SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

25 July 2012

MCA tidak akan keluar BN

Cekati Tembaga menulis...


PAGOH 19 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan MCA sebagai teman sejati dalam Barisan Nasional (BN) kerana parti komponen itu sanggup susah dan senang bersama walaupun dalam suasana politik masa kini yang amat mencabar.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kesanggupan itu mengukuh serta mematangkan lagi hubungan antara parti komponen BN sekali gus menjadikan BN bertambah kuat.

"Kita ada semangat kekeluargaan dan yang penting zaman susah kita sama-sama susah, MCA tidak ada mahu keluar BN pun, ia tetap sebahagian anggota BN dan selama-lamanya menjadi komponen penting dalam BN.

"Jadi, masyarakat Cina harus terus beri sokongan kepada BN. Sudah terbukti BN bawa banyak kemajuan kepada sosial, ekonomi dan negara kita," katanya.

Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita MCA Bahagian Pagoh 2012 di Dewan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Pekan Lenga, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyerahkan sumbangan sebanyak RM390,000 untuk keperluan empat buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di daerah ini.

Terdahulu, beliau menyertai majlis bacaan Yasin dan tahlil serta penyampaian sumbangan kepada surau serta masjid di kawasan Parlimen Pagoh sempena Ramadan di Masjid Kampung Olak Sepam, di sini.

Setiap surau menerima sumbangan berjumlah RM1,000 manakala masjid RM2,000, selain turut menerima bantuan makanan.

Menurut Muhyiddin, pembangkang khususnya DAP hanya menabur janji kosong dan tidak seperti BN yang membantu dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira kaum.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, akhbar Cina juga harus memainkan peranan positif supaya tidak tersalah lapor atau menyiarkan berita tidak betul yang boleh menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan sepanjang tahun ini sudah membelanjakan sebanyak RM16 bilion untuk 18 buah SJKC dan rumah ibadat serta pelbagai keperluan lain di daerah ini.

15 July 2012

Anwar cuba tegakkan 'benang basah'

Cekati Tembaga menulis...


KUALA TERENGGANU 10 Julai - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan nasib orang Melayu di Pulau Pinang adalah lebih baik daripada di Kedah dan Terengganu.

Menurut beliau, kenyataan Anwar itu umpama menegakkan 'benang yang basah' dan ia dibuat semata-mata untuk mengambil hati pemimpin DAP di negeri tersebut.

Katanya, memang sangat tidak adil untuk membandingkan nasib orang Melayu yang berada di bawah pimpinan parti itu dengan di Terengganu yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Di Terengganu umpamanya, kita (orang Melayu) merencana, mengurus dan membuat keputusan sendiri. Tapi, bolehkah orang Melayu di sana (Pulau Pinang) buat macam apa yang kita buat sekarang ini?

"Atas sebab itulah saya cakap, nasib orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya boleh diibaratkan seperti 'mentimun dan durian', digolek terluka, menggolek pun terluka. Itulah keadaannya selagi negeri itu masih lagi di bawah pimpinan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang enggan membandingkan nasib orang Melayu dengan orang Cina di negeri itu, sebaliknya membuat perbandingan tersebut dengan di Kedah dan Terengganu.

Anwar membuat kenyataan itu ketika menyampaikan amanat semasa Konvensyen Pilihan Raya Umum PKR Pulau Pinang kelmarin yang berlangsung dalam suasana hambar apabila dihadiri oleh kira-kira 200 orang sahaja.

Dalam pada itu, Tengku Putera berkata, Anwar perlu sedar kenyataan yang membandingkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang dengan di tempat lain boleh mengundang kemarahan kaum tersebut.

"Jadi, janganlah cuba untuk pertahankan 'benang yang basah' lagi kerana semua orang tahu apa yang berlaku di sana (Pulau Pinang)," ujar beliau.

13 July 2012

Kisah RM3b cetus perdebatan hangat

Cekati Tembaga menulis...


