SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

15 July 2008

Muzakarah demi ummah, bukan politik

Cadangan mengadakan muzakarah antara Umno dengan PAS demi haruslah demi kepentingan ummah dan bukannya "untuk mengambil kesempatan atas kepentingan politik", kata mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Muzakarah itu akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada kedua-dua parti itu tetapi juga kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam, katanya kepada Bernama hari ini.

Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail pula berkata muzakarah memang dinantikan dan sekarang masa yang sesuai untuk dua pihak itu berbincang demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Saya berpendapat jika kedua-dua pihak ikhlas untuk bermuzarakah tanpa ada sebarang prejudis dan agenda politik, tidak ada sebab mengapa usaha murni ini akan gagal," beliau dipetik sebagai berkata.

"Kita bincang mana yang boleh dibincangkan dahulu. Mana yang agak sukar dibincangkan, mungkin boleh KIV (dalam perhatian) dan dibawa ke perbincangan yang akan datang.

Menurut agensi berita itu lagi, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dilaporkan menyambut baik hasrat mengadakan pertemuan dan perbincangan Umno dan PAS.

"Sebagai pertubuhan Melayu, GPMS mengalu-alukan hasrat pertemuan ini dan tidak kira usaha itu dimulakan oleh siapa.

"Kami berharap ia (muzakarah) akan menjadi satu titik permulaan kepada perbincangan yang lebih baik demi masa depan orang Melayu," kata timbalan presidennya Syed Anuar Syed Mohamad.
.