SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

20 July 2011

Ramadhan - Bekas Menteri Besar Kedah jelaskan mengapa BN tutup pusat hiburan..

Berikut dilampirkan ulasan dan kekesalan Tan Sri Sanusi Junid terhadap sikap PAS yang semakin tunduk pada "Abang Long"

..apabila Abang Long semakin berkuasa, bagi PAS Agama boleh dikompromi, Ramadhan tak mengapa dicemari,

..bagaimana jika pembangkang takluk Putrajaya.. yang pasti Malaysia akan menjadi pusara tempat berkuburnya Daulah Islamiah..


DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN
MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain.

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan.

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur.

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India.

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.

30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

Posted by Sanusi Junid at 4:18 PM

18 July 2011

PAS tunduk lagi pada Abang Long..

Cekati Tembaga menulis...

Baru semalam aku puji kerajaan PAS Kedah sebab kuatkuasakan larangan operasi pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan, tapi bila DAP gertak sikit jer terus ketar kepala lutut.

Inilah kehebatan dan kuasa DAP atau "Abang Long" dalam Pakatan Pembangkang.

Walaupun di Kedah, PAS sebagai kerajaan dan Azizan sebagai Menteri Besar yang memiliki kuasa eksekutif, tak ada kena mengena dengan DAP sebesar kuman pun, namun sebagai Abang Long arahan DAP umpama 'nasihat' Residen British kepada negeri-negeri Melayu zaman penjajahan dulu.

Kalau Residen British dulu hanya 'menasihat' dalam bidang pentadbiran, hal ehwal agama dan adat resam Melayu mereka tidak campur tangan. Tapi Abang Long kepada PAS ni bukan setakat berkuasa kepada negeri-negeri yang diperintah PAS, malah untuk melaksanakan peraturan berkait dengan Islam dan menjaga kesucian Ramadhan pun kena berlutut dengan mereka dulu.

NONE
Di Kedah ni walaupun Azizan dah umum akan kuatkuasakan larangan operasi pusat hiburan sepanjang bulan puasa, tapi bila Abang Long kata tak boleh..maka tak boleh la.

Huh malang sekali apabila seorang MB Islam di negeri Melayu, di mana partinya berkuasa penuh, tapi nak melaksanakan dasar yang sedia ada kena mintak izin orang kafir dulu.

Lebih memalukan, tak sampai 1 hari umum nak hentikan sementara disco sebagai hormati Ramadhan, bila kena 'pelempang' dengan Abang Long sebijik terus tak jadi tutup. Siap pusing cerita tutup kepada orang Islam saja.

Kalau nak cerita pasal tak benar orang Islam saja masuk disko, maknanya disko tetap akan dibuka sepanjang Ramadhan, cuma orang Islam jangan masuk pada bulan Puasa, lepas raya ok.

Ini dah lari dari pokok cerita beb..kata Azizan nak betulkan peraturan yang silap yang dibuat UMNO dulu kerana katanya tidak hormat hak kaum bukan Islam. Pulak dah. Dia yang buat pengumuman, tiba-tiba bila kena marah dengan Abang Long dia, kata UMNO pulak yang salah. Kan bengong tahap dewa tu..

Tujuan asal peraturan yang dibuat BN dulu itu untuk menjaga kesucian Ramadhan, sebab tu pusat hiburan seperti disko kena 'berehat' pada bulan Puasa. Orang bukan Islam pun terima sebab semua memahami dan menghormati kesucian Ramadhan ini. Tak pernah kita dengar ada orang mati sebab tak dapat pergi 'bersenam' di disko pon.

Tapi itulah kuasa Abang Long.. PAS kena rela lah nampaknya, walaupun nanti orang ke disko jadi lebih ramai dari Terawikh.

Cakap saja tak guna, Azizan, Nik Aziz dan Hadi Awang bersiap sedialah soalan mungkar nangkir di kubur nanti, pada masa tu Abang Long tak dapat tolong dah..

17 July 2011

Ramadhan - Disko di Kedah akan ditutup, Disko negeri Nik Aziz guana...

Cekati Tembaga menulis

Cekati Tembaga mengucapkan tahniah kepada MB Kedah, Dato' Seri Azizan Razak kerana mengumumkan aktiviti pusat hiburan di negeri itu akan ditutup sepanjang Ramadhan.

