SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 February 2009

Arumugam letak jawatan Exco, ADUN

Di sebalik desas-desus akan menyertai Barisan Nasional (BN), Anggota Exco Kedah, V. Arumugam mengosongkan jawatan tersebut dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Selambau.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini pukul 9 malam tadi.

Sidang media itu merupakan yang kedua dalam tempoh 12 jam hari ini.

Tengah hari tadi beliau mengesahkan Arumugam melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada pukul 5 petang tadi yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

"Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta merta," kata beliau pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini.

Azizan berkata sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku (Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) dan persembahkan surat peletakan jawatan Arumugam itu," katanya.

Beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan ADUN itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membolehkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan.
.

Mukhriz Saran PAS Perak Sertai BN

PAS Perak hari ini disaran menyertai Barisan Nasional (BN) bagi mengukuhkan perpaduan Melayu dan seterusnya membentuk satu pentadbiran kerajaan negeri yang lebih mantap.

Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata PAS harus mempertimbangkan cadangan berkenaan agar sebuah kerajaan negeri yang kuat dan bersatu padu dapat dibentuk.

"Dengan cara itu, kita (BN) akan dapat memimpin dan mentadbir negeri Perak dengan lebih terjamin dan berkuasa kerana gabungan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Bebas dan PAS akan dapat mewujudkan satu pentadbiran negeri yang lebih mantap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Majlis Makan Malam Gala Persatuan Sindrom Down Malaysia di sini, Isnin.

Katanya apabila orang Melayu bersatu, semua masyarakat di negara ini akan mendapat manfaat dan faedahnya. Mukhriz berkata demikian ketika mengulas pergolakan politik di Perak sehingga menyebabkan kepimpinan negeri itu yang sebelum ini dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertukar tangan kepada BN.

Pada pilihan raya umum lepas, PAS memenangi enam kerusi, PKR (7) manakala DAP (18) dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Namun begitu pada minggu lepas dua Adun PKR dan seorang Adun DAP isytihar keluar parti untuk menjadi Adun Bebas dan menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Mukhriz berkata anggota parti komponen BN tidak harus khuatir sekiranya ada usaha serta gerak kerja ke arah penyatuan antara Umno dan PAS di Perak. Beliau turut meminta Pengerusi DAP Karpal Singh supaya tidak meneruskan hajatnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan menerima hakikat Perak kini sudah di bawah pentadbiran BN.
.


Barisan Exco Baru Perak Diumum Esok - Dr Zambry

Barisan baru Exco kerajaan negeri Perak akan diumumkan esok, kata Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung senarai anggota Exco tersebut.

Dr Zambry berkata senarai nama Exco berkenaan akan hanya diumumkan pada majlis mengangkat sumpah Exco kerajaan negeri Perak di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar yang dijadualkan esok.

Ketika ditanya sama ada barisan Exco baru itu akan mengandungi muka lama dan baru, beliau menjawab: "Itu pasti, kita akan wujudkan keseimbangan, faktor kebolehan dan sebagainya kerana rakyat ingin melihat sedikit sebanyak perubahan... yang pasti akan ada wanita.".
.

Keputusan DUN dalam Parlimen Bukit Gantang

BAHAGIAN PILIHAN RAYA (P.59-BUKIT GANTANG) DUN N.13 - KUALA SAPETANG

NAMA CALON - SEE TEAN SENG
PARTI - BN
BILANGAN UNDI - 6,721
STATUS -

NAMA CALON - TAI SING NG
PARTI - PKR
BILANGAN UNDI - 7,285
STATUS - MENANG

JUMLAH PEMILIH : 19,699
KERTAS UNDI DITOLAK : 460
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,496
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 30
PERATUSAN PENGUNDIAN : 73.59%
MAJORITI : 564

-----------------------------------------------------------------------------------------------


BAHAGIAN PILIHAN RAYA - (P.59-BUKIT GANTANG) N.14 - CHANGKAT JERING

NAMA CALON - MAT ISA BIN ISMAIL
PARTI - BN
BILANGAN UNDI - 8,309
STATUS -

NAMA CALON - MOHD OSMAN BIN MOHD JAILU
PARTI - PKR

BILANGAN UNDI - 9,411
STATUS - MENANG

JUMLAH PEMILIH : 24,864
KERTAS UNDI DITOLAK : 334
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 18,114
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 60
PERATUSAN PENGUNDIAN : 72.85%
MAJORITI : 1,102


------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN PILIHAN RAYA - (P.59-BUKIT GANTANG) N.15 - TRONG
NAMA CALON - NORAZLI BIN MUSA
PARTI - PAS
BILANGAN UNDI - 3,296
STATUS -

NAMA CALON - ROSLI BIN HUSIN
PARTI - BN
BILANGAN UNDI - 4,212
PARTI - MENANG

JUMLAH PEMILIH : 10,908
KERTAS UNDI DITOLAK : 173
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 7,690
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 9
PERATUSAN PENGUNDIAN : 70.50%
MAJORITI : 916
.

