SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

30 September 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin khasnya kepasa semua pengunjung setia dan kawan-kawan seperjuangan.

Moga Aidilfitri ini membuka lembaran baru untuk semua Umat Islam dan Melayu di negara ini.


29 September 2008

10 Ahli UMNO Sabotaj Parti Dan Rasuah Dikenakan Tindakan Disiplin

Oleh umno-online.com


KUALA LUMPUR – Lembaga Disiplin yang telah bersidang pada 22 dan 24 September lalu memutuskan seramai 10 orang ahli UMNO dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung keahlian selama satu penggal pemilihan dan juga diberikan amaran berkuat kuasa dari tarikh tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, YM Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail memaklumkan bahawa kes-kes yang telah diputuskan ini melibatkan kesalahan-kesalahan seperti mensabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO dan terlibat dalam rasuah politik iaitu Perkara 5 Tataetika Ahli UMNO.

Beliau memaklumkan demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat Lembaga Disiplin UMNO, Ibu Pejabat UMNO.

Sebanyak 475 aduan telah diterima dan tindakan yang telah diambil iaitu melalui siasatan atau pendengaran pertuduhan telah dibuat dengan 115 aduan telah disiasat oleh panel penyiasatan.

Antara kesalahan yang diambil tindakan melibatkan Perkara 5.1.2 iaitu memberi, meminjam, meminta atau bersetuju untuk memberi atau meminjam atau meminta, atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai untuk seseorang ahli atau untuk seseorang yang lain, dengan tujuan mendorong seseorang ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

Berikut adalah senarai ahli yang dikenakan tindakan disiplin:

1. Encik A. Malek bin Daing A. Rahaman BAHAGIAN Kota Tinggi HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 22 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Perkara 5.1.2, 5.3 $ 5.5 Tataetika Ahli

2. Encik Mohamadon bin Abu Bakar BAHAGIAN Kota Tinggi HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 22 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Perkara 5.1.2, 5.3 $ 5.5 Tataetika Ahli

3. Encik Musa bin Ngaman BAHAGIAN Kota Tinggi HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 22 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Perkara 5.1.2, 5.3 $ 5.5 Tataetika Ahli

4. Encik Muszaide bin Makmor BAHAGIAN Kota Tinggi HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 22 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Perkara 5.1.2, 5.3 $ 5.5 Tataetika Ahli

5. Encik Mohammad Taha bin Madon BAHAGIAN Kota Tinggi HUKUMAN BERSALAH – Diberi Amaran JENIS KESALAHAN – Perkara 5.3 $ 5.5 Tataetika Ahli

6. YBhg Dato’ Mohd Zain bin Ismail BAHAGIAN Rantau Panjang HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 24 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 $ 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

7. Tuan Haji Ghazali bin Ismail BAHAGIAN Rantau Panjang HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 24 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 $ 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

8. Encik Fauzi bin Omar BAHAGIAN Rantau Panjang HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 24 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 $ 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

9. Puan Hajah Pauziah bte Che Wook BAHAGIAN Rantau Panjang HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 24 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 $ 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

10. YBhg Dato’ Ismail bin Hassan BAHAGIAN Tanah Merah HUKUMAN BERSALAH – Digantung tiga (3) Tahun daripada 24 September 2008 atau satu (1) Penggal Pemilihan JENIS KESALAHAN – Perkara 5.1.2 $ 5.5 Tataetika Ahli, Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 $ 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO

Berikut adalah dibutirkan statistik aduan-aduan yang telah diterima dan tindakan yang telah diambil iaitu Siasatan atau Pendengaran Pertuduhan:

  • Jumlah keseluruhan aduan 475

  • Jumlah aduan yang telah di siasat (panel penyiasatan) 115

  • Jumlah aduan yang belum dimulakan siasatan 49

  • Jumlah aduan perlu dokumen tambahan (borang a) 38

  • Jumlah aduan kategori tiada tindakan lanjut (nfa) 85

  • Jumlah aduan yang bukan di bawah bidang kuasa lembaga disiplin 74

  • Jumlah aduan baru 110 Kiv 4 Jumlah aduan yang telah di siasat (panel penyiasatan) dan didapati tiada prima facie kes 22

  • Jumlah kes yang telah di dengar (tribunal lembaga disiplin) 10
.

FATWA PAS KELANTAN : HARAM MENOKONG DAP DAN PAKATAN RAKYAT?

Hukum Dewan Ulama’ PAS Kelantan 1963 :
“Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram”.
.
Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS pada itu. Sekarang lihatlah apa yang dah terjadi. Apakah hukum PAS sekarang ini sudah termakan diri sendiri?
.
Ini bermakna siapa menyokong kafir harbi (DAP-penentang negara Islam) adalah haram, siapa menyokong sekutu Kafir Harbi (Pakatan Rakyat) adalah Haram dan mengundi DAP dan Pakatan Rakyat adalah haram.
.
Adakah kita mahu lakukan perkara yang haram? ATAU ADAKAH HUKUM AGAMA SUDAH BERUBAH UNTUK MENUKAR KERAJAAN?
.

