SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 July 2008

Muzakarah demi ummah, bukan politik

Cadangan mengadakan muzakarah antara Umno dengan PAS demi haruslah demi kepentingan ummah dan bukannya "untuk mengambil kesempatan atas kepentingan politik", kata mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Muzakarah itu akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada kedua-dua parti itu tetapi juga kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam, katanya kepada Bernama hari ini.

Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail pula berkata muzakarah memang dinantikan dan sekarang masa yang sesuai untuk dua pihak itu berbincang demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Saya berpendapat jika kedua-dua pihak ikhlas untuk bermuzarakah tanpa ada sebarang prejudis dan agenda politik, tidak ada sebab mengapa usaha murni ini akan gagal," beliau dipetik sebagai berkata.

"Kita bincang mana yang boleh dibincangkan dahulu. Mana yang agak sukar dibincangkan, mungkin boleh KIV (dalam perhatian) dan dibawa ke perbincangan yang akan datang.

Menurut agensi berita itu lagi, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dilaporkan menyambut baik hasrat mengadakan pertemuan dan perbincangan Umno dan PAS.

"Sebagai pertubuhan Melayu, GPMS mengalu-alukan hasrat pertemuan ini dan tidak kira usaha itu dimulakan oleh siapa.

"Kami berharap ia (muzakarah) akan menjadi satu titik permulaan kepada perbincangan yang lebih baik demi masa depan orang Melayu," kata timbalan presidennya Syed Anuar Syed Mohamad.
.

Perjanjian Pangkor II : PAS sanggup meninggalkan negara Islam?

Inikah agaknya situasi apabila Perjanjian Pangkor II ditandatangani dalam Pakatan Rakyat di Perak?

dipetik dari tulisan Anak jati Perak

Perhimpunan 'PROTES sejuta rakyat’ pada 6.7.2008 telah membuka satu lembaran baru dalam kerjasama antara PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat. Terlalu banyak kepincangan yang ada dalam penganjuran perhimpunan tersebut hingga kemuncaknya aksi memalukan ’londeh seluar’ oleh kumpulan muzik ’Sosialis’ Carburetor Dung yang bersama-sama PR melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan melalui lagu satira politik murahan berjudul ’Mari Jilat Menjilat’.

Lebih menyedihkan sahabat teman memberitahu terlihat tangisan hiba seorang makcik ketika berlansungnya persembahan daripada anak didik Hishamuddin Rais yang menjadi ’otai’ menguruskan acara persembahan pada ketika itu. Bak kata pepatah Melayu ”terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”, ucapan maaf dan kononnya tangisan penyesalan Hishamuddin tidak berguna lagi.

Sebagai orang Islam teman merasa begitu kecewa dan malu dengan insiden ini apatah lagi ia merupakan anjuran bersama oleh PAS yang memperjuangkan Islam sebagai wadah politiknya. Namun teman tidak melihat elemen-elemen islamik sebaliknya diselitkan dengan muzik undergound semasa menghadiri perhimpunan PROTES ini.

Timbul persoalan di hati teman, Adakah PAS telah lupa sehingga sanggup menggadaikan matlamat asal perjuangan mereka menegakkan negara Islam demi menjaga hati PKR dan DAP? Pemerintahan PR telah melewati 100 hari namun apa yang dilihat telah mula menampakkan bibit-bibit akan berlaku ’perceraian’ yang mungkin diakhiri dengan lafaz ’talak’ dalam alam ’rumahtangga’ yang masih di fasa berbulan madu.

Jika diambil kira komposisi Menteri Besar, PAS menguasai 3 kerusi Menteri Besar, PKR 1 kerusi dan DAP 1 kerusi dan teman melihat PAS dilihat sebagai ’Ketua Keluarga’ namun senario politik semasa menyaksikan PAS lebih banyak membisu berbanding PKR dan DAP. Adakah PAS telah hilang taringnya dan tidak lagi dihormati oleh PKR dan DAP? Pilihanraya Umum ke-12 (PRU-12) menyaksikan PAS banyak bertolak ansur dan berdiplomasi termasuk menyerahkan kerusi-kerusi Melayu yang mampu dimenanginya untuk ditandingi oleh PKR.

