SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 July 2008

3 Teori Anwar dan Saiful Bukhari

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Beberapa teori & analisis sudah mula diperkatakan & diperbincangkan tentang kes Saiful Bukhari & Anwar. Antaranya ialah seperti berikut:

Analisis Pertama: Saiful Bukhari dikatakan menjadi mangsa perbuatan tersebut oleh Anwar Ibrahim. Namun perkara ini disangkal oleh tertuduh dan para penyokongnya. Jika keputusan DNA positif, apakah orang-orang PKR akan percaya? Sudah tentu tidak. Malah perkara ini akan dikatakan sebagai fitnah oleh mereka.

Analisis Kedua: Saiful Bukhari dikatakan agen kerajaan oleh Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Saiful Bukhari dikatakan mereka-reka cerita liwat tersebut. Anwar sudah mula memperkatakan bahawa Saiful rapat dengan TPM, Rosmah dan Khairil Anas berdasarkan gambar ketika Saiful pergi memohon surat sokongan pinjaman MARA. Kononya, Saiful dikatakan meletupkan C4 yang kedua bagi menutup kes C4 Althantunya.

Analisis Ketiga: Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim sama-sama merancang kes ini agar dapat menutup semua kes-kes Anwar sebelum ini?. Sekaligus akan terhapus perkataan “liwat” dari kamus hidup Anwar. Ini kerana, Saiful amat obses dengan Anwar, tidak mustahil Saiful akan melakukan apa sahaja untuk kembalikan kredibiliti Anwar. Ianya semata-mata mahu membersihkan nama Anwar Ibrahim setelah kes dengan Sukma mendapat kemenangan 2-1.

Kes ini adalah kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan setelah Pak Lah dimarahi dengan isu minyak, maka Najib pula akan dibenci oleh rakyat kerana didakwa merancang kes liwat Anwar. Maka orang no.1 dan no.2 dalam UMNO/BN sudah dilemahkan, jadi rakyat akan anggap Anwar sahaja yang layak jadi PM pada September ini.

Menurut beberapa orang mahasiswa UNITEN yang rapat dengan Saiful Bukhari, mereka menyatakan bahawa Saiful Bukhari adalah seorang womanizer. Saiful Bukhari pernah mempunyai seorang girlfriend berbangsa Indonesia bernama Rafika Ida Murtia (bekas calon pilihan raya kampus UNITEN 2006/07). Rafika Ida Murtia memakai kereta Chevrolet Aveo berwarna hijau.

Menurut responden tersebut, Saiful Bukhari clash dengan Rafika setelah suka pada seorang perempuan yang lain. Persoalannya, atas desakan apa tiba-tiba Saiful bertukar taste? Bagaimana gambar-gambar Saiful dengan Khairil Anas, Shahir Samad, Azalina dan Tok Pa boleh didedahkan dalam masa yang singkat dan terancang oleh penyokong PKR? Apakah tidak ada gambar-gambar lain sama dalam folder gambar tersebut? Dari mana gambar itu diambil? Atau ianya sudah dirancang?

Allah SWT tidak akan menzalimi orang yang teraniaya. Namun setiap daripada kita adalah makhluknya yang tidak terlepas dari melakukan salah dan silap. Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) menentang sebarang siasatan ke atas Anwar. Sayang benar Amerika pada Anwar. Mengapa ya?

Apakah Anwar tergolong dalam golongan orang-orang yang maksum? Orang yang maksum tidak akan lari bersembunyi di kedutaan Turki.
.

Sanglang: SPR tunggu keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan petisyen pilihan raya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang sebelum memutuskan tindakan susulan termasuk kemungkinan mengadakan pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya telah meneliti perakuan Hakim Mahkamah Pilihan Raya yang mengarahkan supaya kerusi Sanglang, yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) dikosongkan.

"Pengerusi SPR telah menerima perakuan keputusan hakim dan ia telah dibincangkan tetapi keputusan hanya akan dibuat apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung rayuan yang dibuat (oleh wakil Pas)," kata beliau ketika dihubungi petang ini. Di bawah undang-undang pilihan raya, rayuan terhadap keputusan berhubung sesuatu petisyen perlu dibuat dalam tempoh 14 hari manakala mahkamah yang mendengar rayuan mempunyai masa sehingga enam bulan untuk mendengarnya.

Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan rayuan dikemukakan oleh Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya berhubung petisyen yang difailkannya.Rayuan itu meminta Mahkamah Persekutuan supaya mengisytiharkannya sebagai pemenang kerusi DUN Sanglang.Mahkamah Pilihan Raya menolak permohonan Hashim untuk mengisytiharkan dirinya sebagai pemenang yang layak bagi kerusi DUN Sanglang, walaupun petisyennya untuk membatalkan keputusan ketika pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi itu diterima.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pernah menyebut pihaknya akan membuat pengumuman bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Sanglang, paling awal hari ini iaitu selepas tempoh rayuan 14 hari berakhir.Kata Abdul Rashid, jika tiada rayuan dikemukakan, SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil sama ada esok atau lusa.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, calon BN, Abdullah Hassan diisytiharkan menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.

