SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

05 June 2008

MT UMNO 'berkampung' rangka pelan pemulihan politik

dipetik dari agendadaily.com
Dalam usaha merangka Pelan Pemulihan Politik UMNO yang akan menjadi landasan gerak kerja bagi menarik semula sokongan rakyat kepada parti itu dan memastikan UMNO terus relevan , hari Khamis seluruh Ahli MT ‘berkampung’ di Holiday Inn Glenmarie Shah Alam. Semua Ahli MT kecuali Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz kelihatan hadir pada permulaan program tersebut.
Difahamkan, sebanyak tiga bengkel diwujudkan bagi membincang pelan pemulihan politik UMNO. Bengkel-bengkel itu secara khusus akan membincangkan pemulihan politik UMNO dan isu-isu serta dasar kerajaan.

Perkampungan MT UMNO ini akan berlangsung sehingga tengahari Jumaat.

Menurut maklumat yang diperolehi, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membentangkan ucaputama dan rumusan kepada perbincangan ketiga-tiga bengkel akan dibentangkan oleh Timbalan Presiden UMNO sebelum perbincangan tersebut berakhir.

Pelbagai pihak menunggu hasil daripada rumusan yang dibuat khususnya untuk mengetahui apakah bentuk Pelan Pemulihan Politik UMNO itu khususnya sama ada pelan tersebut termasuk dengan Pelan Peralihan Kuasa.

Penjimatan subsidi diagih semula

Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api, levi untuk kurang beban rakyat

PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

"Bukan kita tak beri subsidi lagi, kita masih terus beri subsidi," kata Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam. Malah, katanya, bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000 cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan. Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan itu.

Beliau berkata, bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan. Bayaran itu akan dibuat menerusi kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini. Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula akan menikmati pengurangan cukai jalan sebanyak RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2. Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet selama empat jam itu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 dan diesel RM1 seliter kepada RM2.58 sen mulai hari ini.

Penetapan harga itu dibuat selepas diskaun 30 sen setiap liter daripada harga pasaran RM3 seliter berdasarkan harga semasa minyak mentah dunia dan ia akan dikaji semula setiap bulan. Bagaimanapun, harga gas masak atau gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli bagi kenderaan (NGV) masing-masing kekal pada RM1.75 sekilogram dan 63.5 sen seliter.

Abdullah turut mengumumkan tarif elektrik baru untuk Semenanjung membabitkan peningkatan 26 peratus untuk pengguna komersial dan industri, manakala peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta perusahaan kampung yang menggunakan tidak melebihi 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Bagaimanapun, struktur tarif elektrik baru itu tidak membabitkan isi rumah yang menggunakan 200 kWj ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60. "Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," katanya sambil menambah satu struktur tarif baru bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan tidak lama lagi.

Abdullah berkata, kerajaan meluluskan struktur baru tarif elektrik itu bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu berikutan penstrukturan semula subsidi gas oleh Petronas dan kenaikan harga arang batu. Katanya, langkah itu juga selaras keputusan kerajaan untuk menstruktur semula subsidi bagi menuju ke arah harga pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat untuk menjimatkan sumber tenaga.

"Sektor komersial dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya, sementara pengguna bagi isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan pembaziran," katanya.

Menjelaskan rasional penstrukturan semula subsidi itu, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, ia akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan.

"Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil," katanya.

Abdullah berkata, struktur baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia. Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi.

Siapa layak dapat subsidi tunai

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

Apa Beza Petrol Semalam dengan Hari Ini

BEZA KUANTITI BAGI SETIAP RINGGIT... gambar di atas menunjukkan botol berisi Petrol bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kuantiti botol kiri berdasarkan harga lama (sehingga semalam) manakala yang kanan pula jika mengikut harga baru (berkuat kuasa tengah malam ini).

Minyak Oh Minyak....

Kesesakan Luar Biasa di Stesen-Stesen Minyak Sekitar Bandar Pasir Mas Selepas Pengumunan Kenaikan Petrol dan Diesel

Stesen 1 : Shell

6.00 petang : Pelbagai jenis kenderaan menyerbu stesen minyak Shell
7.00 malam : Kenderaan memenuhi jalanraya di hadapan Stesen Shell
7.10 malam : Gambar dari dalam kereta terperangkap dalam kesesakan menuju Stesen Shell
7.15 malam : Kenderaan masih berbaris panjang
7.30 mlm : Petugas Shell sedang mengisi minyak
Kenderaan masih menunggu giliran
Semua pam digunakan sepenuhnya
Petugas Shell terpaksa berkejar-kejar dari satu pam ke pam yang lain kerana kekurangan kakitangan

Kelihatan seorang petugas Shell mengambil gambar kenderaan 'pelanggan yang luar biasa jumlahnya' menggunakan handphone
8.00 malam : Gambar diambil dari dalam kereta ketika sedang menunggu giliran mengisi minyak. Belum dapat isi minyak lagi.

Arghhhh..... Tension.... Tension..... lambatnya... maghrib nak habis dah ni.......

Stesen 2 : Pertonas
7.00 malam : Kenderaan berebut-rebut mengisi minyak di stesen Petronas
8.00 malam : Kenderaan berebut-rebut memasuki stesen Petronas. Polis mula mengawal keadaan
Motosikal juga tidak ketinggalan mengisi minyak. Orang ramai berkumpul di hadapan stesen minyak Petronas
Jam 10.00 mlm : Lori Tangki Petronas tiba di hadapan Stesen Petronas membawa bekalan tambahan
1.30 pagi : Kenderaan masih beratur panjang menuju stesen petronas. Bekalan tambahan masih dijual dengan harga lama
Stesen 3 : Caltex

Kenderaan berpusu-pusu menuju stesen minyak Caltex

Suasana bersesak-sesak di hadapan Stesen Caltex

Pertama kali dapat melihat kenderaan berebut-rebut mengisi minyak Caltex

Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini : PM

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal.

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya. Perdana Menteri berkata, bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya, bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan terakhir kerajaan ialah pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol kepada RM1.92 seliter. - Bernama