SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

10 June 2008

Ulasan Sayuti Omar Hal Khalid sebagai MB

Khalid Jangan Biarkan Bunga Kemarahan Terus Tumbuh!

HARI-HARI mendatang terus memberi cabaran dan menguji kebijaksanaan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
.
Mungkin kini beliau baru tahu mengurus sebuah kerajaan tidak semudah mengurus sebuah badan Korporat atau ladang. Menjadi MB tidak semudah menjadi CEO kepada syarikat GLC. Itu jelas!

Sebagai menteri besar, Khalid harus berani membuat keputusan dan juga menolak mana-mana permohnan yang dikira tidak wajar dan boleh mencemarkan kesucian Islam dan menonai kemurnian bangsa. Beliau tidak perlu terikat dengan mana-mana konvensyen politik semasa.
.
Beliau juga perlu insaf sebagai MB Melayu dan beragama Islam beliau harus meletakkan kepentingan itu di hadapan dan mengatasi kepentingan lain.
Kelemahan dan terlalu tolak ansur kerana kepentingan politik merbahayakan masa depan Khalid.
.
Beliau mungkin popular dari kalangan satu puak tetapi beliau dibenci dan dimarah oleh puak lain. Khalid kena berhati-hati dan perlu meluaskan bingkai ruag politiknya sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan kontroversi dan menanggung kerugian.

Beliau tidak boleh dibelit oleh penasihat politik yang bersifat parasit seperti pokok dedalu. Kerana lama kelamaan beliau akan mati seperti pohon mangga yang mati kerana dibelit oleh pohon dedalu secara halus dan licit! Ingat sikap dan rasmi dedalu mulanya ia menumpang sahaja lama kelamaan menjadi raja atas bangkai orang yang ditumpanginya.

Projek ladang babi mega (pinjam istilah Khir Toyo) bernilai RM100 juta mungkin sudah selesai dan Khalid berjaya dalam isu kontroversial ini. Projek itu memberi penyelesaian kepada semua kaum walaupun secara spesifiknya ia menguntungkan satu kaum saja, Cina. Kesilapan pertama itu boleh dimaafi.

Apa yang menarik dan sedang menanti kini ialah mengenai cadangan untuk merombak peraturan saiz pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor agar melebihi 10,000 kaki persegi seperti mana yang dihadkan sebelum ini. Cadangan ini nampak cukup liberal namun ianya sangat sensitif dan bahaya.

Peraturan dan kawalan ini sudah ada. Tidak perlu ianya dirombak. Menjadi tugas Khalid untuk mempertahankan peraturan yang sedia ada ini. Perlu diingat sesuatu yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu wajar dikekalkan dan tidak payah dipinda-pindakan lagi.

Kita bimbang kalau permohonan ini diterima, Khalid akan berhadapan dengan masalah. Orang Melayu dan Islam Selangor akan marahkan Khalid. Lagipun tidak ada logiknya untuk dirombak peraturan itu.

Statistik yang ada kini menjelaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Dari nisbah penduduk orang India di Selangor hanya 700,000 orang namun bilangan kuilnya sebanyak 1,000 buah. Manakala Melayunya seramai lebih 4 juta tetapi masjid hanya 380.

Jika diukur dari segi jumlah ini jelas Islam di Selangor tidak proaktif bebanding dengan Hindu?

Pada saya cadangan yang dikemukakan oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar itu dan Exco Jawatankuasa Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Pendidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu cukup merbahaya dan bakal menambahkan kemarahan orang Melayu.

Kalau Khalid tidak hati-hati dan bijak menangani cadangan itu ianya akan menjadi pemulaan kepada sengeketa antara penyokong Pakatan Rakyat di Selangor.

Mengenai hal ini rakan-rakan PKR di dalam Pakatan Rakyat jangan terlalu agresif sangat memperjuangkan hak masing-masing. Mereka sepatutnya menumpukan kepada soal-soal kepentingan bersama secara sihat dan bukannnya menitik berat kepada soal-soal kepentingan peribadian.

Ingatan kerajaan Pakatan Rakyat baru bertunas dan ubun-ubunnya belum keras. Jangan tunas yang mula hendak berkembang itu patah dan relai begitu saja kerana kegelojohan tuan yang menanamnya ingin memakan hasil!

Tuntutan Interfaith Commission (IFC) Mula Berjaya Di Selangor

Tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid”.

