SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

19 October 2010

PAS terdesak pertahan Galas..

Cekati Tembaga menulis...

Tinggal 2 minggu sebelum 11,553 penduduk Galas membuang undi PAS semakin dihimpit pelbagai tekanan. DUN Galas yang dikendong mereka sejak PRU-12, 2008 dulu semakin tidak kejap di tangan, bebannya kian berat untuk digalas.

Pelbagai masalah semakin menghimpit PAS, dengan jentera di kawasan yang masih celaru, bantuan yang diharap daripada sleeping partner pakatan pembangkang lain yang masih tidak tiba, hanya mengharapkan jentera PAS Kelantan dari kawasan-kawasan lain datang membantu.

Khabarnya bantuan gerombolan jentera yang dipohon daripada DAP perlu dibayar dengar harga yang mahal iaitu terpaksa memberikan jawatan Penghulu Tanpa Mukim kepada pemimpin parti itu sebagai syarat untuk membolehkan DAP membantu PAS, terutama di kawasan majoriti Cina seperti di Kampung Bharu dan Kampung Pulai.

Jika ini berlaku, sejarah PRK DUN Galas akan menyaksikan seorang pemimpin DAP Gua Musang akan dinobatkan sebagai Penghulu Tanpa Mukim, menjadikan dirinya ahli DAP yang pertama akan bergelar Tok Penghulu di Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, perebutan menjadi calon semakin menjadi-jadi sehingga memeningkan kepala Nik Aziz.

Malah khabarnya ada yang semakin berani ugut nak boikot kalau tak dapat menjadi calon.

PAS sekarang tidak seperti dulu...Galas kelihatan kian berat untuk digalas..

06 October 2010

PRK Galas ; Penamaan Calon 26 Oktober, Hari Mengundi 4 November..

dipetik daripada MStar...

Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (N.45) Galas akan diadakan pada 4 November sementara penamaan calon pula pada 26 Oktober 2010.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas suruhanjaya berkenaan bermesyuarat lebih dua jam pada pagi tadi.

Menurut Wan Ahmad, pilihan raya kecil kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sepember lalu.

“Seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa manakala 127 pengundi pos layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas.

“SPR juga menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen Wan Ahmad berkata, SPR telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguatkuasa bagi setiap pasukan.

“Bagi tujuan menjalankan pilihan raya kecil N.45 Galas, SPR akan menggunakan bilik gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

“Sebanyak 11 buah sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi membabitkan 25 saluran mengundi,” katanya.

Beliau berkata, seramai 323 petugas pilihan raya telah dilantik oleh SPR bagi melincinkan perjalanan pilihan raya itu.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada peratusan keluar mengundi akan merosot kerana SPR mengadakan hari pengundian pada hari bekerja, Wan Ahmad berkata: “Soal mengundi pada hari bekerja atau hari minggu tidak timbul kerana jumlah pengundinya tidak ramai.

“Selain daripada itu, majoriti pengundi di Galas adalah penduduk di kawasan itu dan kebanyakan mereka bekerja sendiri dan menjalankan aktiviti pertanian. ”

Jelasnya, SPR turut menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah tinggi mungkin melebihin 81 peratus seperti yang dicapai pada pilihan raya umum yang lalu.

Bagaimanapun, Wan Ahmad menegaskan bahawa, perkara tersebut bergantung kepada faktor cuaca pada hari pengundian.

“Pada pilihan raya kecil di Galas kita tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk memantau perjalanan pilihan raya kecil kali ini.

“Namun kita sedia berbincang dengan Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) mengenai pemantauan pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Katanya, kos perbelanjaan pilihan raya kecil Galas adalah tinggi sekitar RM1.3 juta kerana ia melibatkan penggunaan perkhidmatan helikopter di beberapa kawasan yang sukar dihubungi menggunakan jalan darat.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Paloh.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi pilihan kecil DUN Galas:

Tarikh keluar writ: 6 Oktober 2010 (Rabu)

Tarikh Keluar Notis Pilihan Raya: 7 Oktober 2010 (Khamis)

Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010 (Selasa)

Tarikh pengundian : 4 November 2010 (Khamis)

31 July 2010

Tan Sri Annuar Musa dipilih Timbalan Presiden FAM 2010-2014

Cekati Tembaga menulis...

