SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

10 June 2008

Anggota Parlimen Kota Baharu Hilang Pistol Apabila Kenderaan Dipecah Masuk

Seorang anggota Parlimen kehilangan sepucuk pistol serta beberapa butir peluru selepas pacuan empat roda Mitsubishi Pajero miliknya dipecah masuk di sini, malam tadi.
Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata kejadian berlaku antara pukul 8.30 dan 9.20 malam semasa beliau meletakkan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta. Katanya beliau berada di hospital itu untuk menziarahi bapanya Wan Abdullah Wan Mahmood, 82, yang dimasukkan ke wad kerana diserang angin ahmar.
"Selalunya saya bawa bersama kesemua dokumen penting dan juga pistol itu, tetapi kerana tergesa-gesa (malam tadi) saya tinggalkan beberapa barangan penting termasuk pistol, pasport dan dokumen-dokumen penting yang lain dalam sebuah beg di tempat duduk kiri belakang kenderaan," katanya.
Wan Rahim berkata selepas kembali ke kenderaannya itu, beliau mendapati cermin kiri di bahagian hadapan keretanya itu pecah dan selepas diperiksa beliau mendapati pistol jenis Walther, beberapa butir peluru serta beberapa dokumen didapati sudah hilang.
Bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.
- BERNAMA