SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

23 February 2009

Akhirnya Nizar pindah juga...


Setelah kira-kira 2 minggu berkeras menegakkan benang basah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya akur dengan hakikat betapa beliau bukan lagi Menteri Besar Perak. Dia juga sudah sedar yang tidak halal baginya untuk terus tinggal di rumah rasmi kerajaan.

Semalam kira-kira jam 11.45 pagi beliau dengan wajah ceria walaupun hatinya gundah gelana, keluar meninggalkan kediaman rasmi menteri besar Perak itu dengan memandu sendiri kereta Nazaria. Tiada lagi Toyota camry, tiada juga pemandu peribadi. Beliau berjanji kepada hadirin akan kembali semula ke rumah itu dengan keputusan mahkamah. Masih ada hati lagi..

Difahamkan kunci bangunan idaman Nizar itu belum diserahkan dan hanya akan dikembalikan kepada kerajaan Perak pada 27 Februari ini. Maknanya beliau telah menduduki bangunan itu secara tidak halal sejak 6 hb hingga 27 hb Februari. Tidak halal maknanya HARAM.

Dari 6 Feb hingga 27 Februari atau sekurang-kurangnya sehingga semalam (21 Februari) HARAM baginya tinggal di kediaman itu.

Jadi siapa yang kena tanggung kosnya? Bil elektrik, air, kos maintanance dan sebagainya siapa nak bayar. Oleh itu sewajarnya elaun wakil rakyat Nizar dipotong untuk menanggung kos-kos berkenaan. Itu pun dah kira baik sebab tidak kena sewa bangunan itu 3 minggu.
.

Zulkefli Lepas Semua Jawatan Kerajaan?

Adun Pulau Chondong, Hj Zulkefli Mamat dikatakan telah melepas semua jawatan yang dipegangnya dalam kerajaan selaku Timbalan Pengerusi Kira-kira Awam (PAC), ahli jawatankuasa Perlancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, ahli jawatankuasa Pertanian dan Indsutri Desa dan beberapa jawatan yang lain kira-kira dua minggu lalu. Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Nik Aziz menerima atau menolak perletakan jawatan berkenaan.

Dikatakan punca utama Zulkfeli berbuat demikian adalah disebabkan ura-ura beliau akan digugurkan sebagai Pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn. Bhd.

Exco Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Mohd Amar Nik Abdullah disebut-sebut akan diletakkan di tempat Zulkefli itu.

Perkembangan seterusnya akan menyusul.
.