Cekati Tembaga menulis...

Perhimpunan rakyat Pasir Mas ini bermula kira-kira jam 4.00 petang di hadapan Pasaraya Pantai Timur Pasir Mas dipimpin oleh seorang aktivis masyarakat, Mohd Sapani Zakaria.
Perhimpunan ini menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas kerana para pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan perhimpunan ini namun kecekapan pihak polis berjaya mengawal keadaan.
Patung Ambiga, Pengerusi Bersih 2.0 diarak kira-kira 100 meter dari hadapan pasaraya berkenaan ke Mahkamah Majistret Pasir Mas sebagai simbolik mendesak pihak berkuasa menghadapkannya ke muka pengadilan.Patung itu kemudiannya dibakar sebagai menandakan kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi terhadap pihak yang mempunyai agenda tersembunyi dan cuba menggugat keamanan negara.
Jika ini petanda kemarahan rakyat terhadap Ambiga, ahli-ahli politik yang merelakan dirinya ditunggangi oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga wajar muhasabah diri jika tidak mahu dihukum rakyat dalam PRU13.Masa masih belum terlewat untuk bertaubat...sebelum nasi menjadi bubur... sebelum karier politik yang dibina sekian lama hancur dalam sekelip mata....