SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

25 October 2008

Pencalonan Terkini Pemuda : Mukhriz 65, Khairy 44, Khir Toyo 32

6.45 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-65 dari bahagian Sri Gading, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 72 pencalonan.

6.30 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Papar, Sabah yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

5.30 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat dua lagi pencalonan, menjadi 32, bagi jawatan ketua Pemuda. Beliau mendapat pencalonan dari Sandakan dan Kluang. Sandakan turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

5.00 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan pertama untuk hari bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tambun, Perak. Beliau kini mendapat 64 undi manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

4.45 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-43 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tangga Batu, Melaka, yang turut mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Razali kini mendapat 68 pencalonan.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-41 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 54 pencalonan.

3.20 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tawau yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 53 pencalonan.

3.00 pm Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.

Mesyuarat itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Mesyuarat pertamanya dua hari lalu mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Reezal sebagai naib ketua.

Dengan ini pencalonan bagi Dr Mohd Khir kini kembali kepada 30 manakala pencalonan bagi Reezal pula kembali kepada 52.

2.00 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Parit, Perak yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Seorang lagi calon naib ketua, Razali Ibrahim yang juga ahli Parlimen Muar, sehingga mengumpul 66 pencalonan.

12.30 t/hari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hanya memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno parti Mac depan.

Semalam, Khairy mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Terengganu, menjadi pencalonan baginya sehingga ini berjumlah 38.

Kelayakan minima bagi jawatan ketua Pemuda ialah 39 pencalonan. Ahli Parlimen Jerlun sudah melepaskan kelayakan minima. Sehingga beliau mendapat 63 dan pencalonan terbaru adalah dari bahagian Kubang Pasu semalam.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mendapatkan 63 pencalonan, termasuk dari bahagian Beluran, Sabah.

Bagaimanapun, selepas dibuat pengiraan semula, pencalonan dimenangi oleh seorang lagi calon, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Bekas menteri besar Selangor itu kini memperolehi 30 pencalonan termasuk, satu lagi dari Marang, Terengganu semalam.

Sehingga ini, kesemua 13 daripada 15 bahagian di Kedah telah mencalonkan Mukhriz.

Manakala dua lagi Pemuda bahagian di Kedah - Kulim Bandar Baru dan Sungai Petani - dijadual bermesyuarat minggu depan.

Di Sabah, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat tujuh pencalonan.

Di Perak, Dr Mohd Khir mendahului pungutan pencalonan dengan memperolehi enam setakat ini.

Manakala Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat lima pencalonan dari negeri tersebut.

Khairy pula mendahului di Kelantan dengan mendapatkan lima pencalonan setakat ini, manakala Mukhriz (1) dan Dr Mohd Khir (2).

Sebanyak 14 Pemuda Umno bahagian bermesyuarat hari ini, iaitu Kluang, Sri Gading, Petaling Jaya Utara, Sipitang, Sandakan, Tambun, Papar, Parit, Lumut, Sabak Bernam, Tangga Baru, Maran, Seputeh dan Tawau.

Pencalonan Terkini : Najib 79, Muhyiddin 53 Mohd Ali 17, Muhd Taib 11


5.35 pm - Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddn Yassin masing-masing mendapat dua lagi pencalonan dari bahagian Kuala Kedah dan Beaufort. Dengan itu Najib kini mendapat 79 pencalonan manakala Muhyiddin 53 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Kuala Kedah mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad.

Beaufort pula mencalon Hishammuddin, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Mohd Ali Rustam (17) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (65), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (42), Datuk Shafie Apdal (37), Datuk Khaled Nordin (39), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

5.20 pm - Datuk Mohd Ali Rustam mendapatkan dua lagi pencalonan menjadi 17 setakat ini. Beliau dicalonkan oleh bahagian Tangga Batu, Melaka dan Setiawangsa, Kuala Lumpur. Kedua bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, Tangga Batu mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

Manakala Setiawangsa juga turut mencalonkan Hishammuddin dan Shafie, manakala seorang lagi ialah Datuk Jamaluddin Jarjis.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat 11 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (63), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (36), Datuk Khaled Nordin (38), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
5.05 pm - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Setiu, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussien, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Datuk Mohd Ali Rustam mendapat 15 pencalonan.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (61), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (41), Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Khaled Nordin (37), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).
4.50 pm - Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-15 dari bahagian Dungun, Terengganu untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Tan Sri Isa Samad bagi pencalonan ketujuh. Dungun juga mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin untuk jawatan naib presiden.

Sehingga ini, Hishammuddin memperolehi 60 pencalonan manakala Khaled mendapat 36 pencalonan.

Dua lagi calon timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat 51 pencalonan manakala Tan Sri Muhammad Muhd Taib memperolehi 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Shafie Apdal (34), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.35 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-51 dari bahagian Hulu Terengganu, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

Dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

4.10 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-50 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Manakala Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dicalon sebagai naib presiden.

Sehingga ini, dua lagi calon timbalan presiden - Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - masing-masing mendapat 14 dan 10 pencalonan.

