SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

09 February 2009

Najib : Kerajaan BN sedia berubah...

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia mengubah dasar-dasarnya untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersedia meneliti semula dan membuat perubahan sewajarnya terhadap dasar-dasar kerajaan.

Katanya, ia perlu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan sokongan di luar dugaan terhadap pembangkang, lapor Bernama.

Dalam pilihanraya umum tersebut, pembangkang menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat serta merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya berasaskan rakyat pelbagai kaum dan perkongsian kuasa bagi memastikan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dibela.

"Ia bukanlah soal sama ada kerajaan majoriti ataupun minoriti. Ia adalah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia," katanya semasa berucap di majlis Malam Muhibbah Malaysia-China di ibunegara malam tadi.

Menurutnya, kerajaan BN komited untuk memperjuangkan hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

'Bangunkan negara'

"Saya percaya kami boleh memenuhi inspirasi dan aspirasi semua kaum. Marilah kita mencari penyelesaian baru bagi menangani permasalahan. Marilah kita membangunkan bukan sahaja hubungan ekonomi dan politik, tetapi juga jalinan sosial dan kebudayaan dengan semua kumpulan etnik di negara ini," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menggesa masyarakat Cina terus bekerja bersama-sama dengan kaum lain di negara ini, bagi membangunkan negara.

"Seperti yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bahawa kita boleh mempercayai rakyat Cina di China pada 1974 (apabila Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China), saya akan menyatakan perkara yang sama bahawa kita boleh mempercayai dan mempunyai keyakinan dengan masyarakat Cina di Malaysia.

"Marilah kita berganding bahu, bersama-sama membuka lembaran baru, era baru dan masa depan baru bagi semua rakyat Malaysia," katanya.

Najib turut mengulangi bahawa kebajikan masyarakat Cina di Perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri BN, yang baru dibentuk.
.