SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 July 2008

Pas bukan "melukut di tepi gantang"

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat Pas Pusat hari ini menyokong pendirian tegas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai peranan penting Pas dalam Pakatan Rakyat terutama dalam pilihan raya umum ke 12 Mac lepas.

Setiausaha dewan itu, Aiman Athirah Al Jundi berkata kehadiran Pas dalam pesada politik tanah air bukanlah seperti "melukut di tepi gantang" kerana ada atau tiadanya jentera Pas memberi kesan kepada kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun DAP pada pilihan raya umum lepas.

Pendirian Pas itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua.

Aiman Athirah, dalam satu kenyataan di sini hari ini, menegaskan bahawa Pas sudah terlalu banyak berkorban khususnya dalam pembahagian kerusi semasa pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata penguasaan Pas terhadap 83 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 73 DAP dan 40 PKR wajar diberi perhatian serius.

"Justeru tidak bermakna apabila Pas hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding 31 PKR dan DAP 28, maka Pas sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot dalam apa jua keputusan dan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya adalah wajar Presiden Pas secara tegas kembali mengingatkan rakan lain dalam gabungan agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar Pas.

Justeru, prinsip dan dasar perjuangan Pas juga seharusnnya dihormati dan umat Islam di negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam sebenar dan bukan dalam pemikiran sempit beberapa pihak lain.

- BERNAMA

.