SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

27 June 2008

Maksud tersirat kata Najib menjelang pemilihan?

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Politik tempatan kini menjurus kepada kenyataan ringkas Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak malam tadi.

Dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri di sisinya, Najib memberikan kenyataan ini: "Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi."

Najib, yang turut hadir mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dipengerusikan Abdullah, mengeluarkan kenyataan yang tersirat maksudnya apabila ditanya sama ada beliau akan merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri itu menarik perhatian banyak pihak dengan menyebut belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu. Ramai menyangka beliau akan menyatakan dengan tegas "tidak".

Tidak dapat dinafikan 'demam' pemilihan menyelubungi keseluruhan parti buat masa sekarang. Hampir setiap pemimpin Umno ditanya mengenai kedudukan masing-masing. Begitu juga Najib nampaknya!

Jika demikian keadaannya, mengapa Najib harus mengatakan yang beliau masih belum bercadang dan akan membuat ketetapan apabila tiba waktu yang sesuai? Mengapa tidak Najib hanya mengatakan "tidak" untuk menutup sama sekali desas-desus yang mengatakan beliau akan mencabar Abdullah Disember ini.

Dalam satu temu bual dengan mStar Online dua minggu lalu, bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang berupaya melawan Abdullah dalam pemilihan kali ini. Ini termasuklah Najib dan Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri untuk mencabar Abdullah.

Jika begitu, sekali lagi persoalan yang diketengahkan - mengapa Najib tidak menutup desas-desus sedemikian menerusi kata-kata bahawa "saya tidak akan menyaingi jawatan Presiden" atau "saya akan menyokong Abdullah untuk jawatan Presiden".

Persoalan ini juga dikaitkan dengan perkembangan politik tanah air khususnya yang berkaitan dengan Umno sejak dua minggu lalu.
Sekali lagi pemerhati politik cuba mengaitkan dengan perkembangan semasa kandungan akuan berkanun yang difailkan oleh editor portal berita secara online Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Perlu diakui Najib telah pun mengetepikan kandungan akuan berkanun itu dengan menyifatkannya sebagai "rekaan dan sampah."
Najib juga menegaskan dakwaan Raja Petra itu merupakan "cubaan terdesak dan teruk untuk mencemar dan memburukkan imej politik saya."

Sepuluh hari sebelum itu, Abdullah mengulangi beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan Disember ini. Beliau berkata, tiada alasan bagi beliau untuk tidak bertanding.

Pada 13 Jun lalu di Kota Bharu, Abdullah mengumumkan beliau dan Najib telah sepakat menentukan masa yang terbaik bagi peralihan kuasa - yang disentuh banyak pihak ekoran kesan dan prestasi Umno dan BN dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri.

“Tiada masalah antara kami berdua, jadi tidak payahlah sesiapa pun nak timbulkan perkara ini kerana antara yang hendak menyerah dan menerima sudah ada persetujuan,” kata Abdullah.

Sehari sebelum itu di London, Najib pula menegaskan, beliau tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan UMNO, malah jauh sekali daripada menghancurkan parti itu hanya demi kepentingan untuk memegang kuasa.

Menurutnya, beliau percaya peralihan kuasa UMNO perlu dilakukan menerusi tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak yang akan menyebabkan parti lemah serta tidak berupaya menghadapi cabaran pilihan raya.

Di sebalik perkembangan dua minggu lalu, kenyataan terbaru Najib menimbulkan spekulasi terbaru dalam kitaran politik Umno.

Apakah Umno yang nampak mula stabil dan mantap sejak sebulan lalu, lebih-lebih lagi selepas usul kenaikan harga petroleum dan barangan diluluskan di Dewan Rakyat, mula bergelora dengan Najib mahu memberi petunjuk bahawa beliau juga masih 'berminat' untuk bersaing jawatan Presiden.

Mesyuarat peringkat cawangan akan bermula dalam dua minggu lagi manakala peringkat bahagian pula Oktober ini, yang akan mencalonkan pemimpin pilihan masing-masing untuk jawatan-jawatan pusat.

Kenyataan terbaru Najib ini bertujuan mempersiapkan diri beliau sebelum terlambat dan diatasi Tengku Razaleigh yang kemungkinan dikatakan akan 'berganding' dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kedudukan nombor dua parti? Muhyiddin juga mengumumkan jawatan yang ingin beliau tandingi.

Maksud tersirat dan petunjuk Najib nampaknya sudah dilabuhkan.

Tidak mustahil PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat - Muhammad

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berdasarkan masalah dalaman gabungan parti itu yang semakin meruncing. Beliau berkata, kemungkinan itu dapat dilihat daripada program atau mesyuarat anjuran kerajaan PR di negeri itu yang banyak dipulaukan oleh PAS.

"Sekarang kepimpinan (PR Selangor) dah mula retak dan nampaknya PAS dah mula kecil hati kerana banyak majlis yang dianjurkan, PAS tak datang.

"Mereka (PR) memang mempunyai masalah dalaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong di sini hari ini. Muhammad berkata, ketidakpuasan hati itu ditambah dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri itu yang memasukkan wang sumbangan syarikat swasta bagi program itu ke dalam akaun PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Ini menimbulkan rasa kurang senang pengerusi penganjur sambutan itu, Datuk Dr. Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, kata Muhammad."Ini menyebabkan parti lain iaitu PAS dan DAP amat kecewa. Oleh itu mereka sekarang berpecah belah sesama mereka.

"BPR (Badan Pencegah Rasuah) pun dah masuk siasat pegawai dia sendiri dan berlaku tuduh menuduh sesama mereka dan ini menandakan bahawa sekarang kita tengok kerjasama antara mereka sudah mula retak, kata Muhammad.

"Lepas tu mereka juga bertelagah dalam melantik ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan). Dulu kata nak lantik satu pertiga dari parti, satu pertiga dari profesional dan satu pertiga dari NGO (badan bukan kerajaan).

"Tapi bila diputuskan nampak lebih 80 peratus orang PKR, jadi rakyat tidak senang dengan tindakan mereka itu. "Kalau macam ini cara mereka mentadbir negeri saya takut gerakan pembangunan dan ekonomi Selangor akan terjejas dan akan berlaku pengangguran, orang susah, banyak social problem bila economic wave itu tidak digerakkan dengan kencang," katanya.

-BERNAMA

Ahli Parlimen BN marah Nazri hina mereka

KUALA LUMPUR: Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBCC) membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana melabelkan anggotanya yang mengalihkan sekatan terhadap wartawan di lobi Parlimen pada Selasa sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, wakil rakyat BN merasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.

"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) daripada Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Dua hari lepas, Nazri mengutuk perbuatan beberapa Anggota Parlimen daripada BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".

Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap Anggota Parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.

Katanya, BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".

Naib Pengerusi BNBCC, Datuk Bung Moktar Radin pula berkata, isu sekatan terhadap wartawan itu turut dibangkitkan oleh wakil rakyat BN dan bukan hanya oleh wakil pembangkang.

"Pada masa rehat waktu makan tengah hari, kami pergi berjumpa Tan Sri Speaker, dan memandangkan tidak ada keputusan, barulah kami bertindak mengalihkan sekatan itu," katanya.

Ekoran bantahan oleh wakil-wakil media, pihak pentadbiran Parlimen semalam membenarkan mereka berada semula di situ.

- BERNAMA

.

Ada Exco Selangor arah buka semula tender

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempersoalkan akauntabiliti serta ketelusan yang kerap diuar-uarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila kotak tender kerja-kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa dibuka semula selepas seorang Exco membuat panggilan mengarahkan demikian.

Ketua Pembangkang di Selangor itu percaya, tentu ada sebab mengapa Exco terbabit mengarahkan tender bagi kerja-kerja pembersihan yang dikeluarkan MPK pada Mei lalu diarah buka.

