SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 November 2008

Najib: Kerajaan tidak cadang henti k'tangan kontrak


Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Berucap menggulung perbahasan bajet di peringkat dasar di Dewan Rakyat, beliau yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan tidak bercadang berbuat demikian seperti yang dilaporkan dalam media.

Pada 23 Oktober lalu, Presiden Cuepacs, Omar Hassan dilaporkan berkata kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.

Sebaliknya, kata Najib, kerajaan akan mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam.

"Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, katanya, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan. Untuk itu, katanya, kerajaan melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan Skim Pengurusan Memudahkan Graduan Mendapat Kerja (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya.

"Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta.

"Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun," katanya. Menurut Najib lagi, progam itu akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat.

.