Cekati Tembaga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Annuar Musa, Bapa Pemodenan Bolasepak Kelantan yang telah dipilih untuk bergandingan dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden FAM untuk sessi 2010-2014.

Kongres Tahunan ke-47 FAM yang berlangsung hari ini turut menyaksikan jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh DYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan Tan Sri Annuar Musa menepati ramalan ramai yang merasakan beliau adalah tokoh paling layak menyandang jawatan No.2 FAM ini setelah seluruh negara melihat perubahan mendadak kepada pasukan Bolasepak Kelantan yang diterajui beliau.

Keupayaan Annuar Musa mengubah sama sekali pasukan Kelantan daripada sebuah pasukan belasahan dan penghuni tetap dasar liga, menjadi sebuah pasukan yang amat disegani dan paling dicemburui lawan, membuktikan pemilihan ahli-ahli kongres FAM sememangnya menepati kehendak seluruh peminat bolasepak tempatan.

Kehadiran Annuar Musa dalam pasukan Kelantan bukan sekadar mengubah perspeksi negatif terhadap pasukan itu, tetapi menjenamakan semula Kelantan sebagai "The Red Worriors".

Kelantan kini bukan sekadar pasukan bolasepak tetapi kini menjadi sebuah industri bolasepak yang berkembang pesat dengan penghasilan pelbagai produk berjenama The Red Worriors sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai pasukan yang paling banyak mengeluarkan produk menggunakan jenama tersebut.

Annuar Musa sudah buktikan, tanpa bantuan daripada kerajaan PAS Kelantan sekalipun, The Red Worriors tidak menjadikannya sebagai halangan untuk menjadi pasukan yang hebat. Beliau sudah buktikan dengan keupayaan merencana pasukan menjadikan Kelantan sebagai rebutan penaja.

Syabas diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa.

Seluruh negara kini menunggu sentuhan ajaib Annuar Musa untuk merombak lanskap bolasepak negara. Seluruh negara mengharapkan Annuar Musa mencipta keajaiban seterusnya untuk bukan sekadar meningkatkan mutu bolasepak negara malah mengembalikan nostalgia kegemilangan Skuad Harimau seperti zaman lagenda Mokhtar Dahari.

Tetapi sedikit kegusaran kepada peminat The Red Worriors, bimbang kalau-kalau Annuar terpaksa menumpukan lebih masa di FAM, akan terabai pembangunan The Red Worriors.

Semoga kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan, sebagaimana The Red Worriors memerlukan Annuar Musa, begitu jugalah seluruh negara menagih sentuhan beliau. Kita terimanya dengan redha..

16 July 2010

Ribuan rakyat Pasir Mas hadir Menyambut "Jaguh Kampung"...

Oleh Cekati Tembaga..

Majlis Sambutan Jaguh Kampung Pahlawan Melayu Tok Him anjuran penyokong-penyokong Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Dataran Stesen Keretapi Pasir Mas, dihadiri oleh lebih 2,500 orang rakyat Pasir Mas.

Majlis bermula kira-kira jam 3.00 petang dengan perarakan ratusan pemuda bermotosikal, bermula dari Jambatan Tendong hingga ke tapak acara sambutan yang terletak di tengah-tengah bandar Pasir Mas.

Ketibaan YB Dato' Ibrahim Ali disambut dengan tiupan serunai dan persembahan Silat Cantik. Beliau kemudian diusung di atas tandu dan diarak penyokong-penyokongnya ke pentas utama.

Majlis dimulakan oleh bacaan sajak penuh bersemangat berjudul Adi Jagat Wira Bangsa. Ia disusuli oleh ucapan AJK Perkasa Pusat dari Selangor, YDP Perkasa Perlis dan kemudiannya ucapan Dato' Ibrahim yang juga Presiden PERKASA.

