SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

19 October 2008

Saya Hormati Pelan Peralihan, Akan Beri Penjelasan Kepada PM Jika Perlu, Kata Muhyiddin

KOTA KINABALU, 19 Okt - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan, berkata beliau sentiasa menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui dan mengulangi bahawa ulasan yang dibuatnya semata-mata berkaitan tempoh berkempen.

"Saya menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui. Saya orang pertama yang memberi respons bahawa saya menghormatinya, saya menerimanya, saya tidak lagi bertanya apa-apa mengenainya kerana ia telah pun dipersetujui oleh pemimpin, anggota majlis, lebih baik kita berpegang kepada keputusan itu.

"Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang. Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat penjelasan terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin menjawab: "Saya sememangnya mahu membuat penjelasan, tiada masalah, jika Perdana Menteri mahu saya membuat penjelasan mengenai apa yang telah saya katakan."

Kepada soalan sekiranya beliau percaya Abdullah telah salah faham tentang apa yang beliau cuba katakan, Muhyiddin berkata ramai orang tidak memahami apa yang beliau perkatakan."Dua hari lepas, Datuk Seri Najib juga bertanya kepada saya sama ada saya baca laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Sebenarnya saya cakap, saya hanya memberikan ulasan berhubung pertanyaan orang kepada saya tentang tempoh empat bulan berkempen, adakah ia panjang atau tidak? Jadi saya jawab sudah tentulah ia panjang, itu saja," jelas beliau.

"Saya langsung tidak sentuh mengenai pelan peralihan, saya hanya beri respons kepada soalan berhubung tempoh berkempen," katanya.

Muhyiddin berkata beliau dinasihati oleh ramai kawannya supaya bersabar dengan keadaan itu dan tidak memberi ulasan selanjutnya yang boleh disalah tafsir.

Beliau turut ditanya sama ada beliau percaya yang beliau boleh terus menjalankan peranannya dalam Kabinet dengan baik memandangkan terdapat sesetengah anggota yang kini mungkin berasa dukacita dengan beliau.

Muhyiddin menjawab: "Saya tidak ada masalah kerana saya menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Saya menyertai Perdana Menteri dalam semua mesyuarat Kabinet dan mesyuarat penting lain.

"Mengenai kelayakannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua bahagian Umno yang memberikan sokongan mereka kepadanya.

"Saya berasa amat yakin berikutan perkembangan positif ini, tapi sudah tentu saya harap ia tidak akan terhenti, (saya harap mereka) akan terus memberikan sokongan yang amat saya perlukan. Pada akhirnya, sudah tentulah saya berharap untuk menang," katanya.

-BERNAMA


Mukhriz 62, Khairy 34, Khir 26


6.50 pm - Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-34 dari bahagian Jelutong, Pulau Pinang untuk jawatan ketua Pemuda, dan memerlukan lima pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan tersebut.

Jelutong juga mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

6.45 pm - Datuk Mukhriz mendapat pencalonan ke-62 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Beluran, Sabah, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

6.30 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-61 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua.

5.10 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-60 daripada bahagian Jasin Melaka, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.35 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-59 daripada bahagian Indera Mahkota, Pahang, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

3.55 pm - Khairy mendapat pencalonan ke-33 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Jerantut, Pahang. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

3.50 pm - Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-32 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Pensiangan, Sabah yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

3.15 pm - Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Tanjong, Pulau Pinang, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib.

3.13 pm - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-26 dari bahagian Serdang, Selangor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

2.45 pm - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan ke-25 dari bahagian Batu di Wilayah Persekutuan yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

2.40 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-58 dari bahagian Muar untuk jawatan ketua Pemuda. Bahagian itu juga turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib. Razali kini mendapat 57 pencalonan.

2.30 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan yang ke-57 dari bahagian Pulai, Johor yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

1.30 pm - Pencalonan bagi jawatan utama pergerakan Pemuda Umno berterusan hari ini apabila Pemuda Libaran, Sandakan yang bermesyuarat hari ini, mencalonkan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda dan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Berikutan itu, Khairy kini mendapat 30 pencalonan manakala Reezal memperolehi 44 pencalonan.

Seorang lagi calon Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir mengumpulkan 56 pencalonan sehingga semalam, manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mengumpulkan 55 pencalonan.

Seorang lagi calon ketua Pemuda, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sehingga ini mengumpulkan 24 pencalonan.

Najib, Muhyiddin layak tanding, Mohd Ali 9, Muhd Taib 8

5.20 pm : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-59 dari bahagian Paya Besar, Pahang dan melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Bahagian tersebut turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Manakala calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zaid Hamidi dan Datuk Jamaluddin Jarjis.

5.14 pm : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-58 dan memerlukan satu lagi pencalonan untuk melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Hari ini, Najib memperoleh pencalonan di Gerik, Bukit Katil, Masjid Tanah, Alor Gajah, Bukit Gantang, Lenggong, Kuala Langat, Bakri, Nibong Tebal, Titiwangsa, Ledang, Bandar Tun Razak, Selayang dan Kuala Selangor.

5.00 pm : Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-9 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Segambut, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, Segambut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

5.00 pm : Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-8 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Kuala Selangor, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Syed Hamid Albar.

4.45 pm : Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-7 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Selayang, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, Selayang mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

4.35 pm : Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-8 dari bahagian Bandar Tun Razak bagi jawatan timbalan presiden.

Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Manakala calon naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

4.15 pm : Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-53 dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-43, dari bahagian Ledang, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Khaled Nordin.

3.25 pm : Datuk Khaled Nordin menjadi calon keempat yang melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden selepas memperolehi 20 pencalonan minima.

3.20 pm : Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-52 untuk jawatan presiden dari bahagian Titiwangsa, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 42 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Titiwangsa mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Hishammuddin Hussein.

3.10 pm : Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-6 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Nibong Tebal mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

3.00 pm : Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-50 untuk jawatan presiden dari bahagian Bakri, Johor. Manakala Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-41 dari untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian yang sama.

Bagi naib presiden pula, Bakri mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Syed Hamid Albar.

2.44 pm : Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan pencalonan ke-5 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Kuala Langat, yang turut mencalon Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

2.40 pm : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-7 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Alor Gajah, Melaka. Bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Tan Sri Rahim Tamby Chik mendapat pencalonan pertamanya.

2.25 pm : Bahagian Lenggong di Perak pula mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian itu mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

2.20 pm : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-6 dari bahagian Bukit Gantang, Perak jawatan timbalan presiden.

Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, ia mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Syed Hamid Albar.

2.10 pm : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Mohd Ali Rustam mendapat dua pencalonan dari bahagian Masjid Tanah dan Bukit Katil untuk jawatan timbalan presiden.

Kedua-dua bahagian tersebut juga mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Katil dan Masjid Tanah mencalonkan Datuk Khaled Nordin, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

1.30 pm : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pencalonan yang ke-39 hari ini untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

Umno Bahagian Gerik yang mengadakan persidangan perwakilan hari ini telah mencalonkan Muhyiddin ke jawatan tersebut.

Gerik juga turut mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk jawatan presiden Umno.

Bagi naib presiden pula, Gerik mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Najib yang merupakan calon tunggal sehingga ini untuk jawatan presiden, kini memperolehi 45 pencalonan.

Had minima kelayakan bagi jawatan presiden ialah 58 pencalonan dan 39 untuk calon timbalan presiden.

Dua lagi calon timbalan presiden ialah Timbalan Presiden iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang sehingga ini mendapat empat pencalonan manakala Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat tiga pencalonan.