SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

06 October 2008

Abdullah kecewa tindakan penyokong Hindraf di rumah terbukanya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang membuat kecoh pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

Abdullah berkata, walaupun pada mulanya pihak polis tidak membenarkan mereka masuk ke dewan namun atas semangat Hari Raya, beliau dan menteri-menteri lain membenarkannya kerana majlis tersebut terbuka kepada semua.

"Bila saya dengar mereka (penyokong Hindraf) nak masuk, saya bincang dengan Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan kawan-kawan tentang pandangan mereka.

"Pandangan saya adalah mereka nak datang rumah terbuka dan tiada halangan pada mana-mana kumpulan untuk datang ucap selamat hari raya dan bergaul dengan tetamu-tetamu lain. Kenapa saya nak halang sesiapa datang ke rumah terbuka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Bagaimanapun kata Abdullah, penyokong Hindraf yang datang pada majlis tersebut tidak berminat untuk mengucapkan selamat hari raya malah ada yang melangkaui menteri-menteri termasuk Najib semasa sesi bersalaman.

"Saya dan lain-lain menteri menunggu untuk bersalam. Apa yang saya diberitahu oleh seseorang yang memerhati, adakah Pak Lah sedar hanya seorang daripada mereka yang mengucapkan selamat hari raya.

"Yang lain-lain saya dengar dengan jelas 'hapuskan ISA.. lepaskan Hindraf'. Itu saja yang dia nak cakap dengan saya.

"Kemudian saya pergi sembahyang dan diberitahu ada kumpulan (Hindraf) lain kira-kira 70 orang (datang). Saya tiada di situ kalau ada antara mereka yang mengucapkan selamat hari raya," katanya.

Abdullah berkata, setakat ini tiada laporan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Hindraf tersebut. Ketika ditanya mengenai ISA yang digunakan di negara ini termasuk kepada ahli politik dan wartawan, Abdullah berkata, ada sebab-sebab yang baik mengapa ia dilaksanakan.

Katanya, terdapat negara-negara yang menggunakan undang-undang yang lebih keras dan setiap negara mempunyai caranya tersendiri untuk memastikan keselamatan negaranya terjamin.
.

Pertahan jawatan: Pak Lah umum menjelang Rabu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno atau sebaliknya esok atau lusa.

"Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, esok atau Rabu (umumkan)", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada Rabu ini Abdullah akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN).

26 Oktober lalu beliau berkata akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Rabu lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata: "Itu pilihan mereka sama ada mereka mahu mengumumkannya awal atau mahu menunggu.

"Selepas beberapa ketika, sebahagian daripada mereka akan berundur," katanya.

Ditanya mengenai perkara yang akan difokuskannya sementara masih bergelar Perdana Menteri, Abdullah berkata, beliau mahu menunaikan janjinya kepada rakyat.
.

Timbalan Presiden UMNO: Angin sedang bertiup ke mana?

dipetik dari agendadaily.com

Makin hari makin banyak perkembangan menarik timbul diketika semua orang sedang menanti pengumuman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO sebelum 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mula bersidang selama sebulan hujung minggu ini. Paling mengejutkan tentulah kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed Ahad menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Soalan yang terus berlegar apakah anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat ini yang berusia 42 tahun ini benar benar serius atau ia sekadar satu kenyataan simbolik untuk gambarkan hasratnya tentang perlunya parti itu meremajakan dirinya selari dengan tuntutan politik semasa.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai diketahui umum adalah salah seorang pemimpin muda yang paling vokal bersuara tentang peralihan kuasa perlu disegerakan. Bunyi kenyataannya memang serius sekalipun sebagai lightweight beliau mungkin berdepan dengan rintangan besar untuk mendapat 38 pencalonan untuk melayakan diri secara rasmi bertanding jawatan nombor dua parti itu. Sebagai orang muda Nur Jazlan melihat perlunya perubahan approach UMNO untuk memastikan ia terus relevan.

"Kita selalu fikir apa yang kita boleh buat dalam parti dan kita jarang fikir mengenai apakah sikap dan pandangan pengundi atau orang luar yang bukan ahli UMNO.

"Ini jadi punca kesilapan kita kerana setiap tindakan akan akhirnya mengetepikan kepentingan mereka dan menolak mereka.

