SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

30 December 2012

Bekas Setpol PM cerita kisah Hadi pi rumah Pak Lah bincang 'Kerajaan Perpaduan'

Cekati Tembaga memetik daripada Agendadaily

alwi-che-ahmadMajlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Utusan melaporkan, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.

Kontroversi membabitkan Hasan bermula apabila dia bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan terhadap sebuah gereja di Damansara tahun lalu yang disyaki memurtadkan beberapa orang Islam.

Hasan menjadi tumpuan lagi apabila mempertikaikan perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

Kelantangan Hasan dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan agama Islam telah mengundang rasa tidak senang DAP serta beberapa pemimpin tertinggi PKR sehingga ada yang menganggap beliau sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Hasan sekali lagi menjadi perhatian apabila tidak menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 kelmarin dan menyarankan orang ramai khususnya mahasiswa tidak menyertainya.

Kenyataan tersebut mengundang kemarahan PKR selaku penganjur perhimpunan sehingga Timbalan Presidennya, Azmin Ali menggesa Pas mengambil tindakan terhadap Hasan.

Md. Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, Hasan perlu dipertahankan supaya beliau dapat meneruskan agenda menegakkan Islam, Melayu dan mempertahankan institusi kesultanan Melayu.

"Pas pecat Hasan kerana perbuatan mencegah nahi mungkar. Orang macam Hasan patut dipertahankan bukannya terus pecat serta merta, tetapi disebabkan DAP dan PKR, Hasan dipecat.

"Pas adalah parti 'remote control'. Pas tidak perjuangkan Islam, disebabkan itu Nik Abdul Aziz buat keputusan pecat Hasan. Bohong kalau dia letak Islam di depan," katanya
 

Isu Amanat - Hadi Awang minta 1 jam dalam RTM

Cekati Tembaga menulis..

Setelah sekian lama menyepi diri sejak muncul kembali isu "Amanat Haji Hadi",  Presiden PAS Abdul Hadi Awang muncul di muka depan Sinar Harian Edisi Kelantan dengan memberi syarat untuk muncul di RTM secara langsung selama sejam untuk "memberi penjelasan" berhubung isu amanatnya yang diselar oleh para ilmuan Islam itu.

Itu syarat yang diberi bagi dirinya menjelaskan kepada umum kenapa dia mengeluarkan amanat itu.

Isu amanat Haji Hadi timbul kembali seperti biasa setiap kali menjelang pilihanraya sama ada umum atau pilihanraya kecil. 

Amanat ini jelas sekali propaganda yang Hadi Awang dan ia telah mengakibatkan berlaku pelbagai perpecahan dalam masyarakat. Usahkan perbalahan penyokong parti, lebih teruk apabila melibatkan soal agama seperti sembahyang 2 imam, sembelihan tidak sah, tidak boleh menjadi wali dan sebagainya.

Sebab itu Majlis Agama Islam Kelantan sendiri khabarnya pernah mengadakan muzakarah dengan ulama-ulama besar di Kelantan dan bersepakat menolak amanat itu. Tapi hal ini sengaja PAS sembunyikan takut-takut rakyat tahu. Cekati Tembaga pernah mengemukakan salinan surat MAIK berhubung perkara ini. 



Berbicara soal syarat Hadi Awang untuk muncul sejam secara langsung di RTM, Cekati Tembaga merasakan tidak ada masalah cuma mesti ada formatnya. Tak kanlah nak bagi Hadi Awang merapu sejam  dalam TV macam dia ceramah ke penyokong PAS.

Formatnya perlu dihalusi sama ada seperti forum atau soal jawab oleh ilmuan agama dari JAKIM atau pun Mufti. Baru la tak jadi ceramah.

Lepas ni jangan si Ngeh Khoo Ham, Cina DAP yang dikaitkan dengan skandal tanah rakyat Kelantan seluas lebih 10,000 ekar tu minta nak buat penjelasan di TV juga sudah la !!!