SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

10 June 2008

Umno Kelantan dirombak?

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan Jumaat ini. Ia sekaligus mencetuskan kembali spekulasi kemungkinan akan berlaku rombakan dalam barisan kepimpinan Badan Perhubungan Umno negeri ini. Spekulasi rombakan ini disebabkan oleh kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu sekaligus meranapkan impian mengembalikan semula kepimpinan BN menerajui kerajaan Kelantan.

Lebih malang lagi, pilihanraya umum berkenaan mencatatkan prestasi menjunam BN Kelantan pimpinan Datuk Seri Panglima Annuar Musa yang hanya mampu mengekalkan 6 kerusi DUN berbanding 21 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum 2004. Pada tahun berkenaan UMNO Kelantan diterajui oleh Dato' Mustapa Mohamad.

Berbanding ketika dipimpin Mustapa, pada pilihanraya lalu UMNO mengalami kemerosotan undi yang sangat ketara. Banyak kawasan terutama di kawasan Kelantan selatan yang sebelum ini menjadi kubu kuat BN telah ditembusi dan dirampas Pas. Tokoh-tokoh berpengaruh UMNO ramai yang kecundang termasuk Annuar sendiri.

Umum melihat keadaan ini sebagai 'jurang maut' kepada UMNO jika sesuatu tidak dilakukan. Sejak kejatuhan kepada pembangkang hampir 20 tahun lepas, UMNO Kelantan sentiasa bertukar Ketua. Dari Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar Musa; UMNO masih gagal merampas kembali Kota Darul Naim.

Peluang terbaik adalah pada 2004 ketika dipimpin Mustapa Mohamad namun sayangnya setelah mencatat prestasi yang baik itu, Mustapa digantikan dengan Annuar dengan alasan khidmat Mustapa lebih diperlukan di Pusat, dan Annuar dikatakan sebagai calon terbaik untuk menjadi panglima menawan kerajaan Kelantan.

Tidak dinafikan Annuar memang berkebolehan dan mempunyai pelbagai idea untuk merencana strategi untuk menumbangkan kerajaan Nik Aziz. Annuar mungkin mempunyai segala kekuatan ditambah dengan pengalaman yang ada sebagai bekas anggota Kabinet, boleh dijadikan ayam sabung di gelanggang politik Kelantan.

Tetapi politik Kelantan tidak sama dengan negeri-negeri lain. Ayam sabung Kelantan tidak semestinya bertaji panjang untuk menjinakkan musuh. Ayam sabung Kelantan tidak semestinya hebat berkokok di gelanggang, tidak semestinya berparuh tajam umpama mata lembing. Ayam sabung Kelantan perlu lebih bijak menggunakan akal untuk mengungguli pertarungan.

Sesiapa yang dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan adalah mencerminkan tawaran BN kepada rakyat Kelantan untuk diiktiraf menjadi Menteri Besar. Dan rakyat Kelantan secara langsungnya akan membandingkannya dengan Nik Aziz, Menteri Besar sekarang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya lepas, rakyat Kelantan ternyata telah membandingkan Nik Aziz dengan Annuar Musa.

Oleh itu untuk menawan kembali Kelantan, UMNO dan BN perlu menawarkan kepada rakyat Kelantan siapakah bakal Menteri Besar apabila BN berjaya membentuk kerajaan negeri. Calonnya mestilah orang yang diterima di semua peringkat, dari setinggi-tinggi pegawai kerajaan hinggalah kepada rakyat marhain di kampung.

Umum ternanti-nanti apakah perubahan yang akan dibawa oleh Pak Lah sebagai buah tangan kepada seluruh rakyat Kelantan. Jumaat ini akan menjadi saksinya.