SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

22 April 2009

Toyota Camry bekas Exco pembangkang di Perak akan dilelong

Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini Selasa, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.
.

Perhimpunan Agung Khas UMNO 13 Oktober ini

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan - khas untuk membincangkan pindaan perlembagaan Umno bagi membolehkan ahli memilih kepimpinan tertinggi parti secara serentak di 191 bahagian.

Pindaan tersebut merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan sulung sebagai presiden Umno pada 28 Mac lalu.

Pada masa ini, pemilihan Umno dibuat oleh kira-kira 2,500 perwakilan Umno, iaitu 13 orang dari setiap bahagian Umno dari seluruh negara. Menurut Umno online, Umno kini mempunyai lebih 3 juta ahli. Selepas pindaan tersbut, ahli UMNO akan mengundi memilih pemimpin secara serentak di semua bahagian.

Perhimpunan khas itu juga akan mengkaji semula kuota pencalonan bagi jawatan tertinggi parti.

Pada masa ini, calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus atau 59 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 39 pencalonan), naib presiden (10% atau 20 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 11 pencalonan).

Sehubungan itu, ibupejabat Umno telah mengeluarkan pekeliling pada 15 April lalu, memaklumkan bahawa persidangan tahunan Umno di peringkat cawangan bagi 2009 akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun depan.

Manakala bagi persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan juga akan diadakan pada tarikh yang sama.

Persidangan tahunan peringkat bahagian, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, ditetapkan pada 16 Julai sehingga 16 Ogos depan.
.