Abdullah memperoleh 3,384 undi manakala Hashim pula mendapat 3,235 undi.

Bagaimanapun, Hashim memfailkan petisyen membantah keputusan itu pada 23 April lalu dengan mendakwa SPR telah melakukan kesilapan kerana mengisytiharkan Abdullah memenangi kerusi DUN tersebut.

Keputusan itu dakwa Hashim sebagai bercanggah dengan fakta pada Borang 14 penyata kiraan undi SPR yang menunjukkan beliau menang dengan majoriti 47 undi selepas mendapat 3,333 undi berbanding 3,286 yang diterima oleh Abdullah.

Mahkamah Pilihan Raya Perlis yang mendengar kes itu sebelum ini memutuskan kerusi DUN berkenaan dikosongkan dan menolak untuk melantik pempetisyen sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sanglang kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memilih pempetisyen sebagai pemenang.Ketika mengulas lanjut, Wan Ahmad memberitahu, walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai masa enam bulan untuk mendengar rayuan yang dikemukakan tetapi tidak semestinya ia mengambil tempoh itu.

"Mahkamah Persekutuan belum menetapkan tarikh. Tetapi berpandukan kes petisyen melibatkan kerusi DUN Manir (yang didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh kira-kira sebulan), SPR yakin mahkamah tidak akan melengah-lengahkan untuk mendengar kes rayuan petisyen pilihan raya," katanya.

"Bagaimanapun terserah kepada Mahkamah Persekutuan untuk menetapkan tarikh dan SPR hanya menunggu keputusan mahkamah (untuk tindakan susulan)," katanya lagi.
.

Gara-gara konspirasi bodoh atau apa?

Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail nampak agak emosi sikit semasa sidang akhbar di lobi parlimen petang Selasa selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini bila berdepan dengan soalan Agendadaily apakah bukti dan petanda yang menjadi asas dakwaan wujudnya ancaman bunuh keatas suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Soalan ini dikira satu soalan biasa bagi mana-mana wartawan mengenangkan ramai yang tertanya-tanya mengenainya termasuk ada yang kata ia tidak masuk akal melihatkan Anwar kebelakangan ini bebas sekali ke sana ke mari sebelum dan selepas pilihanraya umum 8 Mac. Kenapa pula tiba-tiba lepas timbul dakwaan pembantu khasnya Saiful Bukhari Azlan terus timbul cerita keseselamatannya di hujung tanduk.

Jangan kata orang politik orang biasa di warung-warung kopi pun hairan dan nak tahu apa bukti pada semua dakwaan macam itu. Apa lagi bila Penasihat PKR itu lari untuk mendapat perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Wan Azizah nampak melenting sangat pasal soalan itu dan terus bercakap soal kes mata lebam Anwar yang lampau sebagai sandarannya bagaimana soal keselamatan Anwar tiada jaminan.

Ramai para wartawan yang hadir di sidang akhbar itu tercengang melihat cara Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tidak senang sekali dengan soalan itu. Ada juga melihat senario kes terbaru dakwaan keatas Anwar ini macam kalut tak tentu hala. Asasnya dakwaan itu terhad melibatkan Anwar VS Saiful saja. Ia kini cuba dibesarkan melalui dakwaan wujudnya konspirasi oleh kerajaan untuk kenakan Anwar. Setakat ini sandaran pada dakwaan itu hanyalah sekeping gambar Saiful bergambar dengan Khairil Anas Yusof ,seorang pegawai di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib sendiri sudah jelaskan gambar itu diambil semasa Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Feb lepas bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

"Dia (pegawai Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya. Katanya adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka.

Najib menyifatkan sebagai tidak berasas dakwaan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah kononnya gambar itu adalah satu bukti adanya pihak berniat jahat untuk membunuh karier politik Anwar. "Ini (dakwaan Dr Wan Azizah) bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap tuduhan sebenar," kata Najib. Beliau berkata tindakan Dr Wan Azizah membuat kenyataan itu serta menyebarkan gambar tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah sangka dalam kalangan umum.

Anwar dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya langsung mendakwa tiga orang yang dikenali Saiful terlibat dalam rancangan dakwaan meliwat membabitkan beliau. "Saya pasti tuduhan ke atas saya mesti dirancang oleh ketiga-tiga karakter ini, bukan orang lain," katanya .

Pada sidang akhbar itu Anwar juga mendakwa Saiful mempunyai hubungan akrab dengan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Khairil Anas. Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang bukti pada dakwaan itu. Anwar hanya menceritakan bahawa Saiful adalah seorang petugas sukarelawan dan bukan kakitangan tetap dan tidak bergaji tetap. Katanya Saiful bukanlah pembantu khasnya seperti yang didakwa.

Menurutnya Saiful diambi kerja menjelang pilihanraya 8 Mac untuk membantu tugas ketua para pegawainya bernama Ibrahim Yaacob dan seorang lagi yang dikenali sebagai Rahimi. Ini kerana tiga pegawainya yang lain Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tsin dan Nurul Izzah bertanding dalam pilihanraya.