Tapi malangnya selepas PIRU-12 'ilmu guna-guna’ yang digunakan oleh PKR dan DAP telah mula menampakkan keberkesanannya sehingga PAS dilihat bersikap dayus dan tidak mampu membuat keputusan tidak kira dalam penentuan dasar di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Contoh yang terbaik ialah rakyat negeri Perak sendiri terkejut dengan pendedahan Mohd. Fadzil Jamaluddin, Abang kepada MB Perak, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin bahawa wujudnya ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani dengan DAP sebelum pembentukan Kerajaan Negeri.

Intipati perjanjian ini antara lain melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam dan terma-terma politik yang berkaitan PAS atau bahasa Arab seperti hudud dan Qisas.

Umum mengetahui bahawa termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang mensyaratkan Menteri Besar merupakan orang Melayu dan Islam. Rentetan daripada itu, jika diimbas kembali kemelut politik yang berlaku sebelum pembentukan Kerajaan Negeri di Perak, kebimbangan telah wujud di kalangan orang Islam sendiri apabila majoriti kerusi DUN yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah DAP 18 kerusi, PKR 7 kerusi dan PAS 6 kerusi. Kemelut berakhir dengan pelantikan Nizar sebagai MB Perak walaupun perkara ini nyata tidak disenangi oleh DAP.

Telahan teman bahawa Nizar tidak mampu dibeli oleh DAP nyata meleset apabila melodrama ini akhirnya terbongkar dengan pendedahan bahawa wujudnya ’perjanjian pangkor II’ antara PAS dan DAP kononnya sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut yang berlaku.

Namun, kesan terhadap orang Melayu/Islam semakin dirasai dan membuktikan kebenaran perjanjian terutamanya dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang memihak kepada bukan Islam serta tiada dasar-dasar yang menguntungkan orang Islam sebagaimana pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan. Siapa yang harus dipersalahkan?

Adakah PAS sanggup mengakui kesilapan mereka? Walaupun pemimpin dan penyokong PAS sendiri pada awalnya menegaskan bahawa Nizar bukan ’MB Boneka’ dan tidak akan tunduk kepada tekanan namun sejauhmana ia mampu bertahan. Adakah DAP terlalu bodoh untuk membiarkan ’rezeki’ yang terhidang di depan mata begitu sahaja?

Teman difahamkan ketika kemelut pelantikan Menteri Besar lalu, telah wujud desas desus bahawa terdapat perundingan di antara PAS dan UMNO (BN) untuk bekerjasama mentadbir Perak atas dasar bagi memelihara kepentingan masyarakat Islam dan Melayu di Perak.

Difahamkan bahawa pucuk pimpinan PAS pusat sendiri telah memberikan green light dan sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri.

Teman tertanya-tanya mengapa perkara ini tidak berlaku? Adakah UMNO terlalu ego untuk bekerjasama dengan PAS? Atau PAS sendiri tunduk kepada tekanan DAP dan PKR agar tidak bekerjasama dengan UMNO? Walaupun dikatakan pucuk pimpinan PAS telah memberikan green light, namun teman difahamkan kata putus untuk bekerjasama dengan UMNO berada ditangan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Desas-desus yang mengatakan beliau enggan bekerjasama dengan ’UMNO the Zalim’ dan lebih rela bersama ’Si kafir DAP.

Jika ini benar-benar berlaku mengapa Pesuruhjaya PAS sanggup menjual maruah dan menggadaikan perjuangan Islam dengan meletakkan kebencian yang begitu ekstrem kepada UMNO sehingga sanggup mengenepikan kepentingan Melayu/Islam di negeri Perak dan menolak negara Islam.

Adakah beliau mewakili kesemua orang Islam? Apabila dilihat kembali manifesto PAS pada PRU-12 lalu, tidak hairanlah Islam tidak menjadi salah satu daripada 12 teras dalam manifesto PAS. Adakah PAS cuba mengenepikan kepentingan Melayu/Islam bagi meraih sokongan masyarakat bukan Islam?

Rakyat sedia maklum bahawa Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri. Secara tidak langsung tindakan Ustaz Ahmad Awang yang sedia bekerjasama dengan DAP seolah-olah membelakangkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Rakyat masih menunggu dasar-dasar yang akan memberi manfaat kepada umat Islam setidak-tidaknya Nizar mampu bersuara dalam hal-hal berkaitan kepentingan Islam. Adakah ’UMNO the zalim’ tidak mampu ditarbiah oleh PAS? Sekurang-kurangnya corak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh PAS boleh diterapkan ke dalam UMNO berbanding DAP yang secara terang-terangan menentang pembentukan negara Islam.

