SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

23 December 2012

Cekati Tembaga try baca jawi

Penyokong Hadi Awang tak mahu ulas ke pasal surat ni, ke tak sir percaya jugok. 











kalau tak fasih jawi boleh baca rumi di bawah ni




Saya cukup menyesal... - Cikgu Non



Cekati Tembaga menulis...

Mungkin ramai yang tidak mengenali wajah ini, tetapi beliau tidak asing kepada pemimpin dan penyokong Pas generasi sebelum ini.

Malah raut wajah berjanggut putih ini Nik Aziz dan Hadi Awang cukup kenali. Suara yang lantang dan tegas mungkin dulunya menjadi senjata yang cukup ampuh membela Nik Aziz dan Hadi Awang tapi kini suara yang sama menjadi senjata makan tuan kepada mereka.

Kalau dulu wajah ini mungkin sentiasa bawa kenangan indah kepada Nik Aziz dan Hadi Awang tetapi kini raut wajah yang sama adalah mimpi ngeri kepada mereka.

Raut wajah ini dikenali sebagai C.N Al-Afghani, atau nama sebenarnya Zainon Ismail atau dikenali juga dikalangan penyokong PAS sebagai Cikgu Non.

Beliau khabarnya mendapat gelaran Al-Afghani kerana pernah berjuang bersama Mujahiddin di Afghanistan dalam mencari syahid akibat taksub dengan Amanat Haji Hadi (tapi Haji Hadi sendiri tak berani pun pergi ke Afghanistan).

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 6 tahun akibat didakwa mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). 

Berikut temubual beliau bersama wartawan Mingguan Malaysia





MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.


MINGGUAN : Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON : Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".


MINGGUAN : Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.


MINGGUAN : Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.


MINGGUAN : Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON : Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila.

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.


MINGGUAN: Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON : Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.


MINGGUAN : Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.


MINGGUAN : Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON : Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.


1st class Zul Nordin - DNA NATE POLITIK ?

Cekati Tembaga membaca pandangan YB Zul Nordin...

Bicara YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bandar Baru tentang Nik Aziz memang bukan calang-calang penulisan. Biarpun bersahaja dan simple namun ia berjaya membuktikan perangai sebenar Nik Aziz dan PAS.

YB Zul kata Nik Aziz Nate Politik atau political animal, lepas ni gerenti juak-juak Pas spin royak ko ore kampung YB Zul kata Nik Aziz ni MENATE. 

Tengok la nanti.

Sila la baca di bawah ini, full copy tanpa edit sepatah pun 

(Lee Kuan Yew lebih 'islamik' daripada seluruh umat Melayu-Islam UMNO Pok Nik?)

Salam 2 all.

Teman tersenyum membaca kenyataan YAB Datuk Nik Aziz (DNA) yangg menegaskan akan terus bertanding dalam PRU 13 kononnya atas alasan "mahu mencegah kemungkaran UMNO"! Kata DNA, "orang Melayu yang menyokong UMNO melakukan kemungkaran. Selagi orang Melayu menyokong UMNO, selagi itu saya akan terus bertanding! Maknanya bagi DNA, menyokong UMNO adalah menyokong kemungkaran. Dan DNA menghalalkan tindakan untuk terus bertanding atas alasan rapuh itu! 

1. Tidak boleh dipercayai!

Kenyataan tersebut membuktikan DNA sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, DNA menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi DNA bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

Ternyata DNA tidak mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang sepatutnya wajib mempunyai sikap amanah dan kebolehpercayaan memegang janji dan kata-katanya, apatah lagi ciri-ciri seorang ulama' kerana memungkiri janjinya sendiri! Keldai dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jika janji seorang yang dilabel Tok Guru pun tidak mampu dia tunaikan, malah dimungkiri, apakah nilai kemanusiaan & kepimpinan yang ada pada DNA?

2. Tidak konsisten & istiqomah!

Sikap tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya membuktikan DNA seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Dan sikap tidak konsisten DNA ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan kerana berkawan dengan MCA! Tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang DNA sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jinggay dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'hudud dan negara Islam tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya DNA!