Turut hadir pimpinan PERKASA Pusat dan Kelantan serta pimpinan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Majlis berakhir kira-kira jam 6.15 petang.

Berikut dibawakan gambar-gambar menarik sepanjang program petang tadi.

\

09 May 2010

Amanat Tok Guru Haji Lah - Nik Aziz Wahabi..

Bicara Pasir Mas menulis..

Ceramah Agama dan Isu-Isu Semasa oleh Pengasas dan Tuan Guru Pondok Geting Tumpat, Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah di perkarangan KADA Slow Machang, Pasir Mas mendapat sambutan luar biasa dengan menarik lebih 2,000 hadirin.

Ceramah yang diadakan pada 7 Mei 2010 dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas yang turut menampilkan Sdra. Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad, bekas Ketua Pemuda AMK Kelantan menyebabkan jalan masuk ke Kg Slow Machang dari arah bandar Pasir Mas dan Jalan Pasir Pekan sesak teruk.

Ceramah ini telah diwar-warkan sejak 2 minggu lepas. Penampilan Tok Guru Haji Lah memang menjadi igauan ngeri kepada Pas kerana di setiap tempat ceramah Tok Guru Hj Lah sentiasa dihadiri ribuan pendengar.

Banner ceramah Tok Guru Hj Lah ini pada awalnya telah digantung di 10 lokasi strategik sekitar bandar Pasir Mas namun 9 daripadanya telah disabotaj. Melihat kepada perbuatan khianat yang tidak bertanggungjawab ini, pihak penganjur membuat keputusan menaikkan tambahan 20 keping lagi banner yang sama di lebih banyak lokasi.

Ini menyebabkan Pas menjadi lebih cemas apabila menyedari promosi ceramah ini akan turut menarik perhatian penyokong mereka. Oleh itu, sebagai jalan terakhir mereka telah menganjurkan satu ceramah yang menampilkan Mahfuz Omar dan Hamid Derani pada masa yang sama di Mini Stadium Pasir Mas bagi menghalang penyokong mereka mendengar ceramah Tok Guru Hj Lah.

Dalam ceramahnya, Tok Guru Haji Lah menjelaskan mengapa beliau mendakwa Nik Aziz dan Pas Wahabi. Beliau menggariskan 13 perkara yang menjadi persamaan nyata antara Nik Aziz dan pengikut Wahabi di timur tengah. Antaranya adalah isu mengenang dan menyambut hari lahir Rasulullah, 4 mazhab umat Islam, Sifat 20, menyamakan Abu Jahal lebih baik dari umat Islam, tahlil dan talkin orang mati.

Tok Guru Hj Lah juga mendakwa sebab utama Nik Aziz menolak perpaduan dengan UMNO adalah kerana mahu melaksanakan fahaman Wahabi di negara ini kerana dia sedar UMNO akan menolak fahaman tersebut disebabkan UMNO berpegang pada ahli sunnah wal jamaah.

Tok Guru Hj Lah menyifatkan Pas yang asal sudah mati kerana Pas hari ini tidak lagi mempunyai roh membela Islam sepertimana Pas dahulu. Pas sekarang hanyalah jasad sahaja kerana inipati perjuangannya sudah terpesong jauh sehingga sanggup menjadikan DAP yang terang-terang menentang Islam sebagai sahabat karib demi menjatuhkan kerajaan Islam yang telah lebih 50 tahun terbukti berjaya menjaga kedaulatan Islam di bumi ini.

Oleh itu Tok Guru mengajak semua umat Islam dan orang Melayu agar menuinggalkan Pas dan bersama membentuk perpaduan dengan UMNO untuk menjaga tanahair ini.















06 May 2010

Adakah Pas Wahabi ?



05 May 2010

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Dato' Rahim Abd Rahman sebagai Senator

Program : Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara
Lokasi : Dewan Negara, Parlimen Malaysia