’Perjanjian Pangkor II’ ini akhirnya memakan diri PAS dan lebih memburukkan lagi menodai kepercayaan rakyat dan menggadaikan kepentingan Islam termasuk penyokong PAS sendiri di peringkat akar umbi khususnya di Perak. Timbul tanda tanya sampai bila PAS sanggup bertahan dan menipu rakayat di negeri ini dan adakah orang Islam sendiri perlu terus menyokong perkara ini. Ini seolah-olah ’gigantic propotion’ atau penderhakaan yang amat jelas.

Sebahagian ahli PAS sendiri telah mula menyuarakan pendapat lebih baik sekiranya PAS bertindak sebagai pembangkang jika kesan kerjasama ini merugikan orang Islam sendiri. Mengapa perjanjian ini dibuat tanpa pengetahuan ahli PAS?

Tiada apa lagi yang perlu dibanggakan oleh orang Islam di Perak sekiranya beginilah senario sebenarnya. Apa lagi kuasa yang ada pada Nizar? Teman sendiri tidak sanggup melihat Nizar sekadar ’Puppet’ yang telah ditentukan skrip dan jalan ceritanya oleh DAP sehingga PRU-13.

Sekiranya keadaan ini terus berlaku tiada jalan lain selain Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh MB daripada PAS wajar diturunkan. Tiada gunanya PAS melaungkan Islam, agama dan bangsa sedangkan lidah tidak mampu berkata apa-apa.

Akhirnya, PAS perlu melafazkan ’talak’ kepada DAP dan PKR sekiranya mahu memulihkan kembali kepercayaan rakyat dan memelihara imej PAS sendiri yang memperjuangkan Islam.

Antara isi kandungan ’Perjanjian Pangkor II’ yang ditandatangani Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) Nizar Jamaluddin ialah:

1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.

4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut wakil speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Ulasan ringkas Cekati Tembaga

1. Nizar Jamaluddin tidak pernah menyebut bahawa Perak diperintah oleh Islam atau ditadbir dengan pentabiran Islam

2. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak pernah menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud dan Qisas atau sekurang-kurangnya ke arah itu.

3. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak pernah dilihat atau dibuktikan membuat keputusan sendiri sebagai menggunakan kuasa MB. Semua perkara yang ingin dibuat dipersembahkan terlebih dahulu kepada Exco Perak yang mana terdiri daripada 70% bukan Islam.

4. Soal Pembahagian Exco yang adalah 6 Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga diberi jawatan speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Ini bermakna semua 4 perkara yang menjadi syarat dan terma perjanjian tersebut bukan sahaja wujud malah sudah pun dipenuhi, jadi dengan sendirinya "Perjanjian Pangkor 2" itu memang benar-benar ditandatangani. Ini juga bermakna secara tidak langsung Perak kini "kembali dijajah", kali ini bukan oleh kuasa asing tetapi proksinya dan MB Perak dari PAS sebagai bonekanya.
.

Debat Berakhir Dengan Sempurna

DEBAT... Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur menyaksikan kemunculan julung kali bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung dalam program debat televisyen sejak dipecat daripada kerajaan satu dekad lalu. Program itu turut disertai Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahmad Shabery mengambil bahagian dalam debat yang berlangsung kira-kira sejam bermula pukul 9 malam tadi.

Debat berlangsung tanpa sebarang gangguan besar kecuali penyokong Anwar di luar bangunan melaungkan slogan reformasi sebaik debat berakhir. Ia disiarkan secara langsung oleh Bernama TV melalui saluran Astro 502. TV9 juga menyiarkan debat itu secara langsung.

Ahmad Shabery tiba di bangunan DBP pukul 7.45 malam manakala Anwar dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba pukul 8.32 malam.

Debat anjuran Agendadaily itu bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Pengerusi DBP Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.
.

Anwar, Shabery tiba debat mula 9 malam

KUALA LUMPUR: Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Jalan Dewan Bahasa di sini - tempat berlangsungnya debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pukul 9 malam ini mula dibanjiri orang ramai sementara polis memperketatkkan kawalan keselamatan.

Ahmad Shabery tiba pukul 7.45 malam manakala Anwar dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba pukul 8.32 malam.Ia disiarkan secara langsung oleh Bernama TV melalui saluran Astro 502, yang membincangkan isu kenaikan harga minyak. TV9 juga akan menyiarkan debat itu secara langsung.

