SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 July 2008

Kenyataan penuh polis mengenai tangkapan Anwar Ibrahim

Berikut adalah kenyataan akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin mengenai penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Untuk memastikan sesuatu tindakan berjaya diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), PDRM memerlukan perancangan yang teratur dan sempurna.

2. PDRM mengambil kira dari sudut keselamatan operasi yang dijalankan, sama ada terhadap keselamatan pegawai/anggota polis yang menjalankan tugas atau kepada individu yang diambil tindakan.

3. Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. PDRM mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawab kepada polis. Tindakan ini adalah selari dengan garis panduan yang sedia ada.

4. Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah secara profesional berdasarkan kepada keperluan ini. Bagaimanapun, tangkapan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. Tidak berlaku sebarang tindakan yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.

5. Pihak polis boleh mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangkap pada 16 Julai 2008 jam 1.00 petang di sekitar Segambut. Pihak PDRM tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah beliau yang boleh menimbulkan kekecohan (commotion), waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.

6. Beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengan peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpa dengannya. PDRM ingin memberi kepastian kepada semua yang berkenaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini selamat berada dalam tahanan pihak polis.
.
Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia
.

Anwar ditahan reman, ke HKL buat ujian DNA

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Setelah 6 jam disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi polis dan peguamnya, Sivarasa telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian DNA.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditahan polis pada jam 1.15 tengahari berhubung dakwaan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Menurut peguamnya, Saiful Izham Ramli, selepas menjalani ujian kesihatan bagi mendapatkan sampel DNA, Anwar akan dibawa kembali ke IPKKL.


Keputusan samada Anwar akan ditahan reman akan ditentukan selepas itu. Anwar yang tidak bergari sempat melambaikan tangan kepada penyokong yang menunggunya di luar.


Sebelum itu, Anwar yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan tersebut, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.


Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.


Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.


Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.


Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.


"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.


Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu.


Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK.
Dia membuat laporan polis dua hari kemudian.


Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya.


Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam.


Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK.


Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
.

Dewan Rakyat kecoh bila Khairy minta Anwar beri sampel DNA kepada polis

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Khairy Jamaluddin (BNRembau) meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA kepada polis untuk tujuan penyiasatan tuduhan liwat yang dibuat terhadapnya.

"Kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk memberi sampel DNA (tapi) kalau tidak takut pada kebenaran, saya harap Anwar akan tampil hari ini, dan kalau berani, beri sampel DNA untuk diuji sama ada laporan polis itu betul atau tidak. Ini penting," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) 2008.

Kata-kata Khairy itu menyebabkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang termasuk isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKRPermatang Pauh) bangun dan mempertikaikan kenyataan itu seolah-olah Khairy tahu kandungan laporan polis yang dibuat.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata: " Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya? Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu."Laporan terhadap Anwar itu dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahumenahu mengenai penyiasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.

"Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke Balai Polis. Saya tidak tahu menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.

"Ini adalah tuduhan liwat dan salah satu bukti yang diperlukan adalah bukti DNA sahaja," katanya.

Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kemudian bangun dan mencadangkan agar Khairy jawatankuasa khas untuk tindakan.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula Peraturan Mesyuarat 36(12) meminta Khairy menetapkan pendirian bahawa laporan polis tidak diberikan kerana Anwar masih tidak memberikan kenyataannya kepada polis.

"Rembau kata bahawa oleh kerana Anwar belum beri kenyataan, sebab itu dia tidak diberi laporan, adakah Rembau tetap menyatakan bahawa itu sebenarnya alasan Anwar tidak beri kenyataan, oleh itu polis tidak beri laporan," katanya.

Situasi itu menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang sehingga memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan.

"Kalau itu pendirian Rembau itu dia punya pasal, yang buat penyiasatan adalah polis, takkan polis nak dengar arahan Rembau dalam dewan ini," kata Wan Junaidi.

Perbahasan Khairy sekali lagi menjadi kecoh dan hangat apabila beliau berkata janji Anwar untuk menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen jika memerintah negara adalah satu pembohongan dan putar belit.

Khairy berkata ini bertentangan dengan janji parti itu ketika pilihan raya umum lepas yang mengatakan akan menurunkan harga minyak kurang daripada RM1.92.

