SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

04 November 2008

Orang Melayu Pun Ada Perasaan - EXCO Selangor

dipetik dari blog ADUN Cempaka (Exco Selangor)
.
Strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas. Kemenangan 8 Mac PR adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar.

Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis.

Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu.

Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai MPAJ, amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi PKNS menjadi modal-modal UMNO dan BN.

Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius. Di dalam politik, setiap keberangkalian perlu dianggap serius.

Orang Melayu pun ada perasaan. Jika kita turun ke bawah bersama rakyat, kita boleh rasa ada perasaan bimbang dan gusar di kalangan mereka. Oleh yang demikian, hati mereka, sensitiviti mereka, juga mesti dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa. Mereka sedang menghitung apa yang mereka dapat dan apa yang orang lain dapat di bawah PR. Segala ucapan di dalam sidang DUN sedang mereka amati.

Jangan PR pula menjadi seperti UMNO dan BN, menganggap orang Melayu bodoh dan undi mereka senang hendak dipancing. Orang Melayu juga pandai menilai. UMNO menerima padahnya pada pilihanraya 1999, sehingga Dr. Mahathir terpaksa berundur.

Jika PR kalah di semua kerusi majoriti Melayu, keadaannya akan menjadi terbalik. BN pula akan ada 36 kerusi dan PR hanya 20. Lebih memalukan lagi jika Exco-Exco malah MB sendiri kehilangan kerusi.

Fikirkanlah!

Komen Cekati Tembaga : -
Tahniah kepada Exco Selangor dari Pas ini kerana sudah dapat melihat reaksi rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang semakin hari semakin meminggirkan orang Melayu dan Islam.
.
Walaupun kerajaan Selangor dipimpin oleh orang yang mengaku dirinya Melayu (walaupun cakap Melayu pun gagap) tetapi dasar pentadbirannya banyak dipengaruhi idealogi DAP dan menindas bangsa Melayu seperti mana isu-isu yang dinyatakan oleh ADUN Cempaka itu.