"Saya difahamkan pembukaan semula tender di MPK itu selepas salah seorang Exco membuat panggilan telefon. Selepas itu MPK buka balik selepas arahan Exco itu. Kalau nak buka tender selepas ditutup mesti ada peraturan tertentu. Sekarang ini kes itu disiasat Badan Pencegah Rasuah," katanya.

Menurut Dr Khir, tender itu diarah buka semula secara segera mungkin untuk beri peluang orang-orang tertentu sertai tender tersebut dan ini tidak sepatutntya berlaku.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beberapa kontraktor berjumpanya dan memberitahu perkara itu yang kini sedang disiasat BPR.

Bercakap pada sidang media Rabu, Dr Khir juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan kebertanggungjawaban dan Keteluasan (SELCAT) Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil Khalid memberi penjelasan mengapa kutipan sumbangan bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu masuk akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kepala surat MB digunakan untuk minta sumbangan termasuk daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

"Kutipan patut masuk akaun kerajaan negeri bukan PKR.SELCAT patut panggil MB jelas kenapa ini berlaku," katanya yang menganggap perbuatan itu satu penyelewengan dan rakyat Selangor pula patut tahu jumlah kutipan dan perbelanjaannya.

Menurut Dr Khir beliau difahamkan, seorang rakyat Selangor sudah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Subang Jaya, semalam.

"Beliau (Khalid) selalu cakap pasal akauntabiliti dan ketelusan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat ni, cakap lain buat lain," katanya.

Dr Khir turut meminta Khalid memberi penjelasan mengenai bantuan beras dan gula kepada keluarga miskin yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Dulu beliau janji semua urusan ikut tender. Saya dapat tahu setiap wakil rakyat dapat 500 bungkusan bantuan tetapi ke mana mereka salurkan dan syarikat mana yang dapat tender bekal bahan-bahan itu," katanya.
.

Najib: Saya belum cadang tanding jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, belum tiba masa untuk beliau mengumumkan mengenai perkara itu.

"Saya akan buat ketetapan apabila sampai masanya, ada masa lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.

Mengikut peraturan UMNO, calon jawatan Presiden perlu mendapat pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan bahagian UMNO di seluruh negara.

- Bernama

Penjenamaan semula BN

KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penubuhan empat jawatankuasa khas memperkasa Barisan Nasional (BN) termasuk merangka strategi bagi penjenamaan semula parti pasca Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri berkata, penubuhan kesemua jawatankuasa itu juga adalah sejajar dengan usaha penting untuk mempertingkatkan hubungan antara parti-parti komponen.

Kata beliau, empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Kerangka Penyelidikan Untuk Penjemaan Semula BN yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusuh, Jawatankuasa Memperkasa Pentadbiran BN oleh Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

Dua lagi jawatankuasa katanya, ialah Penjenamaan Semula dan Sistem Penyampaian Khidmat Awam yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr. Wee Ka Siong dan Jawatankuasa Pengaruh Media dan Penghakisan Jenama BN oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar.

"Wakil daripada Pergerakan Wanita dan Pemuda akan menyertai setiap kumpulan (jawatankuasa) dan ahli setiap kumpulan boleh ditambah ikut kesesuaian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, penubuhan empat jawatankuasa itu adalah perkara penting yang diputuskan untuk memperkukuhkan parti.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat kali ini turut memberi perhatian terhadap isu-isu dan perkara yang dibangkitkan tentang pembangunan di Sabah dan Sarawak terutama berkaitan pembentangan usul kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Dalam perbincangan tadi, saya dimaklumkan usaha-usaha akan diteruskan untuk tingkatkan pembangunan di Sabah dan Sarawak di mana pembangunan di kawasan-kawasan pedalaman diberikan perhatian," katanya.

Tambah beliau, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan sebuah mesyuarat khas untuk mempertimbangkan beberapa perkara bagi meningkatkan penyertaan dan status pembangunan kaum India di negara ini.

"Datuk Seri Samy Vellu (Presiden MIC) akan turut hadir (dalam mesyuarat berkenaan) mewakili kaum India," katanya.

Katanya, Najib yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Menangani PATI akan memanggil mesyuarat pemimpin parti komponen BN Sabah dan Sarawak bagi merangka strategi menangani masalah itu.
.

Mohammad Nizar diselar kerana berdiam diri apabila Pengerusi DAP pertikai kuasa sultan

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dituduh takut kehilangan jawatan dengan berdiam diri selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikai kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury, April lalu. Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata, Mohammad Nizar serba salah untuk mempertahan Sultan Azlan kerana beliau memerlukan sokongan 18 Adun DAP untuk memegang jawatannya.
.
Saarani berkata, Mohammad Nizar sepatutnya menunjukkan taat setia dan menjadi orang pertama mempertahan Sultan Azlan jika ada pihak yang mempertikai kewibawaan Istana Perak. “Menteri Besar dan 10 Exconya hanya berdiam diri ketika isu itu diperkatakan oleh akhbar dan media elektronik... kerajaan negeri menjadi bacul dan tidak berpendirian.
.
“Jangan memperlekeh kedudukan istana sehingga rakyat menjadi keliru," katanya ketika membahaskan usul menyokong titah ucapan Sultan Azlan ketika perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri.
.
Pada 29 April lalu, Mohammad Nizar mengarahkan Jamry bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24 jam kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat tetapi tiga hari kemudian, Sultan Azlan menitahkan Mohammad Nizar menarik balik arahan itu. Dr Khalil Idham Abdullah (PAS-Titi Serong) yang cuba mencelah dengan membangkitkan isu krisis antara Umno dengan Istana Perlis dan Terengganu sebelum pelantikan Menteri Besar masing-masing, bagaimanapun tidak diberi laluan oleh Saarani.
.
Saarani berkata, Sultan Azlan dalam titah baginda turut mengulangi sekali lagi kenyataan yang dibuat ketika sambutan Hari Keputeraan baginda pada 19 April lalu, iaitu masjid dan surau di negeri ini tidak boleh dijadikan tempat untuk menyebarkan pengaruh parti politik.
.
“Titah itu diulangi kerana Sultan Azlan menyedari masih ada penyokong Pas menggunakan masjid untuk mengadakan tazkirah dan khutbah menghentam parti lain.
.
"Masjid dan surau ini bukan untuk penyokong Pas saja," katanya.
.
Saarani berkata, surat Exco Agama Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan negeri, Zainudin Yusof, bertarikh 26 Mei lalu meminta imam dan ahli Jawatankuasa Kariah Masjid (JKKM) menandatangani surat pelantikan selepas diperkenan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) tidak mengikut prosedur.
.