Pada 9 Jun 2008, salah satu dari 14 tuntutan IFC telah berjaya diadakan di Selangor.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu.
.
Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat).
.
Biarpun Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu.

Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ?

Keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Betulkah Wujud 'Perjanjian Pangkor Ke-2' ?

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.
.
Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.
.
Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.
.
Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama.
.
Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua? Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak?
.
Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar. Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
.
Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.
.
Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.
.
Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang). Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar.
.
Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan. Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :
.
1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
.
3 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
.
4 ) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.
.
Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP. Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang. Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka. Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat.
.
Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“. Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?
.
Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf?
.
Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.
.
Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk. Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?
.
Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP? Selepas ini apa lagi.
.
Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka. Inilah yg berlaku sekarang.
.
Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tepuk dada tanya selera.
.
Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapannya.
Torashah .
.

Rencana Khas

Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!

Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi atau pun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat atau pun Menteri Besar.

Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi “halal“. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka.

Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.

Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam?

Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka.

Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sekarang.

Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah “ abang besar“. Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai “Pak Turut“, menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP.
PKR pula hanyalah penumpang dalam ke semua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS. Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Di manakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini?

Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang? Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam.

Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya.

Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate di mana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat.

Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR?

Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR?

Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam?

Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya.

DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah “esok masih ada“ buat Pas dengan negara Islamnya? Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Di mana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas?

Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan.
Taminsari
Shah Alam

Warisan....

WARISAN
...
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
...
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
...
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
...
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
...
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
...
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Jangan Terlalai Teruskan Usaha
...
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
...

Umno Kelantan dirombak?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan Jumaat ini. Ia sekaligus mencetuskan kembali spekulasi kemungkinan akan berlaku rombakan dalam barisan kepimpinan Badan Perhubungan Umno negeri ini. Spekulasi rombakan ini disebabkan oleh kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu sekaligus meranapkan impian mengembalikan semula kepimpinan BN menerajui kerajaan Kelantan.

Lebih malang lagi, pilihanraya umum berkenaan mencatatkan prestasi menjunam BN Kelantan pimpinan Datuk Seri Panglima Annuar Musa yang hanya mampu mengekalkan 6 kerusi DUN berbanding 21 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum 2004. Pada tahun berkenaan UMNO Kelantan diterajui oleh Dato' Mustapa Mohamad.

Berbanding ketika dipimpin Mustapa, pada pilihanraya lalu UMNO mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara. Banyak kawasan terutama di kawasan Kelantan selatan yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN telah ditembusi dan dirampas Pas. Tokoh-tokoh berpengaruh UMNO ramai yang kecundang termasuk Annuar sendiri.

Umum melihat keadaan ini sebagai 'jurang maut' kepada UMNO jika sesuatu tidak dilakukan. Sejak kejatuhan kepada pembangkang hampir 20 tahun lepas, UMNO Kelantan sentiasa bertukar Ketua. Dari Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar Musa; UMNO masih gagal merampas kembali Kota Darul Naim.

Peluang terbaik adalah pada 2004 ketika dipimpin Mustapa Mohamad namun sayangnya setelah mencatat prestasi yang baik itu, Mustapa digantikan dengan Annuar dengan alasan khidmat Mustapa lebih diperlukan di Pusat, dan Annuar dikatakan sebagai calon terbaik untuk menjadi panglima menawan kerajaan Kelantan.

Tidak dinafikan Annuar memang berkebolehan dan mempunyai pelbagai idea untuk merencana strategi untuk menumbangkan kerajaan Nik Aziz. Annuar mungkin mempunyai segala kekuatan ditambah dengan pengalaman yang ada sebagai bekas anggota Kabinet, boleh dijadikan ayam sabung di gelanggang politik Kelantan.

Tetapi politik Kelantan tidak sama dengan negeri-negeri lain. Ayam sabung Kelantan tidak semestinya bertaji panjang untuk menjinakkan musuh. Ayam sabung Kelantan tidak semestinya hebat berkokok di gelanggang, tidak semestinya berparuh tajam umpama mata lembing. Ayam sabung Kelantan perlu lebih bijak menggunakan akal untuk mengungguli pertarungan.

Sesiapa yang dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan adalah mencerminkan tawaran BN kepada rakyat Kelantan untuk diiktiraf menjadi Menteri Besar. Dan rakyat Kelantan secara langsungnya akan membandingkannya dengan Nik Aziz, Menteri Besar sekarang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya lepas, rakyat Kelantan ternyata telah membandingkan Nik Aziz dengan Annuar Musa.

