SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 November 2008

Orang Melayu Pun Ada Perasaan - EXCO Selangor

dipetik dari blog ADUN Cempaka (Exco Selangor)
.
Strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas. Kemenangan 8 Mac PR adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar.

Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis.

Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu.

Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai MPAJ, amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi PKNS menjadi modal-modal UMNO dan BN.

Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius. Di dalam politik, setiap keberangkalian perlu dianggap serius.

Orang Melayu pun ada perasaan. Jika kita turun ke bawah bersama rakyat, kita boleh rasa ada perasaan bimbang dan gusar di kalangan mereka. Oleh yang demikian, hati mereka, sensitiviti mereka, juga mesti dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa. Mereka sedang menghitung apa yang mereka dapat dan apa yang orang lain dapat di bawah PR. Segala ucapan di dalam sidang DUN sedang mereka amati.

Jangan PR pula menjadi seperti UMNO dan BN, menganggap orang Melayu bodoh dan undi mereka senang hendak dipancing. Orang Melayu juga pandai menilai. UMNO menerima padahnya pada pilihanraya 1999, sehingga Dr. Mahathir terpaksa berundur.

Jika PR kalah di semua kerusi majoriti Melayu, keadaannya akan menjadi terbalik. BN pula akan ada 36 kerusi dan PR hanya 20. Lebih memalukan lagi jika Exco-Exco malah MB sendiri kehilangan kerusi.

Fikirkanlah!

Komen Cekati Tembaga : -
Tahniah kepada Exco Selangor dari Pas ini kerana sudah dapat melihat reaksi rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang semakin hari semakin meminggirkan orang Melayu dan Islam.
.
Walaupun kerajaan Selangor dipimpin oleh orang yang mengaku dirinya Melayu (walaupun cakap Melayu pun gagap) tetapi dasar pentadbirannya banyak dipengaruhi idealogi DAP dan menindas bangsa Melayu seperti mana isu-isu yang dinyatakan oleh ADUN Cempaka itu.

Gulung bajet: Najib pula hentam Anwar


Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak menggunakan peluang ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 dengan berulangkali mengkritik kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib yang menjadi sasaran kritikan Anwar sejak dua tahun lalu - mengambil peluang itu untuk membidas bajet alternatif pembangkang.

Katanya, bajet alternatif tersebut bersifat meguncup kerana ia menggesa kerajaan supaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM24 juta.

"Ini adalah satu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh menteri kewangan ketika itu (Anwar)," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan mencadangkan bajet yang bersifat berkembang sebagai penjana pertumbuhan yang berganda.

Najib juga menyifatkan ucapan Anwar selama lima jam ketika membahaskan Bajet 2009 sebelum ini, sebagai suatu yang luar biasa.

"Ia merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008," kata Najib yang juga menteri kewangan.

"Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset.
.
"Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, miraj, impian yang tidak menjadi kenyataan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

Yang pasti, tambah Najib, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara ini.

"Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini."Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional," kataya.

Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar, Najib menyeru kepada semua rakyat, di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis berjaya ditangani.

.

Ucapan Penggulungan Perbahasan Bajet 2009

TIMBALAN Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tiba di Bangunan Parlimen bagi menggulung Perbahasan Bajet 2009 bagi pihak Kementerian Kewangan


.

Najib: Kerajaan tidak cadang henti k'tangan kontrak


Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Berucap menggulung perbahasan bajet di peringkat dasar di Dewan Rakyat, beliau yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan tidak bercadang berbuat demikian seperti yang dilaporkan dalam media.

Pada 23 Oktober lalu, Presiden Cuepacs, Omar Hassan dilaporkan berkata kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.

Sebaliknya, kata Najib, kerajaan akan mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam.

"Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, katanya, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan. Untuk itu, katanya, kerajaan melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan Skim Pengurusan Memudahkan Graduan Mendapat Kerja (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya.

"Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta.

"Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun," katanya. Menurut Najib lagi, progam itu akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat.

.

Pakej rangsang ekonomi RM7b diumum


Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapipersekitaraan global yang semakin mencabar.

Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar di Dewan Rakyat Petang ini, Timbalan Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan berkata peruntukan tersebut akan disalurkan seperti berikut:

Pertama:

Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Dengan peruntukan tambahan ini, 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang bernilai di antara RM30,000 hingga RN35,000 sebuah untuk Semenanajung dan di antara RM35,000 hingga RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak.

Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta.

Pada tahun 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang melibatkan pembaikan 5,000 rumah.

Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta.

Kedua:

Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu RM250 juta untuk polis dan RM250 juta juga untuk tentera.

Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Ketiga:

Sebanyak RM600 juta diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

Keempat

Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima:

Sebanyak R500 juta akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.

Keenam:

Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah, iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk "mission school", RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.

Ketujuh:

Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".

Kelapan:

Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.

Kesembilan :

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;

Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang.

Kesepuluh:

RM400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

Kesebelas:

Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta. Ini adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Kedua belas:

Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta. Antara program yang terlibat ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Ketiga belas:

Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Keempat belas:

Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kelima belas:

Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah.

Menurut Najib lagi, bagi langkah untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:

Pertama:

Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi eluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif alam industri bekalan bahan binaan negara;

Kedua:

Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk egunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;

Ketiga:

Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung epada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.

Timbalan perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, melalui langkah-langkah berikut.

Pertama:

Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan “Graduate Employability Management Scheme” (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan erlibat.

Kedua:

Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap.

Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana dilaporkan dalam media.

.