SAPP diberi 30 hari jawab surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Parti Maju Sabah (SAPP) supaya menjelaskan hasrat kepemimpinan parti itu untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata SAPP mempunyai masa 30 hari bagi membuat penjelasan dan sebarang perkembangan baru dalam tempoh berkenaan turut menjadi asas kepada Dewan Tertinggi BN menentukan sama ada parti itu hanya diberi amaran, digantung atau dipecat.
.
“Memandangkan keputusan SAPP itu adalah bertentangan dengan kepentingan BN selain menyentuh soal integriti dan disiplin BN, maka amat wajar keputusan memberi notis 30 hari kepada parti itu untuk menjawab pertuduhan terbabit.
.
“Apa-apa bentuk tindakan disiplin akan ditentukan selepas tempoh 30 hari. Ini adalah kerana kita mahu proses ini betul dari segi prosedur dan perundangan yang diamalkan dalam parti kita. Mereka akan diberi peluang membela diri sebelum keputusan muktamad dibuat.
.
“Jelas, apa yang SAPP lakukan ini bertentangan dengan disiplin dan permuafakatan BN. Kita tunggu apa jawapan mereka. Tak tahu apa yang dijangka berlaku, kita harapkan yang terbaik tetapi bersedia menghadapi yang terburuk,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, di sini, malam tadi. Beliau memaklumkan, Perdana Menteri selaku Pengerusi BN, meninggalkan bilik mesyuarat apabila isu SAPP dibincangkan kerana dirinya terbabit secara langsung dengan perkara itu dan berpendapat tidak wajar berada dalam bilik mesyuarat ketika keputusan dibuat.
.
Najib selaku Timbalan Pengerusi BN, mempengerusikan sesi mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang membincangkan tindakan terhadap SAPP. Pada 20 Jun lalu, majlis tertinggi SAPP memutuskan untuk menyokong supaya usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Abdullah, selaku Pengerusi BN, dikemukakan di Dewan Rakyat. Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau), akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah pada sidang Dewan Rakyat Isnin lalu tetapi ia tidak berlaku.
.
Menyusuli perkembangan itu, mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan BN yang dipengerusikan Najib Selasa lalu menggariskan beberapa cadangan kepada Dewan Tertinggi BN mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap SAPP.
.
Kata Najib, mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum itu tidak dapat membuat keputusan kerana Dewan tertinggi SAPP tidak lagi membuat keputusan berhubung perkara itu. Bagaimanapun, tegas beliau, kenyataan terbaru Yong bahawa mereka sanggup menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN atau pun mereka sendiri membawa usul itu adalah jelas tindakan serius yang boleh membawa mudarat kepada kepentingan BN.
.
Najib juga menafikan BN tidak tegas dalam tindakan terhadap SAPP dan terlalu banyak memberi ruang, sebaliknya menjelaskan bahawa ia dilakukan mengikut prosedur kerana setiap individu ada hak membela diri.
.
“Bukan soal tak tegas tapi ikut prosedur. Dalam Umno pun kalau kita pecat sesiapa dia diberi peluang bela diri sewaktu apa-apa tindakan disiplin, surat tunjuk sebab dikeluarkan. “Apatah lagi bila kita berurusan dengan parti, lebih-lebih lagi SAPP yang ada ramai ahli. Kalau individu kita boleh keluarkan surat tunjuk sebab kenapa parti tak boleh pula,” katanya. Najib berkata, setakat ini, BN tidak menerima apa-apa maklum balas daripada pemimpin SAPP selain kenyataan rasmi secara terbuka oleh pemimpinnya menerusi media 20 Jun lalu. SAPP tidak dijemput menghadiri semua mesyuarat BN yang membincangkan isu membabitkannya.
.
Sementara itu, Yong, ketika dihubungi malam tadi, mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu tetapi enggan mengulas lanjut selagi belum menerima surat tunjuk sebab daripada Dewan Tertinggi BN.
.

Anwar Ibrahim dan Mimpinya

oleh : Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar. Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.

Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO. Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO. Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian. Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.

"Cuti sabatikal" Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya. Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.

Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar "wajah-wajahnya" mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya. Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Landasan Kedua Menuju Puncak

Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu. Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik. Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan). Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.

Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi. Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.

Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti. Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim.

Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible. Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut. Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya. Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air. Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.

Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya. UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen. Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.

Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.

Masalah Anwar

Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR. Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah "ditegah" oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.

Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim. Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.

Pengajaran Kepada Kita

Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa. Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.
.

Mahathir tanya sama ada kerajaan akan siasat Ian Chin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bertanya sama ada kerajaan akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat Hakim Ian Chin Hon Chong atas dakwaan melanggar kod etika hakim. Bekas Perdana Menteri mendakwa, Chin tidak mendedahkan bahawa terdapat laporan polis dibuat terhadapnya kerana mendengar kes yang beliau sendiri mempunyai kepentingan peribadi.

Dr Mahathir memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini bahawa Chin mendengar satu kes membabitkan hartawan Sabah yang beliau (Chin) percaya bertanggungjawab terhadap penahanan bapa dan saudara lelakinya 20 tahun lalu.

Hartawan berkenaan pada masa itu ialah penasihat kepada Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mustapha Harun. Merujuk kepada dakwaan Chin bahawa hakim dihantar ke “kem pemulihan”, Dr Mahathir berkata: “Kem pemulihan itu sebenarnya bukan kem pemulihan. Ia adalah Kursus Tatanegara yang telah dihadiri beribu-ribu kakitangan awam, eksekutif perniagaan dan ahli politik tanpa sebarang rungutan.”

Dr Mahathir juga mendakwa kenyataan Chin baru-baru ini kelihatan seperti beliau cuba mengampu kerajaan dengan memburuk-burukkan Perdana Menteri terdahulu.

Sementara itu, peguam Matthias Chang hari ini membuat laporan polis terhadap Chin berhubung dua kenyataannya yang dibuat secara terbuka di mahkamah di Sibu Sarawak iaitu menggunakan perkataan yang tidak wajar bagi seorang hakim dan kenyataan memfitnah terhadap Dr Mahathir.

“Saya berpendapat hakim ini telah melakukan perbuatan menghina mahkamah berikutan perbuatannya itu telah mencemarkan mahkamah dan menyebabkan badan kehakiman dipertikaikan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama

26 June 2008

PKR: Adik Anwar letak jawatan 24 jam

Ahli keluarga terdekat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan jawatannya secara mengejut daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat besar milik kerajaan Selangor, semalam. Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR. Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu "mencemarkan imej" beliau dan parti, kata mereka.
.
Sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini hari ini, Anwar tidak tahu-menahu mengenai pelantikan adiknya itu sehinggalah beberapa hari lalu. Selain memaksa adiknya meninggalkan tugasnya di KDEB, menurut sumber-sumber lagi, Anwar juga memaklumkan perkara itu kepada menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar adik Anwar di syarikat senaraian awam itu.
.
"Beliau diambil bekerja dan tidak salah untuk bekerja (di KDEB) tetapi Anwar tidak mahu ia merosakkan imej parti," kata sumber-sumber sewaktu diminta mengulas dakwaan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor semalam.
.
Bekas setiausaha politik Anwar itu berkata pelantikan saudara kandung mantan timbalan perdana menteri itu dibuat "beberapa minggu, bulan lalu"."Apakah betul ada ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi penasihat KDEB?
.
"Saya mahu penjelasan mereka sebelum saya membuat kenyataan lanjut," kata bekas ketua Angkatan Muda PKR itu kepada media selepas ceramah 'Sirih Pulang ke Gagang' di Sungai Besi malam tadi. Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar. Difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.
.

Keluarga Anwar kuasai syarikat Selangor?

Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim baru dilantik sebagai penasihat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), sebuah syarikat besar milik kerajaan Selangor. Bekas setiausaha Anwar itu berkata pelantikan itu dibuat "beberapa minggu, bulan lalu".

"Apakah betul ada ahli keluarga Anwar Ibrahim yang dilantik menjadi penasihat KDEB? "Saya mahu penjelasan mereka sebelum saya membuat kenyataan lanjut," kata bekas pemimpin kanan PKR itu kepada media selepas ceramah 'Sirih Pulang ke Gagang'.

"KDEB, saya nak tunggu penjelasan daripada pengerusi KDEB dulu. Hari ini saya lontarkan soalan, saya nak minta penjelasan daripada mereka.

"Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama "ahli keluarga Anwar" itu atau hubungan kekeluargaan individu berkenaan dengan bekas timbalan perdana menteri itu. Sumber-sumber PKR lewat petang ini memberitahu, saudara kandung Anwar sendiri yang dimaksudkan oleh Mohamad Ezam tetapi adik bekas ketuanya itu telah meletakkan jawatan secara mengejut daripada KDEB semalam.

Sumber-sumber bagaimanapun tidak mengetahui jawatan atau tugas sebenar saudara Anwar di syarikat senaraian awam itu. Tambah bekas setiausaha politik Anwar itu, beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut baru-baru ini.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi presiden KDEB Datuk Abdul Karim Munisar. Difahamkan beliau sedang menghadiri satu mesyuarat lembaga pengarah dan kemungkinan mengambil masa yang panjang.

Dalam sidang media yang sama, Mohamad Ezam mendakwa Selangor telah menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kepala surat kerajaan negeri untuk mendapatkan dana yang kemudiannya disalurkan kepada PKR dan individu tertentu.

"Ia merupakan satu jenayah. Satu jenayah tidak boleh dimaafkan hanya dengan pengakuan dan komitmen untuk memulangkan balik wang tersebut," katanya, mengulas kesediaan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Isnin lepas.