Oleh itu untuk menawan kembali Kelantan, UMNO dan BN perlu menawarkan kepada rakyat Kelantan siapakah bakal Menteri Besar apabila BN berjaya membentuk kerajaan negeri. Calonnya mestilah orang yang diterima di semua peringkat, dari setinggi-tinggi pegawai kerajaan hinggalah kepada rakyat marhain di kampung.

Umum ternanti-nanti apakah perubahan yang akan dibawa oleh Pak Lah sebagai buah tangan kepada seluruh rakyat Kelantan. Jumaat ini akan menjadi saksinya.

Pengundi Melayu Tanggung Padah

Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu di Selangor kini mula sedar bahawa mereka terpaksa menanggung padah kerana salah memilih kerajaan.

Menurut beliau, ini berikutan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun Menteri Besar Selangor beragama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu.

''Apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, bidang kuasa adalah di tangan Exco kerana kekuasaan dan keputusan ditentukan oleh mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2007 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.

''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.

''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.

Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan campuran negeri Selangor itu.

Menurutnya, keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

Kata beliau, wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.

MB KEDAH : Amiruddin ganti Azizan ?

dipetik dari malaysia-hariini
KEDUDUKAN Ustaz Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah dijangka tidak akan bertahan lama apabila sudah usaha-usaha dibuat untuk menggantikan Menteri Besar tersebut oleh wakil rakyat PAS yang lain dan calon Menteri Besar baru tersebut telah dikenalpasti dan dijangka ADUN Anak Bukit, IR Amiruddin Hamzah akan mengambil alih teraju kepimpinan baru kerajaan PAS di Kedah.

Ustaz Azizan dijangka memberikan laluan kepada calon muda tersebut memandangkan beliau sendiri menghadapi masalah kesihatan yang kronik dan dilihat tidak mampu memenuhi agenda PAS bagi membuktikan kemampuan mentadbir negeri Kedah selepas menang dalam pilihan raya lalu.

Menurut sumber daripada PAS Kedah, Azizan tidak ada pilihan dan walaupun umum melihat ada calon lain yang lebih layak namun dengan kedudukan Amiruddin, Exco paling senior dalam kerajaan PAS Kedah, maka ADUN Anak Bukit ini dilihat sebagai orang yang layak menggantikan Azizan Razak.

“Meskipun pelantikan Amiruddin akan menimbulkan kemarahan kepada tokoh lain namun sebagai tokoh muda dan pemimpin yang lama berada dalam PAS, beliau adalah calon yang paling layak menggantikan Azizan dan kita percaya Amiruddin mampu memenuhi aspirasi PAS Kedah untuk terus menjadi kerajaan di negeri ini,” ujar sumber tersebut sewaktu dihubungi sambil menambah,

“ Masalah kesihatan Ustaz begitu membimbangkan dan kita tidak mahu faktor kesihatan ini dijadikan senjata oleh musuh-musuh poltik untuk menumbangkan kerajaan kita dan kita percaya perubahan kepimpinan perlu dibuat sebelum keadaan menjadi lebih buruk serta tidak terkawal,” kata sumber itu lagi.

Selain daripada masalah kesihatan, Ustaz Azizan juga tidak mampu menangani pertembungan tiga kumpulan dalam PAS Kedah di mana dua kumpulan tersebut sering memberikan tekanan kepada beliau untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar.

Selain satu kumpulan yang menyokong Azizan, dua kumpulan lagi masing-masing dipercayai diketuai oleh Amiruddin Hamzah dan juga Mahfuz Omar dilihat tidak mampu memberikan kerjasama yang baik kepada Azizan sebagai Menteri Besar dan Azizan sendiri turut dipercayai sudah bosan dengan karenah golongan-golongan muda dalam parti yang rakus mahu mengejar kuasa dan kedudukan sedangkan usia PAS memerintah Kedah baru sahaja setahun jagung.
Menjawab pertanyaan berkaitan, sumber dari PAS Negeri juga tidak menafikan bahawa pelantikan Amiruddin nanti akan menimbul serta memanjangkan pergolakan dalam parti serta kerajaan tetapi mereka yakin Amiruddin yang dinamakan untuk menggantikan Azizan mempunyai cara tersendiri untuk meyakinkan semua pihak bahawa pemilihan beliau sebagai Menteri Besar yang baru sewajar diterima dan dihormati.

