Setelah sekian lama menyepi diri sejak muncul kembali isu "Amanat Haji Hadi", Presiden PAS Abdul Hadi Awang muncul di muka depan Sinar Harian Edisi Kelantan dengan memberi syarat untuk muncul di RTM secara langsung selama sejam untuk "memberi penjelasan" berhubung isu amanatnya yang diselar oleh para ilmuan Islam itu.
Itu syarat yang diberi bagi dirinya menjelaskan kepada umum kenapa dia mengeluarkan amanat itu.
Isu amanat Haji Hadi timbul kembali seperti biasa setiap kali menjelang pilihanraya sama ada umum atau pilihanraya kecil.
Amanat ini jelas sekali propaganda yang Hadi Awang dan ia telah mengakibatkan berlaku pelbagai perpecahan dalam masyarakat. Usahkan perbalahan penyokong parti, lebih teruk apabila melibatkan soal agama seperti sembahyang 2 imam, sembelihan tidak sah, tidak boleh menjadi wali dan sebagainya.
Sebab itu Majlis Agama Islam Kelantan sendiri khabarnya pernah mengadakan muzakarah dengan ulama-ulama besar di Kelantan dan bersepakat menolak amanat itu. Tapi hal ini sengaja PAS sembunyikan takut-takut rakyat tahu. Cekati Tembaga pernah mengemukakan salinan surat MAIK berhubung perkara ini.
Berbicara soal syarat Hadi Awang untuk muncul sejam secara langsung di RTM, Cekati Tembaga merasakan tidak ada masalah cuma mesti ada formatnya. Tak kanlah nak bagi Hadi Awang merapu sejam dalam TV macam dia ceramah ke penyokong PAS.
Formatnya perlu dihalusi sama ada seperti forum atau soal jawab oleh ilmuan agama dari JAKIM atau pun Mufti. Baru la tak jadi ceramah.
Lepas ni jangan si Ngeh Khoo Ham, Cina DAP yang dikaitkan dengan skandal tanah rakyat Kelantan seluas lebih 10,000 ekar tu minta nak buat penjelasan di TV juga sudah la !!!