"Proses undang-undang harus berjalan terus dan sehingga siasatan dan dakwaan dibuat.

"Menjawab soalan wartawan mengenai dokumen yang dimilikinya berhubung isu kutipan dana sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu, beliau berkata: "Kita hanya ada surat-surat yang dibuat atas nama kerajaan negeri, atas kepala surat kerajaan negeri kepada beberapa syarikat meminta supaya sumbangan diberi."

Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemindahan wang kerajaan itu ke akaun individu dalam PKR.
.

Maipp kecam Karnival Hari Belia jual arak

Berita Harian 24 Jun 2008:
1- Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008 di Juru Autocity, Bukit Mertajam, kelmarin(23 Jun 2008)
.
2- Shabudin Yahaya (Yang dipertua Maipp) :
.
-“Maipp kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak peka dan mengabaikan sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu”.
.
-“Tindakan penganjur seolah-olah menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup bebas dengan minum arak di khalayak ramai”
.
-“ Lebih menyedihkan, arak dijual hanya RM3 untuk dua tin bagi menarik pengunjung mendapatkan tiket bagi menyertai peraduan yang disediakan”
.
-“Gerai menjual arak terletak bersebelahan pentas utama karnival dan beberapa meter saja dari gerai pameran Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang yang memaparkan poster ‘Belia Benci Dadah’”.
.
- “Gerai arak itu tidak meletakkan tanda amaran melarang remaja bawah umur membeli arak”
.
-“perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang kerajaan BN memerintah Pulau Pinang walaupun bukan Melayu yang menjadi Ketua Menteri”.
.
3- Karnival sehari itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, manakala penutupan dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
.

Tembelang Khalid Sudah Bocor

Baru hari minggu lepas, kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR meraikan 100 pertamanya, kini kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sudah dipersoalkan oleh ahli-ahli PKR dan juga ADUN-ADUN PKR. Sebenarnya petanda tidak baik sudah mula timbul semasa perayaan 100 hari yang digembur-gemburkan sebagai meraikan 100 hari untuk kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perjumpaan yang menjanjikan 100,000 kedatangan terasa amat dingin dan sepi. Ia hanya menarik dalam 10-15,000 orang saja. Jumlah ini hanya menyerupai perhimpunan Black 14 pada April 14hb, 2008 di Kampung Baru. Mungkinkah cara PKR memonopoli pentas dan perayaan telah menyinggung penggiat-penggiat PAS?
.
Jika dilihat Presiden PAS dan MB-MB PAS yang diwar-warkan hadhir, tidak pula hadhir. Dato Dr Hasan Ali yang sepatutnya berucap bersama-sama Lim Kit SIang tidak berucap. Yang jelas kelihatan, hanya bendera-bendera PKR di sana sini. Kini sudah terdedah wang sumbangan dari pihak swasta tidak dimasukkan di dalam akaun kerajaan negeri tetapi akaun PKR. Pemuda PAS sudah menyuarakan kekecewaan terhadap insiden ini.
.
Sekarang timbul pula, isu terbaru. Sebagaimana yang telah jurublog ini tulis sebelum ini, perasaan tidak puashati sudah timbul dari penyokong reformasi asal. Mereka mula menyatakan Khalid sedang berusaha mengetepikan penggiat reformasi dalam perlantikan kounselar-kounselar tempatan. Perkara ini berlaku ikutan terdedahnya peranan Khalid dalam laporan polis yang dibuat oleh empat ahli PKR terdapat Yahya Saari, pembantunya sendiri. Kini diketahui bahawa abang Khalid sendiri, Hajiman Ibrahim yang telah mengarahkan Remy Iskandar membuat laporan tersebut. Di dalam sidang akhbar sebelum ini, Khalid telah menyatakan penyiasatan awal menunjukkan tiada kes.
.
Kenyataan ini pelik kerana seolah-olah Khalid bertindak sebagai jurucakap BPR. Dua hari lepas, Khalid pula mengumumkan Yahya digantung selama dua bulan menunggu penyiasatan siap. Modus operandi Khalid ini menyerupai cara lamanya semasa memegang jawatan CEO Guthrie dan di PNB. Seorang penulis di MyKMU mendedahkan Khalid pernah melakukan cara yang sama di Guthrie. Dia memberi tekanan hingga seorang Pengurus terpaksa bukan sahaja berhenti tetapi hingga berhijrah ke New Zealand untuk mencari nafkah bagi keluarganya.
.
Mungkinkah salahlaku yang menyebabkan Yahya digantung itu adalah arahan Khalid sendiri? Semalam, akhbar Sinar Harian telah menyiarkan dalam caption, penafian Khalid.Yahya yang mengetahui mengenai rancangan disebalik tabir oleh Khalid telah bertindak. Dia telah meletakkan jawatan dan ramai akar umbi dan pemegang jawatan yang tidak puas hati terhadap cara Yahya digantung menyokongnnya.
.
Malam semalam, sekumpulan ahli PKR berdemonstrasi menuntut Khalid meletakkan jawatan di hadapan kediaman rasmi MB di Shah Alam. Ketidakpuasanhati terhadap kepimpinan Khalid yang mengikut cara pengurusan lamanya yang “self centered”, otokratik dan memaksa mula terbongkar. Tunggu masa, mereka mungkin akan sedar cara bergerak Khalid yang penuh dengan hasad dengki yang pernah menyebabkan semua peneroka awal PNB meninggalkan organisasi ini. Kesemua mereka adalah orang-orang berwibawa. Rasmi Khalid adalah cemburu terhadap mereka yang lebih cerdik, bijak dan apa saja yang lebih darinya. Lama kelamaan mereka mungkin akan sedar akan amalan kronisma Khalid yang telah jurublog dedahkan.
.
Sumber-sumber yang boleh dipercayai dari kalangan ahli-ahli perniagaan Cina menyatakan mereka tidak puas dengan persekongkolan Khalid dengan Dato Lim Kim Hong. Sumber-sumber yang juga boleh dipercayai menyatakan Khalid sedang menghadapai masaalah dengan bank dalam lingkungan jumlah RM1.8 juta. Dia perlu menampal balik lubang di Bank tersebut agar ianya tidak menjejaskan perjawatannya dalam politik. Alah bisa tegal biasa.
.
Sebagaimana yang pernah dilakukan, Khalid sedang merancang untuk melencongkan projek dan kontrak kepada rakan baiknya Lim. Apa pula peranan ahli-ahli korporat ternama di dalam PKR sekarang? Ini pun menjadi isu yang sedang ditimbulkan oleh akar umbi PKR yang melihat mereka sebagai carpetbagger.
.
Semalam Yahya telah berjumpa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan empat mata. Apa yang harus Anwar lakukan? Kita jangan lupa pula kata-kata Anwar semasa berkempen untuk Khalid di pilihanraya kecil Ijok. Dia menyatakan mengenali Khalid lama dan yakin dengan kejujuran dan kebolehannya. Bagi yang mengetahui dan mengenali Anwar, mereka tidak akan menerima bulat kata-kata Anwar yang sentiasa bercambah dan bercanggah.
.
Jurublog tidak rasa Pakatan Rakyat boleh berpecah hanya kerana insiden ini. Walaupun saya berharap demikian, namun agak tidak adil kepada pengundi jika cepat sangat Selangor kembali kepada pentadbiran BN/UMNO. Mungkinkah lebih baik, PAS sahaja yang menerajui Selangor? Cuba pula Dato Dr Hasan Ali. Mungkin janji manis mu boleh dikotakan.
.

28 wakil BN boikot DUN Perak bantah Speaker

IPOH: Kesemua 28 wakil Barisan Nasional (BN) hari ini memulaukan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana membantah keputusan Speaker yang tidak membenarkan seorang wakil mereka memulakan perbahasan. Tindakan itu dilakukan sebelum perbahasan usul terima kasih titah Sultan Perak bersambung pada hari ketiga persidangan hari ini.
.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengetuai wakil BN keluar dewan pada kira-kira 10.35 pagi selepas Speaker S. Sivakumar memilih wakil lain memulakan perbahasan.

