SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 July 2008

Anwar diberi tempoh hingga 2 petang esok

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh sehingga pukul 2 petang esok untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi memberi keterangan berhubung kes liwat yang didakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Mohd Bakri Zinin memberi amaran bahawa jika arahan itu diingkari, polis akan mengambil tindakan undang-undang termasuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mohd Bakri berkata tindakan undang-undang juga akan dikenakan terhadap sesiapa yang cuba menghalang tugas polis daripada menahan Anwar nanti.

"Polis akan ambil tindakan undang-undang jika beliau tidak hadir dan sesiapa yang menghalang kerja kami akan dikenakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar tidak hadir ke IPKKL semalam bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya yang berusia 23 tahun itu, Jun lepas, walaupun dikatakan telah memberikan persetujuan secara lisan untuk memberi keterangannya.

Mengulas tentang laporan peguam Anwar, S.N. Nair yang menyatakan bahawa anak guamnya sedang menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPKKL, Mohd Bakri berkata: "Anwar sepatutnya hadir ke IPKKL setelah memberi persetujuan untuk hadir semalam. Ini adalah kes beliau. Beliau yang sepatutnya hadir berjumpa dengan polis dan bukan polis yang datang kepadanya untuk diambil keterangan".

Ditanya sama ada polis mengamalkan pilih kasih kepada Anwar kerana tidak terus menahannya setelah laporan dibuat oleh Saiful, Mohd Bakri berkata ia bergantung kepada siasatan dan polis tidak boleh mengambil tindakan secara melulu.

"Itu (pilih kasih) hanyalah andaian orang ramai. Kita tidak pernah memberikannya kerana kita mengikut proses undang-undang dan bersikap profesional," katanya.

Beliau berkata polis berlaku adil kepada kedua-dua pihak, baik Saiful mahupun Anwar.

Ditanya sama ada Anwar merupakan saksi terakhir bagi siasatan kes liwat tersebut yang disiasat mengikut Sekyen 377 Kanun Keseksaan, Mohd Bakri berkata ia bergantung kepada siasatan dan sekiranya terdapat saksi baru, polis akan memanggil saksi tersebut untuk memberi keterangan.

- BERNAMA

.