Bukit Gantang - Pilihanraya Umum 2008

BAHAGIAN PILIHAN RAYA (P.59-BUKIT GANTANG)

NAMA CALON - MOHGANAN A/L P.MANIKAM
PARTI - BEBAS
BILANGAN UNDI - 872
STATUS - HD

NAMA CALON - ABDUL AZIM BIN MOHD ZABIDI
PARTI - BN
BILANGAN UNDI -18,449
STATUS - KALAH

NAMA CALON - ROSLAN BIN SHAHARUM
PARTI - PAS
BILANGAN UNDI - 20,015
STATUS - MENANG


JUMLAH PEMILIH : 55,471
KERTAS UNDI DITOLAK : 851
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 40,301
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 114

PERATUSAN PENGUNDIAN : 72.65%
MAJORITI : 1,566
.

MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

"Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di hospital.

Allahyarham berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Malah beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan UiTM (dulu ITM) Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.
.

Najib : Kerajaan BN sedia berubah...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia mengubah dasar-dasarnya untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia meneliti semula dan membuat perubahan sewajarnya terhadap dasar-dasar kerajaan.

Katanya, ia perlu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan sokongan di luar dugaan terhadap pembangkang, lapor Bernama.

Dalam pilihanraya umum tersebut, pembangkang menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat serta merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya berasaskan rakyat pelbagai kaum dan perkongsian kuasa bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dibela.

"Ia bukanlah soal sama ada kerajaan majoriti ataupun minoriti. Ia adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap di majlis Malam Muhibbah Malaysia-China di ibunegara malam tadi.

Menurutnya, kerajaan BN komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

'Bangunkan negara'

"Saya percaya kami boleh memenuhi inspirasi dan aspirasi semua kaum. Marilah kita mencari penyelesaian baru bagi menangani permasalahan. Marilah kita membangunkan bukan sahaja hubungan ekonomi dan politik, tetapi juga jalinan sosial dan kebudayaan dengan semua kumpulan etnik di negara ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menggesa masyarakat Cina terus bekerja bersama-sama dengan kaum lain di negara ini, bagi membangunkan negara.

"Seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bahawa kita boleh mempercayai rakyat Cina di China pada 1974 (apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China), saya akan menyatakan perkara yang sama bahawa kita boleh mempercayai dan mempunyai keyakinan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu, bersama-sama membuka lembaran baru, era baru dan masa depan baru bagi semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib turut mengulangi bahawa kebajikan masyarakat Cina di Perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri BN, yang baru dibentuk.
.

3,000 Oarang Melayu berhimpun sokong Sultan Perak



Kira-kira 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) pagi tadi mengadakan demonstrasi secara aman di Ipoh bagi menunjukkan sokongan mereka kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, demonstrasi selama sejam bermula pukul 10.30 pagi itu diadakan di belakang sebuah hotel dan diterajui oleh Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM).

"Selepas perhimpunan itu, Ketua Umum BBPM, Osman Bakar menghantar memorandum sokongan tersebut kepada Istana Kinta untuk diserahkan kepada Tuanku Sultan.

"Memorandum tersebut menyatakan taat setia kepada Tuanku dan agar keluhuran perlembagaan dan Rukun Negara dihormati oleh rakyat Malaysia seluruh negara," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Himpunan ini diadakan selepas sekumpulan inidividu dipercaya penyokong Pakatan Rakyat mengadakan protes ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru kelmarin.

Situasi politik di Perak kini sedang bergolak apabila Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf kerajaan baru BN yang secara rasminya kembali 'merampas' negeri itu setelah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu.

BN berjaya mengambil alih pentadbiran 11 bulan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu selepas tiga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bebas daripada Pakatan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN.

Khamis lalu, Sultan Azlan Shah memutuskan baginda tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan dan meminta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah yakin Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan ADUN.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar sehingga hari ini masih enggan melepaskan jawatan itu kerana menganggap beliau masih secara sah menjawat jawatan Menteri Besar di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya Jumaat lalu berkata, pihaknya akan memfailkan satu saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar yang baru dari BN.

Dalam pada itu, berhubung tarikh baru mesyuarat BN negeri yang dijadualkan semalam tetapi dibatalkan di saat-saat akhir berikutan Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat hadir, Ramly berkata, ia masih belum diputuskan.

.