Sebelum itu itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin (BN-Kubu Gajah) telah bangun untuk memulakan perbahasan yang ditangguh petang semalam. Sivakumar bagaimanapun memberi peluang berbahas kepada Chang Lih Kang (PKR-Teja) dan keputusannya itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah dan bantahan daripada wakil-wakil BN.

Sebelum meninggalkan dewan, Tajol Rosli (BN-Pengkalan Hulu) memberitahu dewan bahawa semua wakil rakyat BN akan keluar daripada dewan sekiranya Kubu Gajah tidak diberi hak untuk meneruskan perbahasan. Bercakap kepada pemberita di luar dewan, Tajol Rosli berkata, Raja Ahmad Zainuddin sewajarnya diberikan peluang untuk menyambung perbahasan pada sesi hari ini selepas sesi perbahasan semalam ditangguhkan oleh Timbalan Yang Dipertua Hee Yit Foong kira-kira 7.10 malam.

"Semalam persidangan ditangguhkan pada 7.10 malam, maghrib masuk waktu 7.19 malam. Jadi apa nak tambah, setengah jam sahaja dan beliau (Timbalan Yang Dipertua) sudah berjanji mahu memberi Raja Ahmad Zainuddin berucap. Kalau beliau mahu tangguh sampai 9 malam, tidak ada masalah," katanya. Katanya, tindakan keluar dari dewan kerana Sivakumar tidak membenarkan Raja Ahmad Zainuddin berucap sebagai pembahas pertama. Tajol Rosli berkata, beliau hanya akan menghadiri persidangan itu pada esok hari iaitu semasa sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sidang kemudiannya diteruskan dengan wakil Teja memulakan perbahasan.

Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari (BN-Manong) berkata, wakil-wakil BN hanya akan menyertai semula persidangan pada pagi esok. Sementara itu ketika ditemui pemberita Sivakumar berkata, beliau hanya mengikut Perkara 12 Perintah Tetap yang menyatakan bahawa mana-mana wakil rakyat yang mula-mula berdiri akan diberikan peluang untuk berucap.

"Saya ikut perintah tetap, siapa bangun dulu, dia akan berucap. Semalam ada 13 wakil rakyat yang berucap, enam wakil rakyat BN diberi peluang. Adakah ia adil? Hari ini saya rancang nak beri kerajaan dulu dan kemudian bagi pembangkang," katanya. Beliau juga turut berharap semua wakil rakyat BN menyertai semula persidangan itu.

BERNAMA

Isa Samad boleh bertanding

KUALA LUMPUR 26 Jun - Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad yang tamat tempoh penggantungan keahliannya 23 Jun lalu, dibenarkan bertanding pada pemilihan parti Disember ini.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu layak merebut sebarang jawatan jika beliau telah menjelaskan yuran tahunan sebelum 31 Disember 2007.

"Majlis Tertinggi (MT) sudah melepaskan beliau daripada hukuman penggantungan,'' katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di PWTC hari ini.

Ditanya sama ada jawatan Naib Presiden yang pernah dipegang oleh Mohd. Isa dikembalikan kepada beliau, Muhyiddin berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

- Utusan

MT terima keahlian Ezam ke dalam Umno

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) petang ini menerima kemasukan semula bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor. Dua lagi bekas ahli PKR, iaitu Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan bekas Ketua Wanita Sabah, Saidatul Said Keruak juga diterima masuk ke dalam Umno.

Bagaimanapun, ketiga-tiga meraka tidak dibenarkan bertanding jawatan dalam parti. Mesyuarat lebih empat jam itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Satu penipuan – Najib ‘Akuan sumpah Raja Petra bertujuan cemar imej politik saya’

KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan akuan bersumpah yang mengaitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai satu penipuan yang bertujuan mencemarkan imej politik beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isterinya telah memberi keterangan kepada pihak polis yang membuat siasatan mengenai akuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Beliau sendiri bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan perakuan tersebut yang diumpamakannya sebagai ‘akuan sumpah sampah’.

“Saya mengalu-alukan siasatan polis serta berharap siasatan itu dapat disiapkan dengan cepat.
.
“Saya percaya semua yang terlibat akan memberi kenyataan kepada pihak berkuasa termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Raja Petra, 58, yang pernah mengendalikan laman web menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memfailkan akuan bersumpah di Mahkamah Tinggi pada 18 Jun lalu yang menamakan tiga individu termasuk Rosmah sebagai orang yang berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh pada 2006.

Akuan itu turut menyebut Perdana Menteri menerima laporan daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes Altantuya.

Bagaimanapun semalam, Abdullah menafikan beliau ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Sambil menjelaskan apa yang dilakukan oleh Raja Petra itu tidak betul, Abdullah menegaskan: “Perbuatan itu tidak boleh diterima.”

Pada Mei lalu, pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan Altantuya.

Perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru selesai di peringkat pendakwaan Isnin lalu selepas mahkamah bersidang selama 124 hari.

Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan hasutan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia Today.

Raja Petra didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 6 Oktober depan.

Najib percaya perakuan bersumpah Raja Petra yang difailkan di Kuala Lumpur minggu lalu merupakan satu pembohongan untuk mencemarkan kerjaya politiknya.

“Semua ini adalah satu penipuan serta rekaan, ia juga merupakan perakuan sumpah sampah... saya tidak tahu mengapa ia diadakan-adakan.

“Kamu perlu tanya dia (Raja Petra), bukan saya, mengapa perkara ini diada-adakan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah ia bertujuan untuk mencemarkan kerjaya serta imej politik saya,” ujarnya.

Ditanya sekali lagi mengenai punca perakuan bersumpah itu diada-adakan, Najib mengulangi kenyataannya bahawa ia merupakan satu tindakan politik.
.

Petang ini, MT Umno bincang syor retreat, BN sentuh SAPP?

(Mutakhir) PETALING JAYA: Kedua-dua Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat petang ini bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang menyentuh kedua-dua parti berkenaan-khususnya yang berkaitan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) yang 'memberontak' minggu lalu.

Kedua-dua mesyuarat berkenaan diadakan sejurus selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen pada sebelah pagi.

Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat MT pada pukul 3 petang dan disusuli dengan pertemuan BN.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertemuan MT Umno.

Mesyuarat MT Umno kali ini dijangka membincangkan pelan pemulihan parti itu susulan pertemuan retreat yang telah diadakan di Shah Alam awal bulan ini.

Ketika ditemui mStar Online di pejabatnya di Putrajaya, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, beliau yakin bahawa perkara yang telah dibincangkan dalam retreat akan dibawa mesyuarat MT kali ini.

"Ada rumusan, Presiden (Abdullah) akan umumkan. Saya tidak boleh dedahkan," kata beliau.
Sehingga kini hasil mesyuarat itu dirahsiakan.

Bagaimanapun Muhammad menjelaskan, pertemuan retreat telah menyentuh banyak aspek, antaranya usaha pemulihan dari segi organisasi, perjuangan, peranan dan arah tuju.

Ketika ditanya sama ada syor yang dibincangkan dalam pertemuan retreat itu akan menjadi pelan induk proses pemulihan, Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata: "Mungkin, mungkin, kita kena tunggu keputusan mesyuarat MT."Kepada soalan sama ada Umno juga akan melakukan proses penjenamaan semula seperti parti komponen BN yang lain, beliau berkata, "boleh jadi, ada kemungkinan."

"Tunggu sehingga mereka mutamadkan perkara itu," katanya.

Jelas beliau, langkah yang diambil itu merupakan tindakan induk pemulihan peringkat MT.
"Tetapi di peringkat lain iaitu negeri, bahagian dan cawangan akan ada cara sendiri. Yang induk bercakap (menyentuh) secara umum, di peringkat bandar, kampung, felda, nelayan, mereka perlu datang dengan keputusan yang mereka boleh buat sendiri," katanya.

