SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

13 May 2008

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

Dulu Hang Tuah pernah berkata 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'.. sebab pada masa itu Hang Tuah masih ada untuk jaga Melayu. Masa itu juga ada Hang Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Semuanya jaga Melayu.

Tapi hari ini Hang Tuah sudah tiada.. Jebat dah tak ada. Kasturi, Lekir dan Lekiu juga sudah kembali ke alam baka. Jadi siapa yang akan jaga Melayu? Bolehkah Melayu hari ini jaga dirinya tanpa Hang Tuah, tanpa Hang Jebat?

Di manakah Melayu pada orang Melayu? Aku tengok ramai orang keturunan Melayu tapi Melayunya sudah kuyu. Aku perhatikan ramai orang yang mengaku Melayu, tapi semangat Melayu sudah layu.

Apakah semua ini sebab Hang Tuah 5 bersaudara sudah tiada? Kalau itu sebabnya, Melayu MESTI lahirkan Hang Tuah yang baru, kerana Hang Tuah yang baru akan pastikan MELAYU TERUS DI MERCU

Salam di Udara

Assalamualaikum...
Selamat Datang ke Blog Cekati Tembaga....
Blog ini dibangunkan khusus dengan mengutarakan cetusan minda penulis tentang perkembangan Isu sejagat di tanahair dan luar negara.
Cekati Tembaga akan menjadi pemerhati, pengulas dan penganalisis pelbagai isu semasa. Setiap perkembangan menarik akan menjadi kupasan minda dengan penuh rasional dan berpijak di bumi nyata.
Cekati Tembaga adalah lambang keterbukaan fikiran rakyat. Sebarang pujian terhadap sesuatu itu tidak bermakna ia betul semuanya. Sebarang kritikan tidak bererti ia salah selama-lamanya. Pujian dan kritikan adalah keperluan dalam kehidupan. Yang penting kita tahu menggunakannya di tempat yang betul pada masa yang betul.
Pujian boleh mengangkat, pujian juga boleh menjatuh
Kritikan boleh membina, kritikan juga boleh meruntuh
Dari warung di pinggir Sungai Kelantan,
Ke Coffe House Dataran Putrajaya
Cetusan Minda Pena Anak Jantan
CEKATI TEMBAGA Wadah Bicara