal itu memang tepat. Tidak ada guna mereka berkawal kalau hal-hal seperti nyanyian dan tarian tunggung punggung dipersembahkan. Mereka mungkin tidak mahu bersubahat dengan kerja-kerja mungkar sedemikian. Pas berjuang menegak kebenaran dan bukan bersubahat dengan kemungkaran!

Kejadian itu mungkin mendapat perhatian para pemimpin rohani Pas, yang mana akhirnya memutuskan tidak menghantar mana-mana pemimpin untuk memberi ucapan kemuncak protes pada malam tadi. Nasarudin Mat Isa yang dijangka berucap tidak kelihatan.

Apa yang berlaku itu perlu diambil iktibar. Tidak salah kalau Pas menyokong apa-apa juga protes untuk kepentingan rakyat (bukan kepentingan individu). Itulah jihad. Tetapi kalau ianya diselit dengan kemungkaran, maksiat dan kurafat ia tidak sesuai bagi Pas. Mungkin kepada PKR, DAP dan NGO lain tidak mendatangkan apa-apa masalah. Hal-hal yang berlaku petang semalam adalah biasa dan menghiburkan mereka! Tetapi bukan kepada Pas. Justeru lain kali Pas kena pastikan apa-apa majlis yang dianjur bersama hendaklah diselidiki dan dikenal pasti bentuk pengisiannya.

Bagi ahli yang tidak tahu erti berpolitik (matlamat menghalalkan cara) dan jujur, mereka pergi kerana Allah tentu akan terkedu dengan peristiwa itu. Sebaliknya hal-hal yang berlaku di himpunan itu semalam mungkin tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli Pas klon yang sudah terbiasa dan pernah melewati suasana seperti itu atau yang cukup serasi dengan budaya politik hedonisme.
.
Tindakan Unit Amal menarik diri ternyata memberi kesan kepada perjalanan himpunan itu. Paling jelas keadaan lalu lintas selepas himpunan itu selesai tidak berjalan licin seperti biasa. Berlaku sedikit kesesakan. Dan kelambatan saya postingkan catatan ini adalah sebahagian daripada halangan berkenaan.

Apa yang berlaku malam tadi, tanpa kehadiran wakil Pas menyebabkan Anwar merasai akan tindakan Pas itu. Sedikit sebanyak tentu beliau merasa ralat dengan apa yang berlaku. Beliau berucap kira-kira 40 minit sahaja. Jarang berlaku begitu apa lagi dalam crowd melebehi 30,000 di mana cukup merangsangkan Anwar untuk berucap.

Bagi mengelakkan Pas terus terjebak dalam suasana itu di masa akan datang, muktamar Pas akan datang wajar mengenal pasti siapakah juara-juara Pas klon yang galak cuba membenarkan unsur dan budaya hedonisme demikian dalam Pas!
.

Mufti Perlis syor Nik Aziz jadi orang tengah mubahalah

KANGAR : Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk "mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu. Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Mohd. Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.

"Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini. Mohd. Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Mohd, Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik. Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.

Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.

"Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah," katanya.
.

Dakwaan liwat: 18 disiasat, Saiful sedia bersumpah Anwar letak syarat

PETALING JAYA: Bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan (gambar kiri) yang mendakwa dia diliwat majikannya beberapa kali telah melahirkan kesanggupan untuk tampil bermubahalah sebagaimana disyorkan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin minggu lalu. MStar Online difahamkan, satu kenyataan mengenai perkara itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Sebentar tadi, Anwar pula berkata, beliau juga bersedia untuk bersumpah jika dinasihatkan oleh ulama.

"Saya bersedia bersumpah asalkan dinasihatkan ulama. Jika mahu ikut syariat Islam, kerajaan boleh hadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Masa itu kalau diperlukan bersumpah, saya sedia (untuk bersumpah).

"Ada akhbar yang lapor saya tidak berani untuk bersumpah. Tapi saya sudah mendapatkan pandangan ulama dari dalam dan luar negara mengenainya. Ini bukan perkara mainan," kata beliau ketika berucap pada perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di Stadium Kelana Jaya malam ini.

Anwar merupakan orang terakhir berucap pada perhimpunan yang bermula pukul 10 pagi tadi.
Kata beliau, Mahkamah Syariah merupakan tempat yang sesuai untuk melakukan sumpah.

Bagaimanapun Anwar yang berhadapan dengan dakwaan meliwat buat kali kedua dalam tempoh satu dekad memberitahu bahawa kes terbaru ini tiada asas langsung.

"Kemukakan bukti terlebih dahulu," kata beliau sambil menambah, isu terbaru ini sengaja diadakan untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kes pembunuhan wanita Mongolia.

"Kalau hendak siasat, siasat dengan adil. Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, sumber memberitahu mStar Online, Saiful, 23, yang kini berada di bawah perlindungan keselamatan polis juga menyambut baik cadangan itu memandangkan ia satu peluang bagi memulihkan namanya yang turut tercalar.K ata sumber itu, proses bermubahalah yang disyorkan Mufti Perlis sebenarnya berkehendakkan dua pihak, dalam kes ini Saiful dan Anwar, untuk sama-sama melakukannya.

"Kesediaan Saiful untuk bersumpah secara tidak langsung memberi tamparan hebat dan tekanan ke atas Anwar yang tidak mengambil serius cadangan bersumpah secara mubahalah ini," kata beliau ketika dihubungi petang ini.

Bagaimanapun ketika ditemui wartawan di Butterworth semalam, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi mempertahankan dirinya dalam isu berkenaan.
Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam tadi, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.Mohd. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan Saiful supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.

Dalam temu bual dengan sebuah akhbar harian semalam, Anwar berkata, beliau lazimnya bersumpah apabila membabitkan isu-isu seperti itu sebelum ini. Namun untuk dakwaan kali kedua ini, Anwar tidak mahu lagi melayan cadangan mereka yang mahu beliau bersumpah kerana beranggapa n ia hanya satu helah semata-mata.

Mohd. Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia. Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Mohd. Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik. Bagaimanapun, Mohd. Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.

Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."

Terdahulu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, 18 orang termasuklah doktor yang telah memeriksa Saiful telah disoal siasat.

"Polis masih dalam proses mengenal pasti saki baki beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan mereka akan dipanggil dalam tempoh yang terdekat bagi membantu siasatan," kata Bakri.

Ditanya bila polis akan mengambil keterangan daripada Anwar, beliau berkata: "Semuanya terpulang kepada hasil siasatan polis."Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu hubungan seks tanpa kerelaan. Sehubungan itu, Bakri meminta saksi supaya jangan sengaja mengelak daripada memberikan kerjasama kepada polis untuk dirakamkan percakapan mereka.

Menurut beliau, perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya individu tersebut gagal menghadirkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh polis. Bakri juga berkata, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan seadil-adilnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

"Kes ini akan disiasat dengan adil. Kita akan kumpul seberapa banyak maklumat termasuk ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan siapa di pihak yang benar," katanya. Saiful dalam laporan yang dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur 28 Jun lepas, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih dekat sini beberapa kali sekitar bulan lalu.

.