SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

25 October 2008

Pencalonan Terkini Pemuda : Mukhriz 65, Khairy 44, Khir Toyo 32

6.45 pm - Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-65 dari bahagian Sri Gading, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Razali kini mendapat 72 pencalonan.

6.30 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-44 dari bahagian Papar, Sabah yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

5.30 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat dua lagi pencalonan, menjadi 32, bagi jawatan ketua Pemuda. Beliau mendapat pencalonan dari Sandakan dan Kluang. Sandakan turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

5.00 pm Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan pertama untuk hari bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tambun, Perak. Beliau kini mendapat 64 undi manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan naib ketua.

4.45 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-43 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tangga Batu, Melaka, yang turut mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

4.15 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-42 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sembrong, Johor, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Razali kini mendapat 68 pencalonan.

3.50 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-41 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sabak Bernam, yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 54 pencalonan.

3.20 pm Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-40 untuk bertanding jawatan ketua Pemuda dari bahagian Tawau yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican. Reezal kini mendapat 53 pencalonan.

3.00 pm Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.

Mesyuarat itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Mesyuarat pertamanya dua hari lalu mencalonkan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda dan Reezal sebagai naib ketua.

Dengan ini pencalonan bagi Dr Mohd Khir kini kembali kepada 30 manakala pencalonan bagi Reezal pula kembali kepada 52.

2.00 pm Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-31 dari bahagian Parit, Perak yang turut mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua.

Seorang lagi calon naib ketua, Razali Ibrahim yang juga ahli Parlimen Muar, sehingga mengumpul 66 pencalonan.

12.30 t/hari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hanya memerlukan satu lagi pencalonan untuk layak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno parti Mac depan.

Semalam, Khairy mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Hulu Terengganu, menjadi pencalonan baginya sehingga ini berjumlah 38.

Kelayakan minima bagi jawatan ketua Pemuda ialah 39 pencalonan. Ahli Parlimen Jerlun sudah melepaskan kelayakan minima. Sehingga beliau mendapat 63 dan pencalonan terbaru adalah dari bahagian Kubang Pasu semalam.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mendapatkan 63 pencalonan, termasuk dari bahagian Beluran, Sabah.

Bagaimanapun, selepas dibuat pengiraan semula, pencalonan dimenangi oleh seorang lagi calon, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Bekas menteri besar Selangor itu kini memperolehi 30 pencalonan termasuk, satu lagi dari Marang, Terengganu semalam.

Sehingga ini, kesemua 13 daripada 15 bahagian di Kedah telah mencalonkan Mukhriz.

Manakala dua lagi Pemuda bahagian di Kedah - Kulim Bandar Baru dan Sungai Petani - dijadual bermesyuarat minggu depan.

Di Sabah, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat tujuh pencalonan.

Di Perak, Dr Mohd Khir mendahului pungutan pencalonan dengan memperolehi enam setakat ini.

Manakala Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat lima pencalonan dari negeri tersebut.

Khairy pula mendahului di Kelantan dengan mendapatkan lima pencalonan setakat ini, manakala Mukhriz (1) dan Dr Mohd Khir (2).

Sebanyak 14 Pemuda Umno bahagian bermesyuarat hari ini, iaitu Kluang, Sri Gading, Petaling Jaya Utara, Sipitang, Sandakan, Tambun, Papar, Parit, Lumut, Sabak Bernam, Tangga Baru, Maran, Seputeh dan Tawau.