Setakat ini tidak banyak diketahui mengenai latar belakang Saiful kecuali beliau adalah bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan pernah bergiat aktif dalam persatuan pelajar. Tunangnya pula bernama Janna Syariza seorang penyampai berita di sebuah stesyen televisyen. Gambar pertunangan mereka telah tersebar luas dalam internet. Jana dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai berkata beliau akan tetap berdiri teguh menyokong tunangnya itu dan bersama-sama akan mengharungi segala dugaan yang bakal mendatang.

“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua....,” kata Janna.

Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun di Kondominium mewah di Damansara. Saiful telah membuat laporan polis pada Sabtu lalu. Kadar sewa kondominium itu dikatakan sekitar RM7,000 sebulan. Tidak dapat dipastikan bagaimana menampung perbelanjaan menyewa kondominium yang mahal itu.

Tidak kurang menarik ialah laporan akhbar itu yang memetik ayah saudaranya Saiful bahawa bekas pelajar UNITENitu pernah nekad untuk membunuh diri kerana tertekan dengan apa yang telah dilakukannya.

Beliau yang enggan dikenali berkata, Saiful hampir mengambil jalan pintas untuk membunuh diri kerana dia sedar apa yang dilakukannya adalah satu dosa besar.

“Saiful membuat pengorbanan ini demi negara walaupun dia sedar masyarakat akan memandang serong dan mencemuh dirinya dan keluarga selepas pendedahan ini,” katanya lagi.
"Sebagai keluarga, kami akan berdiri teguh di belakangnya," katanya.

Beliau juga tegas berkata, tidak ada siapapun yang memaksa Saiful membuat pengakuan tersebut dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai masalah keluarga.

“Kami tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan. Kami bersendirian dalam hal ini. Sebagai keluarga kami akan menyokong penuh tindakan Saiful.

“Sebelum ini, kami pernah cuba meminta bantuan pihak kerajaan tetapi mereka memberitahu tidak mahu terlibat sama," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Utama dekat Petaling Jaya.

Beliau juga mengaku sudah beberapa kali menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tetapi diberitahu agar tidak menghubunginya lagi.

Beliau juga memberitahu bahawa anak saudaranya pernah pergi ke Bukit Aman untuk membuat laporan tetapi pihak sana telah menyuruh dia balik setelah mendapat tahu siapa yang terlibat.

Mohd Saiful akhirnya telah membuat laporan di pondok polis Hospital Kuala Lumpur yang sanggup mengambil laporan polisnya, kata ayah saudara Saiful lagi.

“Saiful bukan berada di hospital tetapi di bawah perlindungan polis dan keluarga kami sendiri tidak tahu di mana dia berada kini," katanya.

Ayah saudara Saiful mengaku beliau pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebelum ini tetapi tidak lagi selepas apa yang berlaku kini.

Ketika ditanya tentang gambar yang dirakam Saiful bersama beberapa Menteri Kabinet dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri, beliau berkata itu adalah perkara biasa bagi pelajar untuk mengambil foto dengan pegawai kerajaan.

Sementara itu banyak persoalan yang belum terjawab diketika polis masih lagi menjalankan siasatan termasuk di kondominium dimana kejadian didakwa berlaku. Sekalipun tidak ada apa-apa kukuh diperolehi setakat ini apa yang berlegar kini khususnya yang didakwa oleh Anwar dan PKR ialah wujudnya konspirasi yang merancang dakwaan itu. Bagi sesetengah pemerhati dakwaan wujudnya konspirasi ialah jalan termudah mengaburi senario kes itu. Cubaan untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dalam konspirasi itu juga adalah jalan paling mudah mengunakan modal gambar Saiful dengan Khairil Anas.

Ada pemerhati yang berpandangan Anwar tidak perlu mengelupur hingga nak buat roadshow satu negara menjelaskan kesnya. “Beliau sepatutnya cool saja dan tunggu hingga selesai siasatan polis ”kata salah seorang dari mereka. Malah menurut sesetengah pemerhati tindakannya lari ke Kedutaan Turki sudah mencetuskan kecurigaan orang.

Dalam pada itu andaian yang popular kebelakangan ini kalau betullah ada konspirasi untuk kenakan Anwar ia satu usaha yang bodoh untuk main balik dakwaan liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1999. Juga kalau betul ada konspirasi kenapa ia lekeh sangat dan tidak pasang perangkap betul-betul keatas Anwar.

“Kalau macam kes video Datuk Chua Soi Lek itu betul boleh rasa ada perancangan dan konspirasi yang teliti… kalau macam inilah jawabnya konspirasi bodoh’, kata seorang lagi. Katanya kalau ada konspirasi high level ia pasti amat rapi dan video ala–Chua Soi Lek sudah pasti tersebar luas sekarang.

Andaian itu membuat ramai juga yang lebih melihat dakwaan ini terhad Saiful vs Anwar saja.
.

Negara luar tak perlu campur tangan urusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini. “Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campur tangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan. Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi.

“Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita,” katanya. Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain.
.
- Bernama