SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

05 February 2009

ADUN Pangkor MB Perak baru

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang sebentar tadi. Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, esok. Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Abdullah berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tiba dari Perak di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dekat sini.

..

Nizar derhaka titah Sultan Perak, enggan letak jawatan

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbarnya sebentar tadi, berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan Menteri Besar Perak dan menunggu keputusan mahkamah menentukannya.
.
Pastinya ini akan mengundang kemelut yang lebih teruk kerana keengganan Nizar meletak jawatan secara langsung menunjukkan penderhakaan kepada titah Tuanku Sultan Perak.
.

Kenyataan media Pejabat Sultan Perak

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
.
.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri semua 31 ahli Dewan Negeri. DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak. YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

— Bernama
.

MB, Exco diarah kosong pejabat

Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga tidak boleh memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
.

Sultan Perak tidak perkenan bubar DUN, titah MB, Exco letak jawatan

Sultan Perak Sultan Azlan Shah memutuskan tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Sekiranya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.
..
- Bernama

.

Sultan akan putuskan kedudukan kerajaan Perak: TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak berkata, kini terserah kepada Sultan Perak yang mempunyai hak mutlak untuk memutuskan sama ada menerima Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan baru Perak atau membubarkan DUN negeri.
.
Beliau yang juga pengerusi BN perak berkata demikian dalam sidang akhbarnya jam 11.50 pagi selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sebanyak dua kali, pagi ini.
.
Beliau berkata, dalam pertemuannya dengan Sultan Azlan, beliau menerangkan BN kini mempunyai sokongan kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan baru Perak.
..

Menteri Besar dipanggil ke mengadap

Menteri Besar Perak dipanggil menghadap Sultan menjelang tengah hari ini, dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.
.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai pada kira-kira 11.45 pagi tadi.
.

Najib Bawa Empat ADUN Menghadap Sultan Perak

IPOH, 5 Feb (Bernama) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam yang terdiri Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Jelapang Hee Yit Foong dan ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada pukul 10.55 pagi ini.
.
- BERNAMA
.

Dato' Sri Najib dan Dato Seri Zahid Hamidi selesai mengadap Sultan Perak

Sebentar tadi kira-kira pada jam 10.35 pagi, Dato Sri Najib dan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat keluar dari Istana Kinta setelah mengadap Sultan Perak.
.
Dipercayai mereka sedang menuju ke Bangunan UMNO Negeri di Ipoh untuk mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.
.

Status ADUN Bebas: Speaker DUN kini di mahkamah

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar kini berada di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan bahawa surat letak jawatan tiga ADUN dari Pakatan Rakyat - yang telah keluar parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, adalah sah.

Beliau berada di bangunan Mahkamah Tinggi di Ipoh pada pukul 9 pagi tadi.

Pada Isnin lalu, beliau menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Sehari sebelum itu, Sivakumar dalam satu kenyataan media mengumumkan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai ADUN di rumah beliau.

Bagaimanapun, kedua-dua wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam tadi menafikan kenyataan Sivakumar bahawa mereka telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan oleh Sivakumar adalah surat yang ditandatangani oleh mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Najib tiba menghadap Sultan Perak, jam 9.49 pagi

IPOH: Datuk Seri Najib Razak memasuki Istana Kinta Ipoh jam 9.49 pagi tadi dengan menaiki Perdana Eksekutif berwarna hitam bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perak sempat menurunkan cermin tingkap kereta dan melambai tangan ke arah wartawan yang menunggu di luar pintu masuk istana.

Pada masa ini TPM dan Zahid masih mengadap Tuanku Sultan.

Orang ramai dan para wartawan berkumpul di hadapan pintu masuk Istana sejak awal pagi. Semua masih menunggu berita terkini.
.