“Kita sedar banyak pihak dilihat layak tetapi kedudukan Amiruddin sendiri melayakkan beliau untuk pengambilalihan tampuk kepimpinan negeri dan kita tetap percaya dasar-dasar baru yang diperkenalkan oleh Azizan akan diteruskan oleh beliau. Jadi tidak ada sebab pihak lain melihat Amiruddin seperti mahu merampas kuasa,” kata sumber itu lagi.

Namun ada pihak lain pula melihat pertukaran Menteri Besar yang bakal berlaku di Kedah ini membuktikan kegagalan PAS Kedah untuk menangani masalah dalaman parti tersebut dan Azizan terpaksa `dikambing hitam’kan bagi memenuhi kehendak pihak yang sentiasa menuntut kerusi tersebut.

Apa pun perkembangan ini merupakan satu perkembangan terbaik bagi PAS Kedah kearah mematangkan parti tersebut untuk dilihat berjaya sebagai sebuah kerajaan baru selepas merampas daripada kerajaan Barisan Nasional dan semua pihak PAS di Kedah meletakkan kepentingan parti lebih utama daripada individu malah pengunduran Ustaz Azizan untuk memberi peluang kepada Amiruddin Hamzah juga disifatkan sebagai satu pengorbanan cukup besar untuk PAS.

Pakatan Rakyat malam tadi bincang protes minyak naik harga

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di sini malam tadi bagi membincangkan tindakan barisan pembangkang terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel minggu lalu.

mStar Online difahamkan pertemuan itu dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berlangsung di kediaman beliau di sini. Ia turut disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun tiada kenyataan dikeluarkan pada akhir mesyuarat itu yang bermula kira-kira pukul 9 malam tadi. mStar Online juga difahamkan mesyuarat tersebut telah membincangkan tindakan protes yang dijadual berlangsung Khamis ini di ibu negara.

Dalam blognya dua hari lalu, Anwar berkata, beliau akan membangkitkan pendekatan muafakat bukannya tergopoh berhubung bantahan yang dikemukakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak pada pertemuam malam ini.

Muhyiddin: Sistem kuota galakkan rasuah politik

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengulangi gesaannya agar sistem kuota untuk melayakkan seseorang bertanding dalam pemilihan parti tidak diteruskan kerana ia boleh menggalakkan amalan rasuah.

"Saya berpendapat sebaik mungkin cari jalan agar sistem ini tidak diteruskan kerana selain ia tidak sesuai, ia boleh menggalakkan amalan rasuah politik.

"Apabila seseorang bertanding, dia perlu mendapat sejumlah pencalonan contohnya 30 peratus, tetapi baru dapat 10 peratus dan kurang 20 peratus lagi, tidakkah mungkin terdorong mereka untuk menggunakan wang supaya dapat pencalonan dan ini ternyata amalan tidak sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang kecewa kerana cadangannya supaya Umno menghapuskan sistem kuota untuk melayakkan seseorang bertanding tidak mendapat sokongan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata sistem kuota bukan khas untuk bertanding bagi jawatan tertinggi parti tetapi untuk semua jawatan sehingga ke akar umbi.

"Tetapi kita dapati dari awal sistem ini sebenarnya bukan satu perkara yang seharusnya kita teruskan walaupun telah digunakan sejak dulu kerana dalam perlembagaan Umno disebutkan setiap ahli Umno berhak bertanding apa jua jawatan," katanya.

Beliau berkata mana-mana anggota parti mempunyai kebebasan untuk bertanding di mana-mana jawatan sepertimana yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

"Bermakna kalau nak bertanding apa-apa jawatan mesti ada kelayakan sedangkan dalam amalan demokrasi seperti pilihan raya umum tiada kuota memerlukan 1,000 orang untuk mencalon, cadang dan sokong maka calon berkenaan layak bertanding," katanya.

Sistem kuota itu yang diluluskan Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 1988 antara lain menetapkan calon jawatan Presiden perlu mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan atau 57 daripada 191 bahagian, manakala Timbalan Presiden (20 peratus), Naib Presiden (10 peratus) dan ahli MT (lima peratus).

Muhyiddin berkata sistem itu mungkin tidak dapat dihapuskan pada masa kini kerana untuk meminda perlembagaan memerlukan beberapa syarat untuk dipenuhi seperti seluruh bahagian mengadakan persidangan dan separuh daripadanya bersetuju mengadakan persidangan khas bagi mencadangkan agar sistem itu dihapuskan.