"Tapi semalam (pada debat Anwar dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek) pembohongan terdedah bahawa beliau hanya mampu janji turunkan 50 sen dari RM2.70 kepada RM2.20 yang mana masih lagi tinggi daripada RM1.92 seperti yang dijanjikan pada pilihan raya," katanya.

Kenyataan Khairy itu kemudian dijawab oleh Mohamed Azmin yang mengatakan bahawa apa yang disebut Anwar itu adalah langkah awal dengan mengambil kira keadaan ekonomi sekarang.
"Dalam keadaan ekonomi hari ini mana mungkin kita hendak turun secara mendadak, ini peringkat awal dan sekiranya suasana mengizinkan kita akan turunkan lebih rendah supaya rakyat dapat manfaat," katanya.

-BERNAMA
.

Kronologi Penahanan Anwar Ibrahim


.

Penangkapan Anwar ikut undang-undang: Musa

SEPANG: Penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah sesuatu amalan biasa dalam siasatan kes jenayah dan dibuat mengikut proses undang-undang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata adalah menjadi amalan kepada semua pihak termasuk Anwar, selaku tertuduh untuk tampil dan memberikan keterangan bagi membolehkan polis membuat siasatan secara adil.

“Polis tahu apa yang mereka lakukan dan polis hanya jalankan tanggungjawab bagi menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini petang ini dari Brunei.

Musa pulang ke tanah air selepas menerima anugerah pingat kebesaran Sultan Brunei bergelar Datuk Seri Pahlawan semalam. Musa juga menasihati penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak membuat sebarang kekecohan ekoran perkembangan terbaru itu.

“Saya amat berharap mereka (penyokong PKR) tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar undang-undang.

“Jika ada pihak yang sengaja membuat kekacauan, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya. Musa juga telah mengarahkan anggotanya untuk membuat pemantauan bagi memastikan keadaan terkawal. Sementara itu, PKR menerusi Biro Penerangannya mengeluarkan kenyataan meminta supaya penyokong parti itu bertenang berikutan penangkapan Anwar.

Terdahulu, peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu wartawan bahawa Anwar kini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat.

Katanya jika perlu Anwar akan dikenakan perintah reman selam 24 jam atau tidak melebihi 14 hari bagi membantu siasatan. Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohd Saiful, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar telah memfailkan saman terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

- Bernama
.

Anwar ditahan mengikut Seksyen 377A, kes liwat

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan bagi siasatan terhadap tuduhan meliwat, kata peguamnya Sankara Nair. Katanya, sehingga jam 2.50 petang tadi, Anwar yang ditemani seorang lagi peguam, R Sivarasa, sedang memberi keterangan kepada polis selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada jam 1.10 tengah hari.

“Polis selepas ini akan memohon kepada mahkamah bagi perintah reman selama 24 jam atau tidak melebihi 14 hari terhadap Datuk Seri Anwar bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di IPPKL di sini hari ini. Anwar menghadapi tuduhan itu selepas bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar sudah memfailkan saman terhadap Mohamad Saiful kerana membuat laporan palsu berkenaan kejadian liwat itu yang dikatakan berlaku pada 26 Jun lalu.

Sankara berkata Anwar ditahan pada jam 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kenderaan, kira-kira 50 meter dari rumah Anwar di Segambut, sebelum diiringi ke IPKKL. Beliau yang turut berada bersama Anwar ketika itu mendakwa polis tidak mempunyai dokumen rasmi atau surat perintah ketika menahan Anwar.

Pemandu Anwar, Abdullah Sani Said, 49, berkata ketika ditahan, Anwar sedang dalam perjalanan balik ke rumahnya sambil diiringi dua peguamnya itu, selepas selesai memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya, berhubung laporannya mengenai pemalsuan fakta oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap kepada pemberita ketika sedang menunggu di IPKKL, Abdullah berkata kira-kira 20 anggota polis yang berpakaian seragam menahan kenderaan yang dipandunya sebelum mereka memaklumkan kepada Anwar tujuan mereka tanpa bertindak kasar terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Mereka hanya kata nak ambil Datuk Seri (Anwar) untuk bawa ke IPKKL untuk siasatan. Datuk Seri ada tanya mereka ada surat tak, tetapi polis kata tak ada,” kata Abdullah yang telah bekerja untuk Anwar selama 25 tahun.

- Bernama
.

