SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

03 March 2009

Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara

Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara dan Sidang Kemuncak Pribumi Negara akan dilangsungkan pada Mac 22hb, 2009 bertempat di Kelab Kilat Kuala Lumpur, Kompleks Sukan TNB Bangsar, Kuala Lumpur dari pukul 8:30 pagi hingga ke 6 petang.

Tujuan Perhimpunan dan Sidang Kemuncak ini adalah:

1. Memupuk semangat penyatuan dan perpaduan Pribumi dari pelbagai fahaman di atas perkara-perkara yang menyentuh hak Pribumi dan kedaulatan negara.

2. Mendukung dan memperkukuhkan sendi-sendi utama Perlembagaan Negara sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia seluruhnya.

3. Mendapatkan maklumbalas serta cadangan-cadangan dari akarumbi Pribumi mengenai usaha melindungi dan memperkukuhkan hak-hak mereka dari dicabari oleh mana-mana pihak bagi maksud kepentingan sempit mereka.

PERKASA ditubuh dan diluluskan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan pada September 16hb, 2008 atas tujuan seperti yang tertera dalam Fasal 4 Perlembagaan PERKASA berikut:

1. Memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan,
2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan,
3. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu,
4. Mempertahankan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Pribumi,
5. Memperkasakan Kaum-Kaum Pribumi,
6. Menyatupadukan Kaum-Kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia
7. Mempertahankan Kedaulatan Negara.

Perhimpunan ini merupakan acara kemuncak bagi PERKASA yang sepanjang setahun telah menggembelingkan usaha ke arah penubuhan, membina keahlian, dan menganjurkan serta melibatkan diri dalam Majlis-Majlis Ilmu seperti Forum, Seminar, Dialog dan lain-lain sama ada di Kuala Lumpur atau di luar Kuala Lumpur serta di Televisyen untuk menyuarakan pendirian Perkasa dalam pelbagai isu-isu.
.

Sidang DUN bawah pokok lulus 2 usul..

GAMBAR yang dirakam menggunakan telefon bimbit kelihatan pakatan pembangkang mengadakan sidang tergempar dewan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan sebentar tadi.

Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan pakatan pembangkang di bawah pokok sebentar tadi meluluskan usul undi percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan usul membubarkan dewan serta-merta.

Usul pertama dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, sejurus sidang tergempar itu dimulakan pada 10.20 pagi tadi, dan diluluskan 27 Adun pakatan pembangkang yang hadir.

Usul kedua, iaitu bagi pembubaran DUN Perak pula dicadangkan Adun Teja, Chang Lih Kang, dan segera diluluskan.

Speaker, V. Sivakumar, mengadakan sidang tergempar itu di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan, selepas hanya beliau dibenarkan memasuki bangunan berkenaan. Perjalanan persidangan itu disaksikan ratusan penyokong parti pembangkang dan wartawan serta anggota polis yang berkawal.
.
p/s : MACAM CERITA P.RAMLEE LAKSAMANA DO RE MI PULAK, BERSIDANG BAWAH POKOK.. DAH TARAF MEREKA LA TU MESYUARAT BAWAH POKOK.. SIAP LULUS USUL LAGI.. BANGANG YANG TERAMAT..

Gagal bersidang di DUN, Pembangkang bersidang di bawah pokok..

8.15 am : Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapa pun dibenarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN.

8.30am : Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.50pm : Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

9.00 am : Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

9.10 am : Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9.15 am : Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.20 am : Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.21am : Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

9.30 am : Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.35 am : Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama. Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.45 am : Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

10.01 am : Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

10.15 am : Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.18 am : Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.23 am : Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.25 am : Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.30 am : Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP dalam masa terdekat.