Ketika mengulas lanjut usaha memulihkan Umno, Muhammad memberitahu, parti itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi era lima dekad akan datang.

"Lima puluh tahun (yang lalu) telah dilaksanakan dengan berjaya oleh Umno, BN dan kerajaan. Lima puluh tahun pertama lebih kepada pembangunan fizikal negara.

"Tetapi kini Umno perlu bercakap mengenai pembangunan modal insan di semua sektor, ketahanan, ketelusan, ada macam-macam suruhanjaya untuk memperbaiki keadaan, rangka pemikiran perdana perlu diberi tumpuan. Ini yang ditekankan oleh Pak Lah (Abdullah)," katanya.

Dalam pada itu, Dewan Tertinggi BN pula dijangka menentukan bentuk tindakan terhadap SAPP berikutan hasrat parti itu untuk menyokong atau membawa sebarang undi tidak percaya terhadap Abdullah.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Pengurusan BN berkata, jawatakuasa itu turut menggariskan beberapa cadangan kepada Dewan Tertinggi BN mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap SAPP.Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wakil SAPP akan dijemput ataupun sebaliknya.

Pada Sabtu lalu, SAPP menyatakan bahawa ia bersedia menghadapi apa juga tindakan berikutan keputusan dewan tertinggi BN.

Datuk Anifah Aman, yang akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sabah ketika ditemui malam tadi memberitahu mStar Online bahawa pihaknya berharap Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee diberi peluang untuk menjelaskan pendirian pihaknya.

"Kita berharap Datuk Yong diberikan kesempatan untuk menjelaskan kedudukannya. Beliau tidak menyatakan hendak keluar BN, mungkin beliau telah menilai semula kenyataannya dan melainkan jika masih mahu kekal dengan pendiriannya, maka baru diambil tindakan," katanya.

Jawatankuasa Pengurusan BN ada syor khusus buat SAPP

Jawatankuasa Pengurusan BN akan mencadangkan kepada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) syor yang khusus berhubung pendirian Parti Maju Sabah (SAPP) yang telah menyatakan pendirian rasmi hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata, syor berkenaan adalah antara keputusan yang dicapai oleh Jawatankuasa Pengurusan itu setelah membincangkannya pada mesyuarat hari Selasa untuk dipertimbangkang oleh Dewan Tertinggi parti itu. Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mendedahkan syor berkenaan kerana ia perlu dibawa kepada Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu.

“Saya tidak dapat mengumumkan apa syornya tetapi syor yang specific telah pun kita buat dan akan dijadikan sebagai cadangan kepada Dewan Tertinggi untuk diputuskan dalam sedikit masa nanti,” katanya. Beliau berkata demikian kepada para pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BN yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Parti Komponen BN di bangunan Parlimen.

Menurut Najib dalam dalam isu berkaitan dengan SAPP, jawatankuasa mencadangkan agar kerajaan memberikan perhatian serius dan keutamaan yang tinggi terhadap semua permasalahan rakyat yang dibangkitkan.
.
"Apa-apa isu yang dibangkitkan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat sama ada di Sabah, Sarawak ataupun Semenanjung hendaklah diberi perhatian yang serius dan tindakan hendaklah diambil supaya rakyat berasa yakin dan puas hati terhadap pentadbiran Barisan Nasional," katanya.
.
Ditanya adakah jawatankuasa mencadangkan surat tunjuk sebab diberikan kepada SAPP, Najib berkata, beliau tidak akan menyatakan apakah keputusan jawatankuasa itu tetapi syor mengenainya akan dibuat kepada Dewan Tertinggi BN. Menjelaskan mengenai perkara-perkara yang turut dibincangkan oleh jawatankuasa berkenaan ialah mengenai cadangan perlantikan dan penyusunan semula Pengerusi-Pengerusi Penyelaras BN peringkat Negeri dan Bahagian.

“Kita juga telah mengambil langkah selepas pilihan raya kedua belas di mana keputusannya tidaklah begitu menggalakkan. Maka usaha untuk melakukan pengukuhan kepada Barisan Nasional dan setiap parti komponen BN merupakan usaha yang akan diberi keutamaan.

“Dan beberapa kumpulan kerja antara parti-parti komponen Barisan Nasional telah pun ditubuhkan dan kerja sedang diusahakan semua kumpulan tersebut,” kata beliau.

Isu agama jangan diuji, titah Sultan Perak

Sultan Perak Sultan Azlan Shah Selasa mengingatkan rakyat supaya isu berkaitan agama tidak diuji dan dicabar hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan. Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara boleh tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

"Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi," titah baginda ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh.
.
Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurniaan budaya dan ketinggian tamadun. Bernama melaporkan Sultan Azlan Shah bertitah Islam adalah agama yang diberikan pengiktirafan khusus dalam Perlembagaan Negara dan agama Islam mempunyai talian serta ikatan yang istimewa dan lama dengan penduduk di bumi ini. Titahnya Islam adalah tunjang utama dalam pembentukan minda dan budaya khususnya dalam kalangan orang Melayu di bumi ini hinggakan umat Islam dan orang Melayu itu sinonim dan tidak boleh dipisahkan.

"Islam diterima dan diiktiraf sebagai agama rasmi dengan diberikan keistimewaan dan perlindungan dalam negara ini sewaktu perjanjian merdeka sedang dirintis," titah baginda. Sultan Azlan Shah turut bertitah kerajaan negeri dan rakyat perlu segera melakukan pengubahsuaian dengan mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah, bijaksana dan berhemah kerana krisis harga minyak berlaku di seluruh dunia dan bukan terbatas di negara ini sahaja. Titahnya krisis yang dihadapi itu adalah krisis global, tidak ada satu pihak yang harus dipersalahkan serta tidak ada satu pihak yang boleh mengatasinya secara sendirian.

"Dalam menghadapi krisis ini para pemimpin harus bersatu, mencari kata sepakat untuk meringkankan tanggungan rakyat. Kerjasama pelbagai pihak, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, pihak swasta, badan perniagaan dan rakyat jelata amat perlu dijalin supaya negara dan rakyat tidak akan sengsara," titah baginda.

Sultan Azlan Shah juga mengingatkan kerajaan negeri bahawa segala kegiatan ekonomi baik berbentuk pengembangan atau yang baru perlulah mewujudkan peluang kerja kepada rakyat tempatan. "Pengwujudan kerja kepada rakyat tempatan hendaklah menjadi salah satu pra syarat ketika meluluskan pelaburan dan sebarang pengembangan atau aktiviti baru ekonomi," titahnya. Baginda bertitah harga timah yang melambung tinggi pada masa sekarang meletakkan industri itu kembali berdaya maju dan minat untuk melabur dalam industri perlombongan timbul kembali.

"Beta perlu mengingatkan bahawa kerajaan beta akan menilai potensi sektor perlombongan bijih timah secara teliti dan berhati-hati. Kerajaan beta tidak akan tergopoh-gapah, sebaliknya kajian mendalam akan dilakukan dari segi kos-faedah supaya kepentingan jangka panjang negeri dan rakyat sentiasa diutamakan," titah baginda. Titahnya kerajaan negeri tidak akan berkompromi daripada aspek alam sekitar serta memastikan bahawa pemulihan semula tanah bekas lombong dilaksanakan dengan pemantauan rapi. Baginda bertitah pengalaman lampau dan kesilapan terdahulu hendaklah dijadikan pengajaran penting kerana setelah pelombong mengaut kekayaan hasil bumi, Perak ditinggalkan dengan muka bumi yang tidak lagi subur dan sesuai untuk pertanian. Sultan Azlan Shah juga bertitah kerajaan negeri yang diberi perkenan dibentuk berikutan pemilihan yang telah dilakukan oleh rakyat ini dapat mengotakan segala janji pembangunan.

