SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 July 2008

Negara luar tak perlu campur tangan urusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini. “Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campur tangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan. Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi.

“Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita,” katanya. Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain.
.
- Bernama