SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

06 October 2008

Pertahan jawatan: Pak Lah umum menjelang Rabu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno atau sebaliknya esok atau lusa.

"Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, esok atau Rabu (umumkan)", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pada Rabu ini Abdullah akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional (BN).

26 Oktober lalu beliau berkata akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Rabu lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengulas mengenai ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau berkata: "Itu pilihan mereka sama ada mereka mahu mengumumkannya awal atau mahu menunggu.

"Selepas beberapa ketika, sebahagian daripada mereka akan berundur," katanya.

Ditanya mengenai perkara yang akan difokuskannya sementara masih bergelar Perdana Menteri, Abdullah berkata, beliau mahu menunaikan janjinya kepada rakyat.
.