"Masa berkempen telah berakhir. Kata-kata yang menjurus kepada kepentingan politik kepartian hendaklah dihentikan. Mengurus sebuah kerajaan memerlukan pendekatan berlainan dengan era berkempen," titah baginda kepada kerajaan negeri yang terdiri gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, DAP menang 18 kerusi, PAS enam dan Parti Keadilan Rakyat tujuh manakala Barisan Nasional menang 28 kerusi.

23 June 2008

Wakil Sabah tinggalkan BN jika...

Ahli parlimen BN Sabah akan melompat parti jika kerajaan tidak berlaku adil kepada rakyat negeri itu, kata Datuk Anifah Aman. Ahli parlimen BN Kimanis menambah, jika kerajaan tidak memberi respons terhadap kehendak dan permintaan rakyat, mereka tidak teragak-agak akan meninggalkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas timbalan menteri persekutuan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan meninggalkan BN pada ketika ini kerana tidak guna berbuat demikian.

"Tetapi kepimpinan perlu respons kepada rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.Beliau juga mengulas mengenai tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) ingin membentangkan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri.

Anifah berkata, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee hanya mahukan suara rakyat Sabah didengar oleh kerajaan kerana sebelum ini suara mereka tidak diberikan perhatian."Saya tidak fikir Yong berbuat demikian kerana hendakkan jawatan, sebaliknya semata-mata untuk bersuara bagi rakyat Sabah.

"Memberi jawatan kepada Yong tidak akan menyelesaikan masalah rakyat Sabah. Suaranya itu telah sampai ke peringkat terdesak.

"Tanpa jawatanpun, Yong boleh bercakap kerana beliau merupakan presiden SAPP," katanya. Anifah mendakwa, beliau mengenali isi hati Yong kerana sama-sama berada dalam kelab Persatuan Pelajar Sabah di London.

Beliau berkata, rakyat Sabah bersuara kerana mahukan kerajaan membantu menyelesaikan masalah di negeri mereka termasuk isu pendatang haram. Katanya, rakyat Sabah bimbang kerana semakin ramai pendatang haram di negeri itu dan masalah itu sudah berlanjutan puluhan tahun lalu.

TERKINI : Wanita Islam di Kota Baharu dilarang pakai gincu, tumit tinggi

KOTA BAHARU: Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini.

Yang Dipertua MPKBBRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Kata beliau, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, kata beliau menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKBBRI.

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500.

- BERNAMA
.

Ibrahim Ali 'merajuk' tidak diberi peluang bahas usul

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali 'merajuk' setelah beberapa kali bangun untuk membahaskan usul kenaikan harga minyak tetapi tidak diberi peluang.

Ibrahim seolah-olah merajuk apabila untuk kali keenam beliau tidak diberi peluang berbahas walaupun setiap kali beliau adalah antara yang terawal bangun, sebaliknya ahli Parlimen Ledang Hamim Samuri diberi peluang oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Dr, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ibrahim akhirnya membangkitkan peraturan mesyuarat yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen yang paling awal bangun sepatutnya diberikan peluang untuk berbahas.

"Tuan Yang Dipertua, saya minta ditukarkan tempat duduk saya. Saya duduk di sini, tiap kali saya bangun, tapi Yang Dipertua tak nampak sedangkan sebelum saya jadi ahli Bebas, saya adalah ahli Parlimen yang dikira kanan.

"Kalau tak mahu pakai peraturan mesyuarat saya baling saja buku ni," katanya sambil menunjukkan buku kecil peraturan mesyuarat yang dibekalkan untuk semua ahli Parlimen.

Beliau kemudian menghempaskan buku itu ke mejanya dan terus berjalan keluar dari Dewan Rakyat, tetapi masuk semula kira-kira 10 minit kemudian sebelum Hamim menamatkan perbahasannya.

Junaidi kemudian membenarkan Ibrahim untuk mengambil bahagian untuk menjadi pembahas ketujuh.
.

Isa Samad bebas hukuman gantung 3 tahun

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad mengesahkan bahawa penggantungan keahliannya sebagai anggota Umno bagi kesalahan politik wang yang berkuatkuasa 24 Jun 2005, telah berakhir. Isa yang memenangi jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti 2004, sebelum didapati bersalah atas tuduhan itu, berkata beliau menerima surat daripada ibu pejabat Umno, Jumaat lepas yang memaklumkan penggantungan keahliannya berakhir hari ini.

"Saya bersyukur dan hanya tersenyum ketika menerima surat itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Ditanya langkah seterusnya sama ada akan bergiat semula dalam politik termasuk bertanding pada pemilihan parti Disember ini, Mohamed Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1982 hingga 2004, berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan dan masih memikirkannya.

Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Mohamed Isa, 58, selama dua penggal atau enam tahun selepas mendapati beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang semasa pemilihan parti pada 2004. Mohamed Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno bagi penggal 2004/2007 dengan jumlah undian tertinggi iaitu 1,507 diikuti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berikutan hukuman itu, Mohamed Isa turut digantung semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang. Tempoh penggantungan keanggotaan Mohamed Isa kemudian dikurangkan dari enam tahun kepada tiga tahun selepas beliau mengemukakan rayuan pada 6 Julai 2005.Selepas digantung keahlian, Mohamed Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.

Sementara itu Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kedudukan seseorang anggota Umno yang digantung keahliannya akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti apabila tempoh penggantungan itu berakhir.

Beliau berkata ini proses biasa dilalui oleh semua anggota Umno yang digantung keanggotaan atas pelbagai kesalahan melanggar disiplin parti termasuk politik wang.

"Biasanya ia akan dibincang dulu oleh Jawatankuasa Pengurusan dan kemudian akan dibawa ke MT. MT akan bincang dan buat keputusan. Keputusan MT muktamad.

"Macam kes (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid (Ibrahim), beliau tidak (boleh) secara automatik pegang balik Ketua Bahagian Kota Baharu. Kena pergi balik (kepada pucuk pimpinan parti), apa keputusannya, ini macam mana (kesnya)," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Muhammad, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengulas mengenai kenyataan bekas naib presiden Umno Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad yang mendakwa telah menerima surat dari ibu pejabat Umno pada Jumaat lalu, memaklumkan tempoh penggantungan keahlian beliau selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 berakhir hari ini. Mengulas lanjut, Muhammad berkata beliau percaya Jawatankuasa Pengurusan parti akan membincangkan kedudukan Isa dalam mesyuarat mingguan mereka yang lazim diadakan pada setiap Rabu.

"Tunggu Jawatankuasa Pengurusan membincangkannya," katanya sambil menambah kata status Isa juga mungkin dibincang semasa mesyuarat MT yang dijadual Khamis ini.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengesahkan bahawa status setiap anggota Umno yang digantung keanggotaan akan dibincang dalam Jawatankuasa Pengurusan sebelum dibawa kepada MT untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun Bernama difahamkan jawatankuasa itu tidak bermesyuarat minggu lalu kerana Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno yang mempengerusikan jawatankuasa itu bercuti.

Isa pada mulanya digantung keanggotaan selama enam tahun atau dua penggal, selepas didapati bersalah dalam lima daripada sembilan tuduhan politik wang pada pemilihan Umno pada September 2004.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut digantung semua jawatannya dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

Bagaimanapun selepas rayuan, tempoh penggantungan keahlian Isa yang menerima undi terbanyak untuk jawatan naib presiden pada pemilihan itu dikurangkan kepada tiga tahun.Sementara itu, Zaid pula yang sebelum ini mengetuai Umno Bahagian Kota Baharu pernah digantung keahlian selama 18 bulan selepas beliau enggan memohon maaf ekoran kenyataan terbukanya yang dianggap menghina Lembaga Disiplin Umno.

Penggantungan keahliannya bermula 27 Jun 2005 dan berakhir pada 1 Jan lalu.

Sehubungan itu Umno Kota Baharu mendesak pucuk pimpinan agar jawatan ketua bahagian dikembalikan kepada Zaid, sementelah beliau juga telah dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyertai Kabinet yang dibentuk selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

MT Umno dalam satu mesyuarat pada 2006 memutuskan manamana Ketua Bahagian yang digantung keahlian perlu bertanding semula untuk menyandang jawatan mereka.