"Setakat ini tidak berlaku kerana hanya beberapa bahagian saja yang bersidang dan ini tidak memenuhi kehendak dalam perlembagaan, kedua, MT sendiri yang buat keputusan untuk pinda dan ini tidak berlaku kerana mungkin pihak-pihak dalam MT tidak melihat ini sebagai satu keperluan.

"Jika kedua-dua cara ini tidak diputuskan maka tidak mungkinlah sistem kuota itu tidak boleh dipinda dan mahu ia dikekalkan," katanya.

Beliau berkata parti perlu kembali kepada sistem demokrasi yang tulen dan anggota tidak perlu merasa bimbang dan takut jika kalah ketika bertanding kerana mereka mempunyai kekuatan dan kelayakan yang akan dipilih oleh anggota yang lain.

"Apa perlu kita bimbang dan takut jika kita betul-betul seorang pemimpin yang banyak jasa, kalaupun orang yang hendak bertanding itu orang yang tidak terkenal atau tidak layak itu hak mereka dan tentu anggota parti yang sudah lama berjuang dalam Umno tahu menilai yang mana kaca yang mana berlian," katanya.

- BERNAMA

Perdana Menteri Lawat Kelantan Jumaat Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Kelantan, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8.50 pagi.

Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Hotel Renaissance di sini pada pukul 10 pagi.

Selepas mesyuarat itu, Abdullah akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi di sini dan kemudiannya ke Bendang Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas bagi merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara yang dijadualkan berlangsung pada 3.25 petang.

Pada sebelah malamnya, Abdullah akan menghadiri Majlis Pemimpin Masyarakat Bersama Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala di sini.

Abdullah kemudiannya dijadual berlepas ke Terengganu pada 10.30 malam.

Anggota Parlimen Kota Baharu Hilang Pistol Apabila Kenderaan Dipecah Masuk

Seorang anggota Parlimen kehilangan sepucuk pistol serta beberapa butir peluru selepas pacuan empat roda Mitsubishi Pajero miliknya dipecah masuk di sini, malam tadi.
Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata kejadian berlaku antara pukul 8.30 dan 9.20 malam semasa beliau meletakkan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta. Katanya beliau berada di hospital itu untuk menziarahi bapanya Wan Abdullah Wan Mahmood, 82, yang dimasukkan ke wad kerana diserang angin ahmar.
"Selalunya saya bawa bersama kesemua dokumen penting dan juga pistol itu, tetapi kerana tergesa-gesa (malam tadi) saya tinggalkan beberapa barangan penting termasuk pistol, pasport dan dokumen-dokumen penting yang lain dalam sebuah beg di tempat duduk kiri belakang kenderaan," katanya.
Wan Rahim berkata selepas kembali ke kenderaannya itu, beliau mendapati cermin kiri di bahagian hadapan keretanya itu pecah dan selepas diperiksa beliau mendapati pistol jenis Walther, beberapa butir peluru serta beberapa dokumen didapati sudah hilang.
Bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.
- BERNAMA

Rakyat Selangor dapat hadiah lagi

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, penduduk di sebuah taman perumahan yang majoritinya beragama Islam di Shah Alam, gempar apabila tersebar berita sebuah gereja yang terbesar di Asia Tenggara, bakal dibina berhampiran di kawasan mereka.

Ekoran itu, penduduk dan jawatankuasa masjid berhampiran menubuhkan jawatankuasa bertindak membantah cadangan pembinaan gereja itu dengan menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Malah, jawatankuasa berkenaan turut menganjurkan forum yang mana salah seorang daripada ahli panel ialah peguam, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, yang menjelaskan secara panjang lebar mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan.

Setelah isu itu senyap, tiba-tiba rakyat negara ini dikejutkan dengan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin bukan Islam daripada pelbagai kaum, Jumaat lalu.

Tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam, Dr. Xavier memaklumkan cadangan kerajaan negeri menghapuskan peraturan keluasan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh melebihi 10,000 kaki persegi atas alasan larangan terhadap saiz, panjang dan ketinggian itu tidak lagi sesuai.

Sambil meminta pemaju perumahan mengambil kira keperluan penduduk bukan beragama Islam agar menyediakan tapak yang lebih luas berbanding hanya 0.4 hektar sahaja ketika ini, beliau juga berjanji akan menambah peruntukan tahunan kepada rumah ibadat bukan Islam daripada RM3 juta ketika ini.

