SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

05 November 2008

Desak jawatan ketua kampung untuk PKR

Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut sebanyak 16 jawatan ketua kampung bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Cempedak diberi kepada ahli parti tersebut.
.
Perkara tersebut disuarakan dalam satu mesyuarat khas baru-baru ini yang dihadiri 50 ahli PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Cempedak dan ahli PKR cawangan Batu Lintang, Sungai Petani.
.
Menurut Jawatankuasa Mengundi PKR DUN Guar Cempedak, Abd Rani Saad, beliau mewakili 16 nama yang sebelum ini telah disenarai untuk menerima jawatan ketua kampung itu memohon jasa baik kerajaan negeri supaya koata jawatan tersebut diberikan kepada wakil daripada PKR. Majlis perlantikan akan diadakan tidak lama lagi.
.
“Dalam mesyuarat yang dihadiri ahli PKR DUN Guar Cempedak serta wakil PKR daripada Batu Lintang, Sungai Petani sebulat suara inginkan supaya jawatan Ketua Kampung juga diberikan kepada wakil PKR, ini kerana bagi kawasan Guar Cempedak tiada wakil daripada PKR yang akan dilantik untuk jawatan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
.
Menurutnya, oleh yang demikian, atas jasa baik kerajaan negeri, mereka memohon supaya jawatan ketua kampung bagi DUN Guar Cempedak diberikan kepada 16 orang wakil PKR yang mana mereka terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.
.
ULASAN CEKATI TEMBAGA:
.
TIDAK ADA APA YANG PERLU DIHAIRANKAN DENGAN TUNTUTAN PKR INI KERANA PARTI MEREKA DINASIHATI OLEH SEORANG MANUSIA YANG JUARA DALAM BIDANG KETAMAKAN KUASA INI.
.
BUKANKAH PEMIMPIN AKAN MENJADI MENJADI IKUTAN KEPADA PARA PENGIKUT. BUKANKAH ANWAR IBRAHIM YANG MEMEGANG TROFI ORANG PALING TAMAK DAN KEMARUK KUASA MENJADI PERDANA MENTERI. OLEH ITU TIDAK HAIRANLAH APABILA JAWATAN KETUA KAMPUNG PUN MENJADI REBUTAN WALAUPUN TERPAKSA BEREBUT SESAMA SENDIRI.
.
.