- BERNAMA
.

MB Selangor mengaku ada duit derma masuk akaun PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui adanya sumbangan derma daripada syarikat-syarikat swasta bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya diberitahu ada usaha untuk mengutip derma yang saya rasa tidak perlu," katanya ketika diminta mengulas dakwaan bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa kutipan wang derma bagi penganjuran majlis sambutan itu telah didepositkan ke dalam akaun PKR.

Abdul Khalid berkata wang kutipan itu yang menurut kiraan beliau tidak seberapa jumlahnya akan dibekukan dan ahliahli Pakatan Rakyat sebagai satu pasukan akan berbincang bagaimana wang itu akan digunakan dan jumlah kutipan itu akan diberitahu kepada pihak kerajaan negeri.

"Adalah malang kutipan dan pemindahan ke dalam dana Parti Keadilan. Ia harus dipindahkan ke dalam akaun negeri dan kemudian kita bincangkan kegunaannya," katanya kepada pemberita selepas Melancarkan Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (M.E.s) di sini hari ini.

Abdul Khalid juga berkata beliau sendiri akan menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan dan bertanya sama ada mereka menerima tekanan untuk menyumbang kepada sambutan itu.

Namun, beliau menganggap pemberian syarikat itu sebagai ikhlas dan tidak mengharap balasan seperti pemberian tanah atau pasir.

- BERNAMA
.

Mufti Perlis nafi sertai PKR

KOTA BAHARU 22 Jun - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menafikan sekeras- kerasnya dakwaan bahawa beliau telah pun menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, buat masa ini belum terlintas di hatinya untuk menyertai mana-mana parti politik, sebaliknya beliau mahu menjadi seorang yang merdeka tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

"Saya rasa cukuplah dengan ahli-ahli parti itu yang ada, nanti dikatakan kacau pula," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Wacana Perdana - 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di sini semalam.

Kesediaan beliau menghadiri majlis anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) itu dikaitkan dengan penyertaan beliau ke dalam PKR.

Dr. Mohd. Asri berkata, kesediaannya memenuhi undangan itu sebagai tanggungjawab dakwah sebagaimana yang dihadirinya pada majlis yang dianjurkan oleh pihak lain.

"Sebagai Mufti saya tidak boleh berpolitik dengan mana-mana parti politik dan saya bebas menyatakan kebenaran tentang Islam tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Beliau menolak sama sekali penyertaannya pada majlis itu sebagai menyokong parti yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) dan menentang kerajaan pusat.

"Tidak begitu, tetapi kehadiran saya sebagai memenuhi undangan dan memberi sebuah pandangan yang bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak ada menyokong beberapa dasar yang dilaksanakan oleh parti tertentu tetapi tidak menafikan kembali menentang pada perkara lain.

"Masa depan tidak tahulah (sama ada menyertai mana-mana parti politik)," katanya.

- Bernama
.

Empat wakil rakyat PKR berbasikal ke Parlimen cari publisiti murahan

AHLI Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (dari kanan) Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), N. Gobalakrishan (Padang Serai) dan Chua Tian Chong (Batu) mengayuh basikal menuju ke Parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat pagi tadi. Mereka menunggang sejauh satu kilometer dari Bank Negara sebagai tanda protes kenaikan harga minyak baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 23 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan tindakan empat wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai kebudak-budakan yang langsung tidak mencerminkan tahap keupayaan pemikiran anggota Parlimen.

Katanya, mereka cuba mencari publisiti murahan sedangkan sebagai anggota Parlimen banyak lagi tindakan lebih matang boleh dilakukan bagi membantu kerajaan berhadapan dengan fenomena kenaikan harga minyak global.

“Dahlah kayuh pun setakat dari Bank Negara saja... saya harap kalau sungguh-sungguh sangat, teruslah berbasikal ke Parlimen setiap hari selagi kerajaan tidak penuhi tuntutan mereka (turunkan minyak).

“Jangan setakat kayuh hari ini sahaja, budak darjah enam pun boleh. Pada saya yang penting empat orang ini kena ingat, mereka adalah Ahli Parlimen, ruang tersedia untuk mereka berhujah bagi mengatasi masalah, bukan gimik macam ini.

“Apakah mereka ini ingat kalau dengan kayuh basikal kerajaan boleh turunkan harga minyak?” kata Mohamed Nazri ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen hari ini ialah Tian Chua (PKR-Batu), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan).
.
Sementara itu Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas tindakan empat Ahli Parlimen PKR yang berbasikal ke Parlimen. Berucap membahaskan usul kenaikan harga minyak di Dewan Rakyat, Ibrahim turut mencabar keempat-empat Ahli Parlimen itu terus berbasikal ke Parlimen sepanjang tempoh sidang Dewan Rakyat.

Usul kenaikan harga minyak dilulus, wakil SAPP 'menghilang'

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul penstrukturan semula subsidi minyak setelah undian secara belah bahagi dijalankan pada kira-kira pukul 6.58 petang dijalankan.

Seramai 129 ahli Parlimen menyokong usul itu sementara 78 yang lain membangkang. Pada peringkat awal undian dilakukan secara suara ramai, tetapi ia telah dibantah keras oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee pada awalnya enggan membenarkan undian secara belah bahagi dengan alasan tidak ada permintaan sebelum undian secara suara ramai dijalankan.

Bagaimanapun setelah hampir 10 minit keadaan kucar kacir di dalam dewan, beliau membenarkan undian semua dijalankan secara belah bahagi dengan alasan bantahan dibuat lebih 15 ahli Parlimen.

Loceng terpaksa dibunyikan untuk beberapa ketika bagi memanggil ahli-ahli Parlimen yang berada di ruang legar Dewan Rakyat dan di kantin agar masuk ke dewan untuk membolehkan undian secara belah bahagi dilakukan.

Ketika undian belah bahagi sedang dijalankan, beberapa orang ahli Parlimen pembangkang pula bangun mempersoalkan mengapa tidak ada peraturan membolehkan mereka membuat undi secara rahsia.

Seramai 18 ahli Parlimen mengambil bahagian membahaskan usul itu yang dibentang di sebelah pagi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad.

Tiada usul undi tak percaya terhadap PM hari ini

KUALA LUMPUR: Usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diperkatakan oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, nampaknya tidak akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Persidangan hari ini hanya membincangkan satu usul iaitu usul kenaikan harga petroleum dan barangan, yang dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, dan ia masih dalam peringkat perbahasan setakat ini. Shahrir dijadual menggulung dan menjawab perkara yang dibangkitkan pada perbahasan itu sebelum persidangan hari ini ditangguhkan.

Kedua-dua Ahli Parlimen dari SAPP iaitu Datuk Eric Enchin Majimbun (BN-Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (BN-Tawau), yang diuar-uarkan akan menyokong undi tak percaya itu, tidak kelihatan di dewan. Eric yang dihubungi memberitahu beliau pulang ke Sabah kerana melawat seorang saudara yang meninggal dunia, manakala Dr Chua tidak dapat dihubungi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ditemui berkata setakat ini pejabat speaker tidak menerima sebarang usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri.

Sebaliknya Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang telah mengemukakan kepada pejabat Speaker semalam notis bagi usul tergempar untuk membincangkan suatu dakwaan terbaru berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Peraturan Mesyuarat 18 (1), sesuatu usul perlu dihantar ke Pejabat Speaker 24 jam sebelum ia boleh dikemuka dalam persidangan dan sama ada usul itu boleh dibentang ataupun tidak, ia terpulang kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat. Yang Dipertua akan menggunakan tiga asas dalam membuat pertimbangan terhadap sesuatu usul tergempar iaitu ia membabitkan perkara yang tertentu, berkepentingan rakyat, dan harus disegerakan. Beliau mempunyai kuasa menolak sesuatu usul jika ia didapati tidak mematuhi satu daripada tiga asas berkenaan.

- Bernama