Malah teman boleh bariskan banyak lagi sikap & pendirian tidak konsisten DNA yang membuktikan bahawa DNA tidak punya ciri-ciri keperibadian pemimpin Islam; sekadar bersalut serban & jubah yang berjaya mengelabui pengikut yang taksub!

3. DNA aset bagi Anwar & DAP

Atas sikap ketidakboleh-percayaan dan tidak konsisten itulah teman percaya Anwar & DAP akan terus memastikan DNA terus memimpin PAS & bertanding dalam PRU 13 dan kekal sebagai MB.

Ini kerana DNA tidak saperti ulama' lain yang tegas dalam pendirian mempertahankan Islam & istiqomah. Contohnya Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan lain-lain ulama.

Ini adalah kerana mereka adalah ulama dan tokoh ilmuan & pemimpin Islam yang terkenal tegas dalam pendirian mempertahankan Islam dan istiqomah. Orang saperti DNA memang sangat berguna bagi Anwar & DAP dalam melaksanakan agenda impian mereka.

Contoh terbaru kita lihat bagaimana Kerajaan DNA memberikan anugerah tanah kepada kepimpinan kafir DAP yang bukan rakyat Kelantan! Sedangkan undang-undang tubuh Kelantan sangat jelas; tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh warga Kelantan, tetapi dibawah DNA semuanya boleh!

Sudah pasti Anwar & DAP akan bersyukur adanya pemimpin PAS saperti DNA yang banyak membantu dan menyumbang kepada menjaya dan melaksanakan agenda mereka! Teman cukup yakin Anwar & DAP berserta para Anwarinas dan parasit yang ada didalam pembangkang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DNA terus bertanding & kekal sebagai pemimpin PAS & MB Kelantan!

4. Bonus bagi kafir harbi!

Selanjutnya, pengekalan DNA sebagai MB & pemimpin PAS akan menguntongkan agenda cauvinis, rasis & extremis DAP. Ini kerana ternyata DNA telah berjaya menjadi agen pemecah belah umat Islam-Melayu dengan beberapa kenyataan & tindak-tanduk beliau, termasuk melabelkan UMNO sebagai murtad, menghalalkan tindakan mendoakan supaya UMNO dihancurkan dan lain-lain.

Sudah tentu sikap memecah belah dan merosakkan ukhwah & perpaduan umat Melayu-Islam oleh bangsa Melayu sendiri adalah satu bonus besar kepada parti cauvinis, rasis & extremis saperti DAP. DNA adalah aset politik besar bagi Anwar & DAP! It's a BIG BONUS for them!

5. Siapa yang tidak Islamik?

Akhirnya, teman nak tanya DNA, siapa sebenarnya yang mencemari & mengkhianati Islam & risalah suci Islam! Siapa sebenarnya yang tidak mengikut Al Quran & Hadis? UMNO atau PAS?
PAS terbukti sekadar parti politik yang punya labelling Islam sahaja, diselimutkan dengan warna-warni Islam, dipenuhi para pemakai serban & jubah!. Tetapi dari segi pengisian adalah sebaliknya.

PAS hanyalah sekadar "parti Islam kulit bawang".

PAS yang menyokong Anwar yang jelas menganut fahaman pluralisma & liberlisma yang menyamakan semua agama!

PAS menghalalkan kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian sebagai nama ketuhanan 3 dalam 1 yang jelas syirik dan kufur kepada ketuhanan ALLAH Maha Esa!

PAS menghalalkan persekongkolan dengan DAP yang jelas anti perlaksanaan syariat Islam dengan slogan "Islam over my dead body"!

PAS menghalalkan politik rusuhan & keganansan melalui perhimpunan haram!

PAS mengangkat seorang anti-Islam & pro-murtad sebagai ketua dalam himpunan haram!

PAS memecat pemimpin yang mahu menjaga aqidah umat & mencegah kemungkaran tanpa mengikut lunas Islam!

PAS menghalalkan tindakan sesetengah calonnya mengangkat sumpah talaq tiga terhadap isteri masing-masing demi menjaga kepentingan parti!

PAS mahu mengangkat seorang yang menghadapi masalah moral & akhlak yang serius sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat banyak dalil dan bukti!