Debat satu jam setengah itu bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily, akan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.Pengerusi DBP Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dan parti pembangkang sudah mula tiba di bangunan Dewan dan Pustaka.

Antara mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad; Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad; Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 250 orang membanjiri dewan debat diadakan.
.

Anwar diberi tempoh hingga 2 petang esok

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi memberi keterangan berhubung kes liwat yang didakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin memberi amaran bahawa jika arahan itu diingkari, polis akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mohd Bakri berkata tindakan undang-undang juga akan dikenakan terhadap sesiapa yang cuba menghalang tugas polis daripada menahan Anwar nanti.

"Polis akan ambil tindakan undang-undang jika beliau tidak hadir dan sesiapa yang menghalang kerja kami akan dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar tidak hadir ke IPKKL semalam bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya yang berusia 23 tahun itu, Jun lepas, walaupun dikatakan telah memberikan persetujuan secara lisan untuk memberi keterangannya.

Mengulas tentang laporan peguam Anwar, S.N. Nair yang menyatakan bahawa anak guamnya sedang menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPKKL, Mohd Bakri berkata: "Anwar sepatutnya hadir ke IPKKL setelah memberi persetujuan untuk hadir semalam. Ini adalah kes beliau. Beliau yang sepatutnya hadir berjumpa dengan polis dan bukan polis yang datang kepadanya untuk diambil keterangan".

Ditanya sama ada polis mengamalkan pilih kasih kepada Anwar kerana tidak terus menahannya setelah laporan dibuat oleh Saiful, Mohd Bakri berkata ia bergantung kepada siasatan dan polis tidak boleh mengambil tindakan secara melulu.

"Itu (pilih kasih) hanyalah andaian orang ramai. Kita tidak pernah memberikannya kerana kita mengikut proses undang-undang dan bersikap profesional," katanya.

Beliau berkata polis berlaku adil kepada kedua-dua pihak, baik Saiful mahupun Anwar.

Ditanya sama ada Anwar merupakan saksi terakhir bagi siasatan kes liwat tersebut yang disiasat mengikut Sekyen 377 Kanun Keseksaan, Mohd Bakri berkata ia bergantung kepada siasatan dan sekiranya terdapat saksi baru, polis akan memanggil saksi tersebut untuk memberi keterangan.

- BERNAMA

.

Anwar Tidak Hadir Beri Keterangan, Polis Keluar Waran Tangkap

KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang semalam untuk memberi keterangan berhubung isu liwat.

Malah Anwar juga telah dikategorikan sebagai suspek dalam kes liwat yang melibatkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Perkara ini diumumkan oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada sidang media kira-kira pukul 3:30 petang di rumah Anwar di sini.

Ia merupakan sidang akhbar ketiga diadakan Sankara hari ini.

Jika ditangkap sama ada hari ini atau esok, Anwar boleh ditahan reman dan didakwa. Sebelum sidang akhbar ketiga Sankara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakri Zinin pula berkata, Anwar diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok untuk hadir di IPK Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kes liwat.

Beliau memberi amaran jika arahan itu diingkari, polis akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ketika ditemui wartawan, Bakri berkata, tindakan undang-undang juga akan dikenakan terhadap sesiapa yang cuba menghalang tugas polis daripada menahan Anwar nanti. Semalam beliau berkata, pihaknya mempertimbangkan dua hingga tiga opsyen tindakan ke atas Anwar.

Ketika ditanya sama ada Anwar boleh ditahan polis bila-bila masa dari sekarang (pukul 3.30 petang), Sankara berkata, polis mempunyai kuasa untuk berbuat demikian walaupun persetujuan telah dicapai bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri menemui polis esok.

Sehingga pukul 6.30 petang tadi tiada perkembangan lain melainkan Anwar membuat persediaan untuk mengambil bahagian dalam debat malam ini.

Pukul 9 malam ini, Anwar akan menghadiri debat anjuran Agendadaily mengenai kenaikan harga minyak di Menara Dewan Bahasa. Menurut Ketua Pengarang Agendadaily, Rosli Ismail debat itu akan dilangsungkan seperti dirancang dan tiada perubahan sehingga 6 petang tadi.

Di bawah status sebagai suspek, Anwar boleh disiasat mengikut Sekyen 377 Kanun Keseksaan. Dakwaan meliwat itu merupakan yang kedua dalam tempoh 10 tahun dihadapi Anwar.