Teresa Pakai Skirt 'Buka Puasa' Di Masjid

Pada 19 September 2008, Teresa Kok telah hadir di Masjid Nurrusaadah, Kg Cheras Baru untuk 'berbuka puasa' (gambar dalam blog Teresa). Malangnya Ahli Parlimen Seputeh itu, memakai skirt untuk berbuka puasa di masjid. Malah sempat lagi berkempen dalam masjid ketika umat Islam berbuka puasa.

Ketika mendakwa rumahnya dilontar "molocov cocktail", Teresa menyalahkan media sebagai punca kejadian tersebut. Apakah pakai skirt ke masjid juga salah media?

Zakariah Isa (Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan) berkata, "Pemimpin bukan Islam seharusnya sensitif dengan mematuhi kod etika berpakaian ketika menghadiri majlis terutama yang dianjurkan oleh masjid.

Menurutnya, jika perlu, pegawai khas pemimpin berkenaan wajar memainkan peranan memberi nasihat yang baik tentang etika berpakaian.".

Sewajarnya pemimpin PAS menegur kelakuan Teresa ini. Mohd Sabu (Naib Presiden PAS) difahamkan hadir ketika penghujung ucapan Teresa Kok di masjid tersebut.

Apakah ulasan Mohd Sabu tentang pakaian Teresa Kok?
.

27 September 2008

Ku Li gesa pemilihan parti dikekal Disember ini

dipetik dari mstar online

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang semalam menyifatkan keputusan menunda pemilihan parti sebagai "permainan kanak-kanak" dua pemimpin, hari ini menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) semalam.

"Mereka patut menolak (keputusan MT semalam) kalau sayangkan parti.

"Mereka mesti tentukan sikap untuk menolak kerana ini (peralihan kuasa) bukan perkara kecil," kata beliau pada sidang media di rumahnya di sini sebentar tadi.

Kata beliau, ahli-ahli Umno perlu meminta supaya pemilihan pucuk kepimpinan pusat dikekalkan Disember ini, bukannya menunda ke Mac depan.

Bagaimanapun beliau tidak bercadang untuk membawa sebarang usul berkenaan pelan peralihan kuasa yang dirancangkan walaupun ia sebenarnya di luar perlembagaan parti.

"Nak bawa usul kita perlu adakan mesyuarat khas dan perhimpunan khas.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dapatkan sokongan bahagian. Memadailah saya buat bantahan lisan kerana bukan saya seorang saja (yang membantah), tapi juga ahli-ahli Umno lain," katanya.

Semalam Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang sebelum ini pernah menawarkan diri mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertanding jawatan Presiden berkata, beliau masih kekal dengan pendirian mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada Umno dan negara.

Hari ini beliau mengulangi pendirian itu sama ada Abdullah bertanding ataupun sebaliknya.

Semalam Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sebelum 9 Oktober sama ada bertanding mempertahankan jawatannya ataupun tidak.

Tengku Razaleigh berkata, beliau tetap akan bertanding tidak kira bila pemilihan Umno diadakan.

.

'Peralihan dipercepat bukan kerana desakan saya' - Muhyiddin

dipetik dari mstar online

MUAR : Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak setahun lebih awal dari pelan asal Jun 2010 bukan kerana desakan beliau.


Beliau menjelaskan, pandangannya tentang kepimpinan Perdana Menteri selama ini yang kadangkala terasa lebih tajam dan pedas bukan berniat untuk menyinggung perasaan tetapi adalah untuk kepentingan masa depan parti


"Apa yang diputuskan itu bukan kerana desakan saya. Saya kira Perdana Menteri mengambil kira semua perkara.


"Kita harap apa yang diputuskan oleh Pak Lah dapat diterima dengan baik oleh semua," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil di surau Jalan Bakri di sini, malam tadi. Beliau berkata demikian semasa ditanya pemberita mengenai adanya tanggapan bahawa keputusan Perdana Menteri itu adalah disebabkan oleh desakan-desakan beliau selama ini.


Pada mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, Abdullah yang juga Presiden Umno mengumumkan MT membuat keputusan menunda tarikh perhimpunan agung parti itu yang sebelum ini dijadualkan Disember ini ke Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.


Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyifatkan keputusan itu akan melenyapkan soal ketidaktentuan politik negara sehingga membuatkan pelabur di dalam dan luar negara mengambil sikap tunggu dan lihat untuk melabur di negara ini.


"Proses peralihan kuasa ini akan memberi panduan lebih jelas kepada mereka dan tidak timbul lagi soal tidak ketentuan dalam negara ini," katanya.


Muhyiddin berharap anggota Umno akan terus bertaut kepada parti dan dapat memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti dan meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).


Mengenai penangguhan Perhimpunan Agung Umno ke Mac depan, beliau berkata, keputusan itu adalah munasabah dan berharap anggota parti tidak mempertikaikannya.


"Saya kira ia munasabah dan kita harap ia tidak dipertikaikan dan diterima dengan baik oleh semua ahli parti," katanya.


.

Najib: Penangguhan Perhimpunan Agung Umno keputusan bijak

dipetik dari mstar online

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung Umno ke Mac tahun depan dan mengekalkan tarikh mesyuarat Umno bahagian sebagai keputusan yang bijaksana.

