SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

25 October 2008

23 cawangan Wanita Umno Pasir Mas bantah mesyuarat

PASIR MAS: Anggota 23 cawangan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas hari ini berkumpul secara aman di hadapan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini bagi membantah persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian itu.

Wakil kumpulan itu, Zubaidah Awang Chik, berkata mereka menuntut mesyuarat itu dibatalkan berikutan pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu yang dikatakan tidak sah.

“Kami berasa cukup tidak puas hati kerana mesyuarat 23 cawangan Wanita dari 25 hingga 31 Julai lalu dibatalkan dengan sebab yang tidak kukuh malahan kami juga tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zubaidah berkata tidak sewajarnya mesyuarat perwakilan Wanita bahagian itu berlangsung hari ini sedangkan masalah pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu belum diselesai.

“Paling dikesali apabila mesyuarat pemilihan hari ini turut menggunakan khidmat anggota Rela berkawal bukan sahaja di pintu pagar utama malahan di pintu dewan juga seolah-olah kami nak merusuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Dato' Hj Abdul Rahim bin Hj Abdul Rahman berkata pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu diputuskan oleh jawatankuasa pergerakan Wanita bahagian itu sendiri.

“Saya dimaklumkan pembatalan itu dibuat kerana berlaku pelanggaran beberapa peraturan mesyuarat seperti mesyuarat dibuat tidak mengikut waktu yang ditetapkan serta kehadiran ahli yang tidak beryuran," katanya.

Abdul Rahim berkata 23 cawangan yang tidak berpuas hati itu boleh mengemukakan bantahan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk diputuskan.

- Bernama




.