Sepasukan lapan peguam telah dibentuk untuk membela Anwar jika beliau dihadapkan di mahkamah berhubung kes berkenaan, kata Sankara.

Bagaimanapun beliau enggan menamakan barisan peguam itu.

Pada dua sidang akhbar selang beberapa minit tengah hari tadi di pejabatnya di Mont Kiara dekat sini, Sankara memberitahu, Anwar akan menemui polis petang esok berdasarkan persetujuan terbaru yang dicapai kira-kira pukul 7.25 petang semalam.

Berdasarkan persetujuan itu Anwar telah menyatakan kesediaan untuk hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 10.30 pagi Khamis ini.

Bagaimanapun Sankara menerima panggilan polis tengah hari tadi mengarahkan Anwar hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang esok.

Pada sidang media di kediaman Anwar petang ini, Sankara memberitahu beliau menerima surat yang difakskan pada pukul 1.08 tengah hari tadi, yang ditandatangani Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, DSP Jude Pereira bahawa Anwar dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur pada pukul 2 petang esok dan terus berjumpa pegawai penyiasat iaitu Pereira.

"Saya menerima surat daripada polis selepas mengadakan sidang akhbar tengah hari ini, saya telah diminta oleh DSP Jude pada pukul 7.10 petang semalam untuk membawa anak guaman saya, Anwar pada 17 Julai iaitu Khamis ini.

"Bagaimanapun ketika saya mengadakan sidang akhbar saya menerima panggilan daripada polis, pegawai yang sama supaya membawa Anwar esok, sehari lebih awal tanpa memberikan sebarang alasan bagi perubahan itu dan dalam surat difakskan, beliau mengatakan ada waran tangkap telah dikeluarkan," katanya.

Kata Sankara, surat itu juga memaklumkan waran tangkap ke atas Anwar juga telah dikeluarkan.

Sankara menambah, bahasa yang digunakan dalam surat tersebut agak mengelirukan kerana ia bukan sahaja mengatakan Anwar diperlukan untuk membantu siasatan, malah waran tangkap ke atasnya juga telah dikeluarkan.

"Saya baru sahaja menghubungi Jude untuk mengesahkan sama ada anak guaman saya (Anwar) akan menjadi saksi atau apa. Jawapan beliau ialah beliau (Anwar) adalah suspek (dalam kes liwat).

"Dan saya bertanya lagi sama ada beliau boleh ditahan, beliau mengatakan bahawa beliau (Anwar) boleh ditangkap. Itu yang diperkatakan oleh beliau (Jude) dan saya tidak boleh berkata lebih daripada itu," katanya dan menambah, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sankara mengulangi Anwar akan berada di IPK Kuala Lumpur petang esok.

"Anwar akan berada di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang esok, dan beliau juga akan memberikan kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah pukul 10.30 pagi esok berhubung laporan yang dibuat (di IPK Selangor pada 1 Julai lalu terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara)," katanya lagi.
.

Jawatan Presiden Umno, timbalan wajar dipertandingkan: Pemuda

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menganggap jawatan dalam parti, termasuk Presiden dan Timbalan Presiden perlu dipertandingkan pada pemilihan Umno, Disember ini seperti termaktub dalam perlembagaan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tiada siapa yang boleh menyekat mana-mana pihak untuk bertanding jawatan dalam parti. "Dalam perlembagaan (Umno) pun, ia adalah hak kepada mana-mana pihak untuk bertanding, ia bukan untuk kita menentukannya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di sini, petang ini.

.

Ibrahim, Karpal mahu kerajaan pecat hakim Ian Chin

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen hari ini bersepakat meminta kerajaan memecat Hakim Datuk Ian Chin kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan sistem kehakiman negara ini.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang biasanya sering bertelingkah pendapat, tetapi kali ini menyokong pandangan masing-masing berhubung perkara itu. Ibrahim berkata kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya dan menghentikan hakim itu daripada membuat kenyataan yang hanya menjejaskan kedudukan hakim.

“Sebagai hakim beliau tertakluk kepada kod etika hakim dan (membuat) kenyataan dengan secara terbuka seolah-olah tidak terkawal. "Sejauh mana kerajaan menjaga kod etika di kalangan hakim-hakim ini,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pada 11 Jun lalu, Chin semasa mendengar kes pertikaian terhadap keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu di Sarawak, mendedahkan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu persidangan hakim pada 1997 pernah mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Kenyataan Chin itu yang disiarkan di media massa menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak mengenai tujuan kenyataan bagi memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri itu dibuat. Karpal turut menyifatkan kenyataan Chin itu sebagai tidak matang dan mempunyai pemikiran sempit.