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata tarikh sebenar perhimpunan agung itu akan diumumkan kemudian.

"Tarikh akan ditentukan dalam sedikit masa lagi tetapi yang pastinya ia akan berlaku bulan Mac," katanya.

Mesyuarat khas MT Umno hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti yang sebelum ini dijadualkan pada Disember ini ke bulan Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Mesyuarat Umno bahagian dijadual dari 9 Okt hingga 9 Nov ini.
.

Peralihan kuasa lebih awal

dipetik daripada Berita Harian

ABDULLAH berkata sesuatu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno, di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan Agung Umno, pemilihan ditunda Mac 2009

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac tahun depan, kira-kira 15 bulan lebih awal daripada tarikh peralihan kuasa pada Jun 2010 seperti dijadualkan sebelum ini.

Tanpa menyatakan dengan jelas tarikh sebenar beliau akan melepaskan jawatan, Perdana Menteri, pada sidang media selepas mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam, membayangkan pelan peralihan kuasa yang diumumkannya Julai lalu mungkin berubah.

Abdullah juga berkata, beliau akan mengumumkan sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya sebelum mesyuarat perwakilan bahagian bermula 9 Oktober ini.

“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Anda boleh terus meneka tetapi keputusan muktamadnya milik saya.” katanya pada sidang media ringkas sejurus selepas selesai mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung kira-kira sejam di Menara Datuk Onn, di sini.

Sebelum mesyuarat khas itu, Abdullah mengadakan perbincangan empat mata dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak selama kira-kira 20 minit. Bagaimanapun, butiran perbincangan itu tidak diperoleh.

Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa yang diumumkannya pada Julai lalu di mana Najib dijadualkan mengambil alih kepemimpinan pada 2010, Abdullah berkata: “Kalau sudah dipercepatkan, tidak timbullah (pelan peralihan) 2010 itu”.

Mengikut pelan peralihan kuasa itu, Abdullah dan Najib masing-masing akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti yang dijadual diadakan sempena perhimpunan agung Disember ini.

Bagaimanapun, Mesyuarat khas MT semalam memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti itu kepada Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal. Mesyuarat semalam juga memutuskan supaya mesyuarat Bahagian Umno diteruskan mengikut jadual mulai 9 Oktober hingga 9 November ini. Pemilihan Umno sudah ditangguhkan 12 bulan sejak September 2007 bagi membolehkan parti membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum pada 8 Mac lalu.

Diminta menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata: “Ia untuk membuat penyerahan apa juga yang diperlukan... peraturan apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga. Ini akan diputuskan antara saya dan Najib.”

Berhubung keputusan tidak menangguhkan mesyuarat Umno bahagian, Abdullah berkata sebarang perubahan tarikh akan membawa kesusahan dan tidak membawa kebaikan tambahan.

“Kalau ditangguhkan nanti tentu membabitkan prosedur lain dan menyusahkan. Semua bahagian akan bermesyuarat seperti biasa. Ada bahagian yang sudah menetapkan tarikh,” katanya.

Abdullah berkata, mesyuarat MT semalam juga sebulat suara meluluskan keputusan menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti, malah beliau tidak menerima sebarang tekanan daripada ahli MT untuk mempercepatkan peralihan kuasa.

“Tiada sebab MT mahu desak (peralihan kuasa dipercepat) sebab mereka tahu hubungan saya dengan Datuk Seri Najib sangat baik dan apa-apa pun, kami ada persefahaman. Jadi, tiada masalah mengenai perkara ini,” katanya.

Ditanya jika beliau sedia berkorban demi parti jika ia menuntutnya melepaskan jawatan yang disandangnya, Abdullah berkata, beliau sentiasa sayangkan Umno walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.

“Saya tidak pernah tinggalkan parti, saya tidak sertai Umno 46 (Semangat 46). Saya tidak pernah sertai parti lain, juga tidak pernah berada dalam platform pembangkang atau menghentam Umno,” katanya.

Sementara itu, Abdullah turut menafikan desas-desus kononnya beliau akan bercuti selepas ini.
“Saya akan bercuti? Macam mana anda tahu? Tidak... saya tidak akan bercuti kerana saya masih ada banyak kerja untuk dibuat,” katanya.
.

Mahu akar umbi buat keputusan alih kuasa

PASIR MAS - Ketua UMNO bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman bersetuju dengan prinsip pelan peralihan kuasa 2010 yang disarankan Perdana Menteri.

“Saya bersetuju dengan prinsip tersebut tetapi biarlah keputusan itu dibuat oleh akar umbi, iaitu bahagian,” katanya ketika ditemui di Kubang Panjang, semalam.

Abdul Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan UMNO Kelantan memberikan sokongan penuh terhadap pelan peralihan kuasa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO Malaysia, iaitu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu, biarlah bahagian yang menentukannya mengenai perkara tersebut melibatkan kedua-dua pemimpin terbabit.

“Kita punya prinsip peralihan kuasa, tetapi bila peralihan kuasa berlaku kita patut bagi kepada bahagian untuk menentukan iaitu akar umbi yang memilihnya,” katanya. Beliau berkata, perkara ini pernah disuarakan Perdana Menteri, bahawa peralihan kuasa itu boleh ditukar.

