SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

05 March 2009

Taib Azemuddin Jelas Penggunaan Nama Allah

Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.

Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.

Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) pula mencadangkan supaya satu jawatankuasa ditubuh bagi membincangkan perkara itu untuk mengelakkan salah faham dan emosi. Sidang Dewan disambung Selasa.
.

Polis soal 28 ADUN hadiri 'sidang bawah pokok'

Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang yang menghadiri apa yang mereka sifatkan sebagai "persidangan tergempar" dewan itu yang berlangsung di bawah sebatang pokok berhampiran bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa lepas, akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdulah berkata setakat ini dua daripada mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana perjumpaan itu adalah satu perhimpunan haram.

"Polis akan memanggil kesemua mereka yang terlibat termasuk individu yang dikenal pasti melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seramai 28 ADUN daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Speaker V.Sivakumar mengadakan perhimpunan itu setelah mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri setelah persidangan itu diisytihar sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Zulkifli berkata, polis juga sedang mengesan enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan itu kerana didakwa melemparkan katakata kesat kepada polis yang cuba menyuraikan perhimpunan itu.
.