SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

02 November 2008

Hadi Awang mahu penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor.

Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

.