Annuar dalam kenyataannya pada 22 September lalu berkata, perbincangan yang diadakan di kalangan ketua-ketua bahagian Kelantan yang dihadiri hampir kesemua ketua bahagian mencapai kata sepakat menyokong pelan peralihan kuasa tersebut.
.

18 September 2008

Adakah ini laknat Allah S.W.T ?

dipetik dari malaysiahariini.com

HARI baik bulan baik, umat Islam bukan sahaja akan tingkatkan amalan tapi juga akan mengawal nafsunya. Itu adalah tuntutan agama.

Namun dalam isu pembentukan kerajaan 16 September, Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak dapat mengawal nafsunya tapi membuat sesuatu yang boleh menjejas pahala puasanya iaitu dengan berbohong.

Ramai orang bertanya kenapa Anwar terus berbohong dan tergamak dia berbohong dalam bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak.

Jawabnya, jika semua umat Islam beriman dengan Allah, adakah mungkin ini laknat Allah dan hukuman Allah ke atas Anwar dengan jadikan lidahnya keras untuk terus berbohong dan sudah tidak boleh lembut lagi untuk bercakap benar.

Pada masa inilah kita kena ingat seorang anak muda dengan lafaz Wallahi Wabillahi Watallahi bersumpah laknat untuk mencari kebenaran dari sisi Allah dalam kesnya dengan Anwar Ibrahim.
.

Kakitangan awam dapat bonus Selasa

diipetik dari berita harian

Dibayar sekali dengan gaji bagi persiapan raya



KUALA LUMPUR: Lebih 1.2 juta kakitangan awam akan menerima gaji dan bayaran bonus setengah bulan Selasa depan bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri selain merancang perjalanan pulang ke kampung.


Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata Kementerian Kewangan memaklumkan perkara itu kepada kesatuan petang semalam dan Cuepacs amat menghargai tindakan kerajaan menjaga kebajikan kakitangan awam.


Katanya, Cuepacs menerima rayuan dan permintaan anggota sektor awam dan kesatuan gabungan berhubung perkara itu memandangkan Aidilfitri jatuh pada 1 Oktober depan.


"Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan gaji lebih awal ini dan yakin anggota sektor awam dapat membuat perancangan kewangan yang bijak," katanya kepada Berita Harian, semalam.


Sementara itu, Omar berkata pihaknya memohon kerajaan mengisytiharkan 3 Oktober depan sebagai cuti khas sempena Hari Raya dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan, semalam.


"Kita sudah menulis surat kepada KSN memandangkan sambutan Hari Raya jatuh pada 1 Oktober (Rabu) dan 2 Oktober (Khamis) manakala kakitangan sektor awam perlu kembali bertugas pada 3 Oktober (Jumaat).


"Mereka perlu hadir ke pejabat masing-masing untuk bertugas pada Jumaat dan bercuti semula pada Sabtu dan Ahad berikutnya. Sekiranya 3 Oktober diberi cuti khas maka anggota sektor awam tidak perlu bergegas pulang dari kampung masing-masing," katanya.
.

PM mungkin bersara awal, Najib kini menteri kewangan

oleh Malaysiakini.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau menyerahkan jawatan menteri kewangan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan menteri pertahanan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar tengahari ini, Abdullah berkata, pertukaran jawatan itu berkuatkuasa serta merta.Perdana menteri yang memegang jawatan menteri kewangan sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan keputusannya itu kepada kabinet. Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," katanya. Najib turut hadir.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu antara lain bergantung kepada prestasi Najib. Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin tersebut tetap berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Abdullah berkata, beliau dan Najib akan mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan Umno Disember ini.

Najib turut hadir di sidang akhbar tersebut dan apabila ditanya komennya, menjawab: "Kami telah bersetuju. Saya menyerahkannya kepada parti. Kami menawarkan diri kepada parti dan saya berharap mereka akan menerimanya".

Najib juga turut dilantik sebagai timbalan pengerusi badan pelaburan kerajaan, Khazanah Holdings. Terdapat desakan yang semakin meningkat ke atas Abdullah supaya bersara lebih awal, tetapi kini nampaknya Najib telah mencapai persetujuan dengan bosnya itu untuk menenangkan tuntutan dari akar umbi Umno. Kedua-dua mereka kini berdepan dengan kekalutan politik yang berpunca daripada pergeseran dalam Umno, di tengah-tengah cabaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk menubuhkan kerajaan baru.

Para pemerhati berkata, langkah terbaru Abdullah hari ini adalah untuk memberi jaminan kepada Najib bahawa beliau akan mengambil alih jawatan nombor satu dan juga untuk menangkis kempen yang diketuai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan Abdullah daripada jawatan presiden.

Abdullah juga turut menyentuh tentang permintaan Anwar untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baru.

Perdana menteri berkata, surat yang dihantar oleh pemimpin Pakatan tidak menyebut tentang peralihan kuasa.

.

Langkah terbaru Pak Lah-Najib menjelang 2010…


oleh Agendadaily

Senario politik Malaysia ligat berputar kebelakangan ini.Setelah heboh kisah kerajaan 16 September dikira gone case isu apabila pekong dolak dalik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenainya sudah jelas terserlah… kini peralihan kuasa dalam kepimpian UMNO sudah naik ke carta teratas.

