SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 July 2008

Anwar, Shabery tiba debat mula 9 malam

KUALA LUMPUR: Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Jalan Dewan Bahasa di sini - tempat berlangsungnya debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pukul 9 malam ini mula dibanjiri orang ramai sementara polis memperketatkkan kawalan keselamatan.

Ahmad Shabery tiba pukul 7.45 malam manakala Anwar dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba pukul 8.32 malam.Ia disiarkan secara langsung oleh Bernama TV melalui saluran Astro 502, yang membincangkan isu kenaikan harga minyak. TV9 juga akan menyiarkan debat itu secara langsung.

Debat satu jam setengah itu bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily, akan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini bermula pada 9 malam.Pengerusi DBP Datuk Johan Jaaffar menjadi moderator debat itu.

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dan parti pembangkang sudah mula tiba di bangunan Dewan dan Pustaka.

Antara mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad; Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad; Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali. Kira-kira 250 orang membanjiri dewan debat diadakan.
.