Dr. Xavier mungkin menyedari langkah itu bakal mendapat pujian masyarakat bukan Islam yang akan mengangkatnya sebagai ‘pejuang’, di samping menggunakan sepenuhnya peluang menduduki kerusi Exco kerajaan negeri ketika pakatan pembangkang berkuasa.

Persoalannya di mana suara wakil-wakil Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain yang beragama Islam. Meskipun ia baru di peringkat cadangan, tetapi adakan disebabkan alasan untuk memenuhi keperluan penganut agama lain, mereka sedia bertolak-ansur mengenai perkara itu.

Adakah pemimpin-pemimpin Pas negeri kini semakin menyimpang daripada matlamat membina negara Islam yang menjadi wadah perjuangan mereka selama ini, sehingga sanggup mendengar sahaja kenyataan seorang pemimpin yang satu ’selimut’ dengan mereka mahu menghapuskan peraturan mempertahankan kedudukan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan, sesuatu yang sentiasa tidak disenangi puak- puak cauvinisme.

TenggelamNada itu disuarakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang melihat biarpun ada wakil Pas dalam barisan kerajaan negeri, tetapi perjuangan Islam mereka seperti tenggelam manakala PKR pula asyik dengan konsep kesamarataan mereka, hatta terhadap masjid atau surau dengan rumah ibadat bukan Islam.

Baginya, cadangan itu sekiranya dipersetujui, seakan memberi lampu hijau bahawa rumah ibadat boleh dibina tanpa sebarang had walaupun di kawasan perumahan yang didiami pelbagai kaum sedangkan selama ini peraturan yang hendak dihapuskan itu berlandaskan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berupaya memastikan keperluan sesuatu rumah ibadat di Selangor seimbang dengan jumlah penganutnya sekali gus dapat memelihara keharmonian kaum.

Di Selangor, penduduk beragama Hindu berjumlah kira-kira 700,000 orang tetapi mempunyai lebih 1,000 kuil sedangkan hanya terdapat 380 masjid di seluruh negeri dengan jumlah penduduk beragama Islam seramai empat juta orang.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad sambil mempertahankan cadangan itu berpendapat, walaupun tidak ada had dari segi saiz, namun pembinaan rumah ibadat bukan Islam tetap tertakluk kepada peraturan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Selangor yang juga Yang Dipertua Pas Pandan itu melihat cadangan berkenaan mampu mengawal bilangan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram.
Beliau memberikan contoh di sebuah penempatan setinggan di Selayang yang mempunyai sehingga 20 buah kuil Hindu.

“Mungkin keperluan penduduk kawasan itu tidak mencukupi, jika dibina sebuah kuil yang besar, ia sudah memadai dan tidak akan ada lagi kuil-kuil pada jarak hanya beberapa ratus meter sahaja antara satu sama lain.

“Oleh itu saya melihat cadangan ini tidak menimbulkan masalah kerana pembinaannya tetap tertakluk kepada syarat dan hanya sesuai di penempatan majoriti bukan Islam, bukan boleh dibina dengan sewenang-wenang sahaja.

“Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti umat Islam, ia tidak seharusnya dibina,” katanya yang mengakui perkara itu pernah disentuh mesyuarat Exco tetapi belum ada kata putus dicapai.

Beliau menolak tanggapan Pas bersetuju dengan cadangan itu demi kepentingan politik kerana menurutnya, jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menimbulkan kemarahan penduduk Melayu pula.

Apa pun, hakikatnya peraturan yang mengehadkan saiz itulah yang mahu dihapuskan Dr. Xavier, yang mungkin tidak disedari oleh Iskandar.

Tidak mustahil apabila dihapuskan peraturan itu, kita boleh melihat rumah ibadat bukan Islam yang menyamai keluasan Masjid Shah Alam memandangkan mereka sudah tentu tidak akan menghadapi masalah dari segi kewangan.

Sudah banyak orang Melayu beralah kepada tuntutan dan desakan kaum lain, jadi sebelum terlambat, kata putus perlu dicapai bagi memastikan suasana harmoni yang dinikmati sebelum ini, teguh terpelihara.

Setelah berkeras mahu melaksanakan projek ternakan babi yang didakwa menggunakan sistem termoden di Sepang, pakatan pembangkang di Selangor terus ‘menunaikan janji’ dengan menghadiahkan sesuatu yang tidak dijangka oleh umat Islam, semata-mata atas prinsip kesamarataan.