Petang Rabu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dimana beliau membuat pengumuman yang dikira memperjelaskan keadaan tidak menentu berhubung isu berkenaan beberapa hari kebelakangan. Ini ekoran kenyataan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di Singapura Rabu lalu yang mahukan proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib dipercepatkan dari Jun 2010.

Jumaat lalu Najib ketika menjawab soalan para wartawan mengenai kenyataan Muhyiddin itu berkata beliau menyerahkan kepada bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober ini membuat pendirian masing-masing mengenainya.

Dalam langkah yang ditafsirkan oleh sesetengah pemerhati politik untuk letak Najib pada kedudukan sepatutnya menjelang pelan peralihan kuasa itu, Abdullah mengumumkan pertukaran jawatan antara kedua mereka. Berkuatkuasa serta-merta Najib akan ambil alih jawatan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan manakala Abdullah pula akan ambi lalih jawatan timbalannya sebagai Menteri Pertahanan.

Dalam sidang akhbar itu Abdullah juga umum beliau dan Najib akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini. Bagaimanapun Abdullah kata beliau mungkin lepas jawatan lebih awal dari 2010 bergantung kepada prestasi Najib. Katanya dalam pemilihan UMNO Disember ini kedua mereka akan pertahankan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

"Tempoh waktunya fleksibel. Ia mungkin jika saya mahu pergi lebih awal tetapi tidak melangkaui 2010," kata. Menjawab soalan berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: Ia boleh jadi di antara sekarang dengan Jun 2010." Sambil menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin komited dengan pelan penyerahan, Abdullah berkata beliau akan mengekalkan kerusi Presiden UMNO manakala Najib mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencabar Abdullah dalam pemilihan UMNO pada Disember.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung tempoh masa itu, Abdullah berkata: "Ia bukan untuk anda tanya dan untuk saya menjawab."

Abdullah berkata perkara itu akan diputuskan dengan sewajarnya apabila proses penyerahan mengambil tempat. Sementara itu, Najib berkata beliau dan Perdana Menteri telah mencapai persetujuan seperti yang digambarkan oleh Abdullah. Sehubungan dengan itu, beliau berharap pelan peralihan kuasa itu dapat diterima oleh parti demi kestabilan negara dan keutuhan parti.

Ketika ditanya sama ada beliau (Najib) akan menerima sebarang pencalonan untuk jawatan Presiden, Najib berkata "kami telah sama-sama bersetuju dengan perkara itu. Kami serahkannya kepada parti. Kami telah menawarkan diri masing-masing, kami harap parti akan menerimanya," katanya.

.

Akhirnya SAPP keluar BN

Parti Maju Sabah (SAPP) Selasa mengumumkan keputusan 'yang tidak mengejutkan' untuk keluar Barisan Nasional.

Parti itu akan jadi parti bebas dan tidak akan menyertai barisan pembangkang.Keputusan itu diumumkan oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dalam sidang akhbar di pejabat parti itu di Kota Kinabalu.

SAPP memang sudah dijangka akan ambil keputusan ini setelah cuba mempelopori undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri baru-baru ini.

Parti itu hanya mempunyai dua Ahli Parlimen iaitu bagi kawasan Sepanggar dan Tawau.

Tindakan SAPP menyebabkan kerusi BN dari 140 kini tinggal 138 di Parlimen,barisan pembangkang 81 manakala Bebas 3.

SAPP mempunyai empat kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sabah
.

16 September 2008

Hari Ini 16 September


HARI INI 16 SEPTEMBER. TARIKH YANG BEGITU DIPOPULARKAN SEJAK 6 BULAN LEPAS. 16 SEPTEMBER MENGIKUT KATA ANWAR IBRAHIM TARIKH KERAJAAN BARU AKAN DIBENTUK..DIBENTUK OLEH 'PAKATAN RAKYAT' DAN DIA AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.. HAHA..HAHA...

HARI DAH 16 SEPTEMBER..SEKARANG PUKUL 1.25 PAGI. MARILAH SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN TENGOK PAGI NANTI ADAKAH ANWAR AKAN ANGKAT SUMPAH JADI PERDANA MENTERI... KALAU TAK ANGKAT SUMPAH JUGA, MAKNANYA LAYAKLAH ANWAR DILANTIK MENJADI DUTA SESUMPAH...

ANWAR...OH ANWAR...TAK SEDAR-SEDAR DIRI LAGI KER....

RASA NAK GELAK GAK TAPI TAK SAMPAI HATI PULAK...KIRANYA GELAK DALAM HATI JE LAH...
.

Kenyataan Nik Aziz Yang digam Harakah


(Disiarkan sepenuhnya untuk tujuan tatapan anda, memandangkan kenyataan ini telah dihalang untuk siaran di Harakah)



1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 142911 September 2008. .

.

Isu ISA : Syed Hamid jawab Zaid

dipetik dari utusan online
.
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.

Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.

“Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.

