SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 February 2009

MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

"Kami terkejut dan tindakan susulan akan diputuskan pada mesyuarat selepas upacara pengebumian," kata beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu mStar Online kira-kira pukul 1.20 tengah hari bahawa jenazah kini berada di hospital.

Allahyarham berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sumber Tenaga Manusia dan Pentadbiran di Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Malah beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia dan UiTM (dulu ITM) Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Safiah Harun dan mempunyai 11 orang anak.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.
.