SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 July 2008

Anwar ditahan reman, ke HKL buat ujian DNA

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Setelah 6 jam disoalsiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi polis dan peguamnya, Sivarasa telah bergerak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan ujian DNA.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditahan polis pada jam 1.15 tengahari berhubung dakwaan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Menurut peguamnya, Saiful Izham Ramli, selepas menjalani ujian kesihatan bagi mendapatkan sampel DNA, Anwar akan dibawa kembali ke IPKKL.


Keputusan samada Anwar akan ditahan reman akan ditentukan selepas itu. Anwar yang tidak bergari sempat melambaikan tangan kepada penyokong yang menunggunya di luar.


Sebelum itu, Anwar yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan tersebut, ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.


Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.


Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.


Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.


Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.


"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.


Semalam polis telah mengeluarkan waran tangkap dan mengkategorikan Anwar sebagai suspek dalam tuduhan Mohd Saiful bahawa majikannya itu telah meliwatnya beberapa kali termasuk pada 26 Jun lalu.


Kira-kira 200 penyokong Anwar pula sudah mula membanjiri kawasan berdekatan dengan IPK.
Dia membuat laporan polis dua hari kemudian.


Ini kali kedua Anwar berhadapan dengan dakwaan seumpama itu selepas kali pertama pada 1998 dan September tahun itu juga beliau ditahan polis di rumahnya.


Polis mengatakan bahawa anda (Anwar) ditahan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, Anwar akan direman 24 jam," kata Sankara dan menambah, polis perlu mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah jika mahu menahan Anwar lebih daripada 24 jam.


Bagaimanapun, kata Sankara Anwar tidak digari semasa dibawa ke IPK.


Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
.