“Kalau seorang ahli Kabinet melaksanakan tugasnya, yang lagi satu mengkritiknya secara terbuka, saya tak tahu ke mana kita dan saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kenyataannya kepada pemberita hari ini, Zaid yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dalam penahanan terbaru itu memberitahu, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan bagi mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum.

Zaid juga sama sekali tidak menerima alasan Syed Hamid untuk menahan ketiga-tiga individu terbabit iaitu dilakukan selepas polis mendapat cukup bukti bertujuan mengelakkan ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Kelmarin, tiga orang ditahan di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Syed Hamid mengakui bahawa di kalangan anggota Kabinet perlu ada tanggungjawab bersama tetapi katanya, sebagai anggota Kabinet, Zaid tidak sepatutnya mengkritik dirinya secara terbuka.

“Saya faham berkenaan apa makna tanggungjawab bersama. Saya percaya yang terpenting adalah disiplin untuk memelihara keutuhan Kabinet.

“Mesti ada semangat setiakawan dan berpasukan dalam kerajaan, saya bertindak sebagai kerajaan, lain pula kalau saya di luar,” jelasnya.

.

Pertemuan Empat Mata di Putrajaya



SERIUS... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika berbincang mengenai hal ehwal pentadbiran negara di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Antara isu dibincangkan berkaitan dengan soal peralihan kuasa melibatkan kedua-dua mereka. Ia menjadi fokus selepas Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pelan peralihan dikaji semula.

.

15 September 2008

Ibrahim Ali: Rakyat telah diperbodohkan PKR

KOTA BHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok.

Ibrahim berkata rakyat sepatutnya menilai apa yang telah dilakukan PKR dan sewajarnya peralihan kerajaan dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.

"Apa yang saya boleh katakan rakyat sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh PKR dan saya tidak nampak asasnya akan berlaku perkara seperti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mencanangkan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept iaitu esok.

Berikutan itu, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

"Ini betullah buang masa dan buang duit sematamata nak ke Taiwan bagi tujuan itu dan saya rasa sangat sedih dengan tipu helah seperti ini," katanya.

Ibrahim berkata rakyat sebenarnya sudah membuang masa mereka melayan karenah pemimpin parti itu termasuk Anwar.

- BERNAMA

.

.

16 September : Kemelut Dalam Pas kian Terdedah

oleh MSO

SEDAR atau tidak sedar, setuju atau tidak setuju, projek 16 September kini menjadi seperti api dalam sekam memakan dan memamah keharmonian Pas selama ini. Projek itu telah menjadi bala kepada Pas meretakkan ukhwah sesamanya.

Projek berkenaan yang sepatutnya tidak ada sangkut paut dengan Pas kerana ia adalah agenda peribadi PKR dan penasihatnya Anwar Ibrahim, namun kini menjadi isu yang mengeruhkan suasana dalam Pas.

Pas seharusnya memerhati dari jauh berhubung projek berkenaan tanpa menyusahkan diri dengannya. Pas boleh mengaut keuntungan daripada projek itu tanpa ikut sama mencelup tangan hingga sampai ke pangkal lengan dalam projek berkenaan. Cara itu lebih baik kerana kalau ia tidak berlaku Pas tidak akan terkena bau busuknya.

Gara-gara projek itu kini Pas semacam retak. Ada dua pendapat saling bertentangan berhubung dengannya. Satu pihak mempercayainya hidup-hidup kepada projek berkenaan dan satu pihak lagi menolaknya mentah-mentah. Kedua pihak ada sebab dan hujah tersendiri untuk menerima dan menafikannya.

Strategi politik

Pertentangan berhubung projek ini yang membawa kepada pertentangan kepercayaan bukan saja kepada strategi politik itu tapi membabitkan keyakinan kepada Anwar itu sendiri sedkit sebanyak terobek.

Ia semakin merebak apabila pertentangan itu bukan berlaku dari kalangan individu bawahan tetapi sudah terarah kepada pembentukan dua kelompok yang kontras dalam Pas; yang menyokong Anwar dan yang menentang Anwar.

Hari ini perwujudan kelompok itu sangat jelas dan sudah menjadi sebutan dengan berbagai nama ataupun gelaran. Kedua kelompok ini masing-masing membicara mengikut gaya dan keyakinan tersendiri dan tidak mahu bertemu untuk membincang secara bersama lagi. Ia juga menampakkan konflit sesama sendiri yang cenderung kepada keadaan yang meruncing jika tidak disedari segera kedua pihak.

Pergeseran dan perbezaan pendapat tidak menjadi masalah. Pas selalu mengalami pergeseran dalam mencari kesimpulan berhubung sesuatu isu. Tetapi kalau pergeseran kerana menegakkan batang tubuh manusia di luar parti itu ia menghairankan. Ia agak ganjil sedikit! Bila masa pula Pas bertindak menjadi NGO menjaga hak asasi seseorang?

Anwar adalah individu di luar Pas. Kenapa Pas harus menjadikan batang tubuhnya sebagai pemecah belahkan Pas? Beliau tidak ada kaitan dengan Pas. Sedangkan apa yang berlaku kini ialah disebabkan Anwar. Di sinilah kesilapannya dan menampakkan kurang matangnya siasah Pas.