“Majlis Peguam pun tidak ada ambil tindakan. Adakah Ketua Hakim Negara rela ambil tindakan terhadap beliau. Lebih baik dia dipecat dari kehakiman,” katanya. Ibrahim yang amat bersetuju dengan kenyataan Karpal Singh itu turut menyatakan rasa hairan kerana Majlis Peguam bersikap mendiamkan diri dalam kes itu sedangkan dalam kes lain mereka paling lantang membuat komen.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga tidak bersetuju kerajaan membayar ex-gratia kepada hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988, sambil menyifatkan bayaran itu seumpama rasuah yang menonjolkan bahawa kerajaan menyesal, tersilap dan bersalah terhadap mereka. Beliau berkata pemecatan hakim-hakim itu dibuat mengikut prosedur iaitu melalui tribunal dan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong.

- Bernama
.

Debat UMNO - PAS : Nik Aziz Letak Syarat

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perpaduan Melayu hanya jika itu adalah kehendak anggota akar umbi dan bukannya kepimpinan Umno bagi memastikan PAS tidak terjebak sekali lagi dalam "perangkap politik Umno."

Kata beliau, cadangan untuk mengadakan perbincangan itu hendaklah datang daripada peringkat cawangan Umno yang dibawa kepada peringkat bahagian dan seterusnya ke Perhimpunan Agung Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menetapkan syarat itu kerana merasakan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk mengadakan muzakarah dengan PAS lebih kepada permintaan peribadi Presiden Umno itu dan bukannya daripada kehendak Umno sebagai sebuah parti.

"Pak Lah kini dalam keadaan yang terhoyong-hayang dan dia sudah menetapkan tarikh untuk serah kuasa, jadi dalam keadaan sekarang saya melihatnya lebih kepada permintaan peribadi.

"Dalam keadaan ini saya teringat pada (bekas Perdana Menteri Allahyarham) Tun Razak Hussein yang pernah meminta PAS bergabung dengan Umno tetapi kami dikhianati. Saya bimbang ini adalah satu perangkap," kata Nik Aziz kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata dengan cadangan daripada peringkat akar Umno itu, ianya menunjukkan keikhlasan Umno secara keseluruhan untuk mengadakan muzakarah, sekaligus mencerminkan Umno sudah menolak konsep kebangsaan yang dipegang parti itu dan menerima Islam sebagai agama yang membawa kepada kemajuan dan bukan memecahbelahkan rakyat.

Katanya beliau tidak mahu Umno menjadikan perbincangan itu kelak kerana terdesak kerana mahu mencaturkan semula politik akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Nik Aziz juga berkata bahawa Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan keikhlasannya dengan tidak menyekat rancangan pembangunan yang telah disediakan di peringkat pusat kepada Kelantan.

"Seperti projek pembinaan pasar baru di Pasir Mas yang bernilai RM8 juta, tiba-tiba projek itu disekat. Kita, kerajaan negeri, sudah bersusah payah untuk dapatkan tanah bagi tapak kawasan projek itu, tibatiba tidak jadi. Di mana keihklasannya, ini bukannya projek mega pun," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata sehingga kini beliau belum diberitahu mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam muzakarah itu.

Beliau mencadangkan pihak ketiga dijemput sebagai orang tengah dalam muzakarah itu.

Nik Aziz juga meminta Umno memohon maaf secara terbuka kepada PAS bagi dakwaan yang pernah dibuat terhadap parti itu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa Umno pernah mengkhianati PAS, beliau berkata perkara itu berlaku ketika Umno dalam keadaan bergolak, dan setelah PAS bersetuju bergabung, Umno telah memecahbelahkan PAS kepada tiga puak sebelum "menghalau keluar PAS".

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai rintangan yang dilaporkan wujud dalam kerjasama antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat, merupakan gembar-gembur media.

"Hakikat sebenar, kerjasama Pakatan Rakyat (yang turut melibatkan PAS), semakin kukuh," kata Nik Aziz.

Mengenai DAP yang sebelum ini lantang menolak beberapa pandangan PAS, beliau berkata DAP tidak pernah menipu PAS sebaliknya parti itu lebih berterus terang jika ia tidak menerima PAS.
.