Calon lain bagi naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein (58), Datuk Shafie Apdal (40), Datuk Syed Hamid Albar (14), Datuk Rais Yatim (7), Tan Sri Isa Samad (6), Datuk Jamaluddin Jarjis (4), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (5), Datuk Shahidan Kassim (6) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

3.50 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-49 dari bahagian Tanjung Piai, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

2.15 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-48 dari bahagian Simpang Renggam, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden, ia mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat ini, Hishammuddin mendapat 57 pencalonan, Zahid (38), Khaled (32) dan Datuk Shafie Apdal (33).

2.10 pm - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-47 dari bahagian Labis, Johor, untuk jawatan timbalan presiden. Bahagian itu turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Untuk naib presiden pula, Labis mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

1.50 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-14 dari bahagian Jasin bagi jawatan timbalan presiden. Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Syed Hamid Albar.

1.00 t/hari - Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-10 hari ini dari bahagian Marang, Terengganu. Datuk Seri Najib Tun Razak pula mendapatkan pencalonan ke-67 bagi jawatan presiden dari bahagian yang sama.

Manakala calon naib presiden pula ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

12.30 t/hari - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ini mengumpul 66 pencalonan dan layak bertanding jawatan presiden Mac depan.

Begitu juga calon timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperolehi 46 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut.

Dua lagi calon timbalan presiden, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat 13 dan sembilan pencalonan.

Bagaimanapun, penyokong mereka yakin Mohd Ali dan Muhd Taib akan memperolehi pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan berkenaan.

Kelayakan minima untuk bertanding jawatan timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Semalam, Muhd Taib dilaporkan berkata bukan menjadi masalah besar untuk calon-calon bertanding jawatan timbalan presiden Umno sekiranya mesyuarat bahagian lebih menjurus mencalonkan mereka yang berasal dari negeri masing-masing.

Menurut, perkara itu sudah menjadi kelaziman, misalnya mesyuarat bahagian di Johor sudah semestinya mencalonkan Muhyiddin dan bahagian di Melaka pula calonkan Mohd Ali.

Muhd Taib yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yakin beliau akan melepasi kuota bertanding jawatan berkenaan kerana masih banyak lagi bahagian yang belumbermesyuarat.

"Masih ada 127 bahagian yang belum bermesyuarat dan di Selangor sendiri masih ada 15 bahagian yang belum mesyuarat," katanya kepada pemberita.

Beliau turut membayangkan keyakinan beliau akan mendapat sokongan daripada mesyuarat bahagian di Selangor.

"Masih banyak lagi... yang negeri lain itu bagi-bagilah pada calon lain pula ada banyak kan apa susahnya," katanya.
.

Mesyuarat Pemuda Umno Gua Musang Khamis Lepas Dibatalkan Ibu Pejabat Umno - Tengku Razaleigh

GUA MUSANG, 25 Okt (Bernama) - Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lepas dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau tetapi oleh Ibu Pejabat Umno."Mesyuarat itu batal kerana tidak mengikut tarikh mesyuarat yang diputuskan oleh bahagian yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

"Pembatalan mesyuarat itu bukan saya yang putuskan tetapi Ibu Pejabat Umno yang telah membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata dengan pembatalan itu, semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Khamis lepas turut terbatal.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada Umno Bahagian Gua Musang sebelum membuat keputusan berhubung pertindihan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada hari ini dan Khamis lepas.

"Kena tunggu laporan bahagian Gua Musang dahulu untuk dinilai dan disiasat. Badan Perhubungan Umno tidak boleh masuk campur urusan mesyuarat bahagian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu.

Mesyuarat Pemuda bahagian itu hari ini yang dihadiri 78 perwakilan dari 78 cawangan sebulat suara mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu.

Mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada Khamis lepas dihadiri 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno Negeri.

- BERNAMA
.

23 cawangan Wanita Umno Pasir Mas bantah mesyuarat

PASIR MAS: Anggota 23 cawangan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas hari ini berkumpul secara aman di hadapan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini bagi membantah persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian itu.

Wakil kumpulan itu, Zubaidah Awang Chik, berkata mereka menuntut mesyuarat itu dibatalkan berikutan pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu yang dikatakan tidak sah.

“Kami berasa cukup tidak puas hati kerana mesyuarat 23 cawangan Wanita dari 25 hingga 31 Julai lalu dibatalkan dengan sebab yang tidak kukuh malahan kami juga tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zubaidah berkata tidak sewajarnya mesyuarat perwakilan Wanita bahagian itu berlangsung hari ini sedangkan masalah pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu belum diselesai.

“Paling dikesali apabila mesyuarat pemilihan hari ini turut menggunakan khidmat anggota Rela berkawal bukan sahaja di pintu pagar utama malahan di pintu dewan juga seolah-olah kami nak merusuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Abdul Rahim bin Hj Abdul Rahman berkata pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu diputuskan oleh jawatankuasa pergerakan Wanita bahagian itu sendiri.

“Saya dimaklumkan pembatalan itu dibuat kerana berlaku pelanggaran beberapa peraturan mesyuarat seperti mesyuarat dibuat tidak mengikut waktu yang ditetapkan serta kehadiran ahli yang tidak beryuran," katanya.

Abdul Rahim berkata 23 cawangan yang tidak berpuas hati itu boleh mengemukakan bantahan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk diputuskan.

- Bernama




.