SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

16 July 2008

Muhyiddin boleh tewaskan Najib bagi jawatan Timbalan Presiden - Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya beliau bertanding pada pemilihan Disember ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sekiranya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mungkin ditentang oleh Muhyiddin di mana keputusannya mungkin berpihak kepada Naib Presiden itu.

"Tanggapan umum terhadap Najib ialah beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim di sini hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, Muhyiddin yang sehingga kini tidak menyatakan jawatan yang ingin ditandinginya, boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau lebih mudah diterima ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga golongan yang tidak menyokong Abdullah.

"Saya tidak kata saya menyokong Muhyiddin tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno," kata beliau yang bertindak keluar daripada Umno pada 19 Mei lepas kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Abdullah.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata, Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti.

"Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu masa Tun Musa (Hitam) tidak mahu terima jawatan Timbalan Presiden, saya beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Ghafar (Baba) tetapi Tun Ghafar terpaksa bertanding jawatan Timbalan (Presiden Umno) dan dia menang mengalahkan Tun Musa," katanya.

Dr. Mahathir berharap pada pemilihan parti Disember nanti "orang lain" akan dibenarkan bertanding.

"Mesti benarkan orang lain bertanding supaya hasrat mengubah akan tercapai tapi saya percaya, pemilihan akan dimanipulasikan dengan memberi wang, kain pelikat dan sebagainya.
"Mereka akan memilih siapa yang disokong oleh Datuk Seri Abdullah, mungkin juga Datuk Seri Najib akan menanglah, dan dialah akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri," katanya.

Untuk melayakkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, seseorang bakal calon memerlukan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Bahagian Umno, yang akan memulakan persidangan perwakilan masingmasing pada 9 Oktoebr ini.

- BERNAMA

.