KUALA LUMPUR 10 Julai - Kisah Three Billion Ringgit Man kembali mencetuskan perdebatan hangat pada persidangan Dewan Negara apabila ia sekali lagi ditimbulkan Senator Datuk S. Nallakaruppan.

Jelas Nallakaruppan, persoalan bagaimana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh ke luar negara lebih kerap daripada Perdana Menteri dengan sendiri terjawab setelah kisah Three Billion Ringgit Man didedahkan.

Katanya yang juga bekas kawan baik Anwar selama 30 tahun, Ketua Pembangkang itu memiliki kekayaan yang cukup luar biasa hasil daripada amalan kronisme dan penyalahgunaan kuasa semasa bergelar Menteri Kewangan.

"Kalau di Hollywood, kita pernah dengar kisah Six Million Dollar Man, di Malaysia kita ada Three Billion Ringgit Man tapi kekayaan itu hasil duit rakyat dan ia mesti dipulangkan semula," katanya merujuk skandal RM3 bilion yang dikaitkan dengan Anwar.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yakin Anwar tidak akan berbuat demikian, sebaliknya terus menuding jari kepada pemimpin-pemimpin UMNO kononnya ia satu konspirasi.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa Anwar adalah pengamal biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri mahupun Ketua Pembangkang.

Jelasnya, beliau tidak akan sesekali berhenti melabelkan Anwar sebagai pengamal biseksual walaupun disaman RM100 juta kerana cukup mengenali nafsu Ketua Pembangkang itu selama mereka bersahabat baik.

"Dulu semasa 1998 ketika saya ditangkap dan dipenjara, saya tolong dia (Anwar) demi kawan. Saya berkorban demi mempertahankan Anwar. Saya tidak cakap mengenai liwat dan hubungan sulit dia dengan isteri orang.

"Tetapi selepas keluar penjara, Anwar tetap tidak berubah dan berterusan mahu merosakkan negara ini. Saya perlu tampil ke hadapan dan dedah semua perbuatan buruk beliau, tiada orang lain lebih mengenali Anwar kecuali saya," katanya.

11 July 2012

Emas Kelantan 'dirompak'

Cekati Tembaga menulis...

KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.

Utusan Malaysia difahamkan antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.

Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.

Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.



SEKUMPULAN pelombong menggunakan jentera dan mesin melombong di satu lokasi perlombongan emas haram di Kelantan. - UTUSAN



Sementara itu, sumber turut memberitahu kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.

Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

“Adakah mereka (pengusaha lombong berlesen) tahu mengenai aktiviti itu tetapi sengaja ambil tidak tahu atau pun perkara itu sudah dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil," kata sumber itu.

Jelas sumber itu lagi, berbeza dengan kaedah perlombongan konvensional berlesen, pengusaha lombong-lombong haram dikatakan beroperasi dengan kos yang rendah iaitu kira-kira RM5,000 sehari dengan hanya menggunakan beberapa orang pekerja dan jentera berat.

Tanpa membina kolam mendapan dan saliran air secara terurus seperti disyaratkan dalam peraturan melombong, pelombong haram dipercayai beroperasi di sepanjang tebing sungai.

Ada juga yang mengorek dan menimbus dasar sungai sehingga menyebabkan kerosakan serius pada aliran sungai.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia bersama sumber di beberapa lokasi di Gua Musang menemui bekas lombong haram dan khemah pekerja yang didirikan di tebing sungai.

Berdasarkan pemerhatian penulis, beberapa penduduk Orang Asli dan warga Indonesia yang sudah beberapa hari menginap di kawasan itu dipercayai bekerja di lombong haram yang terletak berhampiran.

Bagaimanapun, ketika ditanya, mereka menafikan pembabitan dalam perlombongan haram sebaliknya kehadiran di situ bertujuan menangkap katak.

Sementara itu, maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kelantan menyatakan terdapat hanya enam syarikat perlombongan emas yang berlesen di negeri ini.