Ternyata langkah ini amat baik dan turut disokong oleh semua ADUN BN dalam DUN Kedah dan kita percaya sebahagian besar umat Islam di negeri ini juga akan menyokong dasar tersebut.

Menurut MB Kedah peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 yang digubal oleh BN telah lama diamalkan di negeri itu oleh kerajaan BN Kedah.

Nampaknya Azizan sendiri yakin dan melaksanakan peraturan yang digubal oleh BN demi menjaga kesucian agama Islam terutama di bulan Ramadhan. Diharapkan apa yang dibuat oleh BN ini akan dipertahankan Azizan dan kerajaan Kedah.
Namun abang Long kepada PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP secara terbuka menentang penguatkuasaan larangan ini atas alasan hak asasi bukan Islam. Hak asasi dia saja nak fikir, kemuliaan Ramadhan itu yang lebih utama.

PAS Pusat pula berlepas tangan dengan menyerahkan kepada Azizan untuk handle bantahan DAP. Kita harap Azizan akan terus komited dengan larangan berkenaan.



Ramai yang bertanya, bagaimana pula disko-disko di Kelantan, (Kelantan ada disko jugak rupanya) pastinya tidak ada masalah untuk hentikan sepanjang Ramadhan ini sebab penduduknya hampir 100% Melayu. Cuma terpulang pada Nik Aziz nak suruh stop ke tidak.

Eloknya berenti terus lah.. tak dok disko pon tak mati.. ko guano Tok Guru dio..

15 July 2011

Apabila Sasterawan berlidah Politik..

Cekati Tembaga menulis

Pasti ramai yang menggeleng kepala apabila membaca Malaysiakini hari ini, apabila Sasterawan Negara A. Samad Said atau ramai membahasakannya sebagai Pak Samad menyeru Perdana Menteri meletak jawatan kerana kononnya itu suara rakyat yang dibanci melalui facebook.

Bukan itu saja, Pak Samad juga menyifatkan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri yang kejam dan mahu memerintah negara ini secara kuku besi. Pak Samad juga berharap agar BN yang memerintah negara sejak merdeka akan tumbang dalam PRU akan datang.

 Status yang dianugerahkan kerajaan sebagai Sasterawan Negara rupanya bukan jaminan untuk kewarasan akal dan fikiran. Malang sekali jika benar berita ini, seorang penerima anugerah tertinggi sastera negara hanya sekadar itu bahasa lidahnya, tidak setaraf dengan kedudukan dan penghormatan negara kepada dirinya.

Ketajaman pena dan kepakaran dalam menggubah puisi dan bersajak tidak menjamin ketajaman akal fikir dalam menilai tindakan dan bahasa politik negara. Tidak semestinya orang yang pandai bersyair itu punyai kepandaian sama dalam mengelak dirinya daripada diperalat sebagai lidah kepada ahli-ahli politik pembangkang.

 
 Pak Samad jangan merelakan diri diperalat

Tanpa berniat sedikit pun untuk memperlekeh sasterawan tersohor itu, namun gesaannya sebagaimana yang disiarkan dalam portal pembangkang itu tidak sesuai langsung dengan usia dan pengalamannya.

Apa yang Pak Samad mahukan sebenarnya pun kita tidak tahu, selain daripada hanya menjadi lidah kepada manusia-manusia yang sering kali mahu mencari peluang memburukkan negara. 

Kedudukan Pak Samad adalah lebih mulia daripada Anwar Ibrahim yang dikaguminya itu. Apatah lagi ianya lebih mulia daripada kambing hitam Anwar Ibrahim yang ditugaskan menghuru-harakan negara dengan himpunan jalanan 9 Julai lalu. 

Namun jika Pak Samad terus merelakan dirinya untuk diperkotak katik oleh Anwar Ibrahim, usahlah bersedih jika orang tidak hormat pada dirinya lagi. Kalau harapan Pak Samad adalah untuk menagih dicalonkan di satu kerusi dalam PRU akan datang, usah berangan terlalu tinggi kerana Anwar nyata sekali tidak pernah ada perancangan ke arah itu. 

Nasib Anwar sendiri pun belum pasti lagi.