SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

01 August 2012

DAP bidas Hadi mahu tutup pusat hiburan

Cekati Tembaga menulis...


DAP membidas bekas Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menutup pusat hiburan Genting Highlands Resort jika Pas menawan Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Pas perlu menyedari Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum dan semua tindakannya perlulah mengambil kira realiti tersebut.

"Pas harus sedar Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum dan setiap tindakan yang ingin diambil mestilah mengambil kira realiti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Karpal berkata, ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang, Idris Omar baru-baru ini juga membuat kenyataan yang kontroversi di Dewan itu.

Pada satu majlis dialog bersama bukan Islam di Alor Setar, Kedah baru-baru ini, Abdul Hadi yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, parti itu akan menutup kasino yang ada memandangkan berjudi bukanlah budaya masyarakat negara ini.

Karpal menambah, Pas tidak boleh cuba mengaut keuntungan politik yang lebih besar selepas mendapat kedudukan yang baik dalam pilihan raya umum lalu dengan cara mengambil pendirian melampau berhubung perkara yang dianggap sensitif di kalangan bukan Islam.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan telah memberikan taraf yang tinggi kepada agama Islam berdasarkan Perkara 3 (1) sebagai agama Persekutuan.

Perlembagaan yang sama juga kata Karpal, telah memberikan pengiktirafan kepada agama-agama lain untuk diamalkan secara aman dan harmoni di negara ini.

Justeru, jelas beliau, parti pembangkang itu mesti menerima hakikat tersebut dan tidak boleh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan.

UMNO terlalu banyak jasa kepada Melayu - Arshad

Cekati Tembaga menulis...


KUALA LUMPUR 29 Julai - Tokoh Melayu Terbilang, Tan Sri Arshad Ayub yang menjadi watak penting dalam melahirkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan tanpa sokongan UMNO universiti itu tidak mungkin dapat berdiri seperti ketika ini.

Beliau yang diberi penghormatan tertinggi oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila dikalungkan dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Negara berkata, UMNO juga terlalu banyak berjasa kepada orang Melayu.

Sehubungan itu, beliau yang menjadi tulang belakang serta nadi kepada kemajuan bangsa Melayu melalui penubuhan UiTM melahirkan rasa kesal serta sedih apabila melihat orang Melayu kini berpecah-belah akibat perbezaan ideologi politik sehingga menyebabkan kaum majoriti itu lemah.

"Saya terharu dengan penghormatan tertinggi diberi Perkasa. Saya membangunkan UiTM tidak lain kecuali untuk melihat bangsa saya mampu berjaya walaupun datang dari latar belakang miskin. Saya juga orang miskin tetapi akhirnya berjaya, sebab itu UiTM ini umpama baju saya.

"Namun hari ini, selepas ramai orang Melayu berjaya, kita pula berpecah-belah. Sedangkan saya yakin jika seluruh graduan serta tokoh-tokoh hebat yang dilahirkan UiTM bersatu dan menyokong hanya satu parti, Melayu akan kuat dan parti itu nescaya akan sentiasa menang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penganugerahan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta Bapa Modal Insan Pribumi Negara yang diterimanya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

Dalam pada itu, selaku tokoh yang banyak melahirkan modal insan terkemuka Melayu, Arshad berpesan kepada golongan muda agar sentiasa memberi penekanan 100 peratus kepada pendidikan jika mahu menjadi bangsa yang berjaya dan dihormati dunia.

Katanya, orang Melayu tidak boleh menyalahkan pihak lain jika mereka semakin lemah kerana perkara itu berpunca daripada sikap mudah selesa kaum majoriti itu sendiri sehingga leka untuk memberi tumpuan kepada pendidikan anak bangsa.