Muhyiddin boleh tewaskan Najib bagi jawatan Timbalan Presiden - Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya beliau bertanding pada pemilihan Disember ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sekiranya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mungkin ditentang oleh Muhyiddin di mana keputusannya mungkin berpihak kepada Naib Presiden itu.

"Tanggapan umum terhadap Najib ialah beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim di sini hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, Muhyiddin yang sehingga kini tidak menyatakan jawatan yang ingin ditandinginya, boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau lebih mudah diterima ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga golongan yang tidak menyokong Abdullah.

"Saya tidak kata saya menyokong Muhyiddin tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno," kata beliau yang bertindak keluar daripada Umno pada 19 Mei lepas kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Abdullah.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata, Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti.

"Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu masa Tun Musa (Hitam) tidak mahu terima jawatan Timbalan Presiden, saya beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Ghafar (Baba) tetapi Tun Ghafar terpaksa bertanding jawatan Timbalan (Presiden Umno) dan dia menang mengalahkan Tun Musa," katanya.

Dr. Mahathir berharap pada pemilihan parti Disember nanti "orang lain" akan dibenarkan bertanding.

"Mesti benarkan orang lain bertanding supaya hasrat mengubah akan tercapai tapi saya percaya, pemilihan akan dimanipulasikan dengan memberi wang, kain pelikat dan sebagainya.
"Mereka akan memilih siapa yang disokong oleh Datuk Seri Abdullah, mungkin juga Datuk Seri Najib akan menanglah, dan dialah akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri," katanya.

Untuk melayakkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, seseorang bakal calon memerlukan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Bahagian Umno, yang akan memulakan persidangan perwakilan masingmasing pada 9 Oktoebr ini.

- BERNAMA

.

Mufti Perlis: Pertemuan Umno-PAS untuk kemaslahatan umat

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya pertemuan antara Umno dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya.

Dr Asri membuat seruan ini di dalam laman rasminya http://www.drmaza.com/ di mana beliau berharap pertemuan Umno-PAS bukan dilakukan atas kepentingan mana-mana parti, sebaliknya di atas kemaslahatan umat.

"Anggaplah itu tanggungjawab menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.

"Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka.

"Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik," kata Dr Asri lagi.

Jelasnya lagi, Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114). Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.

Dr Asri yakin, pertemuan itu bukan untuk meleburkan identiti politik mereka, sebaliknya mungkin hasrat atau idealisme politik masing-masing dapat dilaksanakan secara selaras dan matang. Memang sukar untuk mana-mana pihak pun dalam dunia ini mencapai keseluruhan idealisme perjuangannya.

"Tetapi bak kata kaedah: “Apa yang kita tidak capai kesemuanya, jangan pulak ditinggalkan keseluruhannya”. Ertinya, jika tidak dapat mencapai tahap seratus peratus pun, janganlah pula sedikit sebanyak yang mampu diperolehi ditinggalkan.

"Sikap ingin bertemu antara satu sama lain dalam suasana yang lebih harmoni itu adalah lambang kematangan politik kedua parti tersebut. Nabi s.a.w bersabda: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

"Pertemuan itu saya percaya, bukan untuk mengungkit kisah silam, tetapi untuk membuka lembaran baru yang lebih menjamin kebaikan untuk umat dan negara. Kita ingin melihat mereka duduk dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah. Marilah kita semua berdoa agar hasrat tersebut dapat direalisasikan. Saya percaya, pada hari impian itu terlaksana, mereka yang ikhlas akan mengalirkan airmata kesyukuran yang tidak terhingga," kata Dr Asri.

.

Pas bukan "melukut di tepi gantang"

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat Pas Pusat hari ini menyokong pendirian tegas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dalam pilihan raya umum ke 12 Mac lepas.

Setiausaha dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata kehadiran Pas dalam pesada politik tanah air bukanlah seperti "melukut di tepi gantang" kerana ada atau tiadanya jentera Pas memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP pada pilihan raya umum lepas.

Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.

Aiman Athirah, dalam satu kenyataan di sini hari ini, menegaskan bahawa Pas sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata penguasaan Pas terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius.

"Justeru tidak bermakna apabila Pas hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka Pas sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya adalah wajar Presiden Pas secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar Pas.

Justeru, prinsip dan dasar perjuangan Pas juga seharusnnya dihormati dan umat Islam di negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam sebenar dan bukan dalam pemikiran sempit beberapa pihak lain.

- BERNAMA

.