PAS mengangkat martabat kominis saperti Mat Indera dan mengutuk pejuang yang mempertahankan tanahair dan anggota keselamatan negara yang dibunuh kejam!

PAS melarang ahlinya daripada menghadir Himpunan Umat Islam untuk menyelamatkan aqidah, tetapi menyokong himpunan haram yang diketuai oleh kafir!

Teman boleh bariskan banyak lagi bukti, tindak-tanduk, kenyataan dan pendirian PAS yang jelas bercanggah dan terkeluar daripada Al Quran dan Sunnah!

Memalukan Islam!

Malah, tindak-tanduk PAS kekadang lebih memalukan Islam dari kacamata bukan Islam. Contohnya menyaman wanita bukan Islam yang menggunting rambut lelaki bukan Islam! Adakah ini ajaran Islam? Mana dakwahnya?

Bagaimana pula dengan Kerajaan DNA yang sehingga hari ini,setelah lebih 20 tahun diberi amanah memerintah Kelantan, gagal membekalkan sebahagian rakyat Kelantan dengan air bersih, sehingga air yang dibekalkan kotor dan ada lapuran ianya beracun! Mana pembangunannya? Mana pembasmian kemiskinannya?

Adakah ini ajaran Islam, berdasarkan Al Quran & Sunnah!

Mana dia dasar keselamatan & pertahanan PAS?
Mana dia dasar hubungan luar & antarabangsa PAS?
Mana dia dasar perumahan PAS?
Mana dia dasar pendidikan PAS?
Mana dia dasar pembangunan PAS?
Mana dia dasar pembangunan modal insan PAS?
Mana dia dasar sukan & rekreasi PAS?
Mana dia dasar kebajikan PAS?
Mana dasar membasmi kemiskinan & mengangkat taraf ekonomi umat Islam & rakyat?
Mana dia dasar pertanian PAS?

Teman langsung tidak nampak ini samada di Kelantan, Kedah mahupun Terengganu dahulu!

Apa yang ada sekadar ustad-ustad dan penceramah-penceramah PAS siang malam pagi petang surau masjid berceramah, sampai maki hamun, caci nista sesama umat Islam! Sampai kafir mengkafir, murtad-memurtad, hancur menghancurkan sesama Islam!

Cukup Islam kah PAS kalau sekadar melilit serban & berjubah sambil berceramah siang malam pagi petang? Siap minta derma jihad konon! Mana dia Tabung Memali? Mana dia Tabung Kohilal?

Islam bukan sekadar label!
Islam bukan sekadar agama jerit pekik maki hamun!
Islam bukan sekadar agama caci maki & fitnah sana sini!
Islam bukan sekadar agama 'jual airliur'!
Islam bukan agama untuk diguna sebagai bahan kutip derma!
Islam bukan agama sekadar melilit serban berjubah!
Islam bukan agama hukum menghukum, kafir mengkafir, murtad memurtad!

Islam adalah addeen! Islam adalah cara hidup! Islam itu cantik dan indah, tetapi diburukkan oleh segelintir umatnya sendiri! Islam itu a'la, Islam itu tinggi, tetapi direndahkan maruah dan martabatnya oleh segelintir umat Islam sendiri!

Sebab itu teman berpendapat kenyataan DNA mahu terus bertanding dalam PRU 13 konon untuk mencegah kemungkaran UMNO adalah sekadar untuk menghalalkan nafsu DNA untuk terus memegang jawatan Menteri Besar!

Kalau nak berdakwah, tidak perlu bertanding pilihanraya, tidak perlu memegang jawatan Menteri Besar. Malah pendakwah yang lebih berkesan adalah yang tidak cari makan melalui politik kepartian, melalui jawatan dan habuan, sebaliknya bebas dari segala cengkaman duniawi.

Adakah DNA tidak lebih daripada apa yang disebut dalam loghat Kelate "nate politik", 'political animal- haiwan politik' yang hidup hanya untuk berpolitik kepartian? Mike ada otak, pikior sendirilah yop!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, memperteguhkan aqidah, dan memberikan hidayah yang berterusan. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Safar 1434
21 Dis 2012