"Untuk terus relevan, kita perlu memikir pandangan mereka. Inilah perjuangan yang saya nak bawa sebagai simbol perubahan parti," katanya. Bapanya sendiri tidak melihat kenyataan anaknya itu sebagai pelik.Menurut Mohamed Rahmat sesiapa saja ahli parti ada hak untuk bertanding apa jua jawatan.

Mungkin secara kebetulan ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shahrir Abdul Samad pada hari yang sama berkata beliau tidak akan turut serta dalam perlumbaan merebut jawatan tertinggi parti kerana merasa pada usia 59 tahun, beliau sudah agak terlambat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berpendapat UMNO tidak boleh terperangkap dalam keadaan birokrasi yang lahir akibat daripada perbuatan mementingkan senioriti atau hierarki yang akan menghalang usaha meremajakan bakti parti kepada rakyat sehingga menyebabkan hilangnya sokongan khasnya daripada golongan muda.

Menurutnya UMNO memerlukan perubahan yang meremajakannya semula bagi menarik sokongan golongan muda.

Kata Shahrir kepada para wartawan rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee di Johor Bharu sekiranya mendapat sokongan daripada akar umbi, beliau akan tawar diri untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang disandangnya sekarang. Menurutnya seseorang itu dapat menyumbangkan khidmatnya terhadap parti dan kerajaan tanpa mengira jawatan yang dipegangnya.

Di Kota Bharu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu interbiu dengan TV3 menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Bekas Menteri Besar Perlis itu yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO juga menyatakan kesediaan untuk membantu memastikan kemenangan Zahid yang dianggapnya paling layak dalam membawa perubahan di dalam UMNO.

Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam setakat ini sudah buat pengumuman menawar diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Seorang lagi yang memang sudah pasti akan tawar diri untuk jawatan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyidin Yassin. Beliau dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hanya akan buat pengumuman selepas Perdana Menteri buat pengumumannya pada 9 Oktober.
Soalnya apakah kenyataan yang setakat ini dibuat oleh Nur Jazlan, Shahrir dan Shahidan itu dapat menjadi angin yang boleh mempengaruhi trend pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang boleh memberi advantage kepada Zahid ?.

Calon yang dilihat paling heavyweight untuk jawatan itu buat masa ini tentulah Muhyiddin berbekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden paling senior dan mengetuai sebuah kementerian yang high profile. Buat masa ini ada kalangan pemerhati politik masih meletakkan rating beliau di depan dalam menghadapi saingan dari Zahid, Ali Rustam dan Muhd Taib.

Namun mereka mengakui dalam keadaan politik yang penuh dengan serba kemungkinan perubahan angin boleh berlaku menjelang pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan yang boleh memberi advantage pada mana mana calon. Banyak faktor dikira akan menjadi perharian para perwakilan kelak.

Apa yang dikatakan paling mempengaruhi suasana mestilah siapa yang kelak akan menjadi regu Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden UMNO ialah lesen untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Najib akan mengambil pendirian terbuka dalam soal regu?.Pasti ramai yang akan mengintai beliau condong kemana.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi sejak tahun 1987 bila Team A Tun Dr Mahathir Mohamad berentap dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pemilihan itu Allahyarham Tun Ghafar Baba menewaskan Tun Musa Hitam. Pada tahun 2003 bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan Ghafar secara technical knockout apabila Allahyarham tidak dapat cukup kuota pencalonan untuk bertanding. Pada awal tahun 1980an Tengku Razaleigh berentap dengan Musa untuk jawatan itu.

Sejak dulu ia memang dikenali pertarungan golongan senior parti dan kemasukan calon calon muda seperti Zahid dan Nur Jazlan untuk jawatan Timbalan Presiden adalah satu trend baru yang seperti kata Shahrir meletakan UMNO dipersimpangan untuk membuat pilihan yang terbaik untuk parti itu.
.

Patung Baru di Batu Caves?

Satu patung gergasi Anwar Ibrahim telah didirikan di Batu Caves, Selangor. Ia telah dirasmikan bersama oleh Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves), Manikavasagam (MP Kapar), Sivarasah Rasiah (MP Subang) dan William Leong (MP Selayang).

Patung besar ini setinggi hampir 40 kaki dengan menelan kos perbelanjaan hampir RM 5,000.

Khabarnya patung besar ini didirikan hampir sama tinggi dengan bangunan kerana mahukan semangat Anwar Ibrahim untuk membina Malaysia baru akan terus berkekalan. Ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di Dun Batu Caves.

Mengapa buat patung sebegini besar? Untuk didewa-dewakan, untuk disembah atau untuk apa?
.