Perkara ini tidak boleh disembunyikan lagi. Ia semakin ketara dan nyata. Walaupun ada pihak dalam Pas yang ingin mendamai dan menyembunyikannya namun tidak berhasil. Kerana kedua terlibat mempunyai pengaruh yang besar ke atas satu sama lain. Keyakinan dan ego (amarah) manusia menjadikan manusia lupa kepada amanah dan tanggungjawab perjuangan dan menjaga kepentingan ahli Pas.

Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat.

Dijadikan perkakas

Dan kelompok ini merasakan mereka merdeka dan menang apabila Musyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai memberi mata dan sedia membentangkan belakangnya untuk dijadikan perkakas usang oleh kelompok ini.

Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain.

Disebabkan Mustafa dilihat vokal dan menjadi penasihat politik Abdul Hadi Awang maka beliau dicap sebagai ketua di sebelah sini.Jelas kalau dilihat kepada klasifikasi ini ia menggambarkan Pas kini sudah berpecah dua kumpulan dan di mana kekuatan kedua pihak kelihatan sama gagah kerana keduanya diketuai oleh pucuk pimpinan Pas tertinggi.

Pada dasarnya kedua kelompok ini ada hujah dan alasan kenapa mereka menolak dan menyokongnya. Namun sayang hujah dan alasan ini tidak dapat mempengaruhi di antara satu sama lain sebaliknya keyakinan ini mereka saling bertentangan.

Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu.

Daripada apa yang dilakukan, menjelaskan Husam seakan sedang menguji sejauh mana kehebatan dirinya dengan isu berkenaan. Cara beliau menggerakkan isu itu dan bermain politik dengannya seakan beliau sedang membuat persiapan untuk masa depan politiknya. Secara tidak langsung kini umum sudah melihat semacam ada perlumbaan pengaruh antara Husam dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Pas. Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!

Demikian juga dengan kumpulan yang tidak yakin dengan projek berkenaan. Mereka tidak setuju bukan kerana projek itu projek Mat Jenin; tetapi kerana alasan-alasan lain yang sangat jelas dan konkrit kepada mereka. Di sini saya nampak mereka bukan tidak suka kepada projek berkenaan tetapi tidak boleh menerima sikap dan keperibadian pengilham projek berkenaan, Anwar Ibrahim.

Adapun mengapa mereka tidak bersedia menerima Anwar ialah kerana masalah peribadi yang dihadapi Penasihat PKR itu. Tuduhan liwat ke atas Anwar atau sejarah politik Anwar di zaman gemilangnya dalam BN dulu yang menghentam dan menganiaya Pas menyebabkan mereka sukar untuk menerima Anwar. Dalam erti kata lain gara-gara sejarah hitam dan parut itu mereka hilang penghormatan kepada Anwar.

Tikaman Anwar

Tentu berlain dengan mereka yang tidak mengenali Anwar dan baru mengenalinya seharian dua ini, tidak merasai betapa sakitnya tikaman Anwar terhadap Pas sebelum ini. Mungkin kesan dan sejarah itu menyebabkan mereka berhati-hati untuk menerima Anwar. Mungkin dalam hal ini bagaimana peritnya Nik Aziz terhadap Umno yang menendang Pas keluar BN mungkin begitulah juga peritnya kelompak ini kepada Anwar.

Apa yang berlaku ini walaupun melibatkan Anwar, penasihat PK itu tidak boleh disalahkan. Beliau tidak berdosa dalam hal ini. Anwar tidak memangil dan meminta secara rasmi agar menyokongnya. Pihak yang menyokongnya mahu menumpang tuah dan auranya. Mereka mengira Anwar boleh melakukan sesuatu termasuk meruntuhkan kerajaan BN yang menjadi harapan bersama.

Dalam menangani kemelut ini pada hemat saya Pas kurang berhati-hati dan tidak ceramat. Sepatutnya Pas selesai dengan cara baik dan tidak membuka ruang perbezaan dan konflit antara satu sama lain dengan lebih luas. Perselisihan itu berlaku menampakkan keretakan dalam Pas. Kematangan Pas selama 52 tahun juga boleh dipertikaikan.

Misalnya teguran Nik Abdul Aziz Nik Mat ke atas Mustafa Ali yang meluahkan pandanganya tidak percaya kepada projek itu tidak bijaksana. Nik Aziz sebagai Mursyidul Am tidak sepatut membuat teguran terbuka begitu dengan mengedarkan kenyatan akhbar mengkritik Mustafa Ali ke dalam blog dan internet.

Tindakan itu tidak fatanah dan bertentang dengan ciri kepimpinan para sahabat yang menjadi idola dan sebutan teladan pemimpin Pas. Nik Aziz agak emosional dalam melayani kerenah Mustafa Ali itu. Nik Aziz patut lebih menjaga kedudukannya sebagai Mursyidul Am di mana jawatan tertinggi dalam hirerki Pas daripada turut menjadi broker atau proksi kepada puak yang menyokong Anwar dan sanggung singsing jubah turun padang.

Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri.

Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.

Dalam apa juga keadaan dan berdepan dengan krisis dan perbalahan beliau tidak wajar berpihak dan patut berada di tengah. Jawatan Mursyidul Am itu sendiri adalah sebagai penasihat dan pemberi kata putus. Ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya apa lagi mengikut sentimen dan apa lagi kalau sanggup bercakap dengan menggunakan liur orang lain.

Kini tidak ada siapa lagi yang boleh menjadi orang tengah dan penasihat yang adil dan dihormati dalam Pas apabila Mursyidul Am Pas sendiri boleh dipertikaikan keadilan dan tanggungjawabnya.

Perkembangan ini agak malang bagi Pas. Dalam Umno dituduh berkecamuk, Pas juga nampaknya terikut sama bercelaru dengan bergaduh dan singgung menyinggung sesama sendiri sampai terselak barang dalam kain.

Barangkali sudah begitu takdir Allah!

08 September 2008

Mustafa Ali: Kerajaan BN Tidak Akan Tumbang

oleh MSO
LAPAN hari lagi akan tibalah fajar yang ditunggu-tunggu oleh banyak orang iaitu fajar 16 September. Hari yang dikira penting dan bakal meruba landskap politik negara ini. Hari yang menamatkan riwayat kerajaan BN.Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.
Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6. Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!
Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.Apakah 16 September menjadi hari kemenangan rakyat kerana menentang kezaliman dan ketidakadilan Barisan Nasional? Atau ianya tidak lebih daripada sebuah nyanyian sunyi dunia orang politik semata-mata yang diiringi dengan gesekan rebab Tok Selampit?
Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain. Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi.
Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.Bagaimana pun kepada ahli politik yang matang dan tidak mudah 'disimsilabimkan' dengan sihir politik cukup waspada dalam menerima dakwaan dan dendangan lagi 16 September itu. Mereka hanya memerhatinya dengan senyuman-senyum kambing (bukan kambing Jamnapari) dari birai jendela saja.
Salah seorang daripada mereka ialah Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustafa Ali (foto). Bagi beliau 16 September hanya sebuah gimik semata dan beliau yakin tidak akan berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh tersebut seperti mana yang digembar gemburkan. Dalam erti kata lain BN tidak akan tumbang pada tarikh tersebut dan Anwar tidak akan angkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke-6.
"Saya tidak yakin 16 September kerajaan BN dan Pak Lah akan jatuh," begitulah tegasnya berkali-kali dalam forum khas "16 September" anjuran sebuah tv internet di ibu Kota Kuala Lumpur hari ini. Saya adalah salah seorang ahli panelnya.Beliau yang bercakap berdasarkan pengalaman dan atas kapisiti peribadinya memberi dua sebab untuk menolak 16 September tidak berlaku apa-apa perubahan.
Pertama katanya dari segi teknikal. Ini jelas kerana katanya pada tarikh berkenaan Parlimen tidak bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu."Sesuatu undi tidak percaya ataupun 'peralihan kerajaan' akan dilakukan menerusi Parlimen saja. Jadi kalau Parlimen tidak bersidang bagaimana akan berlaku undi tidak percaya?" soal beliau. Tambahnya, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Beliau memberi hujah itu kerana mengulas ada teori mengatakan kerajaan hari ini akan jatuh dengan mudah apabila sudah ada 122 orang ahli Parlimen yang menandatangani menyatakan tidak percaya kepada Abdullah sebaliknya menyokong bekas TPM (Anwar), ketika itu juga Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Anwar menjadi PM tanpa perlu mandat Parlimen.
Menurutnya pandangan dan teori berkenaan tidak betul kerana apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.
Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar.
"Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa," katanya.Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar. Justeru katanya beliau menyifatkan apa yang berlaku kini tidak lebih daripada gimik politik saja yang sengaja dikejutkan dengan tujuan tertentu oleh orang-orang tertentu termasuk mereka yang bersekongkol dengan Anwar.
Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.Dalam konteks ini katanya bagi Pas ia sangat bertentangan parti itu yang menekankan soal moral dan akhlak.
Bagi Pas katanya, tindakan politik demikian sesuatu yang bertentangan dengan nilai perjuangan Pas dan ia tidak akan dilakukan oleh mereka yang sudah lama dan menghayati perjuangan Pas.
"Tidak tahulah kalau mereka yang baru dalam Pas bersedia untuk sama-sama berbuat demikian!"
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.Pun begitu bagi Mustafa beliau merasakan sesuai dan lebih gentleman kalau penggulingan BN itu dilakukan menerusi saluran demokratik seperti pilihan raya akan datang.
"Bermula dari sekarang sepatutnya pembangkang membuat persiapan unutk menumbangkan BN menerusi pilihan raya dan bukannnya dengan mengharapkan berlaku lompat parti dan cara-cara yang tidak demokratik dan tidak bermoral untuk mengambil alih kerajaan", ujarnya.Dalam pada itu Mustafa juga menegaskan hubungan Pas dengan Pakatan Rakyat masih seperti dulu dan tidak timbul soal Pas ingin meninggalkan Pakatan apa lagi untuk bergabung dengan Umno.
.

07 September 2008

Demo: Zulkifli terima surat tunjuk sebab PKR hari ini

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) hari ini menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

"Hari ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam.

"Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.

"Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September. "Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya. Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.

Sementara itu ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.

"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.

Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.

"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya
.