SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

10 October 2012

Pas Johor mahu Koo Ham minta maaf

Cekati Tembaga menulis...

Pas Johor mahu Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung soalan provokasinya terhadap hasrat umat Islam negara ini melakukan protes terhadap filem anti-Islam, Innocence of Muslimpada Jumaat ini.


Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, perkara yang dilakukan oleh Koo Ham itu amat mengguris hati, sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam kerana ia melibatkan kesucian Islam serta kemuliaan Rasulullah SAW.

Atas dasar itu juga Mahfodz berkata, beliau memberi sokongan penuh terhadap usaha Dewan Pemuda Pas serta Pergerakan Pemuda UMNO menganjurkan protes pada Jumaat ini bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan serta penyiaran filem anti-Islam itu.

''Sekalipun Pemuda Pas dan Pemuda UMNO mahu bergabung untuk menunjukkan protes, saya tidak ada masalah. Ini soal kesucian agama kita dan ia melangkaui kepentingan politik,'' katanya.

Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata, menjadi tanggungjawab kepada semua umat Islam tanpa mengira parti mempertahankan Islam daripada dicerca dah dihina oleh pihak lain.

''Ini soal kesucian agama kita dan kemuliaan Rasulullah.

''Cuba lihat di negara-negara Arab bagaimana umat Islam di sana bangkit membantah dengan keras penerbitan filem anti-Islam tersebut,'' katanya.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan di laman Twitternya hari ini berkata, bantahan demi mempertahankan Rasulullah adalah kewajipan minimum yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam.

''Masa yang diberi adalah pahala dan bukannya membazir,'' katanya Nasrudin.