SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 November 2008

Hadi Awang mahu penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

.

Permintaan terbaru Sabah: Khaskan kerusi Naib Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Umno Sabah hari ini meletakkan permintaan terbaru - satu daripada tiga kerusi Naib Presiden parti perlu diberikan kepada pemimpin negeri itu sebagai menghargai peranan parti itu dalam pilihan raya umum lepas.

Permintaan itu dikemukakan oleh calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu berkata, pengorbanan rakyat Sabah dalam memastikan kejayaan Umno sebagai tunggak Barisan Nasional perlu diiktirafkan dengan meletakkan seorang daripada pemimpin Umno di negeri itu sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti.

"Jawatan ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkuatkan jambatan sedia ada antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya di sini.

Mengenai pencalonan beliau sebagai Naib Presiden parti menjelang pemilihan Umno Mac depan, Shafie berkata, beliau yakin anggota Umno sudah cukup matang dalam membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka kelak.

"Satu peringatan yang harus dibuat di sini ialah semua ahli harus memperkuatkan parti dan bukannya menjaga kepentingan sendiri," kata beliau dipetik Bernama.

Sehingga pukul 3 petang tadi, Shafie yang merupakan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, telah memperoleh 51 pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Perlembagaan Umno menetapkan perlu memperoleh sekurangkurangnya 20 pencalonan untuk layak bertanding jawatan naib presiden parti.

.

Mukhriz 71, Khir 56, Khairy 51


6.15 pm - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi pencalonan ke-71 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Temerloh (Pahang), yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

Razali kini mengumpulkan 91 pencalonan manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 80 pencalonan.

5.00 pm - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-56 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kudat, Sabah, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 80 pencalonan.

5.00 pm - Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-55 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Besar, Selangor yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 79 pencalonan.

4.40 pm - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-70 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kangar yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

2.50 pm - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-69 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Petani, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

2.40 pm - Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-54 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Pengerang, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

Berikutan itu, Razali kini mengumpul 89 pencalonan setakat ini. Seorang lagi calon naib ketua Pemuda ialah Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 77 pencalonan.

Manakala dua lagi calon ketua Pemuda - Datuk Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin - masing-masing kekal dengan 68 dan 51 pencalonan.

.

Najib Azam Galas Amanah Kepercayaan Akar Umbi Umno


KUALA LUMPUR, 2 Nov - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno selepas mendapat 134 pencalonan bagi jawatan itu hari ini, menyatakan keazaman untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh akar umbi Umno.

Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN.

"Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno," kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my.

Najib juga berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur.

"Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara," katanya.

Timbalan Presiden Umno itu hari ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden Umno apabila menambah 22 lagi pencalonan baru sehingga pukul 7 malam ini.

Ini menjadikan jumlah yang diterima Najib sebanyak 135 pencalonan.

Najib menerima pencalonan daripada bahagian Batu Kawan, Tawau, Silam, Keningau, Teluk Kemang, Tampin, Puchong, Sekijang, Ayer Hitam, Kulim-Bandar Baharu, Tanjung Malim, Segamat, Bentong, Kapar, Kota Raja, Muar, Indera Mahkota, Klang, Cameron Highlands, Teluk Intan, Balik Pulau dan Labuan.

- BERNAMA
.

Timbalan Presiden: Debaran makin terasa….


Tumpuan kini hanya pada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mampukah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Ketua Menteri Melaka itu menyertai Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Tandatanya ini semakin mendebarkan apabila Muhammad Sabtu mendapat lima lagi pencalonan menjadikan jumlah yang diperolehinya 22 manakala Ali pula tiga yang meningkatkan kedudukannya pada 26.

Lima bahagian yang calonkan Muhammad ialah Bera, Jerantut, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Kuala Krau. Manakala Ali mendapat pencalonan dari Keningau, Padang Serai dan Batu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula setakat ini dapat 69 pencalonan. Beliau menambah empat pencalonan yang diterima dari Bagan, Tambun, Kota Bahru dan Kubang Pasu.

Ahad selain kemungkinan pencalonan dari bahagian-bahagian lain Muhammad dilihat boleh bergantung harap pada enam bahagian dalam negeri Selangor yang akan berbesyuarat iaitu Hulu Selangor, Puchong, Kapar, Pandan, Kota Raja dan Kelang.

UMNO Selangor ada 22 bahagian.Dari bahagian-bahagian yang sudah bermesyuarat bekas Menteri Besar Selangor itu setakat ini cuma miss pencalonan dari UMNO Bahagian Shah Alam.

Ali pula sekalipun turun dengan backing enam bahagian di Melaka telah membuktikan beliau mampu menarik pencalonan dari bahagian-bahagian di negeri lain.

Kuota kelayakan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah 39.

.

Isa Samad layak bertanding naib presiden

5.40 pm - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad menjadi calon keenam layak bertanding jawatan Naib Presiden selepas melepasi kelayakan maksima 20 pencalonan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Isa mengesahkan beliau telah memperolehi 21 pencalonan sehingga lewat petang ini.

Lima calon yang telah layak bertanding Naib Presiden sebelum ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein yang mendapat 109 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (78), Datuk Shafie Apdal (56), Datuk Khaled Nordin (60) dan Datuk Syed Hamid Albar (24).

Isa berkata, beliau mendapat 14 pencalonan semalam dan menambah tujuh lagi pencalonan hari ini.

Menurutnya, beliau mendapat pencalonan itu dari bahagian Ayer Hitam, Muar, Teluk Kemang, Kuala Pilah, Tampin, Teluk Intan dan Kapar.

Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (16), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1), Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).

2.20 pm - Bagi jawatan naib presiden pula, bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad memerlukan dua lagi pencalonan untuk layak.

.

Najib Presiden baru UMNO, menang tanpa bertanding


Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.

Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.

Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 59 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam.

Bahagian yang mencalonkan Najib hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Puchong, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Bentong, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan, Camerons Highlands dan Silam.

.