SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

17 June 2008

Enam “teori” Politik Yang Menjadi Perhatian Umum : Sayuti Omar

KALAU boleh dinamakan sebagai teori politik Malaysia mutakhir, ada enam teori yang bakal mengejutkan politik Malaysia dewasa ini. Teori-teori ini merupakan isu-isu yang memenuhi menu perbualan ahli dan pemerhati politik pada masa ini. Dan ia juga bakal merubah senerio politik negara.

Pemerhati yang bertaraf intelektual juga menunggu-nunggu teori atau isu ini dengan penuh tanda tanya dan sukar untuk membuat hepotesis mengenainya. Ilmu sains politik dan sejarah politik yang mereka hafal juga tidak dapat membayangkan yang mana satukan antara enam teori ini akan menjadi realiti atau mendahului antara satu sama lain. Kedudukannya bernisbah 50–50.

Pertama ialah mengenai 30 ahli Parlimen BN yang dikatakan akan lompat menyertai pembangkang – Pakatan Rakyat. Teori ini boloehlah dinamakan Teori Anwar Ibrahim sebab ianya dicetus bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Anwar dakwa ada 30 ahli Parlimen BN akan bersama Pakatan Rakyat. Masa yang dinanti dan dipacak ialah 16 September sempena hari penubuhan Malaysia. Sehubung itu pembentukan kerajaan baru Kerajaan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada tarikh berkenaan dan sekaligus mengakhiri zaman kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Malaysia. Walaupun teori ini dianggap gimik oleh pihak BN tetapi ia tetap membimbangkan BN. Teori ini menjadikan anggota BN sendiri berbelah bahagi dan yang tidak nyenyak tidur.
.
Kedua ialah mengenai usaha di kalangan Pas yang kini sedang mengatur dan mencari ruang untuk berbaik dengan Umno. Dengan menggunakan alasan politik Melayu dalam situasi bahaya dan kedua parti itu perlu berbaik demi menjamin kesenimbungan politik dan masa depan Melayu, Pas dikatakan bersedia untuk berbincang dengan Umno, begitu Umno menanti Pas membuka mulut saja. Untuk tujuan itu Majlis Syura di mana statusnya paling tinggi dalam hierarki organisasi Pas dikatakan telah mengeluarkan pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan Pas berbincang dengan Umno. Pandangan majlis syura itu dilihat sebagai satu perkembangan baru dalam senerio politik Pas.

Justeru ada pihak bertindak atas pandangan majlis syura berkenaan berusaha secara individu oleh pemimpin Pas termasuk pemimpin tertinggi. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga dikatakan tidak melarang usaha menyatukan Pas dengan Umno. Usaha ini sedang dilakukan tetapi secara senyap. Titik tolak kepada usaha ini juga dibuat kerana mereka tidak percayai kepada ketulusan dan sikap politik orang yang diletakkan untuk mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Berpandukan kepada pengalaman lalu Pas begitu waspada dengan political animal Anwar Ibrahim. Kalau ada di kalangan Pas merasa serit dengan peristiwa Pas ditendang dari BN tahun 1974 dulu, begitu juga ada di kalangan tokoh Pas merasa perit dengan Anwar Ibrahim semasa Penasihat Umum PKR itu menjadi orng nombor dalam Umno kira-kira 12 tahun lalu.Lantaran itu wujud percanggahan pendapat di kalangan Pas mengenai perkara ini. Mereka yang percaya dan bersikal liberal mempercayai kepada Anwar dan menolak apa juga usaha dan alasan agar dicari pendekatan dengan Umno. Sebaliknya mereka yang sangsi kepada Anwar cuba mencari alternatif baru dengan menghulurkan tangan persahabatan dengan Umno.

Yang bakal menentukan apakah usaha pendekatan Pas dengan Umno ini berjaya atau tidak ialah ahli-ahli Pas sendiri. Dipercayai muktamar Pas tahun ini akan membuat ketetapan berhubung langkah-langkah ini dan sekaligus menjadi muktamar berkenaan panas dan hangat. Adalah diyakini muktamar akan memutuskan bahawa pakatan dengan Umno mungkin ditamatkan. Ini kerana sikap Mursyidul Am Pas yang berkali-kali menjelaskan beliau (Pas) sudah serik untuk berbaik dengan BN. Suara dan pandangan Mursyidul Am Pas sering diterima walaupun tidak betul tetapi atas nama dan kapasitinya sebagai Mursyidul Am jarang ahli Pas membantahnya.

Ketiga, mengenai pergolakan di dalam Umno, di mana ada usaha oleh puak-puak Mohd Najib Razak untuk menjatuhkan Abdullah secara terhormat. Mereka berusaha agar pelan peralihan kuasa berlaku sebelum Disember ini dimana Najib diharap akan mengambil tempat Abdullah. Gerakan ini sekarang proaktif di mana ia disertai sama oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang akan mendapat tuah dan laba besar daripada peralihan kuasa ini dikatakan bergerak sekali dengan Najib. Para penyokong dan pencacai politik Muhyiddin bergabung tenaga secara tidak nyata dengan orang-orang Najib.

Tindakan Muhyiddin yang mengisytiharkan beliau akan merebut jawatan timbalan presiden adalah strategi beliau memaksa Najib berganjak ke atas. Taktik dan politik Muhyuddin ini katanya sudah dicurigai Abdullah menyebabkan Abdullah kini benar-benar tidak senang dengan tindak tanduk politik Muhyiddin. Manakala Muhyiddin kini dikatakan berada dalam dilema sekiranya Najib tidak berganjak beliau bakal menghadapi masalah. Bidalan kerana santah pulut bianasa kini katanya sedang melanda Muhyuddin.

Keempat mengenai usaha Ku Li untuk melawan Abdullah. Ku Li kini sedang mengatur dan mencatur politik dalaman Umno untuk membolehkan beliau layak bertanding merebut jawatan presiden Umno. Apakah Ku Li berjaya melepasi sekatan yang mengenakan kuota 30% itu ataupun tidak? Dalam usaha ini Ku Li sudah menjejajah hampir ke seluruh negara bagi memastikan beliau cukup pencalonan untuk menentang Abdullah. Sekiranya Ku Li mendapat 58 pencalonan, ia sesuatu yang menarik dan ada yang menjangkakan keadaan itu menyebabkan Abdullah akan menerima nasib seperti Ghafar Baba dalam tahun 1993 dulu sewaktu diasak oleh Anwar Ibrahim.

Kelima ialah mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan kembali kepada Umno. Walaupun Anwar menafikan kemungkinan ini tetapi ia tidak mudah diterima oleh umum. Ada keperluan dan logik kalau kemungkinan ini berlaku. Keperluan dan kekosongan dalam politik semasa membawa kepada kemungkinan itu. Abdullah tidak mustahil akan berkomplot dengan Anwar dalam mengukuhkan kedudukannya sekiranya beliau mendapat tentangan daripada Najib. Kalau Najib terikut dengan pandangan Muhyuddin sehingga merempuhnya, tidak mustahil Abdullah akan mengundang Anwar menyertai Umno.

Kemasukan bekas orang kanan Anwar ke dalam Umno, Mohamad Ezam Mohd Noor, membuka lagi ruang dan perkiraan ke arah itu. Walaupun Ezam menjelaskan kemasukannya ke dalam Umno tidak ada kena mengena Anwar sebalinya kerana beliau tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar dalam PKR kini, itu hanya kenyataan politik yang boleh ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Keenam, apakah ada parti komponen BN yang akan meninggalkan komponen itu dalam masa terdekt ini. Khabar angin tersebar luas kononnya ada sebuah parti komponen akan meninggalkan BN. Perkara ini bukan diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sebali ianya dinyatakan sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun ada parti-parti tertentu telah menafikan dan sekekaligus menyatakan kesetiaan mereka kepada BN, namun semua itu tidak dapat menutup percakapan umum mengenai perkara itu. Hari ini mereka boleh menafikan, tetapi esok lain jadinya. Sudah banyak keadaan demikian berlaku dan inilah menyebabkan orang ramai tidak mudah untuk mempercayai apa saja cakap malah janji dan sumpah dalam politik.

Kesimpulan antara teori-teori itu yang manakah akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Sama-samalah kita menunggunya. Boleh jadi juga keenam-enam itu tidak akan menjadi kenyataan dan hanya asap dan kabus sahaja.

Anwar Bakal Pilih Permatang Pauh?

SHAH ALAM, 17 Jun: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan, kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili beliau sekarang adalah salah satu dari tiga kerusi pilihan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding dalam pilihan raya kecil untuk membolehkan beliau menjadi anggota Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fakir Anwar dan partinya, PKR akan memilih Bandar Tun Razak untuk dijadikan tempat bertanding dalam pilihan raya kecil kerana ia bukan kawasan selamat.

“Saya adalah pihak yang paling gembira jika Anwar memilih kerusi itu tetapi melihat kepada peluang untuk menang, saya tidak fikir ia kerusi pilihan,” kata Khalid ketika ditanya Siasah dalam pertemuannya dengan ketua-ketua pengarang media di kediaman rasmi MB Selangor petang ini. Lebih 30 pengarang kanan media termasuk ketua pengarang menyertai sessi yang berlangsung lebih dua jam itu.

Sebelum ini, Siasah melaporkan, kawasan Parlimen Bandar Tun Razak antara kawasan pilihan Anwar jika beliau perlu bertanding dalam pilihan raya kecil memandang Khalid adalah juga Menteri Besar Selangor di samping anggota Parlimen kawasan itu. Menurut Khalid, beliau hanya menang dengan majoriti tidak sampai 3,000 undi sahaja dalam pilihan raya lalu dan bukanlah satu kawasan yang selamat untuk Anwar.

Dua lagi kawasan yang disebut-sebut menjadi fokus Anwar adalah kawasan yang diwakili isterinya, Dr Wan Azizah Ismail iaitu Permatang Pauh dan kawasan yang diwakili anaknya, Nurul Izzah, Lembah Pantai. Dalam pilihan raya umum lalu, Khalid menang dengan majoriti 2,515, Wan Azizah menang dengan majoriti 13,888 di Permatang Pauh manakala Nurul Izzah menang dengan majoriti 2,895 undi.

Bagi memastikan kemenangan, Permatang Pauh dipercayai bakal menjadi pilihan Anwar jika beliau memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil. Walaupun Anwar pernah menyebut berminat untuk bertanding di Perak namun faktor kawasan selamat untuk Anwar dijangka menjadi penyebab utama sesuatu kawasan itu dipilih.

“Saya merasai sendiri bagaimana berada dalam suasana semua jentera BN memberikan tumpuan kepada suatu kawasan dalam satu pilihan raya kecil iaitu dalam pilihan raya kecil Ijok. Tidak boleh bergerak kita,” kata Khalid.


Mahkamah tolak bantahan PKR

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini menolak bantahan awal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkefli Nordin bagi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

BN memfailkan pestisyen ekoran adanya laporan Zulkefli pada pilihanraya 2004 gagal menyerahkan penyata kewangan pilihan raya dan mengikut undang-undang beliau tidak layak bertanding.


Korum:

YA Hakim
Dato Balia Yusof Wahi

Pempetisyen:
Firus Husin
Hafarizam Harun

Responden 1:
Hj Radzi Mustafa
Azhar Arman Ali
Gooi Hock Seng
Md Yunos sharif
Aqbal Shifudin

Responden 2&3 (SPR)
Puan Maheran Md Isa

Keputusan:
Petisyen ditolak dengan kos. Petisyen ini akan dibicarakan mulai 20 Julai 2008.

Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari Isnin memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang - sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Bernama melaporkan, Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari. Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal. Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu. Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri. Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik. Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.
.

Anwar semakin tenat - Hari-hari tipu

Mimpi Anwar untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri semakin tenat dan bayangan yang sentiasa bermain di dalam dirinya semakin tenat. Setiap pagi beliau sentiasa berkata akulah bakal Perdana Menteri.
Dalam laman web beliau, beliau telah mencanangkan bahawa Putrajaya sudah hampir dekat, maka melaunglah penyokong Anwar. Kami sentiasa menyokong anda, syabas DSAI. Maka mereka berpesta di laman web Anwar bagi menyambut dan meraikan hari yang akan tiba , Sept 16.

Kali ini untuk meyakinkan pengikut Anwar, Ahli Parlimen MCA pula yang akan menyertai mereka, hanya kerana ada sedikit kocakan dalaman parti berkenaan. Memang otak penipu si Nuar ni. Asalkan ada saja kocakan kecil di mana-mana akan dijadikan isu untuk meyakinkan penyokong beliau.

Beliau mungkin lupa , bahawa MCA telah turun temurun bersama BN dan tidak mungkin MCA mempunyai pendirian yang kurang bijak dan memainkan politik kurang bijak seperti yang Anwar dan penyokong mereka mainkan.

Sampai bila Anwar mahu menipu dan terus menjadi penipu. Bila Sept 16 akan hampir Anwar akan memikirkan pula satu jawapan bagaimana mahu menipu lagi. Sedangkan dunia menaikan harga minyak, Anwar pula berjanji untuk menurunkan harga minyak. Minyak gamat , minyak angin kot….

Dulu sibuk mahu bertanding mahu ke Parlimen , hari ini terus senyap dan sepi. Sebenarnya Anwar ini penakut juga , takut kalah. Kalau takut kalah bertanding sajalah di Kelantan atau di Bukit Bintang atau kepong kawasan DAP, Tipu , tipu , tipu…….
.
Oleh Ikma Hisham
.

Jakim putuskan peraduan SMS Celcom langgar hukum syarak

KUALA LUMPUR: Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Celcom '100 Hari 100 Kereta' diisytiharkan sebagai tidak mematuhi syariah berikutan mengandungi unsur perjudian, gharar (tidak jelas) dan menggalakkan pembaziran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini berkata mesyuarat khas Panel Kajian Syariah Jakim memutuskan demikian menerusi satu persidangan hari ini.

Katanya, persidangan yang khusus membincangkan isu pertandingan itu sebulat suara menasihatkan agar pihak syarikat telekomunikasi berkenaan menyediakan konsep peraduan baru yang selari dengan tuntutan syarak.

Peraduan SMS itu menjadi isu apabila Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 5 Jun lalu menyatakan peraduan tersebut haram disertai kerana mengandungi unsur perjudian. Katanya peraduan itu disifatkan sebagai judi kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

“Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan, dan pertaruhan adalah satu perjudian,” katanya.

16 September…Khairy cabar dan tunggu jawapan Anwar

Khairy Jamaluddin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat jika pada 17 September ini Barisan Nasional masih berkuasa.
.
Dalam posting terbaru di blognya rembau.net Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata jika Anwar begitu yakin ada lebih dari 30 wakil rakyat BN sudah "dalam tangan" makanya cabaran itu tidak menjadi masalah baginya.
.
“Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja. “Saya menunggu jawapannya”kata Khairy. Anwar telah beberapa kali membuat kenyataan terbuka kerajaan BN akan merudum menjelang 16 September ini menerusi tindakan lompat parti sebilangan Ahli Parlimen BN.

Sambil menyifatkan usaha Anwar sebagai strategi mewujudkan ‘ kerajaan pintu belakang,Khairy berkata rakyat Malaysia harus sedar bahawa tindak tanduk itu sebenarnya merupakan penghinaan terhadap rakyat.

Katanya,"rakyat Malaysia tidak mahu institusi demokrasi diruntuhkan semata-mata kerana kerakusan Dato' Seri Anwar yang tidak sabar untuk mencapai impian beliau menjadi Perdana Menteri.
.
Adakah majoriti rakyat Malaysia setuju dengan tindakannya untuk menubuhkan kerajaan yang tidak ada mandat pengundi? Saya percaya tidak. Jika kehendak Dato' Seri Anwar tercapai, negara kita akan menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa kerana mempunyai Kerajaan yang tidak sah dari segi moral. Malaysia akan digelar sebagai "illegitimate democracy" dengan kerajaan yang tiada mandat rakyat, kredibiliti mahupun legitimasi moral untuk memerintah. Mungkin ada yang akan kata Malaysia sudah menjadi sebuah "banana republic."
- 17/6/2008
.
---------------------------------
Jolok jangan tak jolok…

Sebagai orang politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tahu beliau tidak rugi satu sen pun jolok dan terus jolok Barisan Nasional dengan cerita ada kalangan Ahli Parlimen mereka yang siap sedia nak melompat. Makanya baik pada kenyataan maupun ceramahnya dimana jua kebelakangan ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu terus pasang ‘lagu’ itu untuk buat Barisan Nasional tak sedap badan.
.
Paling tidak bila semuanya berlalu tanpa apa-apa lepas 16 September – tarikh yang didakwanya kerajaan BN akan merudum menerusi tindakan melompat banyak alasan politik yang boleh dijadikan sandaran.
.
Terbaru dalam ceramahnya di Pulau Pinang Ahad malam lepas sebelum ini bermain dengan cerita tentang Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak ,kalangan Ahli Parlimen parti MCA pula menjadi sasarannya.
.
Anwar mendakwa pakatan pembangkang makin hampir ke Putrajaya. Beliau juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pilihan raya mengejut jika lompat parti dari BN ke pembangkang berlaku.
.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menyifatkan dakwaan Anwar adanya Ahli Parlimen MCA yang akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) bermotifkan politik. Katanya, dakwaan tersebut hanya bertujuan hendak mewujudkan rasa saling curiga mecurigai sesama anggota parti komponen BN. “Tidak ada kebenaran langsung dakwaan adanya Ahli-Ahli Parlimen MCA akan lompat atau tinggalkan BN. Dakwaan (Anwar itu) hanya bertujuan wujudkan rasa curiga di kalangan komponen BN,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Agendadaily yang meminta komen beliau berhubung dengan dakwaan Anwar kononnya ada Ahli parlimen MCA akan sertai pakatan pembangkang tidak lama lagi.
.
Sementara itu Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Fu Ah Kiow dalam satu kenyataan menilai dakwaan Anwar itu merupakan satu gimik murahan. Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu dakwaan yang tidak masuk akal. Ia bertujuan menimbulkan perbalahan dalam kalangan parti komponen BN.
.
"Ini adalah strategi beliau dalam mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri.
